CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15129|Reply: 95

[Netflix] Kingdom - Ju Ji Hoon, Bae Doona , Ryu Seung-ryong

[Copy link]
Post time 25-1-2019 12:11 PM | Show all posts |Read mode
>>kmania.info

[Sinopsis] Drama Netflix ‘Kingdom’ hasil gubahan penulis tvN Signal bersiaran mulai hari ini            


Ramai mungkin tertunggu-tunggu hasil nukilan terbaru penulis skrip Kim Eun Hee, pemenang Best Scrieenplay 5th CARI Kdrama Awards iaitu drama bersiri berjudul ‘Kingdom’ yang akan bersiaran di Netflix mulai hari ini. Dengan bertemakan seram dan ‘suspens’ , ‘Kingdom’ akan membawa penonton menyelongkar misteri di sebalik penularan wabak penyakit sehingga mencetuskan kelahiran mayat hidup (“zombies”) dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dari kumpulan diketuai oleh kerabat diraja.




Cerita bermula dengan Jo Hak Ju mengugut pemaisuri diraja bahawa kuasa sebenar adalah tertakluk pada dirinya dengan menggunakan metafora bahawa tiada sesapa mampu mempersoalkan tindakannya apabila menghumban mayat-mayat ke dasar tasik. Ju Ji Hoon yang akan memegang watak sebagai  putera mahkota Lee Chang mendapati ayahandanya jarang melibatkan diri dalam urusan pentadbiran sehingga menyebabkannya mengesyaki Raja Joseon berada dalam keadaan gering.


Rupanya ia adalah angkara perdana menteri yang korup di negara tersebut, Jo Hak Joo (“Ryu Seung-ryong”) yang mengurung raja di dalam besi dan mengawalnya sebagai boneka. Tapi lebih menggerunkan lagi apabila Lee Chang mengesyaki ayahanda nya ialah mayat hidup. Atas sebab Jo Hak Joo tak mahu rancangannya terbongkar, maka dia telah membuat satu fitnah yang sangat licik terhadap Lee Chang lalu akhirnya menyebabkan putera mahkota itu dituduh sebagai pengkhianat kepada negara.

  

Lee Chang hampir-hampir ditangkap sebelum melarikan diri ke luar istana dan mendapati wabak ‘zombies’ sudah pun menular dalam kalangan rakyat marhaen. Dia dibantu oleh Seo Bi, seorang yang bertindak sebagai jururawat yang dilakonkan oleh Bae Do Na bagi menyiasat kejadian misteri penularan wabak tersebut dan bagaimana Jo Hak Joo boleh memanipulasikannya untuk kerakusan kuasanya. Lee Chang membentuk kumpulannya tersendiri yang terdiri daripada bekas cendekiawan terulung Ahn Hyun (“Heo Joon Ho”), pahlawan samurai Moo Young (“Kim Sang Ho”) , watak misteri Young Shin (“Kim Sung Kyu”) dan Seo Bi. Tugas merekalah adalah bagi memastikan wabak ‘zombies’ tidak terus menular selain berpakat untuk menjatuhkan Jo Hak Joo daripada tampuk kekuasaan.



‘Kingdom’ yang diarahkan oleh PD Kim Sung Hoon (“Hard Day”, “Tunnel”) akan menemui penonton tepat jam 5.00 petang hari ini, 25 Jan 2019 di Netflix.

Sumber: https://kmania.info/2019/01/25/sinopsis-drama-netflix-kingdom-hasil-gubahan-penulis-tvn-signal-akan-ditayangkan-mulai-hari-ini/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 12:23 PM | Show all posts
Akhirnya ada pun rumah ni..memang looking forward to it..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik nie nak tgk la citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lola replied at 25-1-2019 12:44 PM
Balik nie nak tgk la citer nie

Tak sabo weh tunggu nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke tgk joo ji hoon ni berlakon. Tp tarak netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarak neflix..sedihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2019 02:35 PM | Show all posts
hanya kat netflix je ke boleh tengok cerita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 02:50 PM | Show all posts
kertas_putih replied at 25-1-2019 02:35 PM
hanya kat netflix je ke boleh tengok cerita ni?

itu ar...nk tanyer mende yg sme gak..mebi ade online kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 25-1-2019 01:46 PM
Tak sabo weh tunggu nak tgk

Hehehhe..sbb tgk citer signal..nk la tgk citer nie lak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:28 PM | Show all posts
oh..release 6 episod terus kat netflix..x sabarnya nak tgk..
so musim keduanya bila pulak nak release?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:41 PM | Show all posts
xyla73 replied at 25-1-2019 04:28 PM
oh..release 6 episod terus kat netflix..x sabarnya nak tgk..
so musim keduanya bila pulak nak relea ...

6 episod je ke drama ni xyla? nmpk cam scary je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:42 PM | Show all posts

iols pun xde netflix..kena la menyedut nnti..ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:49 PM | Show all posts
macam seram je cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:55 PM | Show all posts
mimiekiut replied at 25-1-2019 04:41 PM
6 episod je ke drama ni xyla? nmpk cam scary je..

ntahlah..kita pun x faham sbb ni baru 1st time netflix release drama gini gayanya..6 episod utk 1 musim kot..
cite pasal zombie versi saeguk..tgk trailer cam best..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 05:33 PM | Show all posts
woww menariknya..nk tunggu download je lah... tp netflix series biasa lambat keluar sub
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 12:18 PM | Show all posts
CITE NI BEST!!!!

smlm launch kt netflix smlm gak i settle tgk.

zombie ni berubah ikut cuaca. i assume, cuaca mula sejuk, zombie menyerang.

extra kt ju jihoon, seorang ahjussi yg hensem nye bila pakai baju tradisional setiap masa sbb dia crown prince. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveyou replied at 26-1-2019 12:18 PM
CITE NI BEST!!!!

smlm launch kt netflix smlm gak i settle tgk.

uols dah abis tgk? Iols baru smpi epi 3..tapi memang bestlah mcm tgk movie..lagi scary dari Train To Busan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 12:42 PM | Show all posts
xyla73 replied at 26-1-2019 12:36 PM
uols dah abis tgk? Iols baru smpi epi 3..tapi memang bestlah mcm tgk movie..lagi scary dari Train  ...

sudah u, 6 episode berlalu gitu je, x rasa bosan. yup zombie dia rupa scary. saspen je bila mula malam. saspen la jugak.

cm biasa her majesty jahat. hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 01:40 PM | Show all posts
iloveyou replied at 26-1-2019 12:18 PM
CITE NI BEST!!!!

smlm launch kt netflix smlm gak i settle tgk.

drama ni tayang sekali lalu erk? bukan episod by episod setiap waktu tertentu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 26-1-2019 01:40 PM
drama ni tayang sekali lalu erk? bukan episod by episod setiap waktu tertentu?

Memang sekali harung dah kuar 6 episod..so blh terus binge watch..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.525727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list