CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5734|Reply: 77

[Tempatan] Happy Thaipusam, UPDATED : #50 Puluhan cedera angkara mercun

[Copy link]
Post time 19-1-2019 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 22-1-2019 07:33 AM

Thaipusam: Wajah baharu Batu Caves dijangka tarik lebih 1.6 juta pengunjung
Bernama | Januari 19, 2019 11:35 MYTPembaharuan di Batu Caves menjadi faktor tarikan orang ramai yang teruja ingin merakam foto pemandangan yang unik dan indah di gua batu itu. --fotoBERNAMA



KUALA LUMPUR: Batu Caves yang menampilkan wajah baharu dijangka menarik lebih 1.6 juta penganut Hindu dan pelancong bersempena sambutan ke-233 tahun perayaan Thaipusam pada Isnin ini.

Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Batu Caves Datuk Dr A.T. Kumararajah berkata tahun ini kedatangan penganut dan pengunjung akan disambut dengan keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu.

"Sebaik kesemua anak tangga itu siap dicat dengan pelbagai warna pada 31 Ogos lepas, kedatangan pengunjung ke Batu Caves berganda setiap hari. Ternyata keputusan mengecat tangga itu tepat serta menerima maklum balas positif daripada umum.

"Malah pembaharuan itu kini menjadi faktor tarikan orang ramai yang teruja ingin merakam foto pemandangan yang unik dan indah itu khususnya pada Thaipusam pada kali ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program rakaman rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini.

Menurutnya sebelum ini anak tangga tersebut hanya berwarna merah dan putih.

Kumararajah berkata pihak pengurusan kuil memutuskan untuk mengecat kesemua anak tangga berkenaan dengan tujuh warna iaitu merah, hijau, biru, kuning, jingga, putih dan indigo agar suasana lebih ceria dan sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

"Tiada perancangan atau bajet khas bagi mengecat 272 anak tangga itu. Pihak pengurusan hanya guna baki cat yang telah digunakan sebelum ini bagi mengelak pembaziran dan kerja-kerja mengecat dilakukan beberapa sukarelawan dalam tempoh dua hari sahaja," katanya.


Orang ramai memenuhi perkarangan Batu Caves, mercu tanda tarikan pelancong tempatan dan asing, yang menampilkan kelainan apabila diwarnai dengan cat warna-warni di sepanjang 272 anak tangganya. --fotoBERNAMA


Kumararajah yang juga Penyelaras Keselamatan dan Perubatan Sambutan Thaipusam 2019 berkata uniknya Thaipusam di Malaysia ialah upacara keagamaan itu diraikan secara besar-besaran sehingga menjadi antara tarikan pelancongan terkenal di mata dunia.

"Jika dilihat di tempat-tempat lain khususnya di India, ketika sambutan Thaipusam hanya diadakan upacara keagamaan. Jika di Batu Caves secara khususnya pula, tempat keagamaan ini juga sebagai daya tarikan bagi sektor pelancongan dan menjadi ikon yang unik kepada negara.

"Infrastruktur yang terdapat di Batu Caves juga tiada di mana-mana tempat di dunia. Kawasannya seluas 14 ekar dengan terdapat empat baris tangga memasuki gua kuil menerusi ratusan anak tangga berwarna-warni serta terdapat patung berwarna emas Dewa Murugan setinggi 42.7 meter iaitu yang tertinggi di dunia," katanya.

Mengenai persiapan bagi memastikan sambutan Thaipusam  tahun ini berlangsung dengan meriah, aman dan harmoni,  Kumararajah berkata perancangan rapi khususnya mengenai keselamatan dan logistik telah dibuat sejak tiga bulan lepas.

Katanya memandangkan tahun ini Thaipusam jatuh pada hujung minggu dengan pelbagai upacara  bermula pada Jumaat hingga Isnin, lebih 1,500 sukarelawan daripada 14 agensi kerajaan akan bertugas bagi membantu kelancaran sambutan termasuk bantuan perubatan dan kecemasan.

"Sepanjang empat hari ini keadaan dijangka amat sesak dengan orang ramai. Para sukarelawan ditempatkan di pelbagai lokasi, termasuk di dalam gua dan di tebing Sungai Batu yang turut menjadi lokasi perarakan dan upacara sembahyang," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam serta mengutamakan faktor keselamatan dan menjaga kesihatan terutamanya kanak-kanak dan warga emas  sambutan Thaipusam itu nanti.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai yang jatuh sama ada pada Januari atau Februari setiap tahun.

Bersempena perayaan itu, penganutnya akan menunaikan nazar mereka dengan menjunjung 'paal kudam' (belanga susu) yang dianggap paling suci dan 'kavadi' yang dihias cantik sambil menaiki 272 anak tangga tangga Batu Caves menuju ke kuil di dalam gua itu.

-- BERNAMA



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2019 02:19 PM | Show all posts
@dauswq

Jom g melancong
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:25 PM | Show all posts
Syd replied at 19-1-2019 02:19 PM
@dauswq

Jom g melancong

Nak melancong ke mana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ktm maybe 24hour kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 03:54 PM | Show all posts

naik ke atas tu lah.

naik tangga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 03:55 PM | Show all posts

confirmed.

ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2019 03:55 PM | Show all posts
KTM Komuter beroperasi tanpa henti mulai 19 hingga 22 Jan ini sempena Thaipusam, 934 tren disediakan

In Bahasa Malaysia, Berita Tempatan        / By Izwaashura Sadali        / 14 January 2019 10:11 am



Sempena dengan sambutan Thaipusam pada 21 Januari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) bakal menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter yang beroperasi tanpa henti selama empat hari tiga malam bermula 19 Januari ini.

Menurut KTMB, operasi tren yang akan dilanjutkan itu membabitkan laluan Seremban-Batu Caves, Batu Caves-Seremban, Pelabuhan Klang-KL Sentral dan KL Sentral-Pelabuhan Klang. Perkhidmatan itu disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu serta pelancong untuk ke Batu Caves.

“Operasi tren akan dilanjutkan selepas waktu perkhidmatan sedia ada, dengan penambahan 132 perkhidmatan tren, menjadikan jumlah tren yang disediakan adalah sebanyak 934 tren. Kita jangkakan lebih dua juta pengguna akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2019 berbanding 1.3 juta pengguna pada perayaan yang sama tahun lalu,” ujar Pengurus Besar Operasi KTM Berhad S. Mahendran seperti yang dilaporkan Bernama.

Katanya lagi, perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves. Kemudahan bas turut disediakan secara percuma di Stesen Sentul untuk ke Stesen KL Sentral dan penumpang boleh menyambung perjalanan menaiki tren mahupun mod pengangkutan awam lain untuk ke destinasi seterusnya.

“Kaedah bayaran tambang perlu dibuat menggunakan Kad Komuter Link atau Touch n Go sahaja dan bersempena Thaipusam, Kad Komuter Link akan dijual pada harga RM3 berbanding RM5 bermula 19 hingga 22 Januari ini. Penumpang warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun perlu menggunakan tiket khas untuk mendapatkan harga konsesi dengan diskaun tambang sebanyak 50%,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:07 PM | Show all posts
lepas semayang bunuh orang...wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 19-1-2019 04:07 PM
lepas semayang bunuh orang...wakakakakakkakaka

Lucu hang

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-1-2019 04:10 PM
kaum ni bleh gi mereput tak? gi la pupus terus. menyampah lak aku dgn puak2 ni sejak kes arwah adib

Bodohnya kau, aku report polis mampos kau kena humban dlm jel.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:30 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 19-1-2019 08:28 PM
Bodohnya kau, aku report polis mampos kau kena humban dlm jel.

pi la report

memalak cam anjing kurap kat sini buat apa

bodoh punya bahlol




Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:33 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 19-1-2019 08:28 PM
Bodohnya kau, aku report polis mampos kau kena humban dlm jel.

tak report lagi ke babi??

bila nak report, esuk atau lusa??

bahahha




Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:37 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:41 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 19-1-2019 04:07 PM
lepas semayang bunuh orang...wakakakakakkakaka

Xbaik kata gtuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni kami tumpang kagum sebab tempat kami jadi tumpuan dunia dgn mat salleh lagi...X heran dah dulu bas mini kami no 11 pun byk mat saleh naik sebab nak gi batu caves...So setakat cakap sepatah dua kata dgn minah saleh tu dah biasa sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:00 PM | Show all posts

You think so?...

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:01 PM | Show all posts
Bawak mengucaplah korang.... orang lain yang ber Thaipusam kang orang lain pulak yang meninggal...


@FanTasyCreaTioN
@noraidil_06



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:03 PM | Show all posts

meh baca statement saya ala2 juborix ka duborix nama mangkaq sekoq tu...saya tak dak masalah dengan hindu...saya sendiri ramai sohabat2 hindu...saya cuma marah hindu2 yang extremist yang menonggeng agama hindu...tu ja......wakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 19-1-2019 09:03 PM
meh baca statement saya ala2 juborix ka duborix nama mangkaq sekoq tu...saya tak dak masalah denga ...

Mna2 pn klu yg extreme org x suka..
Tp jgn lah pukul rata semua org mcm tu.. org nk raya x kacau kite pn lg, so biar jelah dlu enjoy cuti sudah..lain lah ada timbul kes lain ke...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.076717 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list