CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

PERTANDINGAN!!! PERNIAGAAN UBAH KEHIDUPAN IBU TUNGGAL

  [Copy link]
Post time 19-1-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-1-2019 12:34 AM
Terima kasih sherlene tag akak....

Aa'ah kannn....best hadiah tu...

kita orang melayu di ajar meniaga ratus ratus ribu ribu keatas. puluh puluh sa sa tak pandang.padahal ratus ratus tu dapat sekali.esok lusa tak pasti. yang sa dan puluh tu kalau kumpul kumpul akan jadi ratus ratus ribu ribu.kalau syarikat besar macam dgi maxis celcom rm0.10 pun dia kira padahal logik kita 10 sen nak beli apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau nak margin banyak buat bisnes lunch. Buat satu jenis lauk je senang. Nasi ayam, nasi kukus ayam ke, then amik order dan delivery ke ofis2, event2.

Offer air sekali dalam set.

Kalau tak nak modal, try website dooit tu.

Kalau creative jadi event planner, deco utk bday, event, celebration etc.

Or buat bisnes surprise delivery, deliver choc and flower bouquet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
NAK start business dari rumah sejak ank masuk Skol .tapi xtau nk bust biz APA xlarat dh keja..p balik keja 50km.. kemurungan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2019 11:50 AM
Premium butipool haiyok

Bukan lah sharlene.....

Stokist lain dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-1-2019 12:35 PM
no problem. tp mana semua ibuuuu tunggal niii

Ni thread utk ibu tunggal je ke cik momod?...tak kannn ....

Tu sharlene tu ank dara sunti......buritan & akk mak dara...

Klu thread utk ibu tunggal...kitorang terkeluar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 19-1-2019 05:11 PM
epis replied at 19-1-2019 01:55 PM
Saya bg cadangan blh tak? Xtau la klu cadangan ni pernah ade ke x sebelum ni, klu bt perniagaan serv ...


Betul betul.....

Teringat ada sorang kakak tu...
Dia ibu tunggal...dia daftar dgn NGO...pastu dorang tanya nk join kursus apa....dia join kursus mengurut....masa dlm training tu..
Dorang bg allowance lg...byk gak dlm rm800....habis training...dia carikan pelanggan yg nak mengurut.....ururt org dlm pantang le....

Skrg tak menang tgn dia....sekali urut dia cas seratus lebih siap bertungku semua tu lah....dia bergerak dgn mobile bisnes lah...memula dorang bantu carikan customer...lelama dia dah ada customer tetap....

Ni pun blh di pikir kan...bgus sgt buat service urut ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-1-2019 09:02 AM
Ni thread utk ibu tunggal je ke cik momod?...tak kannn ....

Tu sharlene tu ank dara sunti...... ...

ehhhh tidakkkk topik sahaja... kita khususkan... tukang komen terbuka......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
@ipes2

minta SM bagi idea pls kalau free

siapa lagi eh... tak ingat pulak id
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-1-2019 05:08 PM
Betul betul.....

Teringat ada sorang kakak tu...

Yup betul... kawan saya pon ade bt bisnes mcm ni seperti jaga perempuan dlm pantang.. so gerak la ke rmh customer.. service mcm ni blh widekan, spa, saloon, facial, urutan.. pastu libatkan dgn jenama yg blh contribute dari segi pengajaran dan produk...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 19-1-2019 09:36 AM
Yup betul... kawan saya pon ade bt bisnes mcm ni seperti jaga perempuan dlm pantang.. so gerak la  ...

kalau nak belajar skill semua perlu duit. what if single mum ni takde duit... dia ble belajar kat utube je ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-1-2019 06:28 PM
kalau nak belajar skill semua perlu duit. what if single mum ni takde duit... dia ble belajar kat  ...

Yup.. inisitif sendiri dgn self learner... then modul tuk beli barang dan bahan tu... mula2 bt kt sorang dua, nti lama2 confident baru pasarkan lagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :

Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.

Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya

Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya

Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).

Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.

Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami

Kesan gelaran “ibu tunggal” kepada wanita tersebut

Tiada wanita yang inginkan gelaran tersebut. Oleh itu status ibu tunggal sebenarnya secara tidak langsung memberi tamparan yang begitu hebat kepada perubahan kehidupan secara keseluruhanya kepada golongan ini samada dari segi sudut ekonomi, sosial, psikologi berbanding sebelum itu.

Cabaran yang dihadapi oleh golongan Ibu Tunggal

Cabaran ekonomi

Cabaran utama yang terpaksa golongan ibu tunggal hadapi adalah keadaan/isu ekonomi. Bagi isteri yang menjadi ibu tunggal yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah perkara yang mudah untuk golongan ini untuk mencari peluang pekerjaan diluar. Suasana ini semakin rumit bagi golongan ibu tunggal yang tidak berpendidikan. Walaupun golongan ini mungkin mendapat peluang pekerjaan, cabaran seterusnya yang terpaksa dihadapi adalah penjagaan anak semasa mereka berkerja. Disebabkan ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri. Namun, ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber pendapatan yang tidak seberapa menghadkan pilihan mereka justeru hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Cabaran Sosial

Oleh kerana kekangan kewangan dan tiada sumber pendapatan tetap terdapat juga kes yang mana golongan ini terjerumus dengan gejala sosial. Mereka yang terjerumus selalunya dari golongan yang mempunyai spiritual dan kefahaman jati diri yang rendah serta kemahiran daya tindak yang tidak membantu. Ramai melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.

Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yang tidak kondusif. Ini bukan sahaja mendedahkan mereka tetapi juga anak-anak mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dan sindiran orang lain.

Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang disediakan oleh kerajaan serta pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Satu daripadanya iaitu bantuan sosial, pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.

Cabaran psikologi

Tanggapan negatif seiring dengan gelaran ibu tunggal boleh menimbulkan tekanan psikologi. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka.

Wanita yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya. Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki utama mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat memburukkan lagi keadaan. Kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, membuatkan mereka berasa bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga menjejaskan kehidupan mereka di masa depan.

Cabaran dalam berurusan dengan Mahkamah

Bagi ibu tunggal akibat perceraian, masalah yang dihadapi ada dalam berurusan dengan Mahkamah. .Mereka sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Ada juga ibu tunggal ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka.
Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.

Kesan

Kesan menjadi ibu tunggal kepada anak-anak

Anak yang tinggal dalam keluarga ibu tunggal tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Ini menjejaskan perkembangan diri anak-anak tersebut secara menyeluruh dari aspek fizikal, intelektual dan sosial. Kekurangan kasih sayang juga boleh menganggu perkembangan personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak daripada ibu tunggal sukar untuk melafazkan perasaan mereka ini disebabkan mereka takut untuk menyinggung perasaan ibu

Kesan menjadi ibu tunggal kepada masyarakat

Kedudukan Ibu tunggal pada padangan masyarakat juga berbeza-beza samada persepsi yang berbentuk positif ataupun negatif. Terdapat segelintir ibu tunggal yang dapat memajukan diri dan bangkit dari kejatuhan dengan berkecimpung dengan perniagaan akan dilihat sebagai ibu tunggal yang berjaya untuk memajukan diri. Sebaliknya ibu tunggal juga dianggap sebagai ancaman kepada wanita-wanita dan pasangan suami isteri yang akhirnya boleh mendatangkan pandangan yang negatif.

Bantuan yang boleh diberikan kepada golongan ibu tunggal

Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal merupakan skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan Ibu Tunggal.

Jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:

Bantuan Bulanan – Bantuan Am

Bantuan Penyaraan Kanak-kanak

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran

Bantuan Alat Tiruan/Sokongan

Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran

Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)

Perkhidmatan kaunseling

Bantuan kebajikan

Senarai cawangan JKM ada dilampirkan di bawah:

Selain daripada pihak JKM terdapat juga bantuan-bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan jabatan yang lain. Disamping itu pihak pihak tertentu seperti syarikat dan juga badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan skim-skim dan pinjaman kredit.

Di samping itu badan-badan yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal ini adalah seperti berikut:

1) Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

2) Amanah Ikthiar Malaysia (AIM)

3) Program e-Kasih

Majlis Amanah Rakyat MARA

Usaha yang dijalankan untuk membangunkan potensi wanita

Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera Pembangunan Dasar.

Mengorentasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan prpses perancangan, perlaksanan dan pengawasan proram-program pengintegrasian wanita.

Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita

Penglibatan Badan- badan Bukan Kerajaan

Membasmi kemiskinan dan mengambil tindakan tegas

Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita

Peruntukan Anggaran Belanjawan

Kesimpulan

Jelas kehidupan ibu-ibu tunggal adalah sangat mencabar iaitu dari aspek ekonomi, sosial, psikologi, perhubungan dengan masyarkat dan sebagainya terdapat juga golongan yang ini dapat membangunkan semula kehidupan mereka kerana dari cabaran yang dihadapi mereka telah dapat meningkatkan “resilency” jati diri. Selain dari itu, bantuan dan skim yang telah diberikan kepada golongan ini dapat meringankan beban dan juga untuk memindahkan beban yang terpaksa dipikul setelah kehilangan/kematian pasangan.

Kepada golonga ibu tunggal yang mahir berniaga secara tidak langsung dapat mengubah dan mengelak dari hidup dalam kemelaratan dan membolehkan untuk memperkukuhkan semula sistem dalam keluarga terutamanya dari aspek ekonomi. Terdapat juga sebilangan ibu tunggal ini yang telah berjaya membuktikan kehidupan mereka berjaya apabila menceburi bidang perniagaan. Oleh itu masyarakat sejagat juga perlu memainkan peranan penting agar golongan ibu tunggal ini dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama-sama anak yang ditinggalkan dan mengubah persepsi dan tanggapan yang negatif pada golongan ini.

Rujuk badan – badan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336  Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407   Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7,Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264   Emel : jkm@kelantan.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221   Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B,Wisma Negeri,Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541    Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964     Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29,Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185     Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505     Emel : –

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401    Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308     Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455      Emel : welfare@sarawak.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232        Emel : –

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1,Wisma Negeri,Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864         Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185       Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185        Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts




SYARAT & KELAYAKAN
Warganegara Malaysia.
Lelaki/Perempuan.
Berumur diantara 18 tahun hingga 45 tahun.
Ibu-Ibu tunggal, surirumah, Pelajar lepasan sekolah. pelajar institut pengajian tinggi dan sesiapa yang ingin menambah pendapatan/pendapatan sampingan adalah dialu-alukan untuk memohon.

BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Kerja-kerja pengisihan, pengimbasan dan pengarungan surat/parcel.
Membuat kerja-kerja 'data entry.
Bertugas hanya 4 jam sehari.
Waktu bekerja dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.

Calon-calon yang berminat boleh menghubungi nombor atau hadir terus ke alamat seperti berikut:

Bahagian Sumber Manusia,
Ting.2 Bangungan Pejabat Pos Besar Shah Alam
40670 Shah Alam
Selangor.


Lokasi :SELANGOR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-1-2019 03:57 PM
kita orang melayu di ajar meniaga ratus ratus ribu ribu keatas. puluh puluh sa sa tak pandang.pada ...

saya sangat setuju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori ot....

Pernah pergi jumpa imam kat masjid. Sementara menunggu tu, dia ada tetamu. Bukan ibu tunggal tetapi isteri yang digantung tak bertali. Minta bantuan zakat. Kalau bercerai, boleh kepilkan surat cerai. Tapi itulah...digantung tak bertali. Laki betul2 menyusahkan. Tambah pulak ada anak oku. Jadi imam interview dia untuk buat pengesahan laki dia dah lama tak bagi nafkah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-1-2019 03:57 PM
kita orang melayu di ajar meniaga ratus ratus ribu ribu keatas. puluh puluh sa sa tak pandang.pada ...

Iols dulu2 pemikiran mcm tu juga. Kalau bisnes kena juta2.
Sekarang bila terbuka skit, baca informasi dan tips, mula bisnes dari bawah. Start small. Iols memang tak nak ambil loan. Mula dengan apa yang ada. Bantuan tu mohon juga tapi bukan loan. Bila dah habis jual, buat modal untuk rolling dan seterusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-1-2019 05:02 PM
Ni thread utk ibu tunggal je ke cik momod?...tak kannn ....

Tu sharlene tu ank dara sunti...... ...

Dah tua pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 19-1-2019 08:21 AM
NAK start business dari rumah sejak ank masuk Skol .tapi xtau nk bust biz APA xlarat dh keja..p bali ...

alaaaa... sis cuba baca idea yg ada ni... cuba listkan apa u suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.102248 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list