CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14485|Reply: 47

10 Sinetron Indonesia Paling Diminati Penonton Malaysia Suatu Ketika Dulu

  [Copy link]
Post time 28-1-2019 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Suatu ketika dulu, sinetron cukup menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yang sanggup setia bersama ratus episod dengan jalan cerita penuh drama. Sebelum fenomena K-drama, sinetron memang menghiburkan waktu petang rakyat Malaysia.


Untuk itu, jom imbau kenangan bersama 10 sinetron yang pernah popular di Malaysia.




Bawang Putih Bawang Merah



Kredit Foto : www.imdb.com


Sinetron ini pernah menambat hati penonton Malaysia.  Kisah persis cerita dongeng ini mengisahkan Alya(Bawang Putih) yang sering dianiaya dan di dera oleh ibu tiri dan kakak tirinya  Siska (Bawang Merah).


Walaupun begitu, Alya tidak bersendirian. Dia sering ditemani "ibu peri" Putri Cahaya yang sering membantunya saat berada dalam kesulitan dan juga memberi kata-kata semangat kepadanya.







Malin Kundang




Kredit Foto : Youtube



Malin Kundang kisah lagenda seorang anak derhaka yang di sumpah ibunya. Ada yang masih ingat watak Si Malin yang begitu angkuh dan menjadi anak yang tidak taat setelah kaya raya?







Ikhlas



Kredit Foto : Youtube


Sinetron  dengan 55 episod ini, adalah sinetron yang memberi banyak pengajaran kepada penonton. Ia menyelitkan kisah konflik keluarga, rumah tangga, cinta, kisah remaja yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, dan pengamal ilmu hitam yang mana akhirnya masing-masing kembali ke pangkal jalan.







Intan




Kredit Foto : Google



Sinetron yang dimainkan oleh Dude Herlino bersama Naysilla Mirdad adalah antara sinetron yang terawal ditayangkan di Astro.  Cerita ini mengisahkan Intan yang baru sahaja berkahwin dengan Ello di duga dengan kematian Ello akibat kemalangan.  


Tidak lama kemudian, jodoh mempertemukan Intan dengan Rado seorang doktor yang mula mencintainya. Namun cinta mereka menjadi cinta terlarang.







Benci Bilang Cinta




Kredit Foto : Youtube



Seorang jejaka kaya terpaksa mengahwini gadis miskin disebabkan sebuah perjanjian keluarga sejak berpuluh tahun yang lalu. Setelah berkahwin, hubungan Dimas (Baim Wong) dan Winda (Marshanda)  seperti kucing dan anjing.  


Tambah pula, sikap Winda yang lucu dan bersahaja pasti membuatkan ramai penonton terhibur melihat gelagatnya.







Safa & Marwah




Kredit Foto : Google



Kalau bukan jalan cerita penuh dengan rintangan, jangan dipanggil sinetron. Ini adalah salah satu sinetron Indonesia yang membawa kepada 200 episod ke atas. Cerita ini mengisahkan Safa anak gadis kaya dan Marwah anak gadis miskin yang mempunyai kehidupan penuh cabaran.


Namun ada sesuatu perkara yang pada akhirnya membuatkan kedua gadis ini terkait pada akhirnya.







Puteri Yang Terbuang



Kredit Foto : Google


Puteri Yang Terbuang adalah sebuah sinetron yang mengisahkan Puteri yang hidup penuh dengan kesusahan dan dibenci oleh kedua ibu bapanya. Suatu hari dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Putra yang belajar di sekolah tempatnya bekerja sebagai tukang cuci. Tidak lama kemudian mereka saling jatuh cinta.


Setelah itu juga, satu persatu rahsia kedua ibu bapa Puteri dan Raja mula terungkai.







Liontin



Kredit Foto : Google


Mengisahkan dua beradik Manda dan Indy yang terpisah dan akhirnya bertemu kembali setelah mereka besar. Keduanya bertemu kerana Liontin (rantai) yang dipakai mereka adalah sama.







Olivia



Kredit Foto : Google


Ini adalah salah satu sinetron menjadi kegemaran remaja. Sinetron ini mengisahkan Olivia (Velove Vexia) seorang gadis muda yang amat meminati bola sepak, tetapi di sekolahnya  hanya terhad untuk lelaki sahaja.  Lantaran itu, Olivia mengambil kesempatan dengan membantu menggantikan abang kembarkannya Ruben yang sedang menunggu untuk uji bakat band.


Status Ruben sebagai pemain bola sepak handal, digunakan oleh Olivia sebaik mungkin untuk menyertai pasukan bola sepak. Melalui cerita ini, pelbagai adegan lucu yan terjadi saat Olivia menyamar menjadi lelaki. Malah yang paling merumitkan apabila dia mula jatuh cinta dengan teman sebiliknya.







Nada Cinta



Kredit Foto : Google


Sinetron Muzikal yang dilakonkan oleh Randy Pangalila dan Mikha Tambayong juga menjadi kegemaran penonton pada suatu ketika dulu. Sinetron ini juga mempunyai episod yang agak lama dengan jalan cerita yang penuh liku.







Selain senarai di atas, sinetron apa yang pernah menjadi kegemaran anda. Jom senaraikan. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah terjebak dgn Malin Kundang dan Safa Marwah.

Tak lupa juga Ku Tlah Jatuh Cinta. Yg Agnes Mo nyanyi lagu tema tu. Lakonan Agnes, Irwansyah dgn Zumi Zola.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss suka sgt dgn nia ramadhani tu.. Dia bawak watak jahat pon iolss tetap suka dia. Dlm bawang putih bawang merah tu iolss tak suka dgn revalina tu. Asik nangis je geram tau.. Haha, lagi sinetron yg best nia berlakon kisah adinda, siti nurbaya dan ratapan anak tiri. Ratapan anak tiri tu paling best.

Malin kundang pon best.
Intan tu asik la nagis je.. Menyampah
Benci bilang cinta best gak.
Safa marwah okay la.
Puteri yg terbuang best.

Omggg, sinetron liontin ni la yg buat iolsss suka sangat dgn nana mirdad. Iolss tak berapa nak gemar dgn naysila tu.. Berlakon mesti asik nangis je manjang.

Nada cinta tak best.. Sbb iolss tak minat mika tambayong tu.

Ku tlah jatuh cinta & jelita lakonan agnes monica pon best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 02:07 PM | Show all posts
danieladam replied at 28-1-2019 02:00 PM
Pernah terjebak dgn Malin Kundang dan Safa Marwah.

Tak lupa juga Ku Tlah Jatuh Cinta. Yg Agnes Mo ...

yezaaa ...iouls still ingat cite tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu layan malin kundang 1 kt tv2..yg ke 2 x brapa best sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu ni slot Akasia belum ada. Start dari manjalara muncul.. tenggelam semua sinetron indon ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2019 02:26 PM | Show all posts
Beribear replied at 28-1-2019 02:07 PM
Iolss suka sgt dgn nia ramadhani tu.. Dia bawak watak jahat pon iolss tetap suka dia. Dlm bawang put ...

Yess! Best jugak ni...
Sinetron Jelita

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 tu, i cuma terjebak dengan bawang putih bawang merah je. Mak oiii jenuh nak menghabiskan. Tapi walaupun ceritanya tak logik ditambah dengan menyampah meluat tengok watak terlajak baik, i tetap gigih gak menghadap tv setiap petang uolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
heroin2 ramai berkumis. ada yg kumis tepi lebat panjang cam apek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:53 PM | Show all posts
mak iols layan betul cerita jelita tu sampai mak iols panggil iols agnes sebab dy kata iols mirip agnes dengan rambut dalam jelita tu

pastu citer bawang putih bawang merah tu...mmg siputih tu makan maki je...bodoh sgt org buli tau nangis je...myampah...pastu bunting lak anak si hero tu...lg double menyampah

lagi 1 drama indon yg best upik, abu dan laura tu...geram jee tgk laura tu...comel!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols paling suka sinetron Olivia! Ala2 citer She's The Man tapi Olivia lagi klakar Episod pun x sampai beratus2 mcm sinetron lain. Bawang Merah tu bohsan sbb panjang nau tapi meols suka jah Nia Ramadhani. Watak jahat yg menghiburkan & suka tengok muka jahat dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85: mak iols layan betul cerita jelita tu sampai mak iols panggil iols agnes sebab dy kata iols mirip agnes dengan rambut dalam jelita tu ...


Yupp jelita tu mmg best. Masa citer tu tayang kat tv3 iolss di akhir bangku persekolahan. Mmg ramai buat rambut jelita time tu. Cantik sgt.

Upik, abu dan laura pon best, sbb cinta laura tu mmg comel la dgn gaya dia cakap tu lg buat kita suka tengok dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:17 PM | Show all posts
tengok liontin je dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:59 PM | Show all posts
yang paling i minat :

1) puteri yang terbuang

sebab suka sangat tengok dina lorenza (watak mak kandung puteri) cantik sungguh lah . dengan lembut nya . sekarang dina lorenza dah bertudung . mmg bertambah lah kecantikan nya.

2) benci bilang cinta

best sebab jalan cerita tak meleret. plus keluarga si marshanda mmg sengal belaka.

3) jelita

of course angnes monica , cantik gila dia . tapi sekarang awat lain ja ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hikmah best. Tamara Bleszysnki  berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 28-1-2019 02:41 PM
heroin2 ramai berkumis. ada yg kumis tepi lebat panjang cam apek

Aku selalu perasan heroin dorang berkumis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 04:19 PM | Show all posts
tengok Liontin dulu..penat!
mati hidup balik, pastu mati lagi derma jantung, orang yang dapat jantung tu pulak nampak macam muka hero pastu berdegup2 jantung tertarik2 bila pandang heroin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 05:04 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 28-1-2019 04:19 PM
tengok Liontin dulu..penat!
mati hidup balik, pastu mati lagi derma jantung, orang yang dapat jantu ...

hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 28-1-2019 08:11 AM
Aku selalu perasan heroin dorang berkumis

nampak macam cewek polos gitew. agaknya la
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:51 PM | Show all posts
suke malin kundang.

muke hero mcm Adam Levine
mak pulak cantek. awet muda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.371765 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list