CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1684|Reply: 20

[Tempatan] ANALISIS: Kacau-bilau, haru-biru menteri-menteri PH sepanjang minggu ni

[Copy link]
Post time 18-1-2019 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang sedang berlaku dalam kerajaan sekarang?
Kusut pula memikirkan perkembangan menteri-menteri sehari dua ini
18 Januari 2019 5:07 PM


HARI ini Wisma Putra menjawab dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung isu kebenaran meninjau perairan Pelabuhan Johor Bahru yang didakwa telah diperoleh daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Persoalannya, pegawai Wisma Putra kemudiannya menasihati Osman supaya tidak meneruskan rancangan itu tetapi mengapa jadi sebaliknya. Hal ini mudah kalau Menteri dan Menteri Besar rujuk 'nasihat' kementerian tetapi sekarang urusan dengan Singapura jadi rumit.

Hari ini juga menyaksikan Felda menjawab persoalan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kelewatan agihan bayaran RM77 juta kepada peneroka yang ditimbulkan beliau semalam setelah peruntukannya diluluskan 20 Disember lalu.

Persoalannya mengapa Guan Eng tidak mengetahuinya sehingga perlu petik nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam atau Menteri Kewangan kurang memahami isu Felda sebelum bercakap?

Hari ini juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan menjawab isu pertukaran Ketua Pengarah Imigresen baru-baru ini yang disangkal sekeras-kerasnya pertukaran itu ada kaitan dengan isu penganugerahan kontrak seperti didakwa dalam laporan sebuah portal.

Persoalannya, apa yang berlaku dalam isu ini sehingga Muhyiddin di akhir kenyataan itu berkata: “Saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang cubaan mensabotaj kerajaan yang dibuat oleh mana-mana pihak dengan melemparkan tuduhan melulu dan tidak berasas”.

Hari ini juga Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu (PPM) membidas penganugerahan kontrak buku teks Program Dwibahasa (DLP) Sains dan Matematik tingkatan tiga menerusi rundingan terus kerana bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Persoalannya kenapa rundingan terus masih diamalkan sedangkan alasan supaya keperluan pelajar-pelajar dapat dipenuhi secepat mungkin dilihat tidak kukuh apabila PPM mendakwa sehingga kini buku berkenaan belum ada di sekolah.

Hari ini juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan fungsinya tidak terkesan walaupun suruhanjaya itu kini hanya mempunyai seorang ahli. Namun elok Peguam Negara jelaskan kerana persoalan ramai berhubung Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

“SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.”

Dari isu lawatan Menteri Besar Johor ke perairan sempadan, bayaran peneroka Felda, pertukaran Ketua Pengarah, rundingan terus yang masih dibuat dan keanggotaan SPR, apa sebenarnya sudah berlaku? - UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
krjn sepenggal apa nak heran haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:49 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 05:48 PM
krjn sepenggal apa nak heran haha

ko ingat rakyat boleh lupa dosa dosa najib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 18-1-2019 05:49 PM
ko ingat rakyat boleh lupa dosa dosa najib ke?

ko ingat rakyat bleh lupa video2 anwar kutuk che det? lupa skandal perwaja?

ko tu thp sperma pun blum tentu zaman tuh haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kartun..kartun la.. lol:
Apo la nasib hamba..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 18-1-2019 05:49 PM
ko ingat rakyat boleh lupa dosa dosa najib ke?

Semua dah almost lupa bossku. Klau rkyat boleh lupa kisah liwat & memali, apalah sgt kes 1mdb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 06:37 PM | Show all posts

Kalau DAP dan PKR boleh  maafkan Tun.,.,.xde sebab DAP dan PKR tidak boleh maafkan Najib...


dosa najib tlalu kecik berbanding tuduhan PKR dan DAP ke atas Tun,,,melainkan selama ni DAP dan PKR menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 06:37 PM
Kalau DAP dan PKR boleh  maafkan Tun.,.,.xde sebab DAP dan PKR tidak boleh maafkan Najib...



kan... dosa che det terlalu besar sgt... bkn saja kat rakyat sabah sarawak... kelate n trg lg... trg pas ambik... royalti tak bg... bg duit ehsan... jkkkk kontrol... umno tu punah kerana che det
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 06:45 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 06:40 PM
kan... dosa che det terlalu besar sgt... bkn saja kat rakyat sabah sarawak... kelate n trg lg... t ...




skandal negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah negeri paling miskin di Malaysia tu terang lagi bersuluh.kita x perlukan DAP/keadilan utk bgitau..terang benderang kot...

ni skandal kerugian zaman pm ke-4..,RM100b duit hangus....mlainkan slama ni DAP/Keadilan menipu..


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 05:48 PM
krjn sepenggal apa nak heran haha

Menteri2 ketara sgt tak kompeten. Pening kepala atok  wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 18-1-2019 05:49 PM
ko ingat rakyat boleh lupa dosa dosa najib ke?

Dosa liwat pun rakyat x lupa .. Mahathir fitnah atau anwar mmg liwat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 18-1-2019 08:32 PM

pangkah jamban dapat lah taik. lagi mau nafi.
waka ka ja ka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:36 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 08:38 PM

Boleh tak menteri-menteri PH ni berhenti menjadi bodoh.

Kalau dah Wisma Putra bagi nasihat...jangan..jangan buat la babun...

Bodoh ke bangan...apa yg MB Johor buat tu boleh mendatangkan implikasi perundangan....


Boleh cerdik skit x...
BN perlukan masa 60 tahun utk lahirkan menteri bodoh..PH? x sampai setahun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 08:36 PM
Boleh tak menteri-menteri PH ni berhenti menjadi bodoh.

Kalau dah Wisma Putra bagi nasihat...ja ...

bodoh mcm @dodolgemok tu la
puak2 die bodoh die diam je.. janji najib tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:40 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 08:38 PM
bodoh mcm @dodolgemok tu la
puak2 die bodoh die diam je.. janji najib tumbang

apa yg MB Johor buat tu adalah bapak dan keturunan segala bodoh.,....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 10:42 PM | Show all posts
MB Johor dimaklumkan tidak teruskan lawatan - Wisma Putra


PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini menjelaskan bahawa pihaknya sudah menghubungi Pejabat Menteri Besar Johor berulang kali bagi menyampaikan pesanan supaya tidak meneruskan lawatan ke pelabuhan Johor Bahru di perairan Malaysia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, berkenaan lawatan itu, yang mendakwa kebenaran tidak rasmi diperoleh daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan timbalannya sebelum lawatan berkenaan pada 9 Januari lalu.

“Kementerian Luar ingin menjelaskan dan menyatakan kedudukan sebenar bahawa apabila mengetahui lawatan yang dirancang dari sebuah agensi penguat kuasa Malaysia pada pagi 9 Januari, pegawai kementerian, atas nasihat Menteri Luar, dengan segera dan berulang kali menghubungi Pejabat Menteri Besar bagi menyampaikan mesej supaya tidak meneruskan lawatan.

“Kementerian bimbang lawatan itu akan menjejaskan hasil positif dan konstruktif mesyuarat dua hala antara Menteri Luar dan Menteri Luar Singapura sehari sebelum itu. Pada 8 Januari, kedua-dua Menteri bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja yang akan mengkaji dan membincangkan hal perundangan serta operasi untuk menangani keadaan di lapangan selain menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.

“Apabila dihubungi, Menteri Besar pada masa itu sudah menaiki kapal dan menuju ke pelabuhan Johor Bahru. Kesan tindakan itu, Kementerian Luar menerima Nota Diplomatik dari Singapura pada 11 Januari yang membantah tindakan berkenaan, seterusnya menangguhkan Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang pada asalnya dijadualkan pada Isnin (14 Januari),” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 10:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 10:57 PM | Show all posts
BERITA
Lewat bayar peneroka - Felda jawab Guan Eng
  Dikemaskini Hari ini 8:35 malam
   

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka Felda.

“Aduan peneroka (kepada Guan Eng) adalah berhubung bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar kepada peneroka berdasarkan jualan kelapa sawit.

“Bayaran hasil ini bukanlah sebahagian daripada Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH) ataupun peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat yang telah diagihkan kepada peneroka sebelum ini.

“Bayaran hasil kepada peneroka akan dibayar dengan menggunakan sumber kewangan Felda,” kata lembaga itu dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Felda menjelaskan bahawa bayaran hasil tersebut dahulunya dibuat kepada peneroka dua kali sebulan, iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, namun kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan.

Semalam, Guan Eng menyatakan beliau sendiri tidak tahu kenapa pengagihan bayaran tunggakan peneroka Felda masih belum diagihkan kepada mereka, sedangkan peruntukan RM77 juta telah pun diluluskan pada 20 Disember lepas.

Tambah Guan Eng, isu tersebut akan dijawab sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada peneroka ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini.

Program Tanam Semula

Dalam kenyataaan sama, Felda menjelaskan seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Disember 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Januari 2019.

“Semua tuntutan BSHPH telah selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula.

“Walau bagaimanapun, peneroka di Sungai Koyan, seramai 851 orang, tidak terlibat dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Felda turut menjelaskan, peruntukan khas RM77 juta yang diluluskan adalah bertujuan untuk BSHPH, bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

“Felda sentiasa komited untuk membantu menjaga kebajikan peneroka FELDA dan memastikan industri peladangan sawit maju dan mampan.

“Felda akan memberi pertimbangan yang positif di atas perkara yang dibangkitkan oleh peneroka Felda,” kata keterangan itu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:02 PM | Show all posts
majoriti menteri2 PH yg berkuasa adalah cina celop kristen
terperasan mat saleh padahal tingi xmencapai kadar normal mat saleh
rupa paras berbeza spt langit bumi dgn cina hyrbid sepet yahudi buruk
kemudian, agama kristen celop yg tak diiktiraf oleh nabi isa as, Allah dan malaikat
mengutuk sekeras kerasnya kesesatan,
sedar sedar diri le manusia oi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 18-1-2019 06:09 PM
Macam kartun..kartun la.. lol:
Apo la nasib hamba..

Sesuailah dengan nama kerajaan pakaton
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.413853 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list