CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36431|Reply: 340

kena kat hang laaaa Suhaimi oooiii --> Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini

  [Copy link]
Post time 28-1-2019 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad menjelaskan dia punyai alasan tersendiri memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Kata Suhaimi, mengambil iktibar daripada kisah hidupnya sendiri, perkongsian itu bukan atas tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan mana-mana pihak.
“Bukan berniat untuk mengecam,memburuk burukkan atau menghasut orang lain. Sekadar berkongsi cerita dan rasa dengan harapan tidak timbul lagi persoalan dan spekulasi,” tulisnya menerusi Facebook peribadinya baru-baru ini.
Dalam entri sama, Suhaimi memberikan tujuh sebab konkrit punca dia tidak menghantar anak-anaknya bersekolah.

1. Sistem Pendidikan
“Sejujurnya, saya tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf).
“Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.
“Saya juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak saya memahami dan mengamalkan Islam dengan baik,” katanya.

2. Tanggungjawab
“Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan guru,bukan sekolah. Sekolah itu platform, guru hanya pembantu,” ujar Suhaimi.

3. Kos
“Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, saya tidak fikir saya perlu buang duit untuk tol, minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. Saya pun bukan orang kaya.
“So di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti, di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real,” tambahnya.

4. Masa
“Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya, menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. Saya tidak suka situasi itu, saya pilih untuk mengelak.
“Tapi kalau tidak ada pilihan, anggaplah itu sebagai pengorbanan. Kita sama sama berkorban,” jelasnya.

5. Kasih Sayang
“Inilah part yang paling touching. Saya percaya bahawa saya akan mati.
“Apa pun kata orang, demi Allah saya juga sayang pada isteri dan anak-anak saya. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup,” katanya yang kini menetap di Kelantan.

6. Cara Kerja
“So cara kerja penyanyi ni, tak sama macam cikgu, macam kerja kilang atau kerja pejabat.
“Waktu kerja pun tak menentu, cuti pun tak tentu.
“Kadang kadang out station 3 hari, 5 hari. So saya pilih untuk teruskan kerja ni sebab saya percaya, inilah rezeki dan minat saya.
“Kerja ni tak memudahkan untuk saya hantar dan ambil anak di sekolah.
“Saya lebih faham keluarga dan kerja saya so tak perlu susun aturkan. Terima kasih,” tambah Suhaimi.

7. Hadis Akhir Zaman
“Saya pilih untuk ‘ikat’ anak-anak dan isteri di rumah.
“Semoga Allah selamatkan kami daripada tipudaya Dajjal.
“Setelah usaha ini, saya serahkan seluruh hidup dan mati saya dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.
“Pada hemat saya, kalian tidak mampu buat sepertimana yang saya buat.
“Tapi sebagai muslim, doakanlah yang baik baik, usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha,” simpulnya.
Suhami yang mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim telah dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Antara komen netizen –
Nur Diyana Azmi –Kesian anak2 ye..nak zuhud pun biar kena cara..nk syg anak sampai abaikan pendidikan xbg kuar rumah..jgn pelik sampai satu masa bila anak dh besar anak trdedah dgn dunia luar jadi jakun trlalu eksited sampai memakan diri..oh satu lg..die ni antivax kan? Bagus la x pegi skolah..x menyusahkan anak org lain..

Huslianie Yanie –Mufti pun hantar anak pi sekolah, bagi anak2 berkawan.. Dia ni aliran apa ntah.. Sekolah tak bagi, vaksin tak bagi, menyanyi boleh pulak..

Mohd Hafizi –Dunia akhirat kenala seimbang… memang susah nk cri sistem pendidikn yg betul2 telus tapi harus diingat, satu masa nti, ank akan kena berdikari juga, time tu, lagi byk cabaran akan dihadapi.. pemikiran terlampau sempit pdhl dulu die pn blaja smpi uia.. nk jadi apa ank2 tu.

Sumber: FB Suhaimi Saad via Gempak



Sebelum Ini ,Suhaimi Saad ‘Haramkan’ Isteri Dan Anak-Anak Gemuk
Keadaan itu tidak disenangi pengikutnya kerana dia seolah-olah mengabaikan keselamatannya sendiri.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Ketuhanan ini ada menyatakan yang dia sudah pun membaca doa dan mohon Tuhan melindunginya.
Tambahnya, apa yang tidak baik jangan cuba diikuti oleh orang di luar sana.
Mana tidaknya, sentiasa mengemaskini perkara yang baik-baik melalui akaun media sosial.
Sementara itu, perkembangan lain, ahli keluarga Suhaimi juga diharamkan untuk gemuk.

Baca status Facebooknya:GEMUK ITU HARAM?
Takde Iah larangan Itu hanya berlaku dalam keluarga ss sahaja.
Beberapa tahun Iepas, ss secara Jelas pernah menyatakan dengan tegas temadap isteri dan anak anak bahawa setiap ahli keluarga ss ‘dlharamkan’ daripada gemuk.
Dalam status bertajuk “Gemuk itu Tidak Sunnah” itu ss sekali Iagi dikecam oleh beberapa netizen yang tidak bersetuju (ada ku kesah ) Mungkin mereka pun tak berapa kurus.
Kalau pengharaman Itu hanya berkuatkuasa ke atas anak isteri ss saja, kenapa orang lain perlu menggelabah,kan?macam bab vaksin coca cola Juga, orang Iain boleh je silakan tak ada halangan.
Selain solat,akhlak dan Al Quran ss juga selalu berpesan kepada ahli keluar agar mereka turut menjaga kebersihan, kesihatan, gaya hidup sihat dan pola pemakanan supaya sentiasa kekal sihat dan ‘afiat.
Sebab Kalau mereka sakit ss juga yang susah orang Iain belum tentu akan membantu.
Walau bagaimana pun,ss akui sakit dan dugaan pasti akan menjengah sebagai Jalan Jalan penghapusan dosa dan cara Allah menjanarkan Kasih sayang kepada hamba hambaNya.

Kenapa sampai perlu ‘haramkan’?
Ya, Itu suatu Istilah yang tepat supaya mereka melihat dan mengambil perhatian serius terhadap saranan tersebut.
Apabila kita membiarkan diri kita gemuk,kita akan mudah terdedah kepada pelbagal penyakit sikap malas dan lemah.
Pandangan dan kata Kata orang pun akan membuat kita merasa terhina dan rendah diri.
Tidak seperti kecacatan,kegemukan boleh diatasi dan dielakkan. Maka penting ia dikawal dan dijaga sedari awal.
Malah Kecacatan anggota sekalipun sebahagiannya bolen dirawat dan dipulihkan.
Walau bagaimana pun,
Pengharaman Itu tidaklah sekali kali berniat untuk menghina atau memperkecilkan orang lain yang berbadan besar sekadar suatu perkongsian.
Sebagal muslim,kita perlu selalu sihat, afiat dan Kuat untuk beribadah.

Sihat saja tak cukup.
Ramal orang kelihatan sihat dan berbadan sasa Mereka mampu mengangkat besi yang beratnya 40 -80 kg. tapi sebahagiannya tidak mampu pun untuk mengangkat takbir di masjid.
Ini sesuai dengan hadis nabi yang berbunyi “orang beriman yang kuat itu Iebih dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang Iemah”.
Rasulullah itu seorang manusia yang elok bukan saja pada akhlak tapi rupa paras bersih rapi dan kemas baginda tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah tidak terlalu kurus, tidak pula gemuk perut baginda lebih rendah berbanding dada baginda. Ini pun harus kita contohi setakat yang mampu.
Seorang Ielaki soleh pernah menangis apabila dla diwawancara oleh seorang wartawan
Katanya meskipun dia telah banyak belajar dan mengamalkan cara hidup nabi tetapi dia kesal kerana belum mampu menurunkan berat badannya.
“Saya akan terus berusaha menurunkan berat badan kerana saya sedar bahawa Kegemukan itu tidak sunnah.
Wallanu a’lam.
Apa pun, setiap ketua keluarga mempunyai cara masing-masing dalam mendidik isteri dan anak-anak.
Didoakan agar Suhaimi Saad dan isteri sentiasa berbahagia sampai ke syurga.


Kredit mosus

                                                                                       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 11:11 AM | Show all posts

mari lehat lg 10 tahun apa jd kat anak2 remaja dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangangnye.. Semua alasan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:21 AM | Show all posts
dia kisah apa wpun gomen kuatkuasakan undang2 sekolah utk anak....nak berjaya dlm idop x perlukan sijil kataannyaaaa...

eehhh biaq pi la anak dia x sekolah...anak dia bukan anak kita..esok klu jadi masalah nanti kita anjiirrkan dia lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:24 AM | Show all posts
ko hidup ni boleh ka ko kata anak-anak semua ok..
tunggu ko mampus esok baru la hidup anak-anak ko jadi meraban..
nak kerja takde pendidikan..
nak jadi artis tak ada rupa dan bakat..
apa pun ingatkan dia dah berambus dah dari kelantan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:24 AM | Show all posts
lantak pi lah hang sohai... ko nak jadi bangang bior ko sorang je bangang... napa nak heret anak ko sekali... padahal ko pemalas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati kat family dia je la
So mari kita tunggu dan lihat perkembangannya nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ulasan kpd alasan beliau.
1. Knp x hantar ke sekolah tahfiz...disana lg boleh mengamalkan islam dgn baik dan berguru tanpa sesat.
2. Mmg mmdidik tggungjwb ibu bapa, tp anak2 juga perlu belajar perkara lain dgn org yg bertauliah.
3. Membazir beli buku bagai...bukan ke buku tu ilmu jgk...membazir ke bilik hotel xpe plk..
4. Bus sekolab kan ada..bukan awak yg kna menunggu pn. Kalo anak hntr thfiz berasrama, apa yg kna menunggu nye. Kalo balik pun sebulan sekali.
5. Alahai..selfish nya...mcm la brrpisah bertahun2.
6. Brp lama je pun outstesen tu, kalo seminggu angkut je la anak tu, dh hbis outstesen, sekolah la balik. Aku rs ramai je mak pak buat mcm ni..
7. Apa kena mengena sekolah dgn dajal? Tp aku lbh syak dia ni takut anak terikut2 dgn kawan2..takut anak memberontak...aku pnh dgr anak2 ni suh dia amalkan ayat 10 pertama surah kahfi, dia xkan mudah terpengaruh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 11:26 AM | Show all posts
Edited by jo_je at 28-1-2019 11:28 AM

ina naim semakin sweet cantik.. ayu jer wajah dia..

anak2 dia pun comel pandai mengaji.
tapi ayah dia ... semoga anak2 dia berjaya kelak..


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulan yg boleh dibuat dia ni pemalas, kedekut dgn family sendiri. Apa yg pntg diri sendiri mst diutamakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgs la tak hantar anak skola,anak ko tu virus bergerak, x vaksin kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:31 AM | Show all posts
Wash mesti sohai gembira .. benang dia banyak di forum artis paling popular dan banggang abad ini. Kau tahu tak sohai oii 'MENUNTUT ILMU ITU SUNNAH DALAM AGAMA' baru islam boleh maju, tawan duni macam ibnu sinar, al khawarizmi
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni nampak tweet pagi ni. Sapa2 blh tepek iols guna hp sampai sekarang tak berjaya tepek pic

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan. Petikan: Utusan

Utusan : https://t.co/abTyOwRxEQ?amp=1

https://twitter.com/padueducation/status/1089704734641012744?s=21
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai anak sohai bewak ni? RM5k denda x 5 anak = RM25k. Padan muka. Nak jimat kos tak hantar anak sekolah biar kau kena denda 25k terus tengok apa lagi kau nak cakap. Patut tak  vaksin pun kena denda sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tak hantar anak-anak ke sekolah tp hantar anak2 p menyanyi carik duit boleh pula, yihhh


sembang lebat
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 28-1-2019 11:33 AM
Ni nampak tweet pagi ni. Sapa2 blh tepek iols guna hp sampai sekarang tak berjaya tepek pic

Timba ...

habislah sohaina, jenuh nak spin alasan apa pulak lepasni, adalah tu nanti up status kt fb sambil sulam ayat agama dan followers bengap pun hangguk2 sokong siap nak hantar berguru dgn ustaz ss, kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 11:43 AM | Show all posts
armin replied at 28-1-2019 11:33 AM
Ni nampak tweet pagi ni. Sapa2 blh tepek iols guna hp sampai sekarang tak berjaya tepek pic

Timba ...

tolonglah penjarakan dia ni. menganiaya anak isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:45 AM | Show all posts
naper tak sambung jer cerita sohai ni kat benang yg ada?
pemes sgt ke sohai sampai ramai yg berebut bukak benang pasal dia?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 28-1-2019 11:50 AM

Bkn ke.. ibu bapa yg x sekolahkan anak4 boleh dipenjara or denda
5000 or 6 bln penjara or kedua duanya
Pulissssss... ini org x sekolahkan anakk

Eh.. tak vaksin.. bahaya kat budak2 lain

Ina munger.. apa dah jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 11:48 AM | Show all posts
emma.giggs replied at 28-1-2019 03:25 AM
Ulasan kpd alasan beliau.
1. Knp x hantar ke sekolah tahfiz...disana lg boleh mengamalkan islam dgn ...

I kesian kat anak2 dia ja .. tak dapat hak mcm budak2 lain kat Mesia nie !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099251 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list