JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
424
View
3
Reply

Wattozz Gun: Senjata renjatan elektrik tanpa wayar pertama dunia kini di Malaysia

[Copy link]

Author: wnwa05       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-1-2019 12:17 PM | Show all posts |Read mode



Bekas Putera Maktab Tentera Diraja, Khairul Aqil Khairul Affendi mencuba "Wattozz Gun", pistol renjatan elektrik tanpa wayar pertama di dunia keluaran negara Turki yang sejurus majlis pelancaraannya di Persada Plus, hari ini. - UTUSAN ONLINE/WAHIDAH ZAINAL
[size=0.75]24 Januari 2019 5:55 PM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]40






PETALING JAYA 24 Jan. - Malaysia julung kalinya bakal menyaksikan pemasaran pistol renjatan elektrik tanpa wayar, 'Wattozz Gun' yang pertama di dunia di negara ini selain Turki dan Jerman.

Pengedar tunggal Wattozz Gun, Dian Synergy menyasarkan unit jualan senjata hasil ciptaan Turki itu mampu mencapai 5,000 hingga 10,000 unit setahun dengan menawarkan harga yang lebih kompetitif daripada pesaing sedia ada.

Pengarah Urusan Dian Synergy, Bahtiyar Rahim berkata, teknologi tersebut mampu mengatasi kes kemalangan melibatkan nyawa yang semakin meningkat dalam kalangan anggota penguatkuasa keselamatan seperti polis ketika bergelut dengan pejenayah atau suspek yang tidak bersenjata.

Jelasnya, di kebanyakan negara di seluruh dunia, lebih daripada 1 juta anggota penguatkuasa keselamatan telah menggunakan senjata renjatan elektrik teknologi berkabel untuk melindungi diri mereka daripada serangan peribadi.

Polis atau pegawai keselamatan akan menggunakan pistol yang berpeluru di mana tujuannya untuk berhadapan dengan penjenayah yang juga mempunyai senjata berbahaya. Namun, ketika berhadapan dengan penjenayah yang tidak bersenjata, mereka perlu berhati-hati tanpa menyebabkan kemalangan nyawa antara kedua-dua pihak.

Dengan tujuan untuk membendung masalah itu, Wattozz Gun dicipta untuk mengatasi kes kecederaan serius dan insiden kematian, katanya dalam majlis pelancaran Wattozz Gun di Persada Plus, di sini hari ini.

Turut hadir wakil dari syarikat pengeluar dari Turki, Adnan Albayrak dan Sertan Aycicek.

Dalam pada itu, Bahtiyar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan teknologi tersebut dalam sistem penguatkuasaan pertahanan dan keselamatan kedua-dua kementerian.

Kami telah mendekati kedua-dua kementerian sejak Disember tahun lalu, dan ia merupakan satu cabaran kerana realitinya, penggunaan senjata tersebut dalam sistem pertahanan negara kita bergantung kepada kestabilan kewangan.

Memang betul, kami bekerjasama dengan beberapa bank untuk menawarkan pemajakan kepada pihak yang tidak mempunyai kewangan mencukupi dalam membeli teknologi ini, katanya.

Wattozz Gun yang dihasilkan oleh Turki pada 2015 telah dilancarkan di seluruh dunia pada 5 Disember 2018 dan boleh didapati di Malaysia menjelang akhir bulan depan.

Teknologi Wattozz Gun yang dilengkapi oleh lebih sepuluh kelebihan berbanding senjata renjatan elektrik sedia ada di pasaran tidak akan menyebabkan sebarang kecederaan serius dan hanya menganggu sistem saraf individu yang ditembak buat sementara waktu untuk gagal melarikan diri.

Antara kelebihan Wattozz Gun adalah ia dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi, mampu menembak suspek sejauh 10 meter tanpa mencederakan individu berkenaan dan boleh dicas semula berbanding senjata renjatan elektrik sedia ada. - UTUSAN ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 03:09 PM | Show all posts

elok bagi imigresen, kastam dan agensi2 yang jarang guna pistol.zaman sekarang penguatkuasa kena sentiasa berwaspada walaupun hadap PATI
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ni, orang awam boleh beli tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:26 AM | Show all posts
None68 replied at 13-2-2019 12:52 PM
Bagus ni, orang awam boleh beli tak?

Tak bleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042485s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list