Minggu ini, Malaysia digemparkan dengan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang yang menyebabkan sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut.
Dalam pada anggota bomba menjalankan misi mencari dan menyelamat untuk menaikkan kenderaan SUV yang terjunam itu, seorang lelaki dengan lancangnya memperlekahkan usaha pasukan penyelamat.
Kredit foto: Twitter
Menerusi satu video live yang dirakam di lokasi kejadian, pengguna Facebook dengan nama Chuah Chun Howe meninggalkan komen berbaur penghinaan kepada pasukan penyelamat dan tular dalam sekelip mata.
Berang dengan tindakan Chun Howe, ramai netizen menyerangnya dengan kritikan dan kecaman hebat.
Kredit foto: FB/The Klasik
Mungkin takut melihat dirinya menjadi perhatian masyarakat dan diserang bertubi-tubi di laman sosial, Chun Howe memuat naik permohonan maaf atas keterlanjurannya menghina usaha pasukan bomba.
Bagaimanapun, kejadian seumpama itu bukan yang pertama kali berlaku sejak kebelakangan ini hingga orang ramai naik muak.
Kredit foto: FB Penang Kini
Orang ramai menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan seperti ini supaya kejadian sama dapat dibendung kelak. - CARI |