JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2251
View
17
Reply

[KREATIF] 3 perkara tentang malaysia yang awesome

[Copy link]

Author: iwansa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-1-2019 10:34 AM | Show all posts |Read mode


fakta pertama :- stesen tahan salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.





fakta kedua : - ibukota kilat

KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.




fakta ketiga :- Jambatan gantung tertinggi didunia

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:40 PM | Show all posts
info menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:55 AM | Show all posts
tak de rope sejarah pon ? yg no satu je aku rasa cerita sejarah. lagi dua info tu tak ade kene mengene pon. mod sila alihkan ke bod lain. harap maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Very informative
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 08:44 PM | Show all posts
ni ulangan ni


dari video documentary 10 things you dont know about Malaysia


before gempa bumi kat sabah tu released


benangnya pun ada sini

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 11:41 AM | Show all posts
semua ttg malaysia kan mmg oh sem


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 12:57 PM | Show all posts
teringin nak jalan kat via ferrata mount kinabalu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:40 AM | Show all posts
teringin nk pergi jambatan tergantung
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow..info menarik.. share la lagi apa2 trivia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah... Baru tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apa ulang2 info sebab akak pun baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 02:59 PM | Show all posts
info yang menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 03:46 PM | Show all posts
good info ..............
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Woww tq atas info yg menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:03 PM | Show all posts
Oh my, pasal stesen keretapi tu aku baru tahu. Awesome  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Station keretapi tu sangat wowwww baru tahu.

Yg pengalir kilat tu mana2 bangunan pun ada kan. Dulu saya darjah 6, cikgu Kajian Tempatan saya bgtau tiang antena atas rumah flat (cikgu bg contoh rumah flat sebab kami ramai budak flat, bkn pprt) tu pengalir kilat sebab tu bila tengok tv waktu hujan / kilat, tv tak meletop sebab pengalir kilat macam penebat (sorry saya sains kureng huhu). Tapi sebaiknya bila hujan kilat tutup tv buat plak renyai2 pun ASTRO dah bg signal
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 03:32 PM | Show all posts
Menarik infonya.  Sayang station keretapi lama tu tak meriah lagi seperti dulu sejak adanya KL Central
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050022s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list