CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 11

[Tempatan] Isu Visa. Usah gadai kedaulatan negara kerana pelancongan. PH dijangka U-turn, V

[Copy link]
Post time 19-1-2019 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Usah gadai kedaulatan negara kerana pelancongan

KUALA LUMPUR - Wiranita Perkasa Malaysia membantah pemberian perjalanan tanpa visa kepada pelancong China dan India yang ingin mengunjungi Malaysia.

Ketuanya, Foziah Nawawi berkata, jika ia dilaksanakan bermakna ia akan membuatkan tiadanya kawalan terhadap pelancong yang memasuki negara ini.

Menurutnya, situasi tersebut membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam memandangkan terdapat banyak kes pelancong memasuki Malaysia atas visa pelawat tapi tidak keluar-keluar dari negara.

“Wiranita Perkasa juga menyeru agar dipertimbangkan semula pemberian Electronic Travel Registration & Information (eNTRI) kepada pelancong yang memudahkan kemasukan mereka ke negara ini.


“Kami mencadangkan agar satu sistem yang lebih telus, pantas dan komprehensif untuk menggantikan sistem eNTRI agar kita tidak menggadaikan kedaulatan dan keselamatan negara semata-mata kerana industri pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Wiranita Perkasa menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi perhatian serius dan mengkaji semula sistem eNTRI.

“Apalah gunanya kedaulatan negara tergadai dan keselamatan negara tergugat demi kerana sedikit keuntungan daripada industri pelancongan,” ujarnya.

Baru-baru ini, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menggesa kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong dua negara berkenaan untuk meningkatkan pelancongan Malaysia.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, jumlah pengunjung ke Malaysia merosot sebanyak tiga peratus pada 2017 berbanding 2016 meskipun jumlah pelancong agak positif di seluruh Asean pada 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk, taknak keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun setuju..takut amik kesempatan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pasal pelancong berkurang terus ambek jalan sengkat  .  bingai macam macai nya jugak  .
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Khennn...kata nak banteras anti pemerdagangan orang...kalau visa-free mcm mana you nak control? Seronoklah bapa ayam boleh bawa masuk betina tanpa masalah.

At least KDN boleh tetapkan visa-free utk pelancong berkumpulan yg telah menempah pakej percutian ke Malaysia melalui agensi pelancongan yang sah. China pun buat macam tu maaa!!! Di situ kita dah boleh kawal sapa yg niat baik mmg dtg nak melancong atau nak melencong jd tukang urut atau pelacur...

Satu perkara yg aku tak suka pasal menteri PH ni diorang shortsighted, x ada inovasi...kebanyakan idea penyelesaian masalah diorang bersifat jangka pendek, kebudak budakan..x bernas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:42 AM | Show all posts
Cukup2 ler yg ada dh dlm malaysia ni x mau keluar x mau balik dah... Lg nk ditambah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 11:10 AM | Show all posts
kalau nak orang datang, jadikan Malaysia ni lebih menarik macam Thailand.

Lepas tu ko caj apa pun orang sanggup bayar.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah promotion sendu, keadaan tourism attraction sendiri pon hidup segan mati x mahu.. pastu mostly kene ke klia then baru ke destinasi lain, mmg la tour pon mls nk dtg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 11:24 AM | Show all posts
eleh..india tu ada bagi kita free visa ke? dh le visa dia mahal.aku nk gi kursus pun kemain dia bg 30 hari stay je.ko ingat org malaysia hadap nk menetap kt india nun?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:32 AM | Show all posts
Agenda puak2 cainis nak angkut kaum mereka masuk ramai2 ke Tanah Melayu ke?  Lepas tu menetap pendalaman  mana.  Cari pasal laaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaw bagi idea sampah mcm neh lagi, mama akan lobi supaya kaw dicas treason to YDPA! Mama seriousss dont play playy dengan wanita Melayu Asli macam aii nehhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 19-1-2019 11:32 AM
Agenda puak2 cainis nak angkut kaum mereka masuk ramai2 ke Tanah Melayu ke?  Lepas tu menetap pendal ...

Dah menetap kat ceruk mana mana. Pastu depa beranak pinak.

Tak lama pastu depa dapat ic. Mintak macam macam itu Ini. Mengaku rakyat malaysia sedangkan bahasa melayu pun tak paham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.710936 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list