CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7357|Reply: 123

[Tempatan] Komen lelaki dikecam. "Dengan sijil-sijil yang ada tu semua, saya harap sis

  [Copy link]
Post time 21-1-2019 10:12 AM | Show all posts |Read mode
“Kalau tak pandai masak, tak cukup perempuan ke?” - Lelaki toksik buat bakal peguam geram


ZAMAN sudah berubah, namun mentaliti masyarakat yang memandang kejayaan seorang wanita masih lagi diukur dengan kehebatan mereka beraksi di dapur sukar dihakis.

Wanita bernama Tatty Hassan, 27, yang menghabiskan masa selama lapan tahun untuk menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang mencuri perhatian netizen di Twitter.

Teruja dan syukur dengan kejayaan itu, Tatty memuat naik gambarnya di dalam kelas dengan kapsyen: "Saya rasa sedikit teruja pada masa ini. Saya tidak percaya yang saya berjaya mengharungi tempoh lapan tahun di sekolah undang-undang.

"Sejak asasi, dua ijazah sarjana muda dan sebuah ijazah sarjana, pengajian saya tamat akhirnya. Alhamdulillah.

"Namun, gambar kejayaannya yang meraih lebih 19,000 tanda suka itu menerima reaksi sinis seorang pelayar Twitter.

"Dengan sijil-sijil yang ada tu semua, saya harap sis (Tatty) tahu memasak ye," tulis pengguna Twitter tersebut.

Lelaki itu kemudian teruk dihentam kerana postingnya terhadap Tatty menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen tidak senang dengan komen lelaki tersebut dan menyifatkannya seperti 'makcik-makcik' dan hanya mahu berasa dirinya lebih hebat daripada golongan wanita.

Komen bernada sinis yang ditulis oleh lelaki itu terhadap Tatty.

Seorang rakan Tatty tampil mempertahankannya dan berkata bahawa bakal peguam tersebut sememangnya pandai memasak.

"Realitinya, Tatty Hassan selalu masak untuk pelajar kelasnya dan juga menjemput pelajar kelas lain (termasuk saya) untuk makan."Bukan sahaja dia pandai masak, dia juga mempunyai hati yang baik.

"Lelaki selalu menjatuhkan wanita di luar liga mereka untuk melindungi ego sendiri. Ia menyedihkan," tulis Mahirah.

Sementara itu, Tatty berkata, dia tidak nampak di mana hubung kaitnya komen seperti itu dan terkejut dengan cara lelaki tersebut melihat wanita.

Tatty baru menamatkan ijazah sarjana muda keduanya pada Khamis lalu.

"Saya terkejut dia lihat perempuan macam itu sahajakah? Semua kejayaan ditolak ke tepi dan diukur sama ada perempuan pandai masak atau tidak.

"Kalau saya tidak pandai masak, maknanya saya tidak cukup perempuan ke? Geram juga baca komen macam itu. Ia adalah sifat kelakian yang toksik," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambah wanita yang memiliki wajah seiras penyanyi Wany Hasrita dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman itu, dia tidak menolak sepenuhnya persepsi bahawa tempat wanita adalah di dapur.

Gadis ini bakal bergelar peguam bertauliah selepas menyempurnakan 'chambering' selama sembilan bulan tidak lama lagi.

"Pandangan dia tidaklah salah, ada betulnya juga. Tapi pencapaian wanita itulah yang akan menentukan dapur dia besar mana. Bahan-bahan di dapur itu organik atau tidak.

"Sebenarnya, jika kaum lelaki belajar ilmu agama dengan betul, tugas memasak bukan tanggungjawab wanita tetapi lelaki kerana mereka yang perlu menyediakan nafkah," ujarnya yang mahir memasak sajian Melayu.

Jelas wanita yang berasal dari Jitra Kedah itu lagi, zaman sudah berubah dan berharap pandangan skeptikal terhadap wanita juga harus berubah mengikut peredaran masa.

Tatty kini menggenggam Bacelor Pengajian Undang-Undang, Bacelor Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersial dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tgh seronok2 kongsi berita gembira, ada je yg suka tanya benda xde kena mengena. Mana2 mmg ada jumpa jenis lelaki mcm ni. Rugi sungguh ada akal fikiran tapi x dikembangkan sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:42 AM | Show all posts
byk posting lagi haru dlm twiter,
posting cmni lak wartawan pilih

mgkin adik ni nmpk lawa cm wany , tu yg reporter kesah
cube kalu adik ni cm tempayan, muke cm mak limah

konfirm takde sapa org kisah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang yah jantan tersebut, ingat tugas pompuan jah kena masak bagai tu? Jantan tadah telo utk digentel jah? Hanat kau
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:51 AM | Show all posts
Maklumlah tuan empunya badan tu cantik orangnya. Kalau tak cantik tiada siapa peduli.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ukurlah baju di badan sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-1-2019 10:51 AM
Maklumlah tuan empunya badan tu cantik orangnya. Kalau tak cantik tiada siapa peduli.

Asal ai x nmpk pic pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-1-2019 10:51 AM
Maklumlah tuan empunya badan tu cantik orangnya. Kalau tak cantik tiada siapa peduli.

Picture pls.

#jantanmalas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tu mesti jantan yang nak dilayan macam soltan..
time makan mesti kena terhidang siap air basuh tangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 11:35 AM | Show all posts
Tambah wanita yang memiliki wajah seiras penyanyi Wany Hasrita dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman itu, dia tidak menolak sepenuhnya persepsi bahawa tempat wanita adalah di dapur.


cari je  pic 2 selebriti tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:51 AM | Show all posts
kalau takut dikecam, usah main twitter terimalah dengan hati terbuka, try masuk forum ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:54 AM | Show all posts
masakan mak kita memang sedap sampai bila bila, jadinya... zaman dah berubah. maka anak anak korang esok takkan ada istilah masakan mak paling sedap. sebab bini korang melenting bila tanya pasal tau masak atau tidak. kesian generasi anak korang. korang bayang kan zaman sekarang tren perempuan tak payah pandai masak sangat ni terawal sikit. bermakna kata masa zaman mak mak korang. apa rasa mak mak korang tak pandai masak. beli kat luar memanjang. tak pun bapak korang bali keja letih letih kena masak sebab zaman dah berubah pompuan tak perlu pandai masak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen berbaur dengki dgn kejayaan org lain
Betul kata cik tatty, lelaki toksik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:01 PM | Show all posts
Namun, gambar kejayaannya yang meraih lebih 19,000 tanda suka itu menerima reaksi sinis seorang pelayar Twitter.


Sorng je ke cakap camtu. Adui, kalau kat soc media mengharapkan komen murni je, payah le.

Yang komen tu pun, xde keje lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:01 PM | Show all posts
nasib baiklah weols keturunan dayak pakai cawat duduk atas pokok tidak dididik untuk jadi hamba kaum lelaki
weols didik buat kerja sama rata, perempuan memasak lelaki pun boleh memasak, perempuan jemur baju lelaki pun jemur baju
nasiblah uols ya kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 21-1-2019 10:40 AM
Org tgh seronok2 kongsi berita gembira, ada je yg suka tanya benda xde kena mengena. Mana2 mmg ada j ...

Tu laaa...org nk share cerita2 yg inspiring sibuk je si fulan ni mencelah isu yg xkena mengena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Then what is the expectation of a successful man? Kerjaya hebat dan harta yg banyak kah? Since nowadays women are also expected to have a good career (usually people look down on unemployed ladies) its unfair to only expect women to know how to cook right? So zaman sekarang lelaki juga kena pandai masak lah kan baru adil. Kenapa perempuan pula perlu bersusah payah kerja cari rezeki juga kalau lelaki hanya expect perempuan sepatutnya duduk di dapur saja. Bukankah itu tanggungjawab lelaki as the breadwinner? Based on that logic perempuan tak perlu susah2 belajar tinggi2 dan kerja hebat2. Duduh rumah je lakukan kerja rumah biar lelaki seorang yg tanggung segala perbelanjaan. Dan semua lelaki di expect kaya duit berkepuk kepuk. That maybe applicable zaman mak nenek kamu tapi zaman sekarang its not very ideal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 21-1-2019 11:54 AM
masakan mak kita memang sedap sampai bila bila, jadinya... zaman dah berubah. maka anak anak korang  ...

Ayah pun pandai masak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 21-1-2019 11:54 AM
masakan mak kita memang sedap sampai bila bila, jadinya... zaman dah berubah. maka anak anak korang  ...

Betul. Aku sedih balik kampung dah takde masakan mak. Kalau nak makan, masak sendiri atau makan luar. Boleh je perempuan bekerjaya memasak. Kena pandai bahagi masa la. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Air tangan wanita atau ibu tu lain. Suami2 pon tolonglah potong benda simple dan cuci pinggan mangkuk. Kerja jadi cepat.
Ayah aku pon nasibla dapat yang pandai masak juga. Ayah buat lauk simple pon berpinggan nasi tambah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:10 PM | Show all posts
kesian pompuan tu.. aku masa nak kawen pun wife aku asyik risau je aku marah dia nnt sbb "tak reti masak".. padahal kategori tak reti masak wife aku ni bukannya tak reti masak langsung.. boleh je dia masak macam2 lauk jugak, alah setakat kurang sikit sedap tu aku balun je makan.. nanti lama2 improve la.. tapi benda ni bukan salah lelaki semata je, sbb mak mertua aku sendiri pun kdg2 asyik tanya pasal masakan bini aku/ bini aku masak ke tidak..

tapi tu la kan, aku pernah terjumpa la pompuan yg betul2 dungu bab memasak.. nak buat air teh seteko pun tunggang langgang pantri opis, pastu air manis nak mampos.. positifnya, dia jenis x komplen masakan acik2 bawang jabatan aku waktu potluck, sbb dia sedar diri x reti masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.124889 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list