Edited by EJALTI at 19-1-2019 04:28 AM
Paksa amah dera diri sendiri
https://www.hmetro.com.my/global/2019/01/413632/paksa-amah-dera-diri-sendiri
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 12:55 AM
Agensi
LINDA (kiri) dan Toon Leng didakwa paksa Phyu cederakan diri sendiri. Foto Straits Time Singapura.
Singapura: Sepasang suami isteri didapati bersalah mendera pembantu rumah mereka dengan memaksanya mencederakan diri sendiri, termasuk menyimbah air panas ke badannya serta minum air sabun.
Warga Myanmar itu, Phyu Phyu Mar juga tidak dibayar gaji S$700 (RM2,000) sepanjang bekerja dengan mereka, malah berat badannya jatuh dari 50 kilogram (kg) kepada 38kg kerana tidak cukup makan, lapor Straits Times.
Hakim Daerah Olivia Low semalam mendapati pengurus spa, Linda Seah Lei Sie, 39, dan suaminya, pereka dalaman Lim Toon Leng, 44, bersalah mendera mangsa selepas perbicaraan selama 15 hari.
Dalam keterangannya, Phyu memberitahu mahkamah dia dipaksa dua kali untuk menyiram air panas ke badannya sendiri pada Ogos dan September 2016 selepas Linda dilaporkan tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Akibatnya, Phyu mengalami lecuran teruk, namun Linda tidak membawanya ke doktor, sebaliknya memberikan jarum dan menyuruhnya mencucuk sendiri kulitnya yang menggelembung.
Linda didapati bersalah atas lima tuduhan menyerang dan satu tuduhan memaksa Phyu minum air sabun, manakala Lim bagi satu tuduhan melakukan serangan.
|