Gambar dari Facebook Najib Razak
Dato' Seri Najib Razak melalui hantaran status facebooknya menyindir wartawan TVAlhijrah yang telah menghinanya dengan perkataan biadap sebagai seorang yang lupa diri.
Menurut Najib wartawan itu mungkin sudah lupa bahawa beliau yang melancarkan TVAlhijrah.
"Masa menulis itu fikirlah balik. Tanpa Najib, ada peluang untuk bekerja di sana atau tidak?" sindir Najib.
Najib juga kecewa TVAlhijrah yang dilancarkannya dulu sebagai saluran sumber ilmu agama kini telah disalahguna sebagai medium menyampaikan propaganda politik untuk menyerang beliau.
"Makin lama makin pelik agensi Kerajaan PH. Hari ini, TVAlhijrah pula disalahgunakan untuk propaganda politik dan menyerang saya. Saluran ini adalah sebagai sumber ilmu agama Islam.
Foto: FB Najib Razak
"atutkah TV Al-Hijrah yang berasaskan agama dan dibiayai oleh wang rakyat digunakan untuk mengeluarkan perkataan-perkataan macam ini seperti yang saya lampirkan? Mungkin sudah lupa juga sayalah yang lancarkan Al-Hijrah," ujarnya lagi.
Rabu lalu TVAlhijrah telah menaikkan hantaran perkongsian sebuah artikel yang diterbitkan dari portal berita TVAlhijrah di facebook rasminya. Status hantaran perkongsian tersebut yang berbaur sinis telah mengundang kecaman netizen. Status itu kemudian disunting semula beberapa kali, sebelum ianya di padam.
Status itu sebenarnya diambil daripada petikan artikel yang ditulis oleh wartawan TVAlhijrah. Artikel itu mengulas berkenaan Najib Razak yang kini aktif di media sosial sehingga digelar sebagai Raja Troll. Beberapa perkataan yang tidak sesuai di dalam artikel itu menjadi punca kemarahan netizen. - CARI |