CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5433|Reply: 19

Rider GrabFood Bertemu Jodoh Ketika Menghantar Makanan. 'Bersemut' Tengok Video

[Copy link]
Post time 22-1-2019 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Betullah orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Jodoh juga adalah satu bentuk rezeki yang kita takkan jangka.



Kadang kala, dekat tempat yang kita sendiri tak jangka pun boleh bertemu dengan jodoh.




Kisah ini terjadi kepada pasangan rider GrabFood ini, Mohammad Afandi dan Nur Atiqah. Dalam video ini, pasangan ini menceritakan mereka mula berkenalan apabila kebetulan menghantar makanan di kawasan yang sama.


Dari situ, mereka berkenalan dan kemudian melanjutkan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin.



Kredit foto: Facebook - Atiqa


Kata Afandi dalam video itu, perancangan mereka untuk berkahwin telah tersusun rapi selepas mula serius mahu berkahwin. Afandi akan mendapatkan 15 order dalam sehari dan Atiqah akan meletakkan target 10 order dalam sehari.


Jadi mereka boleh dapat lebih kurang RM250 sehari, sebagai duit untuk perkahwinan nanti.


Cerita mereka lagi, mereka tidak seperti pasangan lain yang menghabiskan masa bersama keluar berjalan atau menonton wayang. Masa kedua-dua pasangan ini banyak dihabiskan untuk mencari duit sebagai persediaan untuk berkahwin.


Dari video ini kita boleh nampak, rezeki itu ada di mana-mana. Jika kita berusaha keras dan jujur, pasti rezeki itu akan tiba dari pelbagai bentuk.


Jadi untuk anda di luar yang masih struggle dalam kehidupan, jangan putus asa okay? Cuba sampai dapat! -CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah{:love
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla. Moga berbahagia selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah. semoga kekal hingga ke akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:22 PM | Show all posts
Congrats. Semoga bahagia bersama sampai hujung nyawa.

Lepas berkahwin pon semoga gigeh begini jua cari rezeki yach
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sweet la. Alhamdulillah, semoga perkahwinan kekal ke jannah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniahhhhhhh{:love
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:16 PM | Show all posts
Tahniah ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 04:02 PM | Show all posts
bagus la sama-sama kumpul duit bukan harap pompuan je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:03 PM | Show all posts
gigahertz replied at 22-1-2019 03:37 PM
aku tak risaukan duit waktu kahwin.aku risau selepas kahwin. mcm member aku.keje insuran pastu gat ...

tu bukan masalah kawin tapi kawan u yang bermasalah..
kerja tak perform alih-alih kawin pulak yang disalahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:50 PM | Show all posts
gigahertz replied at 22-1-2019 04:33 PM
atleast salah seorang mesti keje tetap. ada income tetap. i hope both of pengantin ada keje tetap.

bukan kata grab lumayan juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:10 PM | Show all posts
whatever....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:54 AM | Show all posts
baguslah menyimpan dari sibuk melawa melaram berdating. lps kawin kukuhkan lagi kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:59 AM | Show all posts
jodoh itu rahsia Allah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:05 AM | Show all posts
Tahniah. Till jannah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:52 PM | Show all posts
tahniah. semoga bahgia ke hujung nyawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg kita mahu! Rajin berusaha! Semoga berbahgia pasangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..Semuga bahagia hingga ke janna..Rancang la baik2 masa depan bersama..inshaallah rezeki tu ada dimana2..yg penting rajin dan usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja bagai nak gila semata utk majlis kawin je. Hmmm. Malays.

Sama ngan adik ipar aku savings habis buat belanja kawin. Kerja dari lepas kolej umur 22. Kawin 27. Lima tahun punya hempas pulas habis dalam masa 2 hari (nikah/resepsi). Hantaran cash rm15k. Gedebuk gedebak pelamin baju rm5k. Catering rm10k. Savings 5 tahub Rm30k++ habis dalam masa 2 hari. Bila tegur melenting budak zaman sekarang. Bersanding hiasan duduk mcm dalam kayangan. Balik rumah, katil pun hmmm..daripada bayar pelamin ribu2 baiklah beli katil.

Tapi yelah depa kata seumur hidup sekali.

Puluh puluh ribu tu eloklah letak dp beli rumah. Rugi gila.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasangan bijak! Harap perangai sebelum kahwin berkekalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.221480 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list