CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 2

[Dunia] 40 maut akibat virus H1N1 di barat India.

[Copy link]
Post time 19-1-2019 06:50 AM | Show all posts |Read mode
06pm




CARI
















Pihak berkuasa kesihatan India melancarkan kempen kesedaran bagi memaklumkan orang ramai mengenai gejala, langkah berjaga-jaga dan rawatan serta sudah mengimbas lebih 5,100 orang. -Foto AFP








40 maut akibat virus H1N1 di barat India



JAIPUR: Sekurang-kurangnya 40 maut dan lebih 1,000 lain diuji positif menghidap selsema babi sejak awal tahun ini di negeri barat India yang popular dengan pelawat asing, kata pihak berkuasa hari ini.


Tahun lalu, kira-kira 1,100 orang maut dan lebih 15,000 lain dijangkiti virus H1N1 di seluruh India yang mudah menjangkiti manusia.


Kes terbabit meningkat pada musim sejuk Disember dan bulan ini di barat dan utara negara itu termasuk Rajasthan dan New Delhi.


Pihak berkuasa di Rajasthan, terkenal dengan padang pasir dan istana memaklumkan doktor, mereka perlu mendapatkan kebenaran sebelum bercuti dan merancang satu kempen pintu ke pintu untuk mengesan pesakit yang dijangkiti.


Pihak berkuasa kesihatan juga melancarkan kempen kesedaran bagi memaklumkan orang ramai mengenai gejala, langkah berjaga-jaga dan rawatan serta sudah mengimbas lebih 5,100 orang.


“Jumlah kematian setakat ini 40 orang dan kes positif adalah 1,036 setakat 1 hingga 17 Januari di Rajasthan. Satu kematian berlaku Khamis (semalam),” menurut kenyataan jabatan kesihatan Rajasthan.


Seorang mangsa profil tinggi di New Delhi minggu ini adalah Amit Shah, pembantu atasan Perdana Menteri Narendra Modi, yang dirawat akibat dijangkiti virus terbabit.


Daerah ini di Rajasthan merekodkan angka kematian tertinggi dengan 16 maut dan 225 orang disahkan positif. Bagaimanapun tiada nasihat perjalanan dikeluarkan. -AFP





84 dibaca







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2019 06:55 AM | Show all posts
Indian dapat visa free datang msia jangan bawan virus maut tu dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa langkah saringan kat klia utk visitors from india
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055964 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list