View: 818|Reply: 19
|
[Tempatan]
Sentimen agama majukan orang Melayu, kata PAS.
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2019 03:07 PM
Sentimen agama majukan orang Melayu, kata PASNur Hasliza Mohd Salleh -
January 19, 2019 3:31 PM
Presiden PAS, Abd Hadi Awang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menegaskan sentimen agama memajukan orang Melayu di negara ini, baik sebelum ini atau pada masa akan datang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya dengan sentimen agama dapat memajukan masyarakat itu kerana Islam menjadikan manusia bertamadun.
“Kepada kita, agama memajukan orang Melayu. Islam pernah jadikan manusia bertamadun,” katanya kepada pemberita di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan orang Melayu akan terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik menjadi agenda perjuangan mereka.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Felda Sungai Koyan, di Cameron Highlands, malam tadi, dalam kempen bersempena pilihan raya kecik kerusi Parlimen itu 26 Jan ini.
“Jika BN menang… itu isyarat tidak baik kerana isu dimainkan mereka masih isu agama.
Mereka akan kata, habislah orang Islam jika DAP menang. “Akan tetapi, siapa pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)? DAP ke? Siapa menteri yang jaga agama ? DAP ke ? Tiba-tiba, hari ini mereka (Umno) nak jadi ‘champion’ dalam isu ini pula,” kata Mujahid yang juga merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mengulas lanjut, Hadi berkata, faktor utama yang membawa kepada kemunduran masyarakat ialah apabila tiadanya unsur Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau mengambil contoh kerajaan Turki Uthmaniah yang diambil alih oleh Mustafa Kamal Atarturk lalu mengubah tamadun Islam itu dalam sekelip mata, merujuk kepada presiden republik Turki yang pertama antara tahun 1923 hingga 1938 dan dkenali dengan ideologi sekular-nasionalis, Kemalisme.
“Meninggalkan Islam akan menjadikan masyarakat tidak bertamadun. Punca mundur bila tak adanya Islam. Contohnya Turki Uthmaniah apabila diambil alih oleh Atarturk,” katanya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/19/sentimen-agama-majukan-orang-melayu-kata-pas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kaum bukan melayu pula semuanya terus mundur sama ada mainkan isu agama atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum bukan melayu pula semuanya terus mundur sama ada mainkan isu agama atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2019 04:34 PM
Bila lobai mabuk ketum kekononya nak kencingkan semua orang! |
|
|
|
|
|
|
|
agaknye di europe dan amerika semua tu duk main isu agama lah sampai jadi maju..
manakala middle east sungguh maju dan aman sebab selalu main isu agama sesama depa..sunni syiah wahhabi salafi sufi mazhab dan pelbagai lagi cabang agama |
|
|
|
|
|
|
|
PAS di sponsor oleh omputih, sama cam Taliban dan IS .... bebaru ni PAS di jemput gi England debat dgn DAP , semua di atur oleh omputih
omputih akan sponsor sampai depa jadi kerajaan, pastu omputih akan label negara tu kerajaan penganas dan hantar tentera menyerang ... nilah niat cara baru utk jajah semula
PAS barangkali sendiri pon tak pasan niat tu, omputih kasi duit deols amik je
semua parti politik pon ada penaja rahsia dari luar, tanpa sponsor kos dlm parti siapa tanggung ?
kalu nak undi calon Islam, kecuali ada ustaz yg bertanding atas calon bebas ... sila jgn pangkah PAS, nanti dia jadi kerajaan pusat, negara kita barangkali kasi omputih fitnah kerajaan penganas, iols x nak tgk negara berada dlm perang |
|
|
|
|
|
|
|
Bila PAS under TGHH berasobiyyah |
|
|
|
|
|
|
|
PAS hari ini menegaskan sentimen agama memajukan orang Melayu di negara ini, baik sebelum ini atau pada masa akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya dengan sentimen agama dapat memajukan masyarakat itu kerana Islam menjadikan manusia bertamadun.
contoh boleh tengok kelantanistan serambi mekah kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Hello? Take a good look at your own state, Kelantan then you can talk. |
|
|
|
|
|
|
|
Wooow....pendek dan dangkal Minda.,... geleng-geleng kepala weols dibuatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah kelate maju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2019 10:28 AM
Orang yang menggunakan otak untuk berfikir tak melihat agama apa yang mereka anuti tetapi melihat morality mereka. Kerana morality menjadikan seseorang ataupun bangsa itu di hormati.
Jadi kalau setakat agama bawaan lobai ni takan kemana pun. Nak jadi kuat nak menawan dunia kononya, tapi lobai sentiasa mengajar ummah jadi penakut dan lemah. Bermimpi ajalah sampai bila bila nampaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo....patut la demo anti icerd...sebab terlebih maju. |
|
|
|
|
|
|
|
Singkat dan ceteknya pemikiran hadi bawang ini. Agaknya billionaire millionaire seluruh dunia pakai sentimen ugama utk memajukan diri ke? Ini lebih kpd menonggeng ugama utk kepentingan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bina cermin gergasi di setiap pelosok sempadan Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma nak baca hujah sesiapa yang sudi nak bekap hadi ni ja....
ada ka?...
oh yes.... bergaduh cara timur tengah dah start di Perlis ya....
|
|
|
|
|
|
|
|
I percaya jah ....dari serambi mekah sudah jadi serambi moscow |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tuh.. tengok saja kelate maju dari negeri lain.. kes dadah pun antara yang paling rendah kat Malaysia.. pembangunan pula pesat mengalahkan Selangor... paling sesuai dijadikan ibu kota suatu hari nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Kelantan mengakui pembangunan negeri itu agak terkebelakang berbanding negeri lain dan ia sesuatu yang disengajakan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam menggerakkan pembangunan berbeza daripada negeri lain.
"Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat.
"Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan.
“Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.
hhahah...sebabkan islam..orang tak mampu ikut pembangunan..dan sebab islam kemajuan tak boleh dilakukan..bwahhahahaha..takbeerrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|