CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14058|Reply: 34

Busana Pengantin BUGIS Menjadi Pilihan Orang Bugis di MALAYSIA

  [Copy link]
Post time 27-1-2019 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 08:01 AM

oleh
Lucia Terey John - Utusan Borneo

2019-01-18T01:00:01+08:00

Baju Bodo, mungkin namanya agak ganjil namun pakaian tradisional Bugis itu, kini semakin mendapat tempat di hati kalangan bakal pengantin yang inginkan kelainan.
Pereka fesyen, Khairul Fadzly Jamal, 37, banyak menerima tempahan Baju Bodo sejak mula mengetengahkan pakaian itu pada satu pameran pakaian pengantin setahun lalu.

“Baju Bodo adalah pakaian bagi pengantin perempuan, manakala pengantin lelaki pula memakai Jas Tutu, yang merupakan pakaian adat bagi lelaki Bugis.

“Saya berketurunan Bugis, semestinya bangga dengan warisan nenek moyang berkaitan adat dan pakaian tradisional. Baju Bodo adalah antara busana pengantin yang disediakan ibu (arwah) ketika mengandam pengantin,” kata pemilik butik Senorita Wedding Planner di Pekan Nanas.




Meminati pakaian tradisional Bugis sejak usia 6 tahun kerana sering mengikut ibunya mengandam pengantin, beliau memberitahu bahawa Baju Bodo adalah antara pencetus semangatnya untuk membuka butik dan ‘menyambung’ legasi perniagaan arwah ibunya.

Warna melambangkan si pemakai
Mesra dengan panggilan ‘Didie’, anak jati Kampung Pak Musa, Pekan Nanas itu memberitahu idea membuka butik lahir ketika beliau masih bertugas sebagai eksekutif akaun di sebuah agensi kerajaan pada penghujung 2008.

“Sebenarnya, nama keluarga saya memang tidak asing dalam kalangan penduduk kampung kerana ibu dan nenek memiliki butik pakaian perkahwinan tradisional iaitu Andaman Ani yang beroperasi di rumah kami.

“Tapi butik itu terpaksa tamatkan operasi sekitar 2007 selepas berlaku kebakaran. Banyak koleksi pakaian terbakar,” katanya ketika ditemu bual Bernama.


Menjelaskan lanjut mengenai Baju Bodo, Khairul Fadzly berkata, pakaian itu berbentuk segi 4 tanpa lengan yang kadangkala dihias manik dan renda serta dipadankan dengan lipa sabbe/lipa garusuk (kain sarung).

Jas Tutu pula adalah baju berlengan panjang yang mempunyai kancing bersadur emas atau perak pada bahagian leher, juga dipakai dengan kain sarung.

Menurut beliau, ramai yang beranggapan busana itu mudah dihasilkan kerana rekaannya yang nampak ringkas namun sebenarnya tidak semudah yang disangkakan.

“Kain yang sesuai diperlukan untuk menjahit pakaian ini agar pengantin selesa memakainya, malah, pilihan warna juga penting kerana mengikut adat Bugis, warna tertentu melambangkan peringkat umur atau status si pemakai.

“Contohnya, warna hijau hanya dipakai oleh wanita bangsawan sementara warna ungu untuk golongan janda,” jelas beliau sambil menambah bahawa warna-warna lain termasuk kuning jingga, jingga, merah dan putih untuk umur atau golongan tertentu.

Perhiasan tampil ciri kemewahan
Berdasarkan sejarah, kata Khairul Fadzly, masyarakat Bugis Sulawesi yang terawal menggunakan kain muslin (tenunan daripada kapas dan benang), kain kasa atau sutera yang kebanyakannya diperolehi dari Makasar untuk menjahit kedua-dua pakaian itu.

“Disebabkan ada antara kain itu kini sukar diperolehi, saya menggunakan kain organza dan kain sutera Thai yang mudah didapati di Batam, Indonesia atau Thailand,” katanya lalu menambah bahawa 2 hingga 3 bulan diperlukan untuk menyiapkan setiap pasang busana itu.



Pada majlis perkahwinan, Baju Bodo dan Jas Tutu hendaklah dipakai dengan sempurna dan digandingkan dengan pelbagai aksesori berwarna emas atau perak, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Tanpa perhiasan sesuai, seri pengantin dikatakan menjadi malap kerana tidak tampil mewah sepertimana adat perkahwinan masyarakat Bugis pada zaman dahulu.

“Masyarakat Bugis sinonim dengan ciri-ciri kemewahan. Jadi, pengantin perempuan seboleh-bolehnya mengenakan aksesori seperti mahkota yang dikenali sebagai saloko, sanggul atau pinang goyang, anting-anting panjang atau bangkarak, gelang tangan dan rantai besar atau geno ma bule,” jelas Khairul Fadzly.

Selain itu, dahi pengantin perempuan perlu dilukis dengan corak seakan-akan kelopak bunga teratai iaitu paes dadas.

Pengantin lelaki pula perlu memakai perhiasan seperti keris, tali pinggang, penutup kepala atau passapu, gelang, selempang atau rante sembang atau rantekote.

Pengaruh media sosial
“Alhamdulillah, sekarang bukan sahaja pasangan pengantin malah orang ramai juga menyewa busana pengantin sama ada tradisional atau moden untuk ke majlis-majlis tertentu. Butik kini semakin mendapat sambutan, tidak seperti waktu mula beroperasi.

“Dulu, pernah butik saya langsung tidak dikunjungi seorang pelanggan pun untuk kira-kira dua bulan. Tetapi saya tak mudah putus asa,” katanya yang membuka butik itu pada pertengahan 2009.

Khairul Fadzly berterusan mempromosikan butiknya ke kawasan sekitar. Rakan-rakannya banyak memberi semangat dan cadangan agar mempromosi butik itu melalui media sosial.

“Sejujurnya saya tidak begitu arif menggunakan media sosial tapi kawan-kawan cakap saluran itu yang paling berkesan untuk sampaikan maklumat kepada orang ramai,” tambah beliau yang akhirnya membuka akaun butik Senorita di Facebook.

Keberaniannya untuk menyertai beberapa pameran di peringkat daerah dan negeri turut membantu menaikkan populariti butiknya.

“Saya paling puas hati ketika Baju Bodo dan Jas Tutu memenangi kategori Best Dress dan Best Accessories ketika menyertai Pameran Gala Seri Pesona Pengantin di Pusat Beli-belah Angsana, Johor Bahru pada Januari tahun lepas.

“tu adalah hasil tunjuk ajar ibu dan nenek sejak saya kecil. Saya berbangga busana itu mendapat perhatian juri,” tambah beliau.

Kaji warisan Bugis
Khairul berhasrat memperkenalkan dan memartabatkan pelbagai busana warisan Bugis dan pakaian tradisional lain termasuk masyarakat Johor Riau dan Pahang Riau.

Beliau yang berpendapat pengetahuan asas yang diperolehi sejak kecil masih belum mencukupi, ingin mengkaji dan mendalami latar belakang pelbagai busana tradisional agar dapat berkongsi pengetahuan dengan orang ramai terutamanya kalangan generasi muda keturunan Bugis.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Persatuan Bugis Negeri Johor Abdul Hadi Ambok Instang, 48, memuji Khairul Fazly yang sentiasa berusaha mempelajari selok-belok seni warisan masyarakat Bugis.

“Kami sentiasa menggalakkan anak-anak mengenakan pakaian warisan untuk majlis berinai atau bersanding sebagai usaha menghidupkan warisan agar tidak ditelan kemodenan,” tambah beliau.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Warna diraja, bangsawan orang Bugis adalah warna Hijau bukan Kuning seperti Melayu.

Maka, Pengantin Bugis pada zaman dahulu akan mengenakan pakaian pengantin berwarna Hijau....ada sesetengah orang masih kekal tradisi pakaian pengantin mesti berwarna Hijau (kemewahan, elegen )

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 06:21 AM

Pakaian Warna Kuning, Jingga dan Merah Muda kebiasaan dipakai oleh Anak Dara yang Membawa Bosara dalam majlis tertentu seperti Melamar dan Naik Belanja / Nikah.

Bosara adalah bekas makanan orang Bugis yang didalamnya terdapat kuih2 tradisi orang Bugis yg mempunyai maksud2 tertentu.

Bosara



Pembawa Bosara berpakaian kuning, Merah, Jingga dengan corak kain sarung Balo Renni (corak kotak2 kecil)...kebiasannya dibawa oleh anak dara.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Assuming u tulis sdri artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I will let the aricle here first.
Nanti i move ke history
Very nice & informatif thread.
Thank u

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 08:00 AM
noraidil_06 replied at 27-1-2019 07:55 AM
Assuming u tulis sdri artikel ni


artikel ni dari Utusan Borneo lah.

post 1 dan 2 tu tulisan saya utk eksplen warna diraja bugis dan warna pembawa Bosara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Org bugis lepastu mengaku bumiputera. Najib pakai apa time kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 10:13 AM | Show all posts
dalam ic tulis melayu ka bugis bang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 27-1-2019 10:09 AM
Org bugis lepastu mengaku bumiputera. Najib pakai apa time kawen?

Bugis memang Bumiputera.

Siap jadi Sultan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 10:22 AM
ChildrenOfBodom replied at 27-1-2019 10:13 AM
dalam ic tulis melayu ka bugis bang?


IC tulis agama je.

Melayu tu just nak tolong Melayu Jati tambah populasi je...tapi hauk jugak Melayu Jati

Btw tu hak kami utk lestarikan budaya leluhur kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ni ha Sultan Bugis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
i simpan baju kahwin my parent serta accessories sekali ...... budaya melayu kedah i tidak pasti tapi kain songket tenun buatan tangan hingga ke kasut .... handmade accessories dari subang hingga ke gelang kaki.....barang perhaisan /kemas bukan seperti design sekarang ..... i suka gelang kaki seperti penari makyong .... baju tidak padan dengan i ..my mum waist size 22 i size 24 ....mampu simpan quality masih elok..... serta i simpan 7 beradik dulang cooper hantaran ...set letak sirih dan juga set bakar kemyan .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 27-1-2019 10:49 AM
i simpan baju kahwin my parent serta accessories sekali ...... budaya melayu kedah i tidak pasti tap ...

sewa kan lah sis....kalau sayang sangat display kat rumah...boleh tengok.

pada saya perkahwinan tradisional ni perlu diteruskan tanpa pemodenan...dr situ kita dapat lihat jati diri bangsa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rmi je bugis sini, ayah ak dr area kuala selangor, tp ni pandangan ak la,  ak rs org jawa mmg rajin sikit dr org bugis. klu pelakon yg keturunan bugis, rs nye maria menado.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 04:30 PM
sambaldurian replied at 27-1-2019 03:43 PM
Rmi je bugis sini, ayah ak dr area kuala selangor, tp ni pandangan ak la,  ak rs org jawa mmg rajin  ...


bukan semua, orang Bugis kat Sabak Bernam ni ramai berjaya..kalau kurang berjaya tu mesti ada kaitan ngan dadah dan arak...aku rasa Bugis kat Selangor ni jadi camtu sebab dah hilang jati diri...sebab jadi Melayu (semacam sumpahan)

kalau diorg kaji nenek moyang diorg, kita bangsa hebat, bangsa industri dan pedagang....di negeri asal Bugis Selangor iaitu Wajo terkenal sebagai pusat penghasilan tekstil dan sutera,  Luwuk pulak pusat penghasilan logam senjata nikel dan barangan emas. (orang Melayu sendiri panggil besi nikel itu sebagai Besi Luwuk)

tu belum kita tengok daerah makassar, mandar dan bone...masing2 ada industri sendiri...sampaikan Tenun Pahang pon di bawa dr ilmu pengetahuan orang Makassar.

so orang Bugis nak hebat kena bangga dengan kehebatan bangsa kita semenjak dulu kala. Jangan lupa jati diri dan budaya Bugis...sebab tu nenek moyang Bugis tulis Lontara dan Sureq..  supaya kita tak hilang ilmu pengetahuan dan budaya.

[youtube]ZrrQqBaOoi4[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah jika keturunan Bugis, Jawa, banjar, Rasa, Minangkabau, Mandailing etc kembali ke jati dirinya yang lebih Agong dan berjaya...Hingga kini...saya masih terus bertanya. Mengapa mereka semua mahu direndahkan sebagai bangsa melayu hanya demi menyokong elite-elite Melayu yang rasis untuk berkuasa dan menipu mereka hampir lebih 60 tahun....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2019 06:37 PM | Show all posts
Orang Bugis ni asal Sulawesi (ingat Palu ingat Sulawesi).
Orang Toraja (kaum asli) pun asal Sulawesi. Kaum yang bergembira bila ada kematian dalam kalangan keluarga.
Orang Bugis dan Toraja ni mesti ada kena mengena kan.........sekurang2nya susur galur dan darah keturunan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa plak ye. Kalau wedding bugis dedolu, dengan baju Bodo ni ya ampun, tobat. Dengan mekap sekati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 27-1-2019 06:37 PM
Orang Bugis ni asal Sulawesi (ingat Palu ingat Sulawesi).
Orang Toraja (kaum asli) pun asal Sulawe ...

Toraja bab mengurus jenazah agak angker ya. Letak kat bukit jah, nanti boleh plak mayat tu dihidupkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 27-1-2019 07:50 PM
batu kikir replied at 27-1-2019 06:37 PM
Orang Bugis ni asal Sulawesi (ingat Palu ingat Sulawesi).
Orang Toraja (kaum asli) pun asal Sulawe ...


Toraja ni memang secara genetik sama dengan Bugis...bahasa yangbdigunakan dalam Naskah Epik La Galigo tu hampir pada bahasa Tae' iitu satu dari Rumpun Bahasa Toraja.

maksudnya orang Bugis ni asal nya memang dari Toraja dan berkahwin  dengan orang luar yg dtg ke Sulawesi Selatan.

Palu tu ramai Suku Kaili dan Suku Poso...suku Poso ni ramai Kristian...Bugis yg dtg ke Palu mmang selalu gaduh dengan suku2 agama Kristian cam suku Poso tu..btw pantai Donggala Palu cantik...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.111968 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list