Daripada Muhammad bin Rumh, daripada Al Laits bin Sa'd, daripada Yahya bin Sa'id,
daripada Muhammad bin Ibrahim At Taimi, daripada 'Alqamah bin Waqash,
daripada Umar bin Khatthab (ketika berkhutbah),
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya setiap amalan
sesuai dengan niat,
dan balasan bagi seseorang itu
sesuai dengan apa yang diniatkannya.
Maka barangsiapa hijrahnya (amalnya) untuk Allah dan Rasul-Nya
maka pahala hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,
dan barangsiapa hijrahnya (amalnya) untuk dunia
atau wanita yang akan dinikahinya,
maka balasan hijrahnya sesuai dengan tujuan hijrahnya tersebut."
(Hadith Ibnu Majah no. 4217)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Abu Nu'aim, daripada Zuhair, daripada Abu Ishaq, daripada 'Abdurrahman bin Aswad,
daripada bapanya (Aswad), daripada 'Abdullah,
"Nabi s.a.w. pergi ke tandas,
lalu Nabi s.a.w. memerintahkan 'Abdullah
membawakan tiga (3) biji batu.
'Abdullah hanya mendapatkan dua (2) batu,
lalu 'Abdullah mencari batu yang ketiga (ke-3),
namun tidak dapat
hingga 'Abdullah pun mengambil kotoran haiwan
yang sudah kering.
Kemudian semua itu,
'Abdullah bawa ke hadapan Nabi s.a.w.
Namun Nabi s.a.w. hanya mengambil dua (2) batu
dan membuang kotoran haiwan yang telah kering tersebut
seraya bersabda,
"Ini najis."
(Hadith Bukhari no. 152)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Muhammad bin Yusuf, daripada Al Auza'I, daripada Yahya bin Abu Katsir,
daripada 'Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya (Abu Qatadah),
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika salah seorang daripada kalian kencing
maka janganlah dia memegang kemaluannya
dengan tangan kanan,
jangan beristinjak
dengan tangan kanan
dan jangan bernafas dalam gelas
saat minum."
(Hadith Bukhari no. 150)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Adam, daripada Syu'bah, daripada Abdul 'Aziz bin Shuhaib, daripada Anas,
"Jika Nabi s.a.w. masuk ke dalam tandas,
maka Nabi s.a.w. berdo'a,
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
(Ya Allah aku berlindung kepada-Mu
daripada syaitan jantan
dan syaitan betina).”
(Hadith Bukhari no. 139)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada 'Ali bin 'Abdullah, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri,
daripada 'Atha' bin Yazid Al Laitsi, daripada Abu Ayyub Al Anshari,
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika kalian masuk ke dalam tempat buang air,
maka janganlah kalian menghadap ke arah Kiblat
dan jangan pula membelakanginya.
Tetapi menghadaplah ke timurnya
atau ke baratnya."
Abu Ayyub Al Anshari berkata,
"Ketika kami datang ke Syam,
kami dapati tempat buang air di rumah-rumah di sana
dibina menghadap Kiblat.
Maka kami alihkan
dan kami memohon ampun kepada Allah Ta'ala."
(Hadith Bukhari no. 380)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Muhammad bin Hazm, daripada Al A'masy,
daripada Mujahid, daripada Thawus, daripada Ibnu 'Abbas,
"Rasulullah s.a.w. lewat di dekat dua perkuburan,
lalu Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya kedua-duanya sedang diseksa,
dan kedua-duanya diseksa
bukan kerana dosa besar.
Yang satu diseksa
kerana tidak bersuci
setelah kencing,
sementara yang satunya
suka mengadu domba."
Kemudian Rasulullah mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah,
Rasulullah lalu membelahnya menjadi dua bahagian
kemudian memacakkannya
pada kubur-kubur tersebut.
Para sahabat pun bertanya,
"Wahai Rasulullah,
kenapa engkau melakukan ini?"
Rasulullah menjawab:
"Semoga seksa kedua-duanya diringankan
selama batang pohon ini basah."
(Hadith Bukhari no. 211)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Abu Marwan Muhammad bin 'Utsman Al 'Utsmani, daripada Abdul Aziz bin Abu Hazim, daripada Al 'Ala bin Abdurrahman, daripada ayahnya (Abdurrahman), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dunia ibarat
penjara
orang-orang mukmin
dan syurganya
orang-orang kafir."
(Hadith Ibnu Majah no. 4103)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Musaddad, daripada Abu 'Awanah, daripada Khalid bin 'Alqamah, daripada Abdi Khair,
Ali r.a. pernah menemui kami
sedangkan dia telah solat,
lalu dia meminta untuk didatangkan air suci,
maka kami katakan,
"Apa yang akan dia lakukan dengan air suci
sedangkan dia sudah solat?
Dia tidak berkehendak
kecuali untuk mengajari kami."
Lalu didatangkan bekas berisi air,
kemudian dia menuangkan air dari bekas tersebut pada tangan kanannya,
dia meratakan air pada kedua-dua tangannya tiga (3) kali,
lalu berkumur
dan beristinsyaq (menghirup air ke dalam hidung) tiga (3) kali,
dia berkumur dan beristinsyaq dari telapak tangan yang dia gunakan untuk mengambil air
(iaitu dengan tangan kanannya),
lalu dia meratakan air pada wajahnya tiga (3) kali,
kemudian meratakan air pada tangan kanannya tiga (3) kali
dan meratakan air pada tangan kirinya tiga (3) kali,
kemudian berkata,
"Barangsiapa yang ingin mengetahui wuduk Rasulullah s.a.w.,
maka ia adalah seperti ini."
Daripada Al Hasan bin Ali Al Hulwani, daripada Al Husain bin Ali Al Ju'fi, daripada Za`idah, daripada Khalid bin Alqamah Al Hamdani, daripada Abdi Khair,
Rasulullah s.a.w. bersabda pada waktu Subuh,
lalu masuk ke Rahbah,
kemudian Rasulullah s.a.w. meminta untuk didatangkan air,
lalu datanglah seorang pemuda dengan membawa bekas berisi air.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil bekas dengan tangan kanannya,
lalu menuangkan ke tangan kirinya
dan meratakan air pada kedua-dua telapak tangannya tiga (3) kali,
lalu beliau memasukkan tangan kanannya ke bekas,
kemudian berkumur tiga (3) kali,
lalu beristinsyaq tiga (3) kali."
(Kemudian Za`idah bin Qudamah menyebutkan hadith Abu Awanah yang baru sahaja disebutkan dan meneruskannya dengan mengatakan),
“Kemudian Rasulullah s.a.w. mengusap kepalanya,
bahagian depan
dan bahagian belakangnya satu (1) kali,”
(lalu dia menyebutkan hadith semisalnya).
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah,
daripada Malik bin Urfuthah, daripada Abdi Khair,
“Saya pernah melihat Ali r.a. didatangkan kerusi
lalu dia duduk di atasnya,
kemudian didatangkan gayung berisi air kepadanya,
lalu dia meratakan air pada kedua-dua tangannya tiga (3) kali,
kemudian berkumur
bersamaan dengan beristinsyaq
dengan air yang sama.”
(Lalu Syu'bah menyebutkan hadith ini).
Daripada Utsman bin Abi Syaibah, daripada Abu Nu'aim, daripada Rabi'ah Al Kinani,
daripada Al Minhal bin Amru, daripada Zir bin Hubaisy,
(Dia pernah mendengar Ali r.a. ditanya tentang wuduknya Rasulullah s.a.w.,
lalu dia pun menyebutkan hadith ini).
Zir bin Hubaisy berkata,
“dan dia mengusap kepalanya hingga air tidak menitis darinya,
lalu meratakan air pada kedua-dua kakinya tiga (3) kali, tiga (3) kali,
kemudian berkata,
“Demikianlah wuduk Rasulullah s.a.w.”
(Hadith Abu Daud no. 99)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Al Qasim bin Katsir, daripada Abdurrahman bin Syuraih,
daripada Sahl bin Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif,
daripada ayahnya (Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif), daripada datuknya (Sahl bin Hunaif),
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa memohon mati syahid
kepada Allah
dengan sungguh-sungguh
dari lubuk hatinya,
maka Allah akan mengangkatnya
sampai ke tingkatan para syuhada'
walaupun dia mati
di atas katil."
(Hadith Darimi no. 2300)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Abu Al Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri, daripada 'Atha' bin Yazid,
daripada Humran (mantan budak 'Uthman bin 'Affan),
“Dia melihat 'Uthman bin 'Affan minta
untuk diambilkan air wuduk.
Dia lalu menuang bekas air itu pada kedua tangannya,
lalu dia meratakan air pada kedua-dua tangannya tersebut hingga tiga (3) kali.
Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air wuduknya,
kemudian berkumur,
memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya.
Kemudian meratakan air pada mukanya tiga (3) kali,
meratakan air pada kedua-dua (2) lengannya
hingga siku tiga (3) kali,
mengusap kepalanya
lalu meratakan air pada setiap kakinya tiga (3) kali.
Setelah itu dia berkata,
"Aku telah melihat Nabi s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini,
Nabi s.a.w. lalu bersabda,
"Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini,
kemudian dia solat dua rakaat
dan tidak berbicara antara keduanya,
maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadith Bukhari no. 159)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada 'Amru bin Yahya Al Mazini, daripada bapanya Yahya Al Mazini,
Ada seorang lelaki berkata kepada 'Abdullah bin Zaid (datuk 'Amru bin Yahya)
"Bolehkah engkau perlihatkan kepadaku
bagaimana Rasulullah s.a.w. berwuduk?"
'Abdullah bin Zaid lalu menjawab,
"Tentu."
'Abdullah bin Zaid lalu minta diambilkan air wuduk,
lalu dia menuangkan air
pada kedua-dua tangannya
dan meratakan air padanya dua kali,
lalu berkumur
dan mengeluarkan air dari dalam hidung,
kemudian meratakan air pada mukanya tiga kali,
kemudian meratakan air pada kedua-dua tangan dua kali, dua kali, sampai ke siku,
kemudian mengusap kepalanya dengan tangan,
dimulai dari bahagian depan
dan menariknya hingga sampai pada bahagian tengkuk,
lalu menariknya kembali ke tempat (depan) semula.
Setelah itu meratakan air pada kedua-dua kakinya."
(Hadith Bukhari no. 179)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Musaddad, daripada Abu 'Awanah, daripada Musa bin Abu Aisyah,
daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada bapanya, daripada datuknya,
Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata,
"Ya Rasulullah, bagaimanakah cara bersuci?
Maka Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk didatangkan air di dalam bekas,
lalu Rasulullah s.a.w. meratakan air pada telapak tangannya tiga (3) kali,
kemudian meratakan air pada wajahnya tiga (3) kali,
kemudian meratakan air pada kedua-dua lengannya tiga (3) kali,
kemudian mengusap kepalanya
lalu memasukkan kedua-dua jari telunjuknya pada kedua telinganya,
dan mengusap bahagian luar kedua-dua telinga
dengan kedua-dua ibu jari
dan bahagian dalam kedua-dua telinga
dengan kedua-dua jari telunjuknya,
kemudian meratakan air pada kedua-dua kakinya tiga (3) kali, tiga (3) kali,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Beginilah cara berwuduk,
barangsiapa yang menambah
atau mengurangi daripada keterangan ini,
maka dia telah berbuat keburukan dan kezaliman."
(Hadith Abu Daud no. 116)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Yahya bin Bukair, daripada Al Laits, daripada Khalid, daripada Sa'id bin Abu Hilal, daripada Nu'aim bin Al Mujmir, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat
dengan wajah berseri-seri
kerana sisa air wuduk,
barangsiapa di antara kalian
boleh memperpanjang cahayanya
hendaklah dia lakukan."
(Hadith Bukhari no. 133)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
dan mudahkanlah untukku urusanku,
(Surah Taha 20:26)
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku,
(Surah Taha 20:27)
يَفْقَهُوا قَوْلِي
supaya mereka mengerti perkataanku,
(Surah Taha 20:28)
Doa Nabi Musa mohon dipermudahkan urusan
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
Ya Tuhanku!
Ampunilah aku,
ibu bapaku,
orang yang masuk ke rumahku dengan beriman
dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan.
وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا
Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu
selain kebinasaan.
(Surah Nuh 71:28)
Doa Nabi Nuh mohon keampunan untuk diri sendiri, seluruh umat Islam & kebinasaan untuk orang zalim
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ
Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus),
ketika dia pergi dalam keadaan marah,
lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya),
maka dia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap,
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.
Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Anbiya 21:87)
Doa Nabi Yunus ketika ditimpa musibah
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)