CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2326|Reply: 2

Sos Tabasco Rai Ulang Tahun ke-150

[Copy link]
Post time 23-1-2019 11:16 AM | Show all posts |Read mode


SOS Tabasco yang terkenal kerana kepedasannya telah menambat selera ramai pengguna sejak 150 tahun lalu.

Pada tahun 1868, Edmund McIlhenny mencipta sos pedas daripada ramuan turun-temurun iaitu lada tabasco, garam dan cuka bagi melazatkan rasa makanan untuk keluarga serta kawan-kawan.

Kejayaan menghasilkan sos daripada lada tabasco yang ditanam di sebidang tanah yang dikenali sebagai Avery Island telah mengubah cara orang Barat menikmati makanan sehingga kini.

Sos pedas dalam botol bertutup merah itu digemari oleh pengguna lebih 196 negara dan wilayah dengan label 22 bahasa serta dialek.

Sempena ulang tahun ke-150 sos kegemaran ramai ini, McIlhenny Company di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat telah menganjurkan pementasan teater komedi berdasarkan karya lewat kurun ke-19 yang sudah tidak dipentaskan sepenuhnya dalam tempoh lebih satu kurun.

Terdapat juga acara-acara kecil mahupun besar di seluruh dunia bagi memberi peluang kepada peminat Tabasco untuk melihat perjalanan lebih satu abad jenama itu.

Mereka dapat merasai dan melihat sendiri demonstrasi masakan oleh cef terkemuka dunia dengan menggunakan sos Tabasco.

Pengurus Besar GBA Corporation Sdn. Bhd., Mohan Alagappar yang merupakan pengedar eksklusif sos Tabasco berkata, perayaan ulang tahun itu cukup menarik apabila ia disambut di seluruh dunia.

“Seni pembuatan Sos Tabasco dan kelebihannya yang serba guna menjadikan ia sahabat baik cef, tukang masak di rumah dan pencinta makanan.

“Rakyat Malaysia, khususnya, suka menambah sos Tabasco kepada makanan harian kegemaran mereka seperti piza atau spageti untuk membangkitkan rasa dan menambat selera,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Disebabkan popularitinya, sos itu telah dihasilkan dalam lebih 10 jenis dengan tahap kepedasan daripada sederhana kepada sangat pedas.

Selain itu, ia juga mempunyai rasa manis khas untuk pengguna yang sukakan rasa tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ulang tahun Tabasco ke-150, orang ramai boleh melayari laman webnya di Tabasco.com atau ikuti perbualan di media sosial di #Tabasco150.

Sos Tabasco boleh dibeli di pusat beli-belah seluruh Malaysia dan semua produk jenama itu yang diedarkan kepada rakyat Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jenama tersebut diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn. Bhd.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 02:53 PM | Show all posts
tertarik tgk dp TT.
vincent van gogh... pelukis terknl.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:56 AM | Show all posts
sos kegemaran saya!!!


bak sebotoi nk mkan dgn pizza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055031 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list