CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6134|Reply: 25

Krisis hidup di awal 30an @ Quarter Life Crisis ?

  [Copy link]
Post time 24-1-2019 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua, seperti tajuk diatas, aku nak tanya samada memang normal atau aku sorang yang terasa sebegini. Sebelum berkahwin, aku seorang yang aktif dari segi bersenam, ke gym, jogging dipetang hari dan aku ni jugak kaki travel. Rajin berbackpacking dan beraktivitas luar.
Menginjak usia 30an dimana aku pun dah ada 2 anak, aku dapati hidup aku macam "terkongkong". Masa untuk bersenam pun dah kurang. Seminggu 2 atau 3 kali sahaja aku dapat ke gym, tu pon dalam sejam sebelum masuk office. Aktiviti-aktiviti yang aku minat aku dah tak boleh nk buat. Nak berbackpacking dah sukar sebab nak tinggal anak bini ditambah budget pon dah tak berapa ada dengan komitmen keluarga yang bertambah. Aktiviti luar pun aku dah tak dapat nak lakukan seperti dulu. Dulu petang2 aku suka joging. Sekarang balik kerja, ambik anak2 di taska dan terus balik ke rumah, balik melayan anak pulak. Aku dah tak boleh layan sunset seperti dulu2.


Waktu weekend, aku dah tak boleh nak ber-camping, hiking dan touring naik motor macam dulu2. Motor pun dah jual sebab tak sempat naik . Rindu pulak aku dengan waktu-waktu yang "free" dahulu. Dapat beraktiviti macam2. Sekarang hujung minggu aku just dapat melayan instagram melihat orang ber-outdoor. Hidup hanya sekadar rutin hantar anak ke taska, kerja, ambik anak taska, tido dan begitulah. Paling ketara bila dapat anak ke-2. Sebab sebelum ni bini aku masih boleh handle sorang anak dan aku boleh gak lari2 keluar beraktivitas. Dan kami pun kekadang dapat keluar berdua sekali sekala lepas hantar anak ke rumah mak. Sekarang anak dua segan lah nak lempar pada mak.

Persoalannya, memang itukah erti kedewasaan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi Tt... I pun in my 30s. It's normal at first I mcm tu juga but try bagi masa...maybe sng utk I ckp kot sbb i tak kawin lagi. Masa first umur30 rasa down sbb berat badan naik mendadak...hidup rasa tak best sebab mcm takda achievement mcm org lain. But slowly I realise everything is possible if you put your mind to it. Self discipline is very important...buat schedule untuk diri sendiri... communicate dengan husband/ partner about we feel or dengan kwan pun boleh...it will make you feel better. It's cliche but again I think age is just a number
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nyesal ke.. mula2 anak kecik memang sibuk.. dah besar sikit dah leh bawak jln jogg melancong semua.. syukurler apa yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 05:14 PM | Show all posts
dah kawen buat la perangai org dah berkawen...
hehehehee....

aku bagi cadangan la eh.. ni based ape yg aku nmpk perilaku manusia yg dah bekeluarga dikeliling aku ni (sbb aku tak kawen lagi umur pun dah 31 tahun ni) mereka cipta peluang. bukan nya cipta alasan...

contohnya:
part jogging. weekend2 tu bawa anak2 n bini ko pi taman. gilir2 la dgn bini round taman tu... ada sekali tu aku tgk kat taman, laki layan anak main kat taman. main buai. main jongakang jongket, bini dia pi joging. round taman tasik shah alam tu. xlama lepas tu, bini dia pon sampai, bini dia amik alih jaga anak2 dia. siap bawa bekal weh kelah kat taman tu. bile bini dah sampai laki dia pulak p lari..

so sila la cipta peluang. org tua2 kata, sambil menyelam minum air gitu... bini ko happy, anak2 pun enjoy. n ko pon dapat ape yg ko nak. ni ko nk enjoy sorg2...dah tu tinggalkan anak kat partner ko. banyk cantikkk...mmg akan buat gadoh la nnti hujung2...

Sebagai org dewasa... kite kena lah CIPTA PELUANG...jgn lah dok bising stress la segala. kata dah 30 kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:55 AM | Show all posts
ayo brader...sudah kawen, sila buat cara mcm org dah kawen. mana nk sama masa bujang dulu. lagi pulak, brader dah hadiahkan 2 ketul junior tu. itu tanggungjawab brader skrg. jangan fikir diri sendiri jek x boleh buat apa yg brader suka. cuba tanya wife tu, lg byk dia x boleh buat. ntah2, nak buat aktiviti masa bujang pun dah x bernapsu. sbb penat, fizikal badan dah lain n naluri ibu tu, mmg semulajadi pikir anak jek. diri sendiri, tolak tepi.

pendapat meols, sbg parents yg ada anak kecik, itu normal sangat. wife uols mesti bersyukur uols sentiasa ada di sisi sama2 uruskan anak2. kalau fikir org pjj, lagila x tertanggung agaknya beban dan tanggungjawab tu. so kena bersyukur dgn apa yg uols ada. anak kecik2 lagi mmg akan rasa penat sgt. jgn kata nk berjogging, nk makan pun kadang x sempat. semuanya perlukan masa. iols percaya, bila anak yg paling kecik tu dah makin besar menginjak ke 3 tahun, uols akan rasa lebih rileks sikit. n dah boleh mula ajak anak2 pergi buat aktiviti bersukan sama2. byk jek yg uols boleh buat. paling2, bawak gi taman, naik basikal ke, atau bawak gi swimming.

jangan pandang belakang. zaman muda dulu memang x kan sama dgn zaman ada anak. uols kena sentiasa bersyukur, cherish the moment dgn anak2 n isteri sementara masih ada. semoga uols terus menjadi bapa n ayah yg terbaik utk keluarga. ya, itula kehidupan, dan itu lah makna kedewasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:46 AM | Show all posts
hi tt it is normal

a middle crisis from single to double....hehehe


its a choice actually...mcm kos melepas. mana u willing to lepaskan for sake of what is important.

thats why i reckon, have fun cukup cukup bfr kawen so bila u dah  have all u dah tak rasa regret


still marriage life is a journey....jgn la complaint, rezeki awak tu pd anak and isteri...kenalah berlapang dada...bila rasa down, cepat cepat solat and do something simple...yg at least make u feel better...


be a good husband and dad.  itu ur role. being a man tak mudah tau....but its anugerah la so sgt rugi lelaki yg tak tau kelebihan menjadi lelaki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2019 12:03 PM | Show all posts
orang nak kawen, ko pon nak kawen. orang nak ada anak, ko pon nak ada anak,
pastu sekarang menggelupur takleh nak beraktiviti macam zaman bujang,
kawin tu banyak commitment nya so banyak benda kena sacrifice.

kesimpulannya, enjoy la zaman bujang puas2.

nak kata takda masa. TT kena pandai cari n discuss dgn wife.
maybe boleh buat deal dgn dia pasal ME TIME cos I bet ur wife pon mesti suka dapat time alone pegi spa ke lepak dgn kawan2 ke.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 12:07 PM | Show all posts
SuriNate replied at 24-1-2019 04:37 PM
Hi Tt... I pun in my 30s. It's normal at first I mcm tu juga but try bagi masa...maybe sng utk I ckp ...

Thanks  . but rasanya memang age just a number. cuma mungkin fasa perkahwinan dan ada anak tu yang merubah schedule harian, cara hidup..
kekadang teringat nasihat org berusia dulu2, "tumpang muda lah kalau nak buat apa pun. dah ada anak nanti susah". sekarang baru paham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2019 12:09 PM | Show all posts
umbut replied at 24-1-2019 04:50 PM
Ko nyesal ke.. mula2 anak kecik memang sibuk.. dah besar sikit dah leh bawak jln jogg melancong semu ...

uih.tak nyesal. cuma tuh la.sibuk urus ada,takda masa untuk diri membawa kepada stress. kalau menyembang dengan geng umur 40an-50an, camni gak nasihat diaorg.. masih jauh perjalanan camtu.haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2019 04:17 PM | Show all posts
Thanks semua yang bagi feedback.

Macam @ako_chan cakap tu betul gak tu. cipta peluang. sekarang kalau ada ja masa lapang memang akan bawak anak bini ke park, trek joging, tempat riadah dan sekali sekala bercuti travel. tapi tuh la, sekarang kena sesuaikan aktiviti kearah tempat kekeluargaan. tak boleh adventure2. part tu la kot rasa kureng sikit. hehehe

@amal12bh @aunty_onion
memang tak nafi mencabar ngasuh 2orang anak sorang diri. sebab tu tak sampai hati nak tinggal bini. selalu gak offer untuk dia ada me time sendiri, keluar gi spa or lepak dengan membe2 sekali sekala. masalahnya dia pulak yang jenis nak kemana usung husband. tapi time husband nak ada me time keluar beriadah yang tak sesuai bawak anak bini, dia pulak muka mencuka. adeh.

@adila39 a'ah.waktu kanak2/student dulu ada macam2 dream. bila dah habis belajar dan bekerja baru mampu nak gapai dream2 tersebut. but once berjumpa jodoh terus kahwin. lepas tu ada anak dan realiti kehidupan bapak2 pon menjelma. maka dream2 selama ni tampak hampir sayup2 terbang pergi. do u feel me? hahahahaha..

Still apapun tujuan bukak topik ni bukan nak complaint ada anak bini sesuatu yang menyusahkan or apa. Cuma nak tahu mungkin ada yang pernah turut alami perasaan seperti ni dan cara korang hadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:26 PM | Show all posts
aku rasa di usia 30an nie lagi byk aktiviti yang aku buat.. dgn 3 anak pulak tu....tiap2 hari aku joging.. hujung minggu pegi naik gunung, jalan2 kat pantai, kuala...pegi tempat baru.. family trip...

malahan berkebun pun aku dapat buat... bersama 3 budak tu jugak la...

takder campak2 anak kat orang tau... semua aku jaga sendiri dgn suami..

patutnya TT nie sebagai seorang lelaki lagi byk masa "me time"
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:43 PM | Show all posts
Edited by whadda at 25-1-2019 04:45 PM

terima je la dengan hati terbuka kehidupan bujang dan dah ade anak berbeza.. mana2 individu pon sama kecuali yang jenis mengabaikan kluarga.. memang itu la realitinye.. klo nak beraktiviti semula boleh tapi kena tunggu anak dah besar umur 9 10 tahun.. time tu diorang dah boleh jaga diri sendiri..

tapi sebenarnye anak umur 5 tahun pon dah boleh bawak anak hiking atau jogging sekali.. itu la ape aku buat sekarang.. tapi hiking tempat yang mesra kanak2 je la macam broga
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:54 PM | Show all posts
Rocketra replied at 25-1-2019 04:17 PM
Thanks semua yang bagi feedback.

Macam @ako_chan cakap tu betul gak tu. cipta peluang. sekarang  ...

ko suka adventure yg mcm mn??? konvoi moto besar reramai yg buat semak kat highway tu ker???
ker aktiviti panjat bukit?? bungee jumping???

klu xleh buat outdoor for the moment... pi la buat indoor. pi kat ioi city mall tu... angkut anak n bini ko sama... panjat la ikut suka...
boleh pi escape kat penang, panjat2... flying fox segala. skrg escape pon ada water theme park.. aku pon tgh ngumpul duit nak pi sana lagi. sbb dulu pegi water theme park xbuka lagi...hahaha...

pasal bini kau me time tu kan... aku rasa bini kau bukan sejenis nak me time dgn kekawan sgt kot... dia kerja kan? klu dia kerja may be dia rasa weekend is all about her children... n you. itu pon dah kira me time la kot kat dia. maksud me time utk setiap manusia tu kan berbeza...

sometimes kan pompuan ni nak pampered kan diri dia sgt2...tp at the same time dia rasa guilty sbb utk mak2 yg bekerja, bile je masa dpt spend time dgn anak2 kalau x weekend kan?? so aku cadangkan kau booked aje spa ker ape... kasi hadiah kat dia. bagi dia syok. ala2 surprise juga. then after that ko discuss la dgn dia bebaik....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:18 PM | Show all posts
Edited by wadiunong at 25-1-2019 05:20 PM

to TT meh nak citer sikit pasal kawan iols.

masa anak2 kecik dia lupakan je hobi dia, fokus kt kerja, rumahtangga.

now, anak2 dia semua dah besar2, sambung study. so apa kawan i punya aktiviti sejak 6 tahun lepas? tiap minggu kalo tak marathon, masuk hutan hiking tak pon daki gunung. travel lagi. umo dia baru 45. so dia buat semua aktiviti yg dia pernah lepaskan dulu. sampai iols penat tengok dia takde rehat sebab full je
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:34 PM | Show all posts
tengah anak kecik ni... focus kat anak2 je lah dulu
kang esok besar sikit... buatlah aktiviti bersama isteri
kalau u rasa penat lah apa lah... janganlah beranak ramai dan rapat
jarakkan lah sikit bagi bini bernafas sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg tt cakap iols minat & buat sekarang.. & perkara2 ni jgk jadikan I takut nak kawen.
Yelah, i love my life now tapi nak kawen sbb sunyi & duduk sorang but takut tak dapat me time dah mcm sekarang bila ada family..

Masuk 30 baru nak stress..nyesal pu  ada tapi tu lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko lari setempat ja, main skipping ka zumba ka semua depan tv 1 jam. Wakaka. Umur 30-50 waktu paling sibuk melayan duniawi tak terkejar taw. Semua org ada target pencapaian sblm 50 taw
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadly, this is life.. u dah kawen, u rindu freedom of ur zaman bujang. While i yg bujang ni how i really will i can get my life partner and build my own family..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 11:29 AM | Show all posts
30-40 stage awal struggle utk membesarkan anak2

nak yg terbaik buat anak..hantar tadika berkualiti

mahal pun takpe..hantar tuisen kelas tambahan bagai

mkn berkualiti n berkhasiat

then have to strugle carik duit utk pay dat expenxes

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hana at 26-1-2019 10:54 PM

Mmg camtu la hidup org kawen kalau xde maid dan anak hantar ke taska/daycare.  
Aku tgk ada ofismate, anak dia dgn mak dia, masih boleh gi dating or memana2 lps ofis hour.
Takde la tercungap2 nak kejar ambik anak utk elak OT.  
Aku Suka time bulan puasa, dpt balik awal, sempat beli bahan basah, dpt gi pasar ramadhan, sempat basuh porch baru ambik anak. Kalau hari biasa, rasa mengah berkejaran utk elak OT pastu masa pun kul7pm. Nak kasi kucen makan pun rasa dah terlambat. Nasib stray cat. Pandai2 la pose. hahahaha
Hari cuti pulak aku bz dgn keje umah. Suka sgt kalau cuaca panas, byk benda boleh basuh. pastu anak2 pun ada xtvt sendiri yg kena hantar dan ambik. Lps derang abis xtvt derang baru boleh kuar jln2 ikutla gi mkn luar ke, gi beli barang keperluan ke gitu2 la.  
Tgk2 dah mlm. Tgk2, besok isnin.   
Anak2 aku ada kelas takewando setiap hari sabtu. Hari ahad pulak tuisyen.
Dah tulis panjang2 ni, agak2 xde life tak?
Kekadang ada life jgkla cam arini kena gi kenduri sepupu hasben. anak2 aku ponteng kelas takewando.  
Life aku masa bujang happening gak. Selalu gi dating, gi event2 kat klcc, matta fair, tgk wayang tiap2 minggu, minum kopi mahal coffee bean (zaman tu, starbuck lom femes) dan mkn chicken pie kat Dome.  Dome femess sgt.
Skrg ni nak makan chicken pie mampu kat dave deli je. Tu pun jarang. Minum kopi lak jarang sbb tuisyen pun kena bayar.
Dan skrg, nak mkn secret recipe pun rasa OMG napee sgt mahal?  
Ada kah aku makin miskin or negara sbnrnya inflasi tanpa sedar atau semua salah najib?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.521616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list