CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2599|Reply: 28

[Tempatan] Pulau Hanya Untuk Kucing Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 22-1-2019 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MAHU melindungi anak kucing yang tinggal di pulau daripada ancaman haiwan liar mendorong seorang doktor haiwan tampil dengan cadangan mewujudkan sebuah `Pulau Kucing' di Sabah.

Bagi mencapai hasrat itu, Dr Randolf Paza memuat naik cadangan berkenaan dalam status media sosial Facebook beliau sebelum ia menjadi tular dan dikongsi serta mendapat maklum balas ramai netizen.

Dalam status Facebook Dr Randolf, beliau meminta orang ramai terutama sukarelawan supaya menyokong usahanya untuk menjayakan projek `Pulau Kucing' yang disifatkannya sebagai langkah terbaik melindungi kucing pulau.

Statusnya yang dikongsinya sejak 11 Januari lalu kini mendapat 1,300 perkongsian daripada orang ramai, 2,100 tanda suka dan menerima lebih 680 komen daripada netizen.

Menurut Randolf, beliau mendapat inspirasi untuk menjayakan projek itu selepas mendapat tahu di Jepun ada sebuah pulau dikhaskan untuk kucing yang dilindungi dan dijaga.

"Saya dapat tahu ada sebuah pulau di Jepun dipenuhi dengan kucing. Memandangkan saya selalu buat kerja amal merawat dan mengembiri haiwan seperti kucing terutama di beberapa pulau berhampiran Kota Kinabalu, timbul idea untuk melindungi kucing di kawasan itu.

"Anak kucing di pulau ini mati kerana kebanyakannya dimakan haiwan liar terutamanya biawak. Jadi saya sering melawat ke pulau ini untuk melindungi kucing yang ada di pulau sama ada dengan merawat atau mengembiri kucing terbabit," katanya ketika ditemui Harian Metro di Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan projek itu, Randolf berharap semua pihak dapat menyokongnya terutama kerajaan dengan mewartakan sebuah pulau di sekitar Kota Kinabalu untuk dijadikan sebagai `Pulau Kucing'.

"Saya banyak menerima komen positif dan ada juga yang berkata ia mustahil dilakukan, namun ini adalah langkah permulaan dan harap kerajaan dapat melihat kepentingannya bagi melindungi haiwan ini selain memberi keuntungan dari segi pelancongan.

"Setakat ini saya bercadang menjadikan Pulau Mamutik sebagai Pulau Kucing kerana persekitaran yang sesuai untuk menempatkan dan mengumpul kucing di sekitar pulau berkenaan," katanya.

Randolf yang juga sukarelawan Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata, berdasarkan rekodnya, setakat ini sebanyak 18 kucing ada di Pulau Mamutik, Pulau Sapi (14) dan 35 di Pulau Manukan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
macam konsep pulau kucing kat Jepun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong

Tapi kalai boleh peruntukan bagi dekat shelter haiwan yang sedia ada contohnya shelter pak mie tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:09 PM | Show all posts
kucing tu nak makan apa, friskies ka?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat pun x cukup tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:16 PM | Show all posts
setuju... tp dibuntingkan lah 85% kucing2 tu semua....... kang kalo dh galak membiak habis 1 pulau bau taik kuceng semedang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 22-1-2019 02:16 PM
setuju... tp dibuntingkan lah 85% kucing2 tu semua....... kang kalo dh galak membiak habis 1 pulau b ...

Ada dia sebut dia kembiri kucing2 dan merawat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAK SOKONG!

Akak sanggup kumpol dan hanto semua kucing liar yang datang rumah akak pehtu tak reti berambus bila diberi makan (tak bagi kang kasihan pulok) huntok menjadi penghuni2 batch pertama pulau tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, kau jangan pula buat menda ni huntok duit saja, moga plan ko tak jadi if hada niat jahat sebegitu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:56 PM | Show all posts
jauh nau ke sabah kalo x bleh aku pakat kumpul kucing berlambak2 kat rumah ni. mana dtg ntah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:02 PM | Show all posts
mslhnya pulau kat jepun tu ada orang kat situ yg bagi makan...

kalau letak kat mamutik sapa nak bagi makan? pekerja chalet??

jauh pulak pulau tu... unless pulau sapi la...ada jugak habitat orang

kat kch nie ada satu tempat, pulau salak namanya... iols pegi sana jumpa kucing parsi merata2 bagai kucing tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik setujukkkk

Macik akan sediakan segerombolan memiau macik yang sudah siap dilatih menjadi komando paskal

Memiau macik akan menjadi pengawas gred B52
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:10 PM | Show all posts
Kucing itu nanti akan  menyebabkan populasi mamalia kecil di pulau tersebut pupus
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:16 PM | Show all posts
Edited by shamsadis at 22-1-2019 03:22 PM

fungsi kucing adalah untuk makan tikus...



dah tu kalau dibawak ke pulau, makin membiak lah tikus, nak harap ular, kena katuk mati ular, nak harap musang, kena culik musang tu dimakan dek cina


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-1-2019 06:09 AM
kucing tu nak makan apa, friskies ka?

macam kucing aku tak pernah tgk tikus seumur hidup di baginya tikus tu minum air dalam bekas dia. yang kucing aku tu gigih pergi bliik air minum.
Aku dah cakap dengaan kucing aku naampak animal kill kill die tapi nampak pet jangan kill.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:43 PM | Show all posts
i boleh sumbangkan 8 ekor untuk pulau tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 03:59 PM | Show all posts
Untuk anjing xde ke jgn dabel standed
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 04:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-1-2019 03:43 PM
i boleh sumbangkan 8 ekor untuk pulau tu

iols blh sumbangkan 19 senang2 je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:02 PM | Show all posts
tobby replied at 22-1-2019 02:13 PM
Rakyat pun x cukup tempat tinggal

kongsi la sesama mahkluk lain juga. jangan pikir kita je. dah banyak hutan banat kita musnahkan atas nama penempatan walhal kita musnahkan penempatan mahkluk lain pada masa yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 05:11 PM | Show all posts
oooo pernah tengok youtuber kat pulau kucing jepun tu

konsep macam comel, tapi kepadatan kucing liar ni buat food resource utk kucing kat situ xde, even boleh ancam haiwan asal pulau tu sendiri i.e. burung etc

kat pulau jepun tu kucing byk berharap dekat tourist ngan local je bg makan dekat dorang especially dekat shrine tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 4.082434 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list