CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 5-8-2019 09:58 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, daripada Sufyan, daripada Ayyub,
daripada Qatadah, daripada Anas,

"Aku pernah solat bersama Rasulullah s.a.w.,
Abu Bakar,
serta Umar r.a.

dan mereka memulakan bacaan dengan
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.”

(Hadith Nasa’i no. 893)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2019 10:00 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 5-8-2019 04:15 PM

Daripada Abdullah bin Sa'id Abu Sa'id Al Asyaj, daripada 'Uqbah bin Khalid,
daripada Syu'bah dan Ibnu Abu 'Arubah, daripada Qatadah, daripada Anas,

"Aku solat di belakang Rasulullah s.a.w.,
Abu Bakar,
Umar,
serta Uthman r.a.

dan aku tidak mendengar
salah seorang daripada mereka

menguatkan bacaan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ .”

(Hadith Nasa’i no. 897)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2019 11:10 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 6-8-2019 11:19 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Katsir, daripada Sufyan, daripada Ibnu Abu Khalid,
daripada Qais bin Abu Hazim, daripada Abu Al Mas'ud Al Anshari,

Seorang sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
aku hampir tidak sanggup solat
yang dipimpin seseorang
dengan bacaannya yang panjang."

Maka Abu Al Mas'ud Al Anshari belum pernah melihat
Nabi s.a.w. memberi peringatan
dengan lebih marah
daripada yang disampaikannya hari itu
seraya bersabda,

"Wahai manusia,
kalian membuat orang lari menjauh.

Maka barangsiapa solat mengimami orang-orang,
ringankanlah.

Kerana di antara mereka
ada orang sakit,
orang lemah
dan orang yang punya keperluan."

(Hadith Bukhari no. 88)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2019 09:48 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Al Laits, daripada Sa'id bin Abu Sa'id, daripada Amr bin Sulaim Az-Zuraqi, daripada Abu Qatadah,

"Ketika kami sedang duduk-duduk di masjid,
tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menemui kami
dengan membawa Umamah bin Abu Ash bin Ar Rabi'
(ibunya adalah Zainab binti Rasulullah s.a.w.,
dan dia (Umamah) masih kecil)

Lalu Rasulullah s.a.w. solat
dan dia (Umamah) masih dalam gendongannya.

Rasulullah s.a.w. meletakkannya
ketika rukuk

dan menggendongnya kembali
ketika berdiri,

hingga selesai solatnya
dengan melakukan hal seperti itu."

(Hadith Nasa’i no. 704)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2019 09:49 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 8-8-2019 10:18 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Utbah bin Abdullah, daripada Malik bin Anas & Al Harits bin Miskin, daripada Ibnu Al Qasim, daripada Malik, daripada Sumayya, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Kalau sahaja manusia mengetahui
apa yang ada di dalam
panggilan azan
dan saf pertama.

Kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya
kecuali dengan cara mengundi di antara mereka,
maka mereka pasti akan mengundinya.

Seandainya mereka mengetahui keutamaan
menyegerakan solat
maka mereka pasti berlumba-lumba
mendapatkannya.

Seandainya mereka mengetahui keutamaan
yang terdapat di dalam
solat Isyak
dan Subuh,
maka mereka pasti akan mendatanginya,
meskipun dengan cara merangkak."

(Hadith Nasa’i no. 537)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2019 09:51 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Jarir, daripada Suhail, daripada bapanya,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sebaik-baik barisan (saf solat) lelaki
adalah barisan pertama,

dan yang paling buruk
adalah barisan paling belakang.

Sedangkan barisan perempuan yang baik
adalah barisan paling belakang,

dan barisan yang paling buruk
adalah barisan yang paling depan."

(Hadith Nasa’i no. 811)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2019 09:44 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Abu Al Ahwash, daripada Manshur,
daripada Thalhah bin Musharrif, daripada Abdurrahman bin 'Ausajah, daripada Al Barra' bin 'Azib,

"Dahulu Rasulullah s.a.w. memeriksa barisan solat
dari satu sisi ke sisi lain
dan mengusap bahu serta dada kami,

lalu bersabda,
"Janganlah kalian bengkok (tidak lurus)
sehingga hati kalian akan berselisih.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
"Allah dan para malaikat berselawat (mendoakan)
kepada orang yang berada di barisan terdepan."

(Hadith Nasa’i no. 802)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 10:18 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Abdullah bin Al Mubarak Al Mukharrimi, daripada Abu Hisyam, daripada Aban, daripada Qatadah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Luruskan barisan kalian,
saling mendekatlah di antara barisan,
dan sejajarkan antara bahu dengan bahu.

Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya,
aku melihat syaitan masuk
dari celah-celah barisan
laksana kambing kecil."

(Hadith Nasa’i no. 806)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2019 10:56 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Hammad, daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Hurairah,
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

"Apakah orang yang mengangkat kepalanya
saat solat sebelum imam
(mendahului imam)

tidak takut
kalau Allah merubah kepalanya
dengan kepala keldai?"

(Hadith Nasa’i no. 819)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 10:10 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Manshur, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Sa'id bin Al Musayyab, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika pembaca (imam) membaca Amin,
maka ucapkanlah Amin,
kerana para malaikat juga ikut mengucapkan Amin.

Barangsiapa bacaan Amin-nya
bersamaan dengan bacaan Amin para malaikat,

dosanya yang lalu diampuni."

(Hadith Nasa’i no. 917)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2019 09:52 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 19-8-2019 10:20 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bisyr Bakr bin Khalaf, daripada 'Abdurrahman bin Mahdi, daripada Mu'awiyah bin Shalih,
daripada Al 'Ala Ibnul Harits, daripada Haram bin Mu'awiyah,
daripada bapa saudaranya (Abdullah bin Sa'd),

Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

“yang mana lebih utama,

solat di rumahku

atau solat di masjid?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidakkah engkau lihat
betapa dekatnya
rumahku dengan masjid?

Sungguh, sekiranya aku solat di rumahku,
maka itu lebih aku sukai
daripada solat di masjid,

kecuali solat wajib.”

(Hadith Ibnu Majah no. 1368)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2019 10:43 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Salam, daripada 'Abdah, daripada Hisyam bin 'Urwah,
daripada bapanya ('Urwah), daripada 'Aisyah,

Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w.
sebuah gereja yang dia lihat di suatu tempat di negeri Habsyah (Ethiopia)
yang disebut Mariyah.

Kemudian dia ceritakan apa yang dilihatnya
bahawa di dalamnya ada gambar (patung).

Rasulullah s.a.w. pun bersabda,

"Mereka adalah suatu kaum yang

jika ada hamba soleh
atau lelaki soleh
daripada mereka meninggal,

mereka membina tempat sembahyang di atas kuburnya
dan membuatkan patung untuknya.

Maka mereka itulah
seburuk-buruk makhluk di sisi Allah."

(Hadith Bukhari no. 416)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2019 09:56 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Al-Laits, daripada Nafi',
daripada Ibrahim bin 'Abdullah bin Ma'bad bin 'Abbas,
daripada Maimunah (isteri Rasulullah s.a.w.),
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Solat di dalam masjid Rasulullah s.a.w. lebih utama

seribu (1000) kali solat di masjid lain,

kecuali masjid Kaabah (Masjidil Haram)."

(Hadith Nasa’i no. 684)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 11:30 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al-Mutsanna, daripada Mu'adz bin Hisyam, daripada bapanya (Hisyam),
daripada Qatadah, daripada Abu Ishaq Al-Kufi, daripada Al-Barra' bin 'Azib,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah dan para malaikat mendoakan
orang-orang yang berada di saf terdepan.

Seorang muadzin akan diampuni
sepanjang suaranya
dan dibenarkan oleh yang mendengarnya
daripada semua (makhluk) yang basah dan kering,

dan dia mendapat pahala
seperti pahala orang yang ikut solat bersamanya."

(Hadith Nasa’i no. 642)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 10:25 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
Wahai orang-orang yang beriman,
jadikanlah sabar
dan solat
sebagai penolongmu,

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar.

(Surah Al-Baqarah 2:153)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2019 09:52 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Abu Az Zinad, daripada Al A'raj,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,
aku ingin sekali
memerintahkan
untuk mengumpulkan kayu bakar,

lalu aku perintahkan untuk solat
dengan dikumandangkan azan,

lantas aku juga menyuruh seseorang
untuk menjadi imam solat orang-orang.

Sedangkan aku akan mendatangi orang-orang
(yang tidak ikut berjemaah)
dan membakar rumah mereka.

Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya,
kalau sahaja salah seorang daripada mereka mengetahui
bahawa dia akan mendapatkan daging gemuk
atau dua potong daging bahagian punggung yang bagus,
dia pasti mendatangi solat Isyak berjemaah."

(Hadith Nasa’i no. 839)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2019 10:09 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Nashr, daripada Abdullah bin Al Mubarak, daripada Zakaria,
daripada 'Amr bin Dinar, daripada 'Atha bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Bila iqamah telah dikumandangkan,

tidak ada solat
kecuali solat wajib.”

(Hadith Nasa’i no. 855)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 09:28 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 28-8-2019 12:26 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Manshur, daripada Yahya, daripada Ibnu Juraij, daripada 'Atha, daripada Jabir,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa makan daripada pohon ini (bawang putih)
dan bawang merah,
serta tumbuhan yang baunya sangat menyengat (seperti bawang),

maka jangan
menghampiri masjid kami.

Sesungguhnya malaikat merasa terganggu
daripada hal-hal yang
manusia juga merasa terganggu kerananya."

(Hadith Nasa’i no. 700)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2019 10:51 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Sumayy (Maula Abu Bakar),
daripada Abu Shalih As Samman, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang mandi
seperti mandi janabah
pada hari Jumaat,

kemudian dia pergi ke masjid pada waktu yang pertama,
maka pahalanya
seperti pahala berkorban seekor unta.

Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua,
maka pahalanya
seperti berkorban seekor sapi.

Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga,
maka pahalanya
seperti berkorban seekor kambing.

Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat,
maka pahalanya
seperti pahala berkorban seekor ayam.

Dan siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima,
maka pahalanya
seperti berkorban sebutir telur.

Apabila imam telah keluar,
para malaikat hadir untuk mendengar khutbah
(dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu)."

(Hadith Muslim no. 1403)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 10:01 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Amr bin 'Ali, daripada Yahya, daripada Ibnu Abu Dzi'b,
daripada Al Aswad bin Al-'Alaa' bin Jariyah Ats-Tsaqafi, daripada Abu Salamah bin 'Abdurrahman,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ketika seseorang keluar dari rumahnya
menuju masjid,

maka tiap langkah satu kakinya
dicatat satu (1) kebaikan

dan daripada kakinya yang satu lagi
sebagai penghapus satu (1) keburukan."

(Hadith Nasa'i no. 698)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.109824 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list