CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 5

[Tempatan] Ramai tertipu dengan sindiket TAC.

[Copy link]
Post time 19-1-2019 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-1-2019 07:08 PM




PEMANGKU Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Saiful Azly Kamaruddin (tiga kanan) di sidang media kejayaan Operasi Mule Account di Menara KPJ, Jalan Tun Razak. FOTO Salhani Ibrahim











Hasbi Sidek
cnews@nstp.com.my



HANYA 18 hari memasuki tahun 2019, kerugian yang dicatatkan membabitkan kes penipuan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) oleh sindiket di negara ini sudah mencecah RM441,000.

Turut mengejutkan apabila jumlah kerugian pada tahun lalu mencecah RM14.9 juta dengan peningkatan sebanyak RM3.3 juta berbanding tahun 2017.


Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menghubungi mangsa menggunakan pelbagai medium sebelum meminta nombor TAC, kononnya tersalah memasukkan nombor telefon milik mangsa.


“Bagi tahun 2017 sebanyak 202 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian berjumlah RM11.6 juta manakala bagi 2018 sebanyak 392 kes membabitkan kerugian mencecah RM14.9 juta.


“Bagi tahun ini saja iaitu selama 18 hari, kami menerima 33 laporan dengan jumlah kerugian RM441,000,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata, antara individu yang sering disasarkan sindiket adalah mereka yang sering membeli-belah atas talian dan gemar melayari laman web pornografi yang mana golongan ini banyak mendedahkan maklumat akaun bank dan nombor telefon di laman web.


“Mangsa akan menerima nombor TAC sebelum sindiket menghubungi mangsa sama ada melalui panggilan telefon atau mesej dengan menggunakan nombor telefon yang dipintas menggunakan VOIP. Sindiket akan meminta nombor TAC berkenaan kononnya wang sudah dipindahkan, namun nombor TAC tersalah hantar ke telefon milik mangsa.


“Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar jangan sekali-kali menyerahkan nombor TAC yang diterima menerusi SMS kepada orang lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi, sebaliknya mereka perlu terus menghubungi bank,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 1:44 PM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 11:04 AM | Show all posts
baru ni ada pegawai bank call aku (aku tau lah legitimate) tapi aku malas nak layan aku cakap kat dia bank tak call pelanggan. Dia gelak ja.... aku layan light2 ja lah lepas tu dia ajak datang cawangan... sekian

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhh i kena 2x minggu ni.

1. summon traffic... dia hold me on line utk bercakap dgn pegawai atasan.. then i terpikir.. why guna mobile no... i hang up and i xde saman!

2. then malam semalam... dpt wassap call tanya kan ada tak dpt message tac no cimb... i was like apa benda ni... checkla jgk... but luckily i xkuasa nak check further i terus block no... indon suaranya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:33 PM | Show all posts
  1. Beliau berkata, antara individu yang sering disasarkan sindiket adalah mereka yang sering membeli-belah atas talian dan gemar melayari laman web pornografi yang mana golongan ini banyak mendedahkan maklumat akaun bank dan nombor telefon di laman web.

Copy the Code


ni kalu mangsa wat report kat balai
pstu CID check tepon mangsa, de byk gmba porn
boleh kene tahan jugak nampaknya..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:58 PM | Show all posts
Hmm.. Ada yang boleh bagi pencerahan camner diorang boleh ambil duit just dengan TAC?

Sebab TAC ni diberi bila kita nak buat online transaction kan (By us)..
Atau certain Online transaction yang guna credit card

Means diorang dah boleh login acc kita (dpt username dan password) and buat transaksi ek? Just nakkan TAC je?
Atau dah dapat no. credit card kita and number blkg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 19-1-2019 12:58 PM
Hmm.. Ada yang boleh bagi pencerahan camner diorang boleh ambil duit just dengan TAC?

Sebab TAC n ...


Ya sis..diorg boleh log in akaun kita
My fren dah kena...
Bila tak nak bg tac tu, scammer transfer semua duit kepada akaun bill yg kita favourite..bila dah set fav, xyh tac dah..
Scammer mmg x dpt dah duit tu, tp mangsa plak jenuh kne uruskn hal duit yg dah byr bil tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061860 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list