CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17749|Reply: 148

[Tempatan] Instafamous???Nampak mewah sangat,rupanya...

  [Copy link]
Post time 21-1-2019 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kakyungpilah85 at 21-1-2019 03:33 PM

Memiliki akaun media merupakan satu kemajuan bagi diri masing-masing. Malah sebenarnya sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan baru kepada kita terutama mengenai kehidupan masa kini.
Namun setiap perkara yang wujud ada baik buruknya.



Perkara baik akan terjadi sekiranya kita pandai mengawal nafsu bermain di media sosial. Dan perkara buruk boleh menimpa sekiranya anda terlalu taksub dengan permainan social media hari ini.
Bagi pengguna Instagram pula, pastinya sudah mengetahui bahawa wujudnya ‘ikon’ instafamous yang mana pada hari ini menjadi ikutan semua orang terutamanya gadis remaja awal 20-an.
Mereka yang bergelar instafamous ini rata-ratanya sentiasa di nanti-nantikan oleh pengikut mereka setiap hari.
Seperti yang dinyatakan di atas, setiap perkara ada baik buruknya. Dan menjadi seorang yang bergelar instafamous ini bukanlah satu perkara yang indah.
Kenapa kami simpulkan sebegitu?



Ayuh baca perkongsian saudari Hawa Wong..
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya.
Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa tak nak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni.
Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak.
Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru.
Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi.
Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan instafamous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.



Terpaksa ‘Bersaing’
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru.
Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama.
Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan periksa siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia.
Walaupun beribu yang like dia sanggup periksa satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.



Masa Dengan Keluarga ‘Burn’ Sebegitu
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed.
Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas pertama ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka.
Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.



Dilema Nak Bayar Hutang!
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai.
Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama.
Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.



Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan.
Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan.
Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.



Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah.
Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri?



Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita?
Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh?
Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu?
Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana?
Mahu menjadi pemarah atau pemurah?



Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi.
Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa.
Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.

*dipetik dari https://www.hijabista.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2019 01:25 PM | Show all posts
yang xleh blah instafamous yg seksi macam nak mati tu...tayang lurah sana sini,tayang tet*k semua..pastu pakai barang branded...celah mana dapat duit banyak2 tu???
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedehnya... Hidup ni terlalu singkat utk dihabiskan di instahgeram dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnye ....acah2 kaya..ade eh org mcm ni??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
syukurlah aku xada akaun Instagram nk menunjuk2 nie,
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wawa ni spesis kak hasanah jugak ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 21-1-2019 01:25 PM
yang xleh blah instafamous yg seksi macam nak mati tu...tayang lurah sana sini,tayang tet*k semua..p ...

Pic.

Link.

FB.

Pls?







Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 21-1-2019 01:25 PM
yang xleh blah instafamous yg seksi macam nak mati tu...tayang lurah sana sini,tayang tet*k semua..p ...

Dgn tayang tu lah dpt income...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Instapemes yg pakai branded tu sebenarnya  gred copy ori ja pom. Tak payah nak tertipu sgt lahh. ramai ja sis jumpa instapemes 1 pic like beratus, potray life chil2 havoc branded. Padahal, duk setinggan ja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:50 PM | Show all posts
tak payah jadi instafamous pun benda ni boleh berlaku. tak payah jauh2. ni aku cerita hal yg berlaku kat diri aku sendiri.

aku sign up instagram dalam tahun 2012 macam tu. sebelum tu ada fb je. mula2 ingatkan instagram ni sama la mcm fb rupanya tidak. kat instagram kau kena upload gambar, tak macam fb yg kau boleh share cerita, share quotes, share video.

awal2 sign up instagram sebab nak follow acc butik2 so senang la nak tengok design baju latest yg diorang ada. tapi, dalam masa sama, butik2 ni akan up gambar follower yg dorang rasa cantik.

sampai satu tahap aku rasa diri ni useless. sebab tak boleh pakai cantik macam tu, gaya tudung aku tak sama mcm diorang walau dah berpuluh2 kali tgk tutorial, tak boleh make up mcm diorang, tak boleh travel jauh2.

tapi, alhamdulillah rasa ni tak lama. nasib aku cepat sedar.

aku uninstall instagram. aku muhasabah diri dan cakap kat diri aku sendiri, tak de orang bodoh yg nak show off 'bad side' diorang kat socmed. aku sendiri pun kalau gambar nampak gemuk sikit aku takkan upload. hahahha. sama la mcm instafamous ni semua. yang buruk2 mesti diorang simpan tak tunjuk.

lepas tu aku rasa hidup aku aman tanpa instagram. tapi start 2 tahun lepas, aku activate balik acc aku tapi aku private acc dan hanya follow band2 kegemaran aku je. instafamous2 perasan cantik kaya bagai ni aku tak follow langsung hahahaha.

gambar yg aku upload pun sikit2 je. langsung tak de gambar selfie. boleh kira berapa byk je gambar muka aku kat acc aku  tu. hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu lagi baik takde terus akaun media sosial, aman jah hidup
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
instafamous, nampak mewah sangat rupanya...

...memang mewahpun... habis la korang d kejar lhdn
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum terlambat lagi nak tinggalkan semua tu.
Kalau dah rasa bebanan, keluhan dan penyesalan....sepatutnya dia dah ada faktor penolak untuk terus kekal dalam dunia glamour tu.
Kadang-kadang,  kita ni cepat rasa teruja.
Penat tau ......
Jadilah diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:04 PM | Show all posts
masa era FB pun dah ada kes hipokrit mcm ni
dlm status ckp bz order banyak sana sini walhal produk tak laku

yg update kereta mewah, rumah corner lot
ada kes kantoi sebab guna kereta sewa
rumah pulak owner belum dtg tgk
rumah baru siap
sebab tu boleh bergambar
kantoi pun sebab tertanya nombor lorong dengan nombor rumah
mana la owner sebenar tak mengamuk

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepaa ni instafamous kena bayar tax 5%, makin ramai lah yang mengaku depressed
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 21-1-2019 03:04 PM
masa era FB pun dah ada kes hipokrit mcm ni
dlm status ckp bz order banyak sana sini walhal produk  ...

sapo yg bergambar kat rumah org tu weh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
insta perasan femes ni gigih nak convince kan org lain yg dia mmg kaya, bahagia,disayangi, dipuja2
apa mohtep tah
hidup biasa2 je x bleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 21-1-2019 02:50 PM
tak payah jadi instafamous pun benda ni boleh berlaku. tak payah jauh2. ni aku cerita hal yg berlaku ...

kalo ig Duck lagi laaa...kalo dakies muka kepam,desa, x travel obersi, bukan orka jangan haraplah vivik nk pandang apatah lagi ig duck nak repost gambo diorg
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel dr mn ye tt? Tt tulis sdri?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ummah tidak gila kan dan kagum mereka ini tidak akan jadi begitu ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.393177 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list