CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 5-2-2020 01:11 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 14-2-2020 05:57 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Marzuq, diceritakan oleh 'Ubaid bin Waqid,
diceritakan oleh Sa'id bin 'Athiyyah Al Laitsi, daripada Syahr bin Hausyab, daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang mudah
Allah mengabulkan doanya
ketika dalam keadaan sempit serta berduka,

maka hendaknya dia banyak berdoa
ketika dalam keadaan lapang (senang)."

(Hadith Tirmidzi no. 3304)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2020 09:18 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, daripada Malik, daripada Nafi’, daripada 'Abdullah bin 'Umar,

“Rasulullah s.a.w. menyebutkan
tentang sedekah
dan enggan untuk meminta-minta."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tangan di atas lebih baik
daripada tangan di bawah.

Tangan di atas
adalah orang yang berinfaq

dan tangan yang di bawah
adalah orang yang meminta-minta."

(Hadith Nasa'i no. 2486)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2020 01:18 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 11-2-2020 03:47 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya bin Bukair, diceritakan oleh Al Laits, diceritakan oleh Khalid bin Yazid,
daripada Sa'id bin Abi Hilal, daripada Zaid bin Aslam, daripada ayahnya (Aslam), daripada Umar bin Khattab,

Ada seorang lelaki
pada masa Nabi s.a.w.,
namanya Abdullah,
dia digelar keldai,
dia suka membuat Nabi s.a.w. tertawa,

dan Nabi s.a.w. telah menyebatnya
kerana dia mabuk.

Pada suatu hari,
dia ditangkap lagi
dan Nabi s.a.w. memerintahkan
agar dia disebat.

Lantas salah seorang sahabat berkata,
“Ya Allah,
laknatilah dia,
kerana dia sering ditangkap.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian melaknat dia,

demi Allah,
setahuku,
dia mencintai Allah
dan rasul-Nya."

(Hadith Bukhari no. 6282)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2020 09:39 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Sa'id bin Sulaiman, daripada Isma'il bin Ja'far, daripada Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind,
daripada ayahnya (Sa'id bin Abu Hind), daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa dikehendaki kebaikan
oleh Allah,

Dia akan memberikan
kefahaman agama
kepadanya."

(Hadith Darimi no. 2590)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2020 09:24 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Ar Rabi' Az Zahrani, diceritakan oleh Isma'il bin Ja'far, daripada Al 'Ala`,
daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Harta tidak akan berkurang
kerana sedekah,

dan tidaklah Allah menambahkan
bagi seorang hamba
kerana sikap memberi maaf
kecuali kemuliaan,

dan tidaklah seseorang merendahkan diri
kerana Allah
melainkan Allah mengangkat darjatnya.”

(Hadith Darimi no. 1614)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2020 10:11 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Qasim bin Zakariya, diceritakan oleh Khalid bin Makhlad,
diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Muzarrid,
daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi
pada setiap harinya,
kecuali ada dua malaikat yang turun.

Salah satunya memohon,
“Ya Allah,
berikanlah ganti
bagi dermawan
yang menyedekahkan hartanya.”

Dan satu lagi memohon,
“Ya Allah,
musnahkanlah harta
si bakhil."

(Hadith Muslim no. 1678)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2020 09:19 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Abdullah bin Yusuf, diceritakan oleh Malik,
daripada Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah,
diceritakan oleh Abu Murrah (bekas hamba 'Uqail bin Abu Thalib), daripada Abu Waqid Al Laitsi,

"Ketika Rasulullah s.a.w. berada di masjid,
maka datanglah tiga orang lelaki.

Dua orang berjumpa dengan Nabi s.a.w.
dan seorang lagi beredar.

Satu di antara dua orang ini
nampak bersemangat belajar
bersama Nabi s.a.w.,

sedang yang satu lagi
duduk di belakang mereka.

Setelah Rasulullah s.a.w. selesai (menyampaikan pengajaran),
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mahukah kalian
aku beritahu tentang ketiga-tiga orang tadi?

Ada pun seorang di antara mereka,
dia meminta perlindungan kepada Allah
maka Allah lindungi dia.

Yang kedua,
dia malu kepada Allah
maka Allah pun malu kepadanya.

Sedangkan yang ketiga
berpaling daripada Allah
maka Allah pun berpaling daripadanya.”

(Hadith Bukhari no. 454)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 09:48 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya, daripada Malik, daripada 'Amru bin Yahya Al Muzani,
daripada bapanya (Yahya Al Muzani),
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidak boleh membuat kemudaratan
pada diri sendiri

dan membuat kemudaratan
pada orang lain."

(Hadith Malik no. 1234)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2020 10:22 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh 'Abdurrazzaq, diceritakan oleh Ma'mar,
daripada Ja'far Al Jazari, daripada Yazid bin Al Asham, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya,

seandainya kamu sekalian tidak berbuat dosa sama sekali,
nescaya Allah akan memusnahkan kalian.

Setelah itu,
Allah akan menggantikan kalian
dengan umat yang pernah berbuat dosa.

Kemudian mereka akan memohon ampun kepada Allah
dan Allah pun pasti akan mengampuni mereka.”

(Hadith Muslim no. 4936)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 09:31 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Yusuf, daripada Sufyan, daripada Khalid Al Hadzdza`,
daripada Abu Qilabah, daripada Abu Al Asy'ats Ash Shan'ani, daripada Syaddad bin Aus,

“Aku hafal dua perkara
daripada Rasulullah s.a.w.,

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan
berbuat baik terhadap segala sesuatu,

apabila kalian membunuh,
maka bunuhlah dengan cara yang baik,

dan apabila kalian menyembelih,
maka sembelihlah dengan cara yang baik,
hendaknya salah seorang di antara kalian
menajamkan mata pisaunya,
dan hendaknya membuat haiwan sembelihannya
merasa tenang."

(Hadith Darimi no. 1888)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2020 09:59 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdul Aziz bin Abdullah Al Uwaisi, diceritakan oleh Sulaiman, daripada Yunus,
daripada Ibnu Syihab, daripada 'Urwah bin Az Zubair, daripada 'Aisyah r.a.

"Apabila Rasulullah s.a.w. hendak tidur,

Rasulullah s.a.w. akan meniupkan
ke telapak tangannya
sambil membaca Surah Al-Ikhlas
dan Mu'awwidzatain (Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq),

kemudian Rasulullah s.a.w. mengusapkan ke wajahnya
dan seluruh tubuhnya.

Ketika Rasulullah s.a.w. sakit,
Rasulullah s.a.w. menyuruhku
melakukan hal itu."

Yunus berkata,
“Aku melihat Ibnu Syihab apabila hendak tidur,
dia melakukan hal itu juga."

(Hadith Bukhari no. 5307)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2020 09:42 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 21-2-2020 09:43 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Katsir, daripada Makhlad bin Husain, daripada Hisyam,
daripada Ibnu Sirin, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Mimpi ada tiga (3), iaitu,

1) mimpi baik
yang merupakan khabar gembira daripada Allah,

2) mimpi menyedihkan
yang datangnya daripada syaitan,

3) dan mimpi yang terjadi kerana ilusi seseorang.

Apabila salah seorang daripada kalian bermimpi
sesuatu yang tidak dia sukai,

hendaknya dia tidak menceritakannya (kepada orang lain)

dan hendaknya dia berdiri lalu mengerjakan solat."

(Hadith Darimi no. 2050)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 10:05 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Hajjaj, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh Qatadah, diceritakan oleh Al Hasan,
diceritakan oleh Sa'ad bin 'Ubadah,

Sa'ad bin 'Ubadah berkata,
“Wahai Rasulullah!
Ibuku meninggal dunia,
bolehkah aku bersedekah untuknya?”

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Ya."

Dia bertanya,
“Sedekah apa yang paling utama?”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Memberi air minum."

Al Hasan berkata,
“Itulah air minum keluarga Sa'ad (bin 'Ubadah)
di Madinah.”

(Hadith Ahmad no. 21422)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 09:23 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh 'Abdul Wahid, diceritakan oleh 'Umarah banal Qa'qa',
diceritakan oleh Abu Zur'ah, diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.,

"Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
dan berkata,
"Wahai Rasulullah,
sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Kamu bersedekah
ketika kamu dalam keadaan sihat
dan kedekut,
takut menjadi miskin
dan berangan-angan jadi orang kaya.

Maka janganlah kamu menunda-nundanya (sedekah)
hingga tiba
ketika nyawamu
berada di halkummu.
Lalu kamu berkata,
“si fulan begini (punya ini)
dan si fulan begini.
Padahal harta itu (sememangnya) milik si fulan."

(Hadith Bukhari no. 1330)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2020 10:15 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar dan Sa'id bin Abdurrahman Al Makhzumi,
(kedua-duanya) diceritakan oleh Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Abu Salamah,
daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Hendaklah kalian selalu memakan
Habbatus Sauda` (jintan hitam),

kerana di dalamnya terdapat kesembuhan
bagi segala penyakit,

kecuali As-Sam.
Sedangkan As-Sam adalah kematian."

(Hadith Tirmidzi no. 1964)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..al quran i sllu baca tiap kli lps solat jika berpeluang..harap i dpt berubah sblm menemui Yang Maha Pencipta..
Hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2020 10:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Al Hasan bin Musa,
diceritakan oleh Hammad bin Salamah, daripada 'Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu 'Umar,

"Dahulu anak perempuan 'Umar
bernama 'Ashiyah (Derhaka).

Maka kemudian digantikan
oleh Rasulullah s.a.w.
dengan nama 'Jamilah' (Cantik)."

(Hadith Muslim no. 3988)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2020 10:23 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Rumh, diceritakan oleh Al Laits bin Sa'd, daripada Yahya bin Sa'id,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman bin 'Auf, daripada Abu Qatadah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Mimpi itu daripada Allah,

dan ihtilam (mimpi basah) itu daripada syaitan.

Maka jika seseorang daripada kalian
bermimpi sesuatu yang dibencinya,

hendaknya dia meludah ke sisi kirinya
tiga (3) kali,

dan berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan
(membaca ta'awudz) tiga (3) kali,

serta mengubah posisi badannya (posisi tidur)
ketika itu.”

(Hadith Ibnu Majah no. 3899)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2020 04:36 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Humaid bin Mas'adah, daripada Bisyr (Ibnul Mufadldlal), diceritakan oleh Syu'bah,
daripada Qatadah, daripada Anas,

“Rasulullah s.a.w. ingin menulis surat
kepada Maharaja Rom,

para sahabat lalu berkata,
"Mereka tidak mahu membaca surat
kecuali ada cop mohor di dalamnya."

Rasulullah s.a.w. kemudian mengambil cincin
daripada perak,

dan seakan aku melihat putihnya cincin tersebut
mengelilingi jari Rasulullah s.a.w.,

pada cincin tersebut tertulis
'Muhammad Rasulullah'."

(Hadith Nasa'i no. 5106)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 09:05 AM | Show all posts
boca120879 replied at 3-3-2020 10:04 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Bakr bin  ...



Salam...

Kalau ada matan Arabnya baik juga, sebab:

'Ashiyah (Derhaka)


Dalam tulisan rumi boleh mengelirukan. Kalau standard bahasa Indonesia 'sh' bunyi huruf Sod (ص), tapi dalam standard Bahasa Melayu Malaysia, biasanya sh bunyi huruf Shin (ش).

Melayu    : Solat = صلاة
Indonesia: Sholat = صلاة
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.492211 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list