CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6057|Reply: 79

[Tempatan] Suara hati ibu hamil jalani rawatan kimoterapi. Nekad mahu anak dikandung dilahi

  [Copy link]
Post time 19-1-2019 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-1-2019 04:40 AM

Suara hati ibu hamil

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/413696/suara-hati-ibu-hamil

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 10:13 AM

Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my


KHAIRUNISSAQ (kanan) bersama Araffi di kediamannya PPR Pudu Ulu.  FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA.

Kuala Lumpur: “Kami tidak sampai hati gugurkan kandungan walaupun satu janin kembar sudah keguguran selepas rawatan kimoterapi, kami sedar risikonya, tetapi ini anak sulung kami,” kata Mohd Araffi Mad Rodzi, 28.


Isterinya, Nur Khairunissaq Yazid, 28, yang sedang mengandung tiga bulan dinasihatkan doktor menggugurkan kandungan kerana menjalani rawatan kimoterapi akibat barah paru-paru tahap dua selain jantung berlubang.


“Kami nekad mahu anak dikandung ini dilahirkan walaupun kami sudah kehilangan seorang.


“Saya anggap ini ujian Allah SWT dan saya kena kuat menghadapi semua ini demi memastikan isteri dan anak dalam kandungan sihat,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, di sini.


Mohd Araffi berkata, isterinya tidak mengetahui hamil dan hanya menyedari selepas menjalani kimoterapi kali ketiga.


“Meskipun tugas menjaga isteri agak sukar, saya tetap meneruskannya kerana menganggap penyakit dialami isteri bukan satu bebanan, sebaliknya amanah yang perlu ditunaikan sebagai suami.


“Saya pasti isteri seorang yang kuat dan tabah mengharungi penyakit yang dihidapinya. Sebagai seorang suami, saya akan terus memberi sokongan kepadanya,” katanya.


Menurutnya, isterinya yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan sering keluar masuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan sejak beberapa tahun lalu.


“Isteri saya perlu menjalani pembedahan kerana jantungnya sudah membengkak. Doktor menasihatkan supaya menjalani pembedahan bagi injap jantung dengan anggaran kos RM98,000 yang dijangka pada Mei nanti.


“Saya risau kerana isteri kerap demam yang mungkin akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Pendapatan saya sekitar RM1,300 sebagai pemandu am tidak mampu menampung kos rawatan itu,” katanya.


Sementara itu, Nur Khairunissaq berkata, dia reda dengan penyakit yang dihidapi dan akan sedaya upaya melawan barah paru-paru yang dikesan sejak 2013.


“Selepas menjalani pembedahan pada 2016, barah ini sudah sembuh bagaimanapun, ia dikesan merebak semula pada Ogos tahun lalu.


Saya terpaksa berulang alik dari rumah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan selepas disahkan mengidap barah paru-paru tahap dua,” katanya.


Namun, dia dan suami nekad mahu terus menjaga kandungan kerana ini adalah anak sulung mereka selepas berkahwin tahun lalu.


Sementara itu, Ketua Skuad Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) Kuala Lumpur, Azlina Arbain berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada Baitulmal Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan membiayai kos rawatan Nur Khairunissaq.


“KELSS tampil membantu kerana simpati dengan nasib wanita berkenaan. Selain bantuan Baitumal yang akan diproses nanti, kami akan melancarkan tabung membantunya,” katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 12:05 PM | Show all posts

Ape Lagi?

Cepat la setan2 kat sini kutok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap diorang fikir panjang panjang. Kesiannya pada anak n mak nanti. Anak ada risiko cacat n so on. Mak pulak sakit teruk. Takut kurang kemampuan nak menjaga. Harap diarang dapat membuat keputusan terbaik. Sebagai ibu aku fahamlah sayangnya ibu pada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ka kemo kalau mengandung? Kan racun tu kena suntik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya tp aku kasihan lg kalau anak tu ada cacat atau tak sihat. Doa semua berjalan lancar la
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. boleh survive ke? x memudaratkan ke to the baby tu... hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nekad nwkad jugak.jangan pentingkan diri sendiri wahai sedara sedari
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kptsan isteri..tkpe la.. Sbab bdn dia yg trima..tp klu kptsan ni kptsan suami...  Selfish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan pastu efek kat anak camna.. x pasal anak pulak siksa.. cacat ke..
Lepas lahir sapa nak jaga kalau mak sakit
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baby yg dilahirkn cacat teruk, tu lagi kasihan.. sanggup dan mampu ke nak jaga nanti? Harap pasangan ni buat keputusan yg terbaik. Tapi bila google, bergantung pada jenis atau dosage chemo, ada yg tak menjejas pd janin. Ape2 pun doakn yg terbaik untuk pasangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:29 PM | Show all posts
Ni komen jujur iols :

Dah tahu bini  sakit, gaji pun rm1300 je sebulan, ngape la dilepaskan sperma tu kt dalam cik abg oiii..... cara manual kan hada kot ye pn x mampu beli kondom......... sian la kt bini kau........ berbelah bagi antara nyawa sendiri n nyawa dlm kandungan...

Ni komen penyedap hati utk tatapan ummah meleis :

Semoga tabah yer. Buatlah keputusan yg terbaik. Minta petunjuk dari Allah, gittewwww.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:31 PM | Show all posts
Tgok bibir laki dia lebam semacam plus drebar harusss lah merokok khuensss..... so, bini dapat kanser paru2 tu sbb kau ke hapa???
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak merancang kalau dah tahu sakit? mcm menambah risiko je
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 19-1-2019 04:14 PM
tumpanglalu74 replied at 19-1-2019 12:05 PM
Cepat la setan2 kat sini kutok..


gaji 1300.ada hati nak kawen
kalo ikut hukum tak layak pun kawen sebenarnya sbb keperluan asas sendiri pun x lepas lg
ujung2 menyusahkan anak bini
ok done kutuk
next!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:46 PM | Show all posts
tak tanya pendapat doktor terlebih
dulu kah sebelum mengandung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak tengah sakit teruk, mampu ke dia membesarkan baby tu nanti? Ayahnya dah tentu sibuk bekerja. Dik, ada masanya kena fikir diri sendiri dan jadi selfish. Beri masa untuk diri adik bagi merawat sakit jantung dan barah paru2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2019 05:02 PM
Mak tengah sakit teruk, mampu ke dia membesarkan baby tu nanti? Ayahnya dah tentu sibuk bekerja. Dik ...

Kann dia pun perlu focus utk diri dia sihat...but at the same time nak selamatkan baby juga. Kalau baby selamat dia tak selamat....dah jadi anak yatim pula...dan bapak gaji 1.3k pestu tinggal Ppr....pestu pasni bapak minta donation baby jantung berlubang pulak... anak inherit dan perlukan another 100k cost nak operate bla.bla dan check up dan cost perubatan semua.....camner ni dikkk... pening dah akak memikirkan masalah dunia ni dikkk..... if the baby will suffer better abort it.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 19-1-2019 05:23 PM
Kann dia pun perlu focus utk diri dia sihat...but at the same time nak selamatkan baby juga. Kalau ...

Lepas bersalin nnt, diri sendiri sakit2. Nak jaga anak lagi. Takut dia meroyan je. Masih terngiang2 lagi kes ustazah kat rumah sebelah.

Kalau abort pun jangan pulak jadi mcm sorang retis tu. Langsung tak jenguk "baby"/janin. Semuanya pihak hospital yg buat. Memang dah takde perasaan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2019 05:33 PM
Lepas bersalin nnt, diri sendiri sakit2. Nak jaga anak lagi. Takut dia meroyan je. Masih terngiang ...

Wooo retis mana @_@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.505319 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list