JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1926
View
13
Reply

Bangkai Haiwan Bergelimpangan, Australia Alami Musim Panas Terburuk

[Copy link]

Author: safriehalim       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-1-2019 05:26 PM | Show all posts |Read mode



Foto: WWF Australia





Pada 2017, media antarabangsa melaporkan Australia akan menghadapi musim panas terburuk dalam masa 25 tahun akan datang berdasarkan kajian yang dibuat Universiti Kebangsaan Australia.


Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila dilaporkan, lebih 13 bandar seluruh Australia Selatan bakal memecahkan rekod kepanasan, yang mana diramalkan akan mencapai suhu 50 darjah Celsius dalam tempoh sehari dua ini. lapor Ginfomasa.


Negeri di Australia Selatan yang dijangka akan terjejas teruk adalah wilayah utara Adelaide. Biro Kaji Cuaca Australia melaporkan suhu di utara Adelaide kini telah mencapai 47.9 darjah Celsius, manakala suhu dalam bandar raya pula telah mencecah 46.2 darjah celcius. Difahamkan, ia adalah rekod terburuk sejak tahun 1939.


Walaupun penduduk Adelaide sudah biasa dengan suhu tinggi ketika musim panas hemisfera selatan, namun kali ini mereka terpaksa bertahan menghadapi cuaca panas yang paling buruk.


Kawasan Tenggara Australia juga menghadapi fenomena kepanasan melampau, malah sejak tiga minggu lepas amaran kebakaran hutan telah dibuat oleh Pejabat Meteorologi Australia.


Begitu juga kawasan barat Australia yang telah menghadapi suhu panas melampau sejak tiga minggu lepas namun tidak seteruk suhu panas melampau di selatan Australia.


Sementara itu, negeri di pedalaman Australia, Alice Spring yang juga menghadapi fenomena gelombang haba panas pula dikejutkan dengan kematian lebih 90 kuda liar berhampiran lubang air kering. 40 daripada kuda itu mati disebabkan dehidrasi dan kelaparan, manakala selebihnya terpaksa dimatikan.

Gambar daripada Ralph Turner.





Menurut media tempatan, seorang artis kesenian orang asli, Ralph Turner telah menemui bangkai sekawan kuda liar jenis brumby. Menurut beliau, kuda-kuda liar itu mungkin turun ke dalam kolam kering tersebut bagi mencari air yang biasanya ada di situ setiap kali kawanan berkenaan singgah, namun disebabkan kemarau melampau semua air di situ kering dan menyebabkan haiwan terbabit  kehausan.


Setiap tahun, negara itu menghadapi gelombang panas iaitu sepanjang bulan Disember hingga Februari. Menurut Biro Meteorologi dan Sains Kebangsaan, CSIRO, Australia mengalami pertambahan saru darjah Celsius sejak tahun 1910.


Peningkatan suhu di Australia ini mungkin berpunca daripada pencemaran gas rumah hijau yang mana tenaga berasas arang batu masih banyak digunakan di negara tersebut.


Menurut sumber Wikipedia, Australia akan terus terdedah kepada kesan pemanasan global yang dijangkakan untuk 50 hingga 100 tahun akan datang kerana kawasannya yang gersang dan separa gersang, iklim panas, perubahan suhu hujan yang tinggi, dan tekanan pada bekalan air. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat informatif.

Teruskan menulis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian haiwan2
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 07:19 PM | Show all posts
sedih tgk kuda2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:18 AM | Show all posts
serius sedih bila part haiwan mati sbb kemarau and pemanasan global
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:48 AM | Show all posts
kesiannya


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:50 PM | Show all posts


pnh ke sana musim panas suhu dlm 40 darjah..mmg turn off nk bjalan rs bahang mlampau sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 09:56 AM | Show all posts
itu la heatwave tu dah smp ke tmp aku skrg ni..mmg xrajin aku nak keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 04:55 PM | Show all posts
Malaysia skrg punya cuaca boleh tahan panasnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 02:44 PM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... mcm cerita The Land Before Time.. semua berhijrah cari air....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 05:03 PM | Show all posts
Bila ni berlaku selalunya haiwan yang akan paling banyak jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 05:11 PM | Show all posts
kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:23 AM | Show all posts
Kat malaysia pun skang panas berbahang2 wpun hujan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054804s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list