CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: nazrullah

Misteri Tulang Mawas

  [Copy link]
 Author| Post time 26-2-2019 08:46 AM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 23-2-2019 05:59 AM
Ustaz auni kot yg ckp psl keris dengan tujuh jenis besi pa tu.

Dlu kt satu page dlm fb, confessio ...

wahh..klau ada link nye..tepek la kat sini...nak jugak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 11:32 AM | Show all posts
Ade tahun lepas baca yg confession tu. Mmg menarik tp sayang lepas dh jumpa manuskrip..apa jadi pada manuskrip tu...sorok  balik atau serah pada muzium.
Cerita tulang mawas ni pun best jugak..tak sangka boleh dicampurkan dalam seni pembuatan keris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 01:19 PM | Show all posts
sranua replied at 4-3-2019 10:32 AM
Ade tahun lepas baca yg confession tu. Mmg menarik tp sayang lepas dh jumpa manuskrip..apa jadi pada ...

baca kat mana?ada detail?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:53 PM | Show all posts
Fun dah ade org tanya..aku try la google...keyword iium confession + pembuatan senjata...rupanya masih ade artikel tu...Walla..
https://iiumc.com/?s=peninggalan+arwah

Selamat membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 5-3-2019 02:53 PM
Fun dah ade org tanya..aku try la google...keyword iium confession + pembuatan senjata...rupanya mas ...

Tq bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 08:25 AM | Show all posts
Ketandaan pada keris

Antara ciri-ciri yang baik yang perlu ada pada sesebilah keris ialah ketandaan ‘simpulan patat siput’. Ia adalah simbolik bagi kalimah “Hu” atau huruf “ha” yang merujuk kepada kepada kalimah “ALLAH”. Rahsia ketandaan ini adalah untuk melindungi diri daripada pandangan musuh dan boleh mengelakkan diri dari hasutan dan pemukauan jin dan manusia. Ia juga boleh menggerunkan dan memukau musuh yang hendak menyerang wallahu a’lam.
Ada tercatat dalam sebuah manuskrip lama berkaitan dengan ketandaan ini, sebagaimana berikut : “ pamor ini pada barang keris pun baik, sangat bertuah dibilang oleh seteru”.


Ketandaan tapak gajah juga merupakan ciri yang penting yang perlu ada pada sebilah keris. Ketandaan ini mempunyai rahsia sebagai kekuatan dan keteguhan bagi pertahanan dan melemahkan serangan dari pihak musuh. Ia juga berhikmat untuk mengunci pergerakan musuh wallahu a’lam. Mengikut catatan dalam manuskrip lama, ketandaan tapak gajah ini ada pada keris laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Berkaitan ketandaan ini tercatat juga dalam manuskrip tersebut : “pamor ini barang keris pun baik jika dibawa berjalan pada malam petang, jika ditaruh di rumah buta mata pencuri wallahu a’lam”.


Satu lagi ketandaan yang tidak kurang pentingnya ialah ketandaan gunungan. Ketandaan gunungan ini ialah merupakan suatu simbol untuk peningkatan dan ketinggian darjat dalam kehidupan seharian kepada pemiliknya. Tercatat dalam manuskrip lama : “ pamor ini pada sempana atau panimbal baik lepas hutang yang memakai dia, jika ditaruh di rumah pada kepala tidur”. Demikianlah sedikit rahsia dan ciri-ciri unik yang hanya terdapat pada senjata melayu dan tidak ada pada senjata-senjata bangsa lain. Maka kita lah orang melayu yang lebih patut dan layak mengenali senjata warisan datuk nenek kita daripada bangsa bukan melayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2019 08:27 AM | Show all posts

Rahsia ramuan besi 7 ‘Pa’



Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.

Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.
Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.

Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.

Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.
Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :
1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
2.Melariskan perniagaan.
3.Mematahkan semangat musuh.
4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.

Dalam berkeris ingatlah pesan ini :

Bermain keris biar berpada
Dek keris bawa ke neraka.
Ukur, sukat hanya petua.
Sepenuh hati jangan percaya
Cuma besi baru ditempa
Allah jua Maha Kuasa .
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Amaran: Video ini kurang sesuai ditonton bersama anak kecil.

Tak tahu nak kongsikan di mana. Kita harap ini benang yang sesuai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 5-3-2019 01:19 PM
baca kat mana?ada detail?



Youtube ust Amin ni very imformative. Dia blh buktikan tulang mawas tu istimewa scientifically. Advancenya orang Melayu kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061868 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list