CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 5

[Tempatan] Graphic Content Warning:Derita Tertusuk Kayu Di Bahu

[Copy link]
Post time 19-1-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by noraidil_06 at 19-1-2019 08:36 AM

KANAK-KANAK lelaki berdepan detik mencemaskan apabila sebatang kayu tertusuk pada bahu kirinya dalam kejadian di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, Semporna, petang hari ini.

Mangsa, Anuar Sali, 8, yang cedera dikejarkan ke Hospital Semporna sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mencabut kayu yang tertusuk pada bahunya itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.09 petang sebelum bergegas ke Hospital Semporna.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna mendapati kanak-kanak lelaki itu tertusuk kayu pada bahu kiri.

“Bomba memotong kayu dengan menggunakan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, kayu berkenaan dikeluarkan dan mangsa selepas itu dibawa pula ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi membantu mangsa itu tamat 3.48 petang sebelum dia dihantar ke Hospital Tawau,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 7:52 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Anggota bomba memotong kayu yang tertusuk pada bahu kiri kanak-kanak lelaki. FOTO Ihsan Bomba

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngilunya mcm mana boleh tercucuk kayu tu kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tak nangis, ayah hampir pengsan
Abdul Rahemang Taiming

Anuar Saldi, budak lelaki berusia lapan tahun yang tertusuk batang kayu di bahu kiri dalam kejadian di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, Tawau. FOTO Abdul Rahemang Taiming
“WALAUPUN dalam keadaan kesakitan tertusuk batang kayu, dia tidak pula menangis sehinggalah dibawa ke hospital.”

Demikian kata Saldi Osman, 58, bapa kepada Anuar Saldi, budak lelaki berusia lapan tahun yang tertusuk batang kayu di bahu kiri dalam kejadian di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, Semporna, Tawau, semalam.

Saldi ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tawau di sini berkata, dia hampir pitam sebaik rakan-rakan anaknya membawa Anuar ke rumah dalam keadaan bahu tertusuk batang kayu.

“Dia memang jenis yang aktif dan lasak, malah langsung tak menangis sehinggalah dibawa ke Hospital Semporna sebelum dirujuk ke sini (Hospital Tawau),” katanya.

Saldi berkata, sebelum kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, anak bongsu daripada dua beradik berkenaan sedang bermain permainan ‘kaldang’ (istilah Bajau) bersama rakan berhampiran rumah.

Kaldang adalah permainan menggunakan dua batang kayu panjang dengan pemijak dipasang di tengah kedua-dua kayu bagi membolehkan seseorang berjalan sambil memegang dua kayu terbabit.

Katanya, ketika bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid, tiba-tiba dia dikejutkan dengan panggilan dari luar rumah sebelum mendapati anaknya cedera.

“Saya bersyukur kerana dia dalam keadaan stabil sekarang. Cuma perlu menunggu kebenaran daripada doktor untuk dibawa keluar,” katanya.

Ketika di Hospital Semporna, pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong kayu yang tertusuk di bahu kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas, bagi memudahkan mangsa dipindahkan untuk rawatan lanjut di Hospital Tawau.

Derita tertusuk kayu di bahu

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 9:29 AM
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah step budak ni main. Terpeleot kaki dia tu. Hujung kayu tu kan letak kat ketiak. Kayu cucuk dari bawah ketiak masuk keluar ikut bahu. Dulu2 budak2 kampung ada main jalan atas kayu ni. Tak ingat apa nama main ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:44 PM | Show all posts
**cringe***
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.674436 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list