CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3902|Reply: 23

Cinta tak semestinya bersatu

  [Copy link]
Post time 23-1-2019 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by makcikkepochi at 23-1-2019 07:43 AM

Assalamualaikum semua. Aku umur awal 30an(dah terlebih sikit). Dah jadi puan baru-baru ni. Ini kisah dari zaman muda-mudi aku, Maaf kalau story aku panjang sangat. Sekadar meluahkan.

The story goes back lebih kurang 10 ke 11 tahun yang lepas. Between me and F, bekas kekasih zaman kami sama-sama belajar di UiTM. Kitorang dikenalkan oleh ex schoolmate sbb dia tau aku ada bf (kawan baik dia sendirij ugak) tp relationship tak berapa baik dah. Before that, F kat Perak study Poli, aku pula, asal Selangor tapi study diploma kat pantai timur. Banyak berhubung melalui SMS (zaman hp polifonik), tak de video call. First time jumpa waktu cuti sem and the story continues. Kitorang rasa ada mutual feeling. Aku selesa dengan dia. Tak lama, F menyepi tiba-tiba. Aku tak tentu arah masa tu mana dia menghilang. F tahu aku ada bf tapi waktu tu dia tetap terus berkawan sebelum dia menyepi.

Aku nekad nak kejar F sebab aku tak boleh lupakan dia,turned out, bila aku semak permohonan, kitorang akan sama-sama mendaftar UiTM untuk sambung degree pada hari yang sama. Aku mintak break up dengan bf aku dengan harapan nak cari F balik walaupun dah lebih 6 bulan dia sepi. Tak sangka,memang F cari aku seminggu sebelum hari pendaftaran. Hati aku melompat bukan kepalang. Rupanya F hilangkan diri disebabkan bf aku dulu pernah sound dia jgn ganggu aku. Tapi F masih tak dapat lupakan aku so dia cuba cari aku balik.

Dari situ, bermula episod hari-hari aku kat Uni penuh warna disebabkan F. Aku pun among top student, sikit-sikit ada la ke laut aku study tapi semangat tu ada sebab dia.

F ni lembut orangnya, tak pernah tinggi suara. Yang garang tu aku lah. Darah muda. Masing-masing kami sangat setia dan memang tak pernah ada isu besar atau kes orang ketiga. Aku pun tak suka bergaul sangat dengan lelaki sebab aku memang tak gemar. Kawan-kawan aku semua F kenal. Cakaplah nak pergi mana pun, F selalu ada temankan aku. Masa tu dia dah berkereta. Parents dia tak kisah sangat. Dia banyak tolong buat itu ini untuk aku. Yes, cinta matilah katakan. Family pun masing-masing tahu cuma tak boleh lah kahwin sebab masih belajar. Kalau balik rumah, F akan amik hantar depan rumah. Kalau raya,kadang-kadang aku bawak family pergi raya rumah dia. To that extent haha. Sampaikan mak dia pun pernah cakap, kitorang ni macam dah tak boleh berpisah
.
After 2 ke 3 tahun, aku habis degree, aku mula kerja kat satu international Bank kat tengah-tengah KL. F kena habiskan lagi study engineering another 1 year. Setahun aku kerja, tetap setia dengan F. Langsungaku tak pandang orang lain. Walaupun dia struggle nak habiskan study. F masihyang sama, setia kat aku. Tak ada yang berubah. Kemudian, aku dapat offer studysambung Master ke oversea. Yang jadi peritnya, waktu tu abah baru je diagnosecancer. Impian nak sambung belajar sana dah lama aku pendam. Abah suruh akupergi, sebab Abah dari dulu memang support aku belajar. Abah sakit teruk, danaku pulak tak tahu kenapa aku decide nak pergi. Tapi tak lama, aku nampak abahslowly recovering. Hati aku sikit lega nak pergi tinggalkan tanah air. F masihtetap setia kat sisi aku waktu-waktu sukar masa tu. Macam-macam dia support. Interms of moral, tolong teman sana sini, banyak lagi.

Waktu sebelum berlepas, F ada juga kat sisi aku. Akutext F sebelum boarding. Dia tak jawab. Aku tau dia terlalu sedih aku nakpergi. Antara aku dengan F sebenanye hati dia lagi tisu. Lagi sensitive. Sampaikat sana, always aku call and text F. Impian nak bawak F datang sini. Jalansama-sama. Tak lama aku di UK, Sampai waktunya, abah pergi jua menghadap Ilahi.Kami satu keluarga redha. F tetap dengan aku. Walaupun aku sampai lambat ketanah air lepas pengebumian, F awal-awal dah ada dengan keluarga aku. Touchdown KL, F pickup kat airport, aku terus ke kubur abah. F dengan adik dia ygtemankan aku waktu kat kubur. Waktu tu aku meleleh air mata banjir kat depankubur abah.

Tiba waktunya, F dengan mak hantar aku ke airport balikke UK. So tak disangka rupanya that’s the last time aku dapat tgk muka F.

Sampai je sana, aku ingat aku akan okay, redha denganpemergian abah. Tapi rupa-rupanya winter kat UK sangat mengganggu emosi aku.Siapa yang pernah duduk negara sejuk-sejuk ni mungkin dia faham apa perasaanni. Aku homesick teruk, Aku stress dengan nak exam nya, dengan  sedih sebab aku teringat arwah abah. Akusangat rindu mak aku sebab aku risau mak aku, aku sangat sangat rindukan Fjugak. Emosi aku kacau bilau. Aku tak sedar aku depression. Depan orang aku OK,tapi dalam bilik, emosi aku kacau bilau macam orang gila. Aku banyak kali rasanak lari balik rumah, tapi aku terikat denagn scholar. Aku cari pasal dengan F.Banyak benda aku ungkit (Padahal benda tu semua tak perlu) Sampai aku tak sedarapa aku buat. Aku banyak maki F. F pulak ingat aku ada orang ketiga. Kitorangbergaduh teruk. Aku rasa dia pun depressed since level aku dah tahap belajarkat UK, dia pulak masih tak dapat kerja. Aku tau impian dia memang nak jadiengineer. Aku tak ada tempat mengadu kecuali mak aku waktu tu.

So, akhirnya lepas 4 ke 5 tahun mengenali F,relationship kitorang putus. F sangat marah dan terluka. Aku cuba masih nakpujuk dia bila keadaan dah stable kat UK which is dah masuk spring and summer.tapi emosi aku tak stabil sekejap-sekejap aku tetap dengan ego aku. Pernah akudecide nak balik M’sia sekejap pujuk dia, tapi aku dah berjanji dengan kawanaku, nak pergi holiday. Ikutkan aku nak je cancel sebab jiwa aku tengahserabut. Hati and ingatan aku totally aku perlu balik cari F. Yes,aku menyesaldulu aku waktu cuti tu aku tak balik cari dia.

Actually F ada bagi hint and sign dia dah calm down diacari aku, tapi aku ego mungkin. Cuma memang aku berharap dia pujuk betul-betul.Sebab ada kata-kata dia pun buat aku terasa hati as orang yang baru kehilanganayah. Penuh rasa marah dan benci. Aku struggle kuat dengan life aku kat UK nakovercome semua perasaan ni.

Perit. Aku hilang abah, aku hilang F dalam selangbeberapa bulan. That’s the toughest time pernah aku lalui dalam hidup aku.

At last, aku manage habiskan study and time to backhome for good. Aku berdebar-debar. Actually result masa depression dulu aku adafail paper, tapi pihak Uni suruh aku repeat paper balik. Sampai balik keMalaysia. Aku calm down. Masih lagi ada confront dengan F. Memang aku ada buatbenda-benda bodoh provoke dia. Sebabkan ikutkan marah. F sendiri pun aku tengokdia macam dah terlalu marah dan bencikan aku. Sebulan, aku decide pergi caridia kat rumah dia. Rupanya dia dah pergi ke negeri selatan mula kerja kat sana.Mak dia cakap, dia bawak diri, mak dia mintak aku cuba pergi pujuk dia. Mak diaada cakap, F menangis terduduk waktu hari konvokesyen F sendiri (waktu ni baruje break up, aku still kat UK) Mungkin dia tak nak jumpa aku dah. Akuterlambat. Aku tak cari dia pun sampai sana sebab aku nak calm down.

Aku malas nak ganggu kehidupan baru dia, emosi dia.Cukup lah mess yang aku dah buat. Cukup sekadar text atau FB. Tu pun memang diamasih benci sangat. Langsung dia tak bercakap dengan aku dah. Ada jugak dia makiaku. Tapi aku ni jenis orang yang tak pernah nak berdendam dengan orang lain soaku biarkan je benda tu berlalu aku malas nak simpan dalam hati. Tak lama, akubalik UK, untuk habiskan exam paper aku. Balik dari sana, aku plan nak belikan something,aku nekad nak pujuk F. Yes, F ada bagi sign. Tapi aku, aku ada tersilap cakap.F maybe terasa hati. Dia terus pergi

Waktu tu, aku dah tak berdaya nak pujuk. Sebab nampaksangat dia macam dah benci kan aku. Kadang-kadang aku tertanya, besar ke salahaku kat dia. Aku mengaku aku banyak menyakitkan hati dia. Buat benda-bendabodoh. And aku pun tak blame dia anything. Biarlah… dia dah banyak buatmacam-macam untuk aku selama aku kenal dia. Banyak aku menyusahkan dia. Pernah,aku menyamar jadi orang lain nak ambil tahu pasal dia, masih marah ke dia padaaku. Tapi aku rasa dia tau tu aku. Aku amik masa setahun lepas peristiwa tusemua untuk aku belajar and redha which is banyak jugak sign yang jodohpertemuan kami tu dah tak ada.

Aku pun terus move on. Aku let go semua. Aku buangbarang-barang pemberian F sebab aku tak nak terlalu ingat. Aku delete gambar. F,of course la lepas tu dia move on kot… aku tengok dia happy je. Cuma aku selaluberdoa, gantikanlah lelaki yang boleh hilangkan segala perasaan, ingatan akudekat F. Tu je aku mintak. Kalau orang tanya if aku ada plan nak balik ke UKmenetap kat sana, aku tak sanggup pergi lagi sorang-sorang. DIsebabkan memoriyang lama tu terlalu perit untuk aku lalui balik kat tempat tu.

Tapi, aku teruskan hidup aku dalam keadaan aku takpernah lupakan dia. 2-3 tahun berlalu, kadang-kadang ada je aku stalk F, tapi lepastu aku let go. Aku pun tertanya-tanya kenapa F pun masih tak kahwin. Atau sebabdia masih tak boleh lupakan aku ke? Dalam masa sama selepas putus dengan F, yespintu hati aku tertutup. Aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Akuavoid. Aku malas. Aku tak kisah pun orang tanya soal kahwin sebab aku sendiribelum bersedia. Aku hidup dalam memori aku masih ingat pada F. Kadang-kadangaku sedih dengan diri sendiri sebab aku tak tau cara macam mana lagi aku nak lupasemua benda ni. Aku pindah duduk dengan mak. Pun tak berhasil.

“There weren’t a single day goes by without me thinkingof him.” Sampai hari ni.

Kalau aku kena ke selatan ziarah saudara mara atau outstation.Fikiran aku tak pernah lekang teringat kan F. sebab aku rasa sangat dekat.Lagi-lagi bila aku touchdown kat airport. Aku dapat rasa dekat dengan dia.Kadang-kadang bila aku drive sendirian balik ke kampung, aku akan lalu jalanyang dekat dengan rumah dia. Sebab aku nak ingat memori lama. Sampai tahapmacam tu sekali.

Kalau aku masih nak ganggu F, bertahun dulu aku caridia. Tapi aku dah tak de kekuatan. Aku tau tempat dia kerja kat mana. Aku bolehcari mana dia tinggal.  Tapi waktu tu,aku sangat percaya dengan takdir and ketetapan Allah. If it was meant for us,dia akan datang balik kat kita. Aku just tengok-tengok kejap dari jauh. Darizaman belajar sama-sama kami struggle. I feel good tengok dia dah capaicita-cita dia. Takat tu je lah aku mampu buat…

Kemudian, tahun 2016 masuk ke satu tempat kerja yangbaru, aku kenal dengan abg N. Dari mula kenal, makin hari makin rapat. Selalulepas office hour selalu kami keluar sama-sama. Banyak dia bagi hint dia ambikberat tentang aku. Aku nampak dia banyak buat benda-benda untuk aku yang lebihdari normal kawan biasa. Aku tak pernah nak bersuara kenapa dia buat semuabenda-benda tu sebab dia tak pernah bukak mulut apa dia nak. Aku pun tak nak laperasan.

Lepas setahun lebih mengenali abg N, finally abg Nbukak mulut. Dia sukakan aku dari hari first dia tengok aku. Dia single, akupun single. Abg N mengaku dia buat macam-macam nak express perasaan dia, tapidia nampak aku macam indenial. Seolah-olah aku macam tak pandang langsung semuabenda yang dia hint depan aku. Yes, aku mengaku aku takut nak bukak pintu hatiaku dengan lelaki sebab ingatan aku pada F. Disebabkan aku takut aku tak fair kalauhati aku masih tak dapat terima orang tu. So Abg N tahulah segala-galanya sebabkenapa sebelum ni aku indenial

Tak disangka-sangka, ada badai melanda aku dengan abg N..Abg N still tanya aku masih boleh terima dia ke tak. Waktu tu aku rasa, maybeabg N ni jawapan doa aku. Tiba-tiba segala ingatan aku selama ni kat F bolehterpadam. Aku sayang abg N ni ikhlas. Abg N ni kira obses dengan aku. The wayabg N caring dan jaga aku memang tip top. Sebab aku memang jenis perempuan yangclumsy. Dia sayang gila kat aku. Sekecik-kecik hal hidup aku semua dia amiktau. Orangnya bertanggungjawab. Aku dengan abg N masih bergelut dengan konflik.Untuk pengetahuan semua, beberapa kali aku pergi berubat secara Islam and sakitteruk disebabkan hal ini. Mak yang tolong uruskan semuanya… Nak dijadikan jodohtu kuat, alhamdulilah aku selamat jadi isteri abg N...

Little did I know, abg N rupanya banyak menipu akusemata-mata dia tak boleh nak lepaskan aku. Dia takut aku lari dari dia kalauaku tau hakikat semuanya. Allah aku rasa dunia aku runtuh. Banyak lagi konflikaku dengan abg N sebenarnya. Aku maki hamun abg N bila aku dapat tau semua.Jiwa aku kosong. Kadang-kadang aku jadi hilang rasa. Aku tak tau apa aku nakharap dari marriage dengan abg N ni. We fight hardly. Aku mintak dia ‘lepaskan’aku. Tapi abg N bertegas dia tak boleh lepaskan aku sebab dia tak sangguphilang aku. Bagi dia, dia sendiri susah nak dapatkan aku, dia tak bolehlepaskan.

Aku still layan suami aku dengan baik. Berdosa kankalau kau derhaka dengan suami. Tapi deep down aku sedih apa dia dah buat kataku. Aku banyak sabar sebab aku tak nak ulang kesilapan lepas macam apa akubuat dekat F. Sabar tu tahap langit ke-7 rasanya. Abg N tetap jalankantanggungjawab dia. Dia berjanji nak betulkan balik semua keadaan cuma diamintak sikit masa. Aku dah tak mampu sebenarnya nak percayakan dia. Aku taksanggup disakitkan lagi. Aku rasa hidup aku tersepit. Sebab banyak benda abg Ntipu aku. Abg N tau dia buat salah kat aku. Dia cuba sedaya upaya nak jaga hatiaku.

Ada waktu aku tengah down dengan semua konflik ni, lama-lamaaku teringat balik memori aku dengan F. Berdosa ke aku pada dia, sampai dosaaku mungkin menghimpit apa yang aku lalui sekarang. Aku text dia aku mohon maafkalau dia masih ada rasa marah atau benci dengan aku. So that, everything goingsmooth untuk aku jugak. Cukup lah setakat tu.

So yeah, tak lama aku dapat tau F baru je berkahwinbaru-baru ni… Alhamdulilah for him. Timeline masing-masing mengakhiri zamanbujang ni pun lebih kurang almost the same. Finally after 5 6 years segala nyaberakhir dulu. Tiba-tiba setiap segala memori lama aku datang balik. Perasaansedih, perit yang apa yang aku lalui dulu aku teringat balik. Ah, aku ingat akudah let go and lupa semua benda?

Lepas ni aku tak tau apa nak jadi antara aku dengan abgN. Aku pasrah, Cuma aku memang tak sanggup hati aku sakit lagi. And kalauditakdirkan aku hidup menyendiri balik selepas ni, aku redha…. Dah lama akuletakkan setinggi-tinggi tawakkal aku tu pada ketentuan Allah untuk semua yangjadi. Banyak aku belajar dari perkara-perkara yang dah lepas. Banyak akubelajar dari apa aku lalui dengan F. Erti sabar, redha…

Kalau lah F baca, untuk F, you dearly hold a special placedalam memori hidup aku. Kadang-kadang aku rasa bersalah banyak menyusahkan diadulu. Dia tak pernah walau sekali merungut. Dia sentiasa ada dengan aku duluwaktu saat-saat penting dalam hidup. Aku sangat appreciate dia pernah hadirdalam hidup aku waktu segala-galanya baru nak bertapak dalam hidup aku. Thememori dia ada sebelah aku waktu aku menangis ziarah kubur arwah abah tu tak pernahaku lupa sampai hari ni setiap kali ke kubur abah. Aku tetap mendoakankehidupan dia, kebahagiaan dia….


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ye orang perempuan suka emo x bertempat
Kan dah hilang org yg disayang
Kalau rasa malas jadi isteri n dah mohon jela cerai
Banyak kaedah boleh bercerai dalam Islam
Napa nak seksa diri sendiri
Best ke hidup bertwmankan air Mata?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:29 AM | Show all posts
1. Kau sendiri mengaku kau punca kau kehilangan F dan kau sendiri tak ada usaha untuk betulkan keadaan. Asyik dengan ego dan perangai kau. Kalau aku jadi F, aku bersyukur kenal perangai kau sebelum kahwin.

2. Aku nampak kau masih gila bayang pada F apatah bila perkahwinan kau dengan abg N ada masalah. Please, lupakan F. Dia dah berkahwin. Perangai kau aku takut nanti akan buat kau jadi penyondol (ya, kau akan menafikan nak jadi penyondol. tapi bayangkan bila tetibe kau dan F berhubung semula dan F layan kau baik... mesti kau akan dtg perasaan utk berkongsi kasih).

3. Kau menyalahkan abg N untuk semua benda. Padahal kau tak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan ni. Ya, dia buat salah (aku tak tau salah apa mungkin besar), tapi dia berusaha untuk baiki diri. Kalau kau tengok dari perspektif lain, abg N dan F tiada beza, dua-dua cuba yang terbaik tapi yang merosakkan semuanya adalah KAU! F cuba jaga hubungan korang tapi kau yang buat perangai. Abg N cuba jaga perkahwinan ni, tapi kau juga buat perangai (ye kau cakap kau jalankan tanggungjawab tapi hati kau dah takde kat dia).

Jadi, apa-apa baikilah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg kau kata N menipu kau tu deknon??? As for me, aku nk ckp padan muka pun ye..  Byk hati yg kau dh lukakan. Jgn acah2 play victim sgt. Stop contact F boleh tak.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
You have hurt so many beautiful souls my dear... But I try faham maybe your depression makes it worst. I recommend you to get treatment maybe ada PTSD or something else. It can be cured. Try communicate dengan your husband. People make mistakes and sometimes stupid mistakes tapi I rase better you try your best to live your current life and try to fix yourself kalau nak terkejar cinta lama sampai sudah pun tak habis... I wish you all the best
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Too much romanticizing F dan play victim.

Hidupla dlm present time, bkn dlm khayalan esp ko bkn pnh kawin dgn F pn. Just bf je. Jgn nnt suami ko btul2 bosan ngn ko br nk meraung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
You push people away. Good people.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 09:47 AM | Show all posts
masa break mesti kata awak terlalu baik utk sya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 11:18 AM | Show all posts
Buang la memori kau dengan F tt oi. Dia dah jadi suami orang pun. Dah ada yang baru. Tengah happy2 dengan hidup baru. Kau sendiri pun dah bersuami. Belajar la hargai apa yang ada di depan mata. Susah sangat ko nak lupakan kenangan dengan F sebab kau yang banyak melukakan. Peluang dah ada. Hint dah bagi tapi ko tahan diri sebab ego kau. Salah konsep tawakal kau tu. Tawakal perlu dimulakan dengan usaha. Kau tak ada usaha nak cari F dan sekarang dah terlambat pun.

Walau apa pun masalah kau dengan Abg N tu cuba la perbaiki dulu. Bagi dia peluang untuk betulkan kesilapan dia selagi tak menyalahi agama. Kau pun sama ubah diri tu dulu. Turunkan ego. Jangan suka emosi tak tentu hala. Kau kena ingat kau duduk dengan manusia bukannya patung. Ada hati untuk dijaga. Best of luck tt.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:31 AM | Show all posts
F dah jadi milik orang, u pun dah ada suami..
lupakan je la ex u dan move on..
jangan yang dikejar bertaburan yang dikendong berciciran..
apa jadi antara u dengan suami mungkin juga kifarah u melukakan hati ramai orang..
ur ex bf before F dan F..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I never love anybody the way u do la tt.
Sayang yes, cinta mati no.
Selasa mgkn sbb dh dia ade depan mata.
Hari2 depan mata.
Cinta tu apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
U should move on.. Lupa kan F dan cuba baiki diri awk. Focus on ur marriage, i xtau salah ape husband u buat, tp if dia cuba nk berubah, nak pertahankan perkahwinan u should cuba la bertahan jugak, cuba bagi husband u peluang..

Kalau xboleh jugak, if u rasa tersiksa, minta la cerai jika itu yg terbaik. Sayang sebenarnya nak akhiri perkahwinan. Mungkin jiwa awk celaru, dapat pulak F dah kawen, maybe something wrong somewhere to u, untuk terima hakikat tu buat u denial dgn ur marriage..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan harapan si F tu baca ke?supaya F rasa bersalah sebab hubungan korang tak jadi walaupun bukan salah dia..tt tinggal kan ex sebelum F kerana F..Dan tt tinggal kan F dan pergi kepada si N pula..Dan sekarang tt tawar hati dan nak tinggalkan N dengan harapan dapat F balik..camtu?

TT cemburu,celaru, sebab F dah kahwin kan..ini membuktikan yang F dah move on dan dapat mencari penganti tt..? Sudah2 la tu tt, jangan pentingkan hati dan perasaan sendiri. TT buat F macam sampah, buang sesuka hati..Hebat sangat ke tt ni nak permainkan perasaan orang macam tu..Patutnya hargai bersyukur dapat macam F, dan sekarang sila hargai suami tt..Jangan ulangi kesalahan yang sama..N tu pilihan tt, tiada siapa yang paksa..

Dan satu lagi, jangan cuba2 nak menyondol dan merosakkan rumahtangga Si F tu..
Sorry Kite emo sikit bila melibatkan hati tak dihargai ni..Kalau i jadi F, i patut sujud syukur sebab tuhan tunjuk awal2 siapa tt ni..Ego yang mementingkan diri sendiri..Biar sakit kecewa sekarang daripada kecewa selepas dah kahwin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni natasha hudson ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
spring_waltz replied at 23-1-2019 06:35 PM
TT ni natasha hudson ke?

Bahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt
Andai tt cuba beri peluang kedua untuk husb tt
Mungkin tt peroleh kebahagiaan??
Mana tahu kan...
So cuba dulu bagi peluang kedua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cherish the memory jelah tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks semuaa..... iolllss suka je baca komen2 korang.
The reason iollss menulis becausee supaya ada org menyedarkan iollss ni lah jugak...
It's an eye opener lah mcm tu lebih kurang....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 23-1-2019 10:58 PM
Cherish the memory jelah tt

Tu laahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makcikkepochi replied at 23-1-2019 11:12 PM
Tu laahhh...

Sapelah x ingat kekasih lama.
Crush pun kite ingat, inikan plak kekasih buah hati jantung pisang.
Anyway, laki dah makan belum tu?
Hehehhehehej
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.080889 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list