“KAMI bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun,” kata pelakon Jue Aziz, 35, ketika mengulas mengenai rumah tangganya dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.
Menurut pelakon drama Impak Maksima The Series ini, dia tidak dapat berkongsi secara terperinci mengenai berita perceraiannya itu.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,” katanya kepada Harian Metro.
Pemilik nama sebenar Zuliana Abdul Aziz ini bagaimanapun enggan mendedahkan bila dia dan suaminya bercerai.
“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun.
“Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” katanya.
Jue berkahwin dengan Bayu, pada 9 Mac 2014.
Namun, perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, mereka memiliki anak angkat Darwish Naufal, 5.
|