CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 3-10-2019 10:24 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada 'Amir bin 'Abdullah bin Az Zubair,
daripada 'Amru bin Sulaim Az Zaraqi, daripada Abu Qatadah As Salami,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian
masuk masjid,

maka hendaklah dia
solat dua (2) rakaat

sebelum dia duduk."

(Hadith Bukhari no. 425)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2019 10:26 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 4-10-2019 11:45 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Abdul 'Aziz bin Muhammad, daripada Ibnu Thalha',
daripada Muhshin bin 'Ali Al Fihri, daripada 'Auf bin Al Harits, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa berwuduk
dan memperbaiki wuduknya

kemudian keluar dengan sengaja
menuju masjid,
lalu mendapati orang-orang sudah mengerjakan solat,

Allah menuliskan pahala baginya
seperti pahala orang yang menghadirinya,

dan hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun."

(Hadith Nasa'i no. 846)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2019 04:38 PM | Show all posts
sebenarnya, selain dr solat sunat dhuha dan tahjud , maseh ada 1 sunat yg jarang2 sekali org membawanya, iaitu solat sunat wuduk....

solat sunat wuduk ini ada rahsia tersendiri, bagi yg ada mursid, pasti guru akan menyampaikan manfaat faedahnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2019 10:12 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Jarir, daripada Sulaiman At Tamimi, daripada Abu Mijlaz,
daripada Anas bin Malik,

"Rasulullah s.a.w. pernah qunut
setelah rukuk
selama satu (1) bulan,

dalam doanya
Rasulullah s.a.w. melaknat suku Ri'il, Dakwan, serta Ushayyah,
kerana mereka berbuat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya."

(Hadith Nasa'i no. 1060)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2019 10:40 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 8-10-2019 10:44 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Khalaf bin Khalifah, daripada Abu Malik Al Asyja'I, daripada bapanya,

"Aku pernah solat di belakang Rasulullah s.a.w.,
dan Rasulullah s.a.w. tidak qunut.

Aku juga pernah solat di belakang Abu Bakar,
dan beliau tidak qunut.

Aku pernah solat di belakang Umar,
dan beliau tidak qunut.

Aku pernah solat di belakang Usman,
dan beliau tidak qunut.

Aku juga pernah solat di belakang Ali,
dan beliau juga tidak qunut."

Kemudian bapanya berkata,
'Wahai anakku,
itu adalah bid'ah."

(Hadith Nasa'i no. 1070)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 10:15 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Abu An Nadhr, daripada Busr bin Sa'id,
daripada Zaid bin Khalid, daripada Abu Juhaim,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Andai orang yang
lalu di depan orang yang sedang solat
mengetahui akibatnya,

maka dia pasti akan
berdiri empat puluh (40) tahun
lebih baik
daripada lalu di hadapan orang yang sedang solat.”

(Hadith Nasa'i no. 748)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2019 11:09 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-10-2019 11:17 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Shalih, daripada Fulaih, daripada Hilal bin 'Ali, daripada 'Atha' bin Asar,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah,
menegakkan solat,
berpuasa bulan Ramadhan,

maka sudah pasti
Allah akan memasukkannya ke dalam syurga,
baik dia berjihad di jalan Allah
atau dia hanya tinggal di tempat di mana dia dilahirkan."

Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah,
apakah tidak sebaiknya kami sampaikan berita gembira ini kepada orang-orang?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya di syurga itu
ada seratus (100) derajat (kedudukan)
yang Allah sediakannya
untuk para mujahid di jalan Allah

di mana jarak antara dua (2) derajat
seperti jarak antara langit dan bumi.

Untuk itu bila kalian minta kepada Allah
maka mintalah Syurga Firdaus

kerana itu adalah syurga paling utama
dan yang paling tinggi.

Aku pernah diperlihatkan bahawa
di atas Firdaus itu
adalah singgahsananya
Allah yang Maha Pemurah
di mana darinya
mengalir sungai-sungai syurga."

(Hadith Bukhari no. 2581)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 11:29 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdurrahman bin Mahdi, daripada Hammad bin Salamah, daripada Tsabit, daripada Abdurrahman bin Abu Laila, daripada Shuhaib,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Jika penghuni syurga telah memasuki syurga,
maka mereka akan diseru,

“Wahai penduduk syurga,
sesungguhnya kalian masih memiliki janji di sisi Allah
yang belum kalian lihat.”

Mereka bertanya,
“Janji apakah itu?
Bukankah timbangan kami telah diberatkan,
dan kami telah diberikan kitab-kitab kami dengan tangan kanan kami?
Dan kami juga dimasukkan ke dalam syurga
dan diselamatkan dari neraka?”

Kemudian hijab pun disingkap
hingga Allah menampakkan wajah-Nya bagi mereka.

Maka tiada sesuatu pun yang telah diberikan Allah
kepada mereka
yang lebih mereka cintai
daripada melihat wajah-Nya."

(Hadith Ahmad no. 18173)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2019 09:34 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Al Walid bin Syuja', daripada Sufyan bin 'Uyainah, daripada 'Ashim, daripada Syaqiq,
daripada Jarir,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa memberi contoh kebaikan
dan contoh itu diamalkan,
dia mendapat pahala orang yang mencontohinya,
tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang mencontohi.

Sebaliknya barangsiapa memberi contoh keburukan
dan contoh itu diamalkan,
dia mendapat dosa orang yang mencontohinya,
tanpa dikurangi sedikit pun dosa orang yang mencontohi."

(Hadith Darimi no. 511)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 10:33 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Abbad al-Makki, daripada Sufyan, daripada Suhail, daripada Atha' bin Yazid, daripada Tamim ad-Dari,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Agama itu adalah nasihat."

Kami bertanya,
"Nasihat untuk siapa?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Untuk Allah,
kitab-Nya,
Rasul-Nya,
dan para pemimpin kaum muslimin,
serta kaum awam (rakyat) mereka."

(Hadith Muslim no. 82)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 09:12 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 16-10-2019 05:52 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Zaid bin Aslam,
daripada Abdurrahman bin Abi Sa'id, daripada Abu Sa'id al-Khudri,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang daripada kalian solat,

maka janganlah dia membiarkan
seseorang lalu di hadapannya,
dan hendaklah dia menghalanginya semampunya.

Jika orang itu menolak,
maka hendaklah dia memeranginya,
kerana orang itu adalah syaitan."

(Hadith Muslim no. 782)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 09:18 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-11-2019 10:44 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Ar Rabi' Al 'Ataki, daripada Hammad (Ibnu Zaid), daripada Tsabit Al Bunani,
daripada Anas bin Malik,

"Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w.
seraya bertanya,
“Ya Rasulullah,
bilakah kiamat itu akan datang?”

Mendengar pertanyaan lelaki itu,
Rasulullah s.a.w. bertanya balik,
“Apa yang telah kamu siapkan
untuk menghadapi kiamat?”

Lelaki itu menjawab,
“Kecintaan kepada Allah
dan Rasul-Nya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sesungguhnya kamu akan bersama
orang yang kamu cintai.”

Anas bin Malik berkata,
“Tidak ada yang lebih menyenangkan hati kami
setelah masuk Islam

selain sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi,
“Sesungguhnya kamu akan bersama
orang yang kamu cintai.”

Anas bin Malik berkata,
“Kerana saya mencintai Allah,
Rasulullah,
Abu Bakar,
dan Umar,

maka saya berharap kelak
akan bersama mereka
meskipun saya tidak dapat beramal
seperti mereka.”

(Hadith Muslim no. 4777)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 09:52 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-10-2019 10:40 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Sufyan bin Uyainah, daripada Furat Al Qazzaz, daripada Abu Ath Thufail,
daripada Hudzaifah bin Asid Al Ghifari,

“Rasulullah s.a.w. menghampiri kami
saat kami tengah membicarakan sesuatu,

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Apa yang kalian bicarakan?"

Kami menjawab,
“Kami membicarakan tentang kiamat.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kiamat tidaklah terjadi
hingga kalian melihat
sepuluh (10) tanda-tanda sebelumnya."

“Rasulullah s.a.w. menyebut

1) dukhan (asap),

2) Dajjal,

3) Dabbah (binatang)

4) terbitnya matahari dari Barat,

5) turunnya Isa bin Maryam,

6) Yakjuj dan Makjuj,

7) tiga (3) gempa bumi besar,
gempa bumi besar di Timur,

8) gempa bumi besar di Barat

9) gempa bumi besar di Jazirah Arab

10) dan yang terakhir adalah api muncul dari Yaman
yang mendorong manusia
menuju ke tempat perkumpulan mereka."

(Hadith Muslim no. 5162)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2019 09:11 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 21-10-2019 09:16 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdurrazzaq, daripada Ma'mar, daripada Ayyub, daripada Nafi',
daripada 'Ayyasy bin Abu Rab'iah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Di antara tanda-tanda kiamat adalah

akan keluar angin
yang mencabut roh
setiap Mukmin."

(Hadith Ahmad no. 14916)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2019 09:14 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 22-10-2019 02:47 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muslim bin Ibrahim, daripada Hisyam bin Abu 'Abdullah,
daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Muhammad bin 'Abdurrahman,
daripada Jabir bin 'Abdullah,

"Rasulullah s.a.w. solat
di atas tunggangannya
menghadap ke mana arah
tunggangannya menghadap.

Jika Rasulullah s.a.w. hendak melaksanakan solat yang fardu,
maka Rasulullah s.a.w. turun
lalu solat menghadap Kiblat."

(Hadith Bukhari no. 385)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2019 09:32 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Sulaiman bin Harb, daripada Syu'bah, daripada Abu At Tayyah, daripada Anas bin Malik,

"Nabi s.a.w. pernah solat
di kandang kambing."

Setelah itu Anas bin Malik mengatakan,
" Nabi s.a.w. solat di kandang kambing
sebelum masjid dibina."

(Hadith Bukhari no. 411)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2019 09:04 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 31-10-2019 10:14 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Ubaidullah bin Mu'adz Al 'Anbari, daripada Mu'adz Al 'Anbari, daripada Syu'bah,
daripada Qatadah, daripada Abu Ash Shiddiq An Naji, daripada Abu Sa'id Al Khudri,
Nabi s.a.w. bersabda,

“Bahawasanya ada seorang lelaki
yang telah membunuh sembilan puluh sembilan (99) orang,
lalu dia bertanya apakah masih ada pintu taubat untuknya?"

kemudian dia menemui seorang rahib
dan bertanya kepadanya.

Rahib itu menjawab,
“Tidak ada pintu taubat untukmu.”

Lalu dia membunuh rahib tersebut.

Kemudian dia terus bertanya,
hingga keluar dari desanya
menuju desa yang lain
yang di dalamnya terdapat orang-orang soleh.

Namun ketika di tengah perjalanan,
ajal menjemputnya.
Dia pun meninggal dalam keadaan telungkup.

Lalu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab saling berebut,
setelah diukur jarak perjalanannya
ternyata dia lebih dekat sejengkal dengan desa yang baik,
maka dia pun digolongkan sebagai penghuni desa tersebut.”

(Hadith Muslim no. 4968)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2019 09:24 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Al Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Allah,

sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampun)
dan bertaubat kepada Allah

dalam satu (1) hari

lebih daripada tujuh puluh (70) kali."

(Hadith Bukhari no. 5832)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 09:08 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ahmad bin Isykab, daripada Muhammad bin Fudlail, daripada 'Umarah bin Alqa'qa',
daripada Abu Zur'ah, daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Ada dua (2) kalimat
yang disukai Ar Rahman,

ringan di lisan
dan berat di timbangan,

iaitu

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya)

dan

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
(Maha Suci Allah yang Maha Agung)

(Hadith Bukhari no. 7008)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 09:29 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Hatim Al Bashri (Rauh bin Aslam Al Bashri), daripada Hammad bin Salamah,
daripada Tsabit, daripada Abdurrahman bin Abu Laili, daripada Shuhaib,

Ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk,
tiba-tiba Rasulullah s.a.w. tertawa
seraya mengatakan,
"Tidakkah kalian tanyakan kepadaku
apa yang membuatku tertawa?"

Mereka bertanya,
“Apa yang membuat engkau tertawa?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Sungguh mengagumkan perkara orang mukmin
yang seluruhnya adalah baik baginya.

Jika ditimpa sesuatu yang disukai,
lalu dia memuji Allah kerananya,
maka hal itu adalah baik baginya.

Jika ditimpa sesuatu yang tidak disukai,
lalu dia bersabar,
maka itu pun baik baginya.

Tidak ada seorang pun
yang seluruh perkara baik baginya
kecuali orang mukmin."

(Hadith Darimi no. 2658)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.142809 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list