CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 11ogos

ayahku terkena sihir...benarkah

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tanya jika kita bela ikan sepat @ puyu dan ikan tersebut mati tenggelam, ade kaitan dengan sihir ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Idgaf replied at 20-1-2019 02:51 PM
Ayah u pelik ya suka tarik2 duit gitu. Da xde hobi lain ke?

Ahahha lawak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg tarik batu serai tu agak2 blh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:29 AM | Show all posts
kalau bole... bile blk kg tu... pasangkan @ bacekan ayat al baqarah berulang2 kali... sebab ayat al baqarah nih surah utk mengusir jin dan seangkatan dgn nye kuar dr umh @ mane2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
As Salam semua, maap saya terpaksa up semula thread ni. Nak update pasal ayah saya. Saya pendekkan cerita, ayah saya dah selamat berkahwin dengan isteri baru dan sehari lepas kawin terus berpindah ke tempat baru Di selangor. Seperti yg diberi tahu sblm ni kami adik beradik syak ayah terkena sihir dengan bini baru sbb sikap ayah berubah 100%. Ayah juga sangat bersungguh2 nak kawin hingga akhirnya kawin jugak walau kami Cuba menentang. Baru2 ni kami dapat tau ayah terpaksa bekerja utk menangung keluarga dan kami faham itu tanggung jawab sebagai Ketua keluarga. Tapi itulah dengan umur 67 tahun, kerja Di syarikat tenaga solar dan keje pulak kene buat slick utk cable (saya diberi tahu tugas ayah meratakan simen menjadi kepingan nipis seberat 5 ke 10kg utk.dimasukkan cable) dengan gaji rm45 sehari. Kami yg mendengar berita sebegini merasa agak hiba sbb dengan umur ayah spatutnya enjoy dengan usia tua disamping anak cucu, ke surau, ziarah kubur, dll bukannye bekerja seperti buruh kasar. Nak dijadikan cerita, kakak saya yg sulung terjumpa hamba Allah yg rapat dengan arwah mak, ayah dan isteri barunya dan drpda hamba Allah ini kami dapat tahu ayah memang disihir ilmu hitam dengan cara baju hitam (maaf sy kurang tahu bab ni) tetapi ilmu ni utk menundukkan lelaki hingga ayah tidak seperti yg kami kenal lg. Kami amat bersyukur dipertemukan dengan hamba Allah kerana seolah Allah mendengar doa2 kami utk ayah kerana jauh disudut hati kami memang merasa kan ada sesuatu yg tidak kena. Disini kami ada berfikir cara utk membawa ayah berubat tapi xnak seperti nampak terpaksa @ dtuduh menculik, namun utk membiarkan lg kami risau akan menyesal jika benar sesuatu yg buruk sedang berlaku. Kami juga merancang utk berjumpa ayah ditempat kerjanya dan membawa ayah bertemu perawat Islam yg boleh menawarkan sihir. Kami harap kawan disini dapat memberi beberapa perawat yg boleh membantu masalah ayah kami. Tapi saya bgtau juga isteri baru ayah bukan sorang yg biasa sbb dengan bangganya ayah memberitahu isterinya berhubung rapat dengan azazil. Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 04:52 PM | Show all posts
11ogos replied at 3-7-2019 04:37 PM
As Salam semua, maap saya terpaksa up semula thread ni. Nak update pasal ayah saya. Saya pendekkan c ...

Masya Allah.. tergamak ngaku rapat dgn azazil. Tak takut mati ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
melurhouse replied at 9-7-2019 04:52 PM
Masya Allah.. tergamak ngaku rapat dgn azazil. Tak takut mati ke.

Itu la.. Ni pon dah beberapa hari tak dengar khabar langsung pasal ayah.. Ade jugak terfikir nak pergi melawat ayah tapi risau jd macam kakak saya pulak. Alkisah 1 hari kakak, suaminya n anak2 pergi melawat ayah, balik dr melawat tu kakak singgah mandi Manda Di sungai. Anaknya yg sulung tiba2 hmpir lemas pada hal air cetek je. Bila ditanya anaknya yg sulung bgtau terkejut tiba2 nampak harimau putih dengan org tua beruban putih, itu yg terkejut smpai tergelincir dlm air. Bila smpai Di rumah, berterusan pulak anaknye nampak harimau n org tua tu sampai jd seram, takut dan xdapat ke sekolah sbb bende tu tunggu depan rumah pada hal org lain xnampak pon. Anaknya bgtau juga org tua tu minta bela harimau tersebut. Kakak ape lagi, trs bawak pergi jumpa ustaz. Kakak juga bgtau masa dirumah tu kakak SEKELUARGA dihidang mkn mee goreng tetapi bini ayah xmakn, pose katenye. Selain itu terdapat juga 2 ekor patung ayam yang bini ayah kat akan hidup, boleh berkokok bagai..

Jd saya ni risau la nak pegi melawat ayah, bmbg lain jd ye. Ade la terfikir nak bawak ayah brubat, tp tu la.. Masih memikirkan cara terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 02:45 PM | Show all posts
berat dugaan awak dik.. akak berdoa awak dpt jalan yg terbaik untuk selamat kan dan lindungi ayah awak.  ilmu penunduk mmg tak sakit kan org tapi lama2 kalau kita melawan mmg sakit sgt2.
lagi kuat kita lawan lagi sakit.  Akak cakap ni base on experince sendiri.  itu yg akak alami bertahun2 dan bila akak start rebel dan lawan mmg jatuh sakit.

tapi kalau tak lawan mmg jadi bodoh dik. apa org tu minta kita kasi . org soh buat kita buat. Mmg tak de pikir pasal diri sendiri langsung dah. bak kata nya kalau dlm poket ada 110 org tu mintak duit 100 tu kita kasi tinggal 10 je kat kita. mmg kita tak sakit  and lagi satu dia takkan kasi kita gi jauh dr dia.
bila jauh kita jatuh sakit dan bila balik ke dia je kita leh sihat .  so kita rasa macam dia lah pelindung kita . tapi hakikat nya sgt2 bertentangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu apa Dewi bgtau.. Duit Simpanan ayah makin surut. Sblm ni ayah dgn arwah mak ade Simpanan tabung haji yg khas utk menunaikan haji dan dah sampai giliran naik haji tapi tpaksa ditolak sbb arwah mak sakit buah pinggang yg tpaksa hemodialisis 3x seminggu. Tabung haji juga bgtau utk umrah je bleh, utk haji Sgt berisiko bg pesakit buah pinggang. Tapi malang ya skg ni, duit tabung haji ayah tnggal beberapa kerat je lg pernah ayah bgtau buat ape pergi haji, kawan ayah (sblm jd bini) bgtau org bodoh je pegi haji.. Terkedu kami yg mdengarnya dan itu juga me jawab soalan kami ke apa ayah bekerja lps kawin.. Kami mmg agak2 jugak bini ya nak mnjahanamkan ayah je.. Skg kami mampu doa, sedekahnya Al fatihah pada roh ayah moga Allah pegang smula hati ayah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 20-1-2019 02:10 PM
Ayah kwn i dulu tiba2 kawen dgn pompuan indon
Tak balik umh, duk je umh indon tu
Bila anak2 dtg nk ...

Ini la sebab aku memang tak bersangka baik pada bibik2 indon ni. Contoh dalam forum ni, si trisna. Berkokok bukan main bila dapat kahwin orang malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bezita60 at 14-7-2019 11:05 PM
11ogos replied at 10-7-2019 08:10 PM
Betul tu apa Dewi bgtau.. Duit Simpanan ayah makin surut. Sblm ni ayah dgn arwah mak ade Simpanan ta ...


Perangai mak tiri kau ni sebijik mcm wife pak cik aku. Pakcik aku kahwin dgn wife dia yg baru ni slps kematian isterinya 12 thn lepas. Kahwin usia lanjut dan sekadar cari peneman (tapi sbnrnya bala). Kira pakcik aku adalah suami ke-4 wanita sihir ni. Suami yg lepas-lepas tak tahu apa cerita. Wanita sihir ni dtg dari Utara tanahair.

Pakcik aku berpuluh tahun jadi imam masjid  tapi lepas berkahwin dgn wanita sihir ni, makan benda kotor, sampai dia jadi bodoh sangat2. Kau bayangkan, setiap sen dari harta pakcik aku, wpun harta pusaka, wanita sihir ni akan kikis. Dengan tak malunya dia nk gaduh dengan pentadbir tanah pusaka, suruh masukkan nama dia padahal pakcik aku hidup lagi! Mana tanah arwah atuk aku jual pun dia yg makan duit. Duit pencen, sewa rumah, bahkan duit raya dan pemberian anak2 semua wanita sihir ni sakau sampai pakcik aku mcm org bodoh sehelai sepinggang. Harta, tanah rumah kereta semua dia tukar nama.

Anak2  pakcik aku, satu2 dia sihirkan agar keluar dr rumah pakcik aku. Tak dpt sihirkan anak, pompuan tu sihirkan cucu2 pakcik aku. Sampaikan sekali berubat, berpuluh ekor keluar. Mana tahan sepupu aku sampai semua anak dia kene kacau saban hari.  Akhirnya sepupu aku keluar dr rumah.

Dulu masa pakcik masih boleh lg memandu, hina sgt wanita sihir ni buat pakcik aku sampaikan  pakcik aku mcm takde maruah pergi rumah jiran dan saudara kutip botol, kertas dan tin utk jual. Padahal pakcik aku punya duit pencen dan sewa rumah pun mkn tak habis.
Duit satu sen takde kt tangan...

Sekarang pakcik aku kencing berak dlm diapers. Wanita sihir ni kerje membongkang tiap hari kt tumah. Kalau pakcik aku berak kencing, dia akan biarkan sampai kering najis kt punggung tu selagi anak pakcik aku  tak balik kerja. Sanggup dia angkut pakcik aku gi umah anak2 semata tukar diapers je. Padahal satu sen duit  pakcik aku, wanita sihir ni tak bg pun beli pampers etc.

Sepupu aku, salah sorg adalah perawat. Tapi dia pun hampir surrender dgn pakcik aku ni. Asal buang, bertenggek lg. Berpuluh2 ekor. Benda ni makan tahun untuk beri kesan. Wanita sihir ni  menjarah duit pakcik aku utk dia siapkan rumah kt utara sana. Kira2 bersiap sedia je tunggu pakcik aku mati dan kahwin utk kali ke-5.  Syaitan tak perangainya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 14-7-2019 10:59 PM
Perangai mak tiri kau ni sebijik mcm wife pak cik aku. Pakcik aku kahwin dgn wife dia yg baru ni ...

Saya ingatkan besar dah dugaan kami sekeluarga , besar lg Rupanya dugaan org lain. Baru2 ni ayah ade buat voice note dlm group family.. Dr nadanya, intonasinya.. Allahu.. Sedih Sgt.. Begitu sayu, mendalam bila dia ucapkan rindu pada anak cucu..harap Sgt keadaan ayah baik2 saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan suami saya juga mempunyai ibu tiri yg mengamalkan sihir2 ni sbb ayah kepada ibu tiri suami saya merupakan sorang bomoh. Suami bercerita masa Awal2 perkahwinan, adalah usaha utk mengubati ayahnya oleh perawat Dr siam melalui cara jauh iaitu menggunakan barang2 ayahnya tetapi natijah yg diterima Sgt berat.. Belum habis pon usaha, ayahnya dikhabarkan jatuh sakit yg boleh membawa maut hingga terlantar lama Di hospital. Bukan ayahnya je jatuh sakit, ibu kepada suami saya juga @ibu Mertua juga jatuh sakit berat..  Jd saya terfikir adakah perkara yg sama boleh berlaku pada ayah saya memandangkan bininya bomoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
11ogos replied at 20-1-2019 07:59 PM
kami juga bimbang kami tersalah langkah, bimbang jika ayah rase yg bukan2... jd kami adik beradik bu ...

Sepupu saya tak caye sihir2 ni. Lepas parents dia bercerai, bapa dia kawin dgn pompuan yg kuat mandrem

Berterabur life bapa dia, mati pun murung. Bapa dia boleh nak hibahkan harta dia kat pompuan tu. Macam takde anak lak  Cepat2lah awak selamatkan bapa awak, jangan kompromi langsung once pompuan tu main mandrem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak selamat kan tu kami masih memikirkan cara ya sbb dah berbini.. Saya ajak dtg rumah, sy bgtau nak ajak je, ayah pulak Tanya kenapa mcm tu, kene la bawak bini skali.. Tak kan la nak bgtau utk bawak brubat kan.. Nak kidnap ayah kat tempat keje karang risau bininya report polis.. Aduh la.. Dan terfikir jugak nak bawak perawat siap2 then jumpa kat tempat kerja ayah.. Masalahnya ade ke perawat yang sanggup ikut kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak selamat kan tu kami masih memikirkan caranya sbb dah berbini.. Saya ajak dtg rumah, sy bgtau nak ajak ayah je, ayah pulak Tanya kenapa mcm tu, kene la bawak bini skali.. Tak kan la nak bgtau utk bawak brubat kan.. Nak kidnap ayah kat tempat keje karang risau bininya report polis.. Aduh la.. Dan terfikir jugak nak bawak perawat siap2 then jumpa kat tempat kerja ayah.. Masalahnya ade ke perawat yang sanggup ikut kami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang nak cepat2 selamat kan ayah dan bawak brubat tapi sbb ayah dah berbini caranya jd agak susah. Pernah sy ajak ayah je dtg umah tapi ayah pulak Tanya bini ayah xnak ajak skali ke, pastu terfikir nak jumpa kat tempat kerja ayah je pastu trs bawak jumpa perawat. Tapi bmbg la pulak bininya buat report polis kata kami kidnap. Cara lain pulak kami terfikir nak bawak perawat siap2 jumpa ayah kat tempat kerjanya tapi ade ke perawat yg nak ikut kami
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 03:28 PM | Show all posts
11ogos replied at 15-7-2019 11:28 PM
Memang nak cepat2 selamat kan ayah dan bawak brubat tapi sbb ayah dah berbini caranya jd agak susah. ...

cadangan..

cakap nak ambik ayah nak bukan kan buku bank kat ayah jadi kena ada cap jari ayah..
untuk masukkan duit tiap bulan kat ayah.
makcik tak yah ikut la sbb buku bank nama ayah .  agak2 ok tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi replied at 16-7-2019 03:28 PM
cadangan..

cakap nak ambik ayah nak bukan kan buku bank kat ayah jadi kena ada cap jari ayah.. ...

Hihihii.. Boleh try kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia ni tak da undang undang ke pasal jenayah sihir ni.sedih bila baca pasal cerita sihir camni  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.243011 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list