Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
22425
View
330
Reply

Al-Quran & Hadith : Jalan ke Syurga

[Copy link]

Author: boca120879       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 15-3-2019 09:16 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Basysyar, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Syu'bah,
daripada Abu At Tayyah, daripada Anas bin Malik,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Permudahlah

dan jangan persulit,

berilah khabar gembira

dan jangan membuat orang lari."

(Hadith Bukhari no. 67)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 18-3-2019 09:19 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

وَالْعَصْرِ
Demi masa.

(Surah Al-'Asr 103:1)

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

(Surah Al-'Asr 103:2)

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal soleh

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
dan mereka nasihat-menasihati
dengan kebenaran

وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
dan nasihat-menasihati
dengan kesabaran.

(Surah Al-'Asr 103:3)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-3-2019 09:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musaddad, daripada Yahya, daripada 'Ubaidullah,
daripada Khubaib bin 'Abdurrahman, daripada Hafsh bin 'Ashim, daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Ada tujuh (7) golongan orang beriman
yang akan mendapat naungan (perlindungan) dari Allah
di bawah naunganNya pada hari Kiamat
yang ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya.
Iaitu,

1) Pemimpin yang adil;

2) seorang pemuda yang menyibukkan dirinya
dengan ibadah kepada Rabnya;

3) seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid;

4) dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah,
keduanya bertemu kerana Allah
dan berpisah kerana Allah;

5) seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat
oleh seorang wanita kaya lagi cantik
lalu dia berkata,
"aku takut kepada Allah";

6) seorang yang bersedekah
dengan menyembunyikannya
hingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya;

7) dan seorang lelaki yang berzikir kepada Allah
dengan mengasingkan diri sendirian
hingga kedua matanya basah kerana menangis."

(Hadith Bukhari no. 1334)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2019 09:20 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 17-12-2019 11:15 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Abu Bakr Al Hanafi, daripada Bukair bin Mismar,
daripada Amir bin Sa'ad,

Sa'ad bin Abi Waqqash tengah mengurus untanya
lalu Ibnu Umar mendatanginya,

ketika Sa'ad bin Abi Waqqash melihat Ibnu Umar,
dia berkata,
Aku berlindung kepada Allah daripada keburukan penunggang ini.

Ibnu Umar turun lalu berkata pada Sa'ad bin Abi Waqqash,
Apa kau mengurus unta dan kambingmu
sementara kau membiarkan orang-orang saling merebut kekuasaan di antara mereka?

Sa'ad bin Abi Waqqash memukul dada Ibnu Umar lalu berkata,
Diam, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah menyukai

hamba yang bertakwa,

selalu merasa cukup,

dan suka menyendiri (menyembunyikan amal soleh)."

(Hadith Muslim no. 5266)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-3-2019 09:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Manshur, daripada Habban bin Hilal, daripada Aban, daripada Yahya,
daripada Zaid, daripada Abu Sallam, daripada Abu Malik al-Asy'ari,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Bersuci adalah setengah daripada iman,

`Alhamdulillah akan memenuhi timbangan,
`Subhanallah walhamdulillah akan memenuhi ruangan langit dan bumi,

solat adalah cahaya,

sedekah adalah bukti (pembela),

kesabaran adalah sinar,

dan al-Qur'an adalah hujah untuk amal kebaikanmu
dan hujah atas amal kejelekanmu.

Setiap manusia melakukan amal untuk menjual dirinya,
maka sebahagian mereka ada yang membebaskannya (daripada seksa Allah)
dan sebahagian lain ada yang menjerumuskannya (dalam seksa-Nya)."

(Hadith Muslim no. 328)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-3-2019 10:20 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 22-3-2019 06:36 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Hudbah bin Khalid, daripada Hammam, daripada Qatadah, daripada Anas,
daripada Abu Musa r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur'an
seperti buah utrujah,
rasanya enak dan baunya wangi,

dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur'an
seperti buah kurma,
rasanya enak namun tidak berbau,

dan perumpaman orang derhaka yang membaca Al-Qur'an
seperti buah raihana,
baunya wangi namun rasanya pahit,

dan perumpamaan orang derhaka yang tidak membaca Al-Qur'an
seperti buah hanzhalah,
rasanya pahit dan tidak berbau."

(Hadith Bukhari no. 7005)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-3-2019 09:50 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Salamah dan Al Harits bin Miskin, daripada Ibnu Al Qasim,
daripada Malik, daripada Ibnu Syihab, daripada Urwah bin Zubair,
daripada Abdurrahman bin Abdul Qari, daripada Umar al-Khattab,

"Aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah Al-Furqan
tidak sama dengan bacaanku
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku,
hingga nyaris aku mencelanya.

Namun aku membiarkannya hingga dia selesai membacanya,
kemudian aku pegang kain serbannya.

Lalu aku mengajaknya bertemu Rasulullah s.a.w.,
dan aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.,
Wahai Rasulullah,
tadi aku mendengar orang ini membaca surah Al-Furqan
tidak seperti yang engkau bacakan kepadaku.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang itu,
Bacalah surah itu.

Hisyam lalu membaca
seperti yang aku dengar
saat dia membacanya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
Demikianlah surah itu diturunkan.

Kemudian Rasulullah s.a.w. juga menyuruhku,
maka aku pun membacanya.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda,
Demikianlah surah itu diturunkan.
Al-Qur'an diturunkan dengan tujuh (7) huruf (dialek),
maka bacalah yang mudah bagimu.

(Hadith Nasai no. 928)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:40 AM | Show all posts
nak memahami alquran ni wajib ada guru bahasa
sekurang kurangnya asas

kaedah basic tu.. Tafwid dan Takwil.. salaf.dan khalaf
kena tahu beza dan bagaimana nak gunapakai kaedah tafwid dan takwil...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2019 09:01 AM | Show all posts
rantaikendoq replied at 26-3-2019 12:40 AM
nak memahami alquran ni wajib ada guru bahasa
sekurang kurangnya asas

Jazakallahu khairan, saudaraku
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2019 09:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Utsman bin Abu Syaibah,daripada Isma'il bin Ayasy, daripada Bahir bin Sa'd, daripada Khalid binMa'dan,
daripada Katsir bin Murah Al Hadlrami,daripada 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang yang menguatkan bacaan AlQur'an
bagaikan orang yang menampakkan sedekah,

dan orang yang memperlahankan bacaan AlQur'an
ibarat orang yang bersedekah secara sembunyi."

(Hadith Abu Daud no. 1136)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2019 09:37 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 27-3-2019 10:19 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Abdurrahman bin Abdullah bin Abu Sha'sha'ah, daripada bapanya (Abdullah bin Abu Sha'sha'ah), daripada Abu Sa'id Al Khudri,

Seorang lelaki mendengar
seseorang membaca

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

dengan berulang kali.

Pada pagi harinya,
lelaki itu bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
dan menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda,
"Demi Dzat yang jiwaku ada di Tangan-Nya,

surah itu sepadan
dengan sepertiga (1/3) Al-Qur'an."

(Hadith Nasai no. 985)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-3-2019 09:58 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Imran bin Musa, daripada Yazid bin Zura'I, daripada Syu'bah, daripada Manshur,
daripada Abu Wa'il, daripada Abdullah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Alangkah buruknya
seorang daripada mereka yang berkata,
Aku lupa ayat ini dan itu.'

Bahkan melupakannya.

Jagalah Al-Qur'an

dan sesungguhnya Al Qur'an lebih cepat lepasnya (lupa)
daripada dada manusia

dibandingkan, dengan
unta yang lepas daripada ikatannya."

(Hadith Nasai no. 934)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 11:16 PM | Show all posts
Ini adalah tafsir pada posting pertama:

29-30. Maka berpalinglah dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, yaitu al-Quran, dan dia tidak ingin kecuali kehidupan dunia. Apa yang mereka pegang itu adalah ujung ilmu mereka dan tujuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu tentang siapa yang menyimpang dari jalan petunjuk, sebagaimana Dia jauh lebih tahu tentang siapa yang mendapatkan petunjuk dan mengambil jalan islam. Di sini terkandung peringatan keras terhadap para pendurhaka yang menolak beramal sesuai dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah, yang mendahulukan hawa nafsu dan harta dunia dibanding akhirat.

Referensi: https://tafsirweb.com/37270-surat-an-najm.html, https://tafsirweb.com/10144-surat-an-najm-ayat-30.html

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-4-2019 09:16 AM | Show all posts
bledaone replied at 30-3-2019 11:16 PM
Ini adalah tafsir pada posting pertama:

29-30. Maka berpalinglah dari orang yang berpaling dari p ...

Jazakallahu khairan, saudaraku
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-4-2019 09:19 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ya'qub bin Ibrahim, daripada Ibnu 'Ulayyah, daripada Abdul 'Aziz bin Shuhaib,
daripada Anas,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidaklah beriman seorang daripada kalian

hingga aku lebih dicintainya

daripada orang tuanya,
anaknya
dan daripada manusia seluruhnya."

(Hadith Bukhari no. 14)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2019 09:39 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu 'Ashim adl-Dlahhak bin Makhlad, daripada Al Awza'iy,
daripada Hassan bin 'Athiyyah, daripada Abi Kabsyah, daripada 'Abdullah bin 'Amru,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikan daripadaku
sekalipun satu (1) ayat

dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) daripada Bani Isra'il
dan itu tidak apa (dosa).

Dan siapa yang berdusta atasku
dengan sengaja

maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya
di neraka."

(Hadith Bukhari no. 3202)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-4-2019 09:17 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 25-9-2020 05:42 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Khalid, diceritakan oleh Muhammad Ibnu Ishak, daripada Az Zuhri,
daripada Muhammad bin Jubair bin Muth'im, daripada Jubair bin Muth'im,

Rasulullah s.a.w. berdiri di Masjid Khaif di Mina seraya bersabda,

Semoga Allah memperelokkan rupa seseorang
yang mendengarkan perkataanku
lantas menjaganya,
kemudian menyampaikannya
kepada orang yang tidak mendengarnya (daripadaku),

berapa banyak orang yang membawa ilmu fiqh
tetapi dia tidak mempunyai pemahaman,

dan berapa banyak orang yang menyampaikan ilmu fiqh
kepada orang yang lebih memahaminya,

ada tiga (3) hal yang hati seorang mukmin tidak hasad padanya

1) ikhlas beramal hanya untuk Allah,

2) taat kepada para pemimpin,

3) dan sentiasa berada dalam barisan kaum muslimin,
kerana doa mereka menyokong dari belakang mereka."

(Hadith Darimi no. 230)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-4-2019 09:37 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Adam, daripada Ibnu Abu Dzi`b, daripada Sa'id Al Maqburi,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Salah seorang daripada kalian
tidak akan dapat diselamatkan
oleh amalnya,"

maka para sahabat bertanya,
Tidak juga dengan engkau wahai Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. menjawab,
Tidak juga saya,
hanya sahaja Allah telah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku.

Maka beramallah kalian
sesuai dengan sunnah
dan berlakulah dengan imbang,

berangkatlah pada pagi hari
dan berangkatlah pada petang hari,
dan lakukanlah sedikit waktu
untuk solat pada malam hari,

niat dan niat
maka kalian akan sampai."

(Hadith Bukhari no. 5982)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2019 02:55 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdul Aziz bin Abdullah, daripada Sulaiman, daripada Musa bin 'Uqbah,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Beramallah sesuai dengan sunnah
dan berlaku imbanglah,

dan ketahuilah bahawa salah seorang tidak akan masuk syurga
kerana amalannya,

sesungguhnya amalan yang dicintai oleh Allah
adalah yang berterusan
walaupun sedikit."

(Hadith Bukhari no. 5983)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2019 11:38 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 7-4-2019 07:36 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Abdurrahman, daripada Isma'il bin Abu Uwais,
daripada Katsir bin Abdullah bin Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah,
daripada Abdullah bin Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah, daripada Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya agama (Islam) akan kembali bersarang ke Hijaz
sebagaimana ular bersarang ke lubangnya,
dan pasti agama ini akan diperkuatkan dengan Hijaz
sebagaimana kambing betina menjadikan puncak gunung sebagai benteng.

Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing
dan akan kembali asing,
maka beruntunglah orang-orang yang asing,

iaitu orang orang yang memperbaiki
salah satu daripada sunnahku
yang telah dirosakkan
oleh orang-orang setelahku."

(Hadith Tirmidzi no. 2554)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list