CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 3-9-2019 09:34 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Sa'id, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika kalian mendatangi solat,
jangan dengan lari tergesa-gesa.

Datangilah
dengan berjalan
dan tenang.

Apa yang kalian dapati,
solatlah,

dan yang ketinggalan
maka sempurnakanlah."

(Hadith Nasa'i no. 852)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2019 09:41 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 4-9-2019 12:15 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh  

Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada ayahnya ('Urwah), daripada Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian mengantuk
ketika solat

hendaklah dia tidur
hingga hilang ngantuknya,

kerana apabila solat
dalam keadaan mengantuk

dia tidak menyedari,

mungkin dia bermaksud
beristighfar

namun
boleh jadi dia mencaci dirinya.”

(Hadith Bukhari no. 205)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2019 10:38 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 5-9-2019 10:47 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna & Muhammad bin Basysyar, daripada Muhammad bin Ja'far,
daripada Syu'bah, daripada Al A'laa bin 'Abdur Rahman, daripada bapanya ('Abdur Rahman),
daripada Abu Hurairah,

Seorang lelaki pernah berkata,
"Ya Rasulullah,
saya mempunyai kerabat.

Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim dengan mereka,
tetapi mereka memutuskannya.

Saya selalu berusaha untuk berbuat baik dengan mereka,
tetapi mereka menyakiti saya.

Saya selalu berusaha untuk berlemah lembut dengan mereka,
tetapi mereka bersikap dingin dengan saya."

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jika benar seperti apa yang kamu katakan,
maka kamu seperti memberi mereka makan
debu yang panas,

dan selama kamu berbuat demikian
maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.”

(Hadith Muslim no. 4640)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2019 10:10 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Malik, daripada Abu Az Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Jika seseorang di antara kalian memakai sandal,
mulailah dengan sebelah kanan.

Jika melepaskannya (membuka),
maka mulailah dengan sebelah kiri.

Jadikanlah yang kanan itu
pertama kali
saat memakai,

dan terakhir kali
saat melepas (membuka).”

(Hadith Malik no. 1429)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2019 10:08 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-9-2019 10:12 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Utsman Ad Dimasyqi Abu Al Jamahir,
daripada Abu Ka'b Ayyub bin Muhammad As Sa'di, daripada Sulaiman bin Habib Al Muharibi,
daripada Abu Umamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Aku akan menjamin rumah
di tepi syurga
bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan
meskipun benar.

Aku juga menjamin rumah
di tengah syurga
bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan
meskipun bersifat gurau,

dan aku juga menjamin rumah
di syurga yang paling tinggi
bagi seseorang yang berakhlak baik."

(Hadith Abu Daud no. 4167)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2019 11:01 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 11-9-2019 02:50 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Nu'aim, daripada Sufyan, daripada Abdullah (Ibnu Utsman bin Khutsaim),
daripada Isma'il bin Rifa'ah, daripada bapanya (Rifa'ah), daripada datuknya,

Rasulullah s.a.w. keluar menuju Baqi',
kemudian bersabda,
"Wahai para peniaga!"

Ketika mereka mengangkat kepala,

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Para peniaga akan dikumpulkan pada Hari Kiamat
sebagai orang yang berbuat dosa,

kecuali orang yang bertakwa,
berbuat kebaikan
dan berkata jujur."

(Hadith Darimi no. 2426)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2019 09:16 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 12-9-2019 11:38 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada An Nadhr bin Syumail, daripada Kahmas bin Al Hasan,
daripada Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abdullah bin Umar,
daripada Umar bin Al Khathab,

"Pada suatu hari
ketika kami bersama Rasulullah s.a.w.
tiba-tiba muncul di hadapan kami
orang yang sangat putih pakaiannya,
hitam rambutnya,
tidak terlihat padanya bekas perjalanan,
dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya,
hingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.
dan menyandarkan lututnya kepada lutut Rasulullah s.a.w.
dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada kedua-dua paha Rasulullah s.a.w.
kemudian berkata,

"Wahai Muhammad,
beritahukan kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah,
dan Muhammad adalah utusan Allah,
engkau mendirikan solat,
membayar zakat,
berpuasa Ramadhan
dan melakukan haji di Kaabah apabila mampu pergi ke sana."

Orang tersebut berkata,
"Tuan benar."

Maka kami pun hairan kepadanya,
dia bertanya
dan dia pula yang membenarkannya.

Kemudian dia berkata,
"Beritahukan kepadaku mengenai iman."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Engkau beriman kepada Allah,
para MalaikatNya,
kitab-kitabNya,
para rasulNya
dan hari akhirat
serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk."

Dia berkata,
"Tuan benar."

Dia berkata,
"Beritahukan kepadaku mengenai ihsan."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ihsan adalah engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihatNya
dan apabila engkau tidak melihatNya
maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Dia berkata,
"Beritahukan kepadaku mengenai Hari Kiamat."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang yang ditanya
tidaklah lebih mengetahui
daripada yang bertanya."

Dia berkata,
"Beritahukan kepadaku mengenai tanda-tandanya."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika ada hamba wanita yang melahirkan tuannya,
dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki,
telanjang
dan tidak berkhatan
serta menggembalakan kambing
saling berlumba meninggikan bangunan."

Tiga (3) hari kemudian
Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku,
"Wahai Umar,
apakah engkau mengetahui
siapakah yang bertanya?"

Saya menjawab,
"Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya dia adalah Jibril a.s.,
datang kepada kalian
hendak mengajarkan kepada kalian
perkara agama kalian."

(Hadith Nasa’i no. 4904)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 09:26 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 13-9-2019 04:10 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Kuraib, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja’,
daripada bapanya (Raja’), daripada Abu Sa'id,

Marwan mengeluarkan mimbar
pada hari raya
dan memulai khutbah
sebelum melaksanakan solat,

maka seorang laki-laki berdiri
dan berkata,
"Wahai Marwan,
engkau telah menyalahi sunnah!

Engkau keluarkan mimbar
padahal ia belum pernah dikeluarkan sebelumnya,

dan engkau memulai dengan khutbah
padahal itu belum pernah dilakukan sebelumnya."

Lalu Abu Sa'id berkata,
"Ada pun orang ini,
sungguh dia telah melaksanakan
apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w.,

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa melihat kemungkaran
dan mampu untuk mengubah dengan tangannya,
hendaklah dia ubah dengan tangannya.

Jika tidak mampu,
hendaklah dengan lisannya,

jika tidak mampu dengan lisan,
hendaklah dengan hatinya.
Dan itu adalah selemah-lemah iman.”

(Hadith Ibnu Majah no. 1265)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2019 09:37 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-9-2019 11:01 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, daripada Yazid bin Harun,
daripada Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi, daripada Ishaq bin Abu Furat, daripada Al Maqburi,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Akan datang tahun-tahun
penuh dengan kedustaan
yang menimpa manusia,

pendusta dipercayai,
orang yang jujur didustakan,

amanat diberikan kepada pengkhianat,
orang yang jujur dikhianati,

dan Ruwaibidhah turut berbicara."

Lalu Rasulullah s.a.w. ditanya,
"Apakah Ruwaibidhah itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Orang-orang bodoh
yang menguruskan
urusan perkara umum."

(Hadith Ibnu Majah no. 4026)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2019 11:02 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abul Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri, daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Akan terjadi fitnah,

orang yang duduk pada saat itu lebih baik
daripada orang yang berdiri,

orang yang berdiri lebih baik
daripada orang yang berjalan,

orang yang berjalan lebih baik
daripada yang berlari,

barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu,
maka fitnah itu akan mempengaruhinya,

maka barangsiapa mendapat tempat berlindung atau kem pertahanan,
hendaklah dia berlindung diri di tempat itu."

(Hadith Bukhari no. 6555)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 10:37 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 19-9-2019 11:29 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr, kesemuanya daripada Ismail bin Ja'far,
daripada Ibnu Ayyub, daripada Ismail, daripada al-Ala', daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Segeralah beramal
sebelum datangnya fitnah
seperti malam yang gelap gelita.

Pada pagi hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin,
lalu kafir pada petang harinya.

Pada petang hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin,
lalu kafir pada pagi harinya.

Dia menjual agamanya
dengan barang kenikmatan dunia."

(Hadith Muslim no. 169)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2019 09:53 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Sa'id bin Amir Abu Maryam, daripada Muhammad bin Ja'far,
daripada Humaid bin Abu Humaid Ath Thawil, daripada Anas bin Malik r.a.,

“Ada tiga (3) orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi s.a.w.
dan bertanya tentang ibadah Nabi s.a.w.

Dan setelah diberitakan kepada mereka,
sepertinya mereka merasa hal itu masih sedikit
bagi mereka.

Mereka berkata,
"Ibadah kita tidak ada apa-apanya
dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w.,

bukankah Rasulullah s.a.w. sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu
dan juga yang akan datang?"

Salah seorang daripada mereka berkata,
"Sungguh, aku akan solat malam selama-lamanya."

Kemudian yang lain berkata,
"Kalau aku, maka sungguh, aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh)
dan aku tidak akan berbuka."

Dan yang lain lagi berkata,
"Aku akan menjauhi wanita
dan tidak akan menikah selama-lamanya."

Kemudian datanglah Rasulullah s.a.w. kepada mereka seraya bertanya,
"Kalian berkata begini dan begitu?

Ada pun aku, demi Allah,
adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian,
dan juga paling bertakwa.

Aku berpuasa dan juga berbuka,
aku solat dan juga tidur
serta menikahi wanita.

Barangsiapa yang benci sunnahku,
maka bukanlah daripada golonganku."

(Hadith Bukhari no. 4675)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 10:21 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yazid bin Harun, daripada Bahz bin Hakim, daripada ayahnya (Hakim), daripada datuknya,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Celakalah
orang yang bercerita,
lalu berdusta
untuk membuat orang-orang tertawa.

Celakalah dia,
celakalah dia."

(Hadith Darimi no. 2586)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2019 10:11 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Abdul A'la Bashri, daripada 'Atstsam bin Ali, daripada Al A'masy,
daripada 'Atho` bin As Saib, daripada ayahnya (As Saib), daripada Abdullah bin 'Amr,

Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih
menggunakan tangannya.

Daripada Syu'bah dan Ats Tsauri, daripada Al A'masy, daripada 'Atho` bin As Saib,
daripada Yusairah binti Yasir,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Wahai para wanita,
hitunglah menggunakan ruas-ruas jari,

kerana sesungguhnya ruas-ruas tersebut
akan ditanya dan diminta
untuk berbicara."

(Hadith Tirmidzi no. 3408)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2019 10:05 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdullah bin Ar Rumi Al Yamami, 'Abbas bin 'Abdul 'Azhim Al 'Anbari
dan Ahmad bin Ja'far Al Ma'qiri, ketiga-tiganya daripada An Nadhr bin Muhammad,
daripada 'Ikrimah (Ibnu 'Ammar), daripada Abu An Najasyi, daripada Rafi' bin Khadij,

“Ketika Nabi s.a.w. datang ke Madinah,

para penduduk Madinah sedang menyerbukkan bunga kurma
agar dapat berbuah
yang hal itu biasa mereka sebut dengan 'mengahwinkan',

maka Nabi s.a.w. pun bertanya,
“Apa yang sedang kalian kerjakan?”

Mereka menjawab,
“Dari dahulu kami selalu melakukan hal ini.”

Nabi s.a.w. berkata,
“Seandainya kalian tidak melakukannya,
nescaya hal itu lebih baik.”

Maka mereka pun meninggalkannya,
dan ternyata kurma-kurma itu jatuh dan berguguran.

Rafi' bin Khadij berkata,
“Lalu hal itu diadukan kepada Nabi s.a.w.

dan Nabi s.a.w. pun berkata,
“Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa,
oleh kerananya,

apabila aku memerintahkan sesuatu
daripada urusan agama kalian,
maka ambillah (laksanakanlah)

dan jika aku memerintahkan sesuatu kepada kalian
berdasarkan pendapatku semata-mata,
maka ketahuilah bahawa sungguh aku hanyalah manusia biasa.”

(Hadith Muslim no. 4357)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2019 09:50 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 26-9-2019 09:52 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin al Mutsanna, daripada Abdurrahman bin Mahdi,
kedua-duanya daripada Syu'bah, daripada Khubaib bin Abdurrahman, daripada Hafsh bin Ashim,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong

apabila dia menceritakan
semua yang dia dengar.”

(Hadith Muslim no. 6)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2019 10:24 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Nashr, daripada Abdullah bin Al Mubarak, daripada 'Abdul Wahhab bin Al Ward, daripada seorang penduduk Madinah,

Mu'awiyah menulis surat kepada Aisyah Ummul Mu`minin r.a.
meminta Aisyah membalas
surat yang berisi wasiat
kepadanya
dan isinya tidak panjang-panjang,

Aisyah menulis surat kepada Mu'awiyah,
سَلَامٌ عَلَيْكَ

aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah
sekalipun memperoleh kebencian manusia,
Allah akan mencukupkan dia
daripada kebergantungan kepada manusia

dan barangsiapa yang mencari keredhaan manusia
dengan mendatangkan kemurkaan daripada Allah,
maka Allah akan menjadikannya
bergantung kepada manusia,

وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ

(Hadith Tirmidzi no. 2338)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2019 09:44 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Basysyar, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Umar bin Sulaiman, daripada Abdurrahman bin Aban bin 'Uthman bin 'Affan, daripada ayahnya (Aban bin 'Uthman bin 'Affan), daripada Zaid bin Tsabit,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuannya,
maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya,
dan Allah akan menjadikannya miskin.
Tidaklah dia akan mendapatkan dunia
kecuali apa yang telah ditetapkan baginya.

Dan barangsiapa menjadikan akhirat sebagai tujuannya,
maka Allah akan memudahkan urusannya,
menjadikan kekayaan di hatinya,
dan dunia akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan hina.”

(Hadith Ibnu Majah no. 4095)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2019 10:07 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ahmad bin Mani' dan Ali bin Hujr, daripada Sufyan bin 'Uyainah, daripada Ja'far bin Khalid, daripada bapanya (Khalid), daripada Abdullah bin Ja'far,

"Ketika tiba khabar
kematian Ja'far,

Nabi s.a.w. bersabda,
“Persiapkanlah makanan
buat keluarga Ja'far

kerana telah datang
urusan yang menyibukkan mereka."

(Hadith Tirmidzi no. 919)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2019 02:06 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 2-10-2019 03:03 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Syuja' bin Makhlad Abul Fadll, daripada Husyaim, daripada Isma'il bin Abu Khalid,
daripada Qais bin Abu Hazim, daripada Jarir bin Abdullah Al Bajali,

“Kami berpandangan bahawa

berkumpul-kumpul
di keluarga mayat

dan membuat makanan

adalah sebahagian
daripada Niyahah (ratapan kematian). "

(Hadith Ibnu Majah no. 1601)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.131141 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list