CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 1

[Tempatan] Hampir 150 ditahan jadi ‘keldai akaun’.

[Copy link]
Post time 18-1-2019 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-1-2019 03:58 AM

Hampir 150 ditahan jadi ‘keldai akaun’Bernama -

January 18, 2019 4:52 PM


Suspek menyerahkan kad ATM dan nombor PIN kepada sindiket dengan beberapa tujuan seperti membantu dalam urusan perniagaan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 145 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh pihak lain atau sebagai “keldai akaun” sejak 10 Dis lepas.


Tanpa mendedahkan kes tersebut secara terperinci, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata mereka terdiri daripada 90 lelaki dan 55 wanita warga asing serta tempatan yang ditahan di seluruh negara.

Beliau berkata semua suspek yang berumur antara 19 hingga 63 tahun itu, kebanyakan terdiri daripada golongan mahasiswa, pesara dan penagih dadah, ditahan untuk membantu siasatan dalam menyelesaikan kes jenayah yang berkait dengan kegiatan itu.


Saiful Azly berkata ada antara individu berkenaan berkenalan dengan individu tidak dikenali melalui laman media sosial, dan kemudian menyerahkan kad ATM dan nombor PIN (nombor pengenalan peribadi) kepada sindiket dengan beberapa tujuan seperti membantu dalam urusan perniagaan.


“Ada pemilik akaun yang menerima wang sebagai upah memberi pinjam akaun bank mereka, tetapi kebanyakan pemilik akaun memberi pinjam akaun mereka secara sukarela atau atas dasar cinta,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, ada juga kes individu terlibat meminjam dengan Ah Long dan terpaksa menyerahkan kad ATM dan nombor PIN kononnya untuk membuat potongan bayaran bulanan.


“Selain itu, ia juga melibatkan penjualan barangan melalui laman media sosial atau laman ‘personal shopper’. Pembeli menggunakan akaun suspek untuk menipu mangsa lain dan mengarahkan memasukkan wang ke dalam akaun suspek tanpa pengetahuannya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran daripada individu atau sindiket yang menawarkan keuntungan sebagai balasan memberikan akaun bank untuk digunakan atau diberikan kepada pihak ketiga tanpa mengetahui tujuan sebenar penggunaan akaun itu.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 413 Kanun Keseksaan, Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil.


Saiful Azly berkata JSJK mewujudkan portal yang boleh dicapai oleh masyarakat di laman web rasmi JSJK iaitu http://ccid.rmp.gov.my./semakmule bagi membantu orang ramai untuk membuat semakan ke atas akaun bank atau nombor telefon yang mempunyai rekod laporan polis sebelum sebarang transaksi dibuat.


Beliau berkata sejak ia diwujudkan sebagai satu daripada inisiatif bagi menangani kes berkenaan, sebanyak 3.7 juta pelawat melayari portal itu dalam tempoh lebih setahun.

Selain itu, Saiful Azly berkata JSJK juga mengendalikan sebuah laman Facebook dengan nama “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police” (http://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP) yang mempunyai maklumat berkaitan “trend” jenayah modus operandi terkini dipamerkan di laman berkenaan.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/18/hampir-150-ditahan-jadi-keldai-akaun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tk nm2 ni kena tahan..Ratno Putrabakti dan Mardina binti Abd Kuohi Salleh..berbelit lidah aku nk sebut.jd keldai akaun..mkn duit family aku..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057436 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list