Aduhai, sejak kebelakangan ini kelihatan seperti semakin menjadi pula Datin Almy Nadia 'meroyan' di laman sosial.
Kredit foto: IG Almy Nadia
Terbaru, pelakon berusia 33 tahun itu seolah-olah menyalahkan netizen kerana turut menambah dosa dirinya kerana membaca kritikan pedas dilemparkan terhadapnya.
"agi-pagi ni bagi aku marah dan nak jadi Hulk. Bodoh sangat dah kenapa?" tulisnya menerusi sebuah posting yang dipercayai sudah dipadam dari Instagramnya.
Kredit foto: mStar/IG Almy
Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah benar-benar terasa hati dengan netizen yang mengkritik mengenai perkongsian pengambilan makanannya sepanjang tempoh berpantang.
Isteri kepada pelakon Fizz Fairuz itu sebelum ini memuat naik status pengambilan makanan ketika berpantang secara sihat kerana mendengarkan kata-kata netizen yang mahu melihatnya kurus kembali.
Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat kritikan kerana mengamalkan diet tidak bersesuaian memandangkan dia tidak mengambil makanan berasaskan gula, minyak dan garam menyebabkan susunya berkurangan.
Kredit foto: IG Almy Nadia
Kredit foto: BeautifulNara/FB
Postingnya itu turut dipadam dari IGnya mungkin kerana enggan melihat netizen berterusan membanjiri ruangan komen dengan kata-kata negatif.
Dalam masa sama, Almy berpesan kepada orang ramai terutama haters supaya 'main jauh-jauh' sekiranya tidak berkenan dengannya atau sebarang posting yang dimuat naik.
Kredit foto: Twitter
Jangan kerana terlalu mengambil hati dengan kritikan netizen, kita menyeksa tubuh sendiri. - CARI |