Foto: Instagram Sir Azri Official
Siapa yang tidak kenal lelaki penuh kontroversi ini. Bukan sahaja lantang sebagai pemimpin politik, dia juga lantang menyuarakan isu LGBT sebelum ini. Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris (36 tahun) adalah seorang aktivis politik yang kini telah terpilih menjadi EXCO pemuda sebuah parti politik di Malaysia.
Selain aktif dalam dunia politik, Papa Gomo juga seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia adalah pemilik Brotherhood Gym & Fitness Centre yang telah beroperasi di Setapak sejak setahun lalu. Papa Gomo juga seorang yang gemar melakukan aktiviti riadah seperti menyelam dan mengembara dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Foto: Instagram Sir Azri Official
Aktif di media sosial dan kerap berinteraksi dengan netizen melalui medium siaran langsung di platform media sosial miliknya, menyebabkan dia kini sangat popular di kalangan anak muda yang mahu mengikuti perkembagan isu politik semasa tanah air.
Meskipun sebelum ini Papa Gomo dilihat sebagai budak nakal dalam dunia politik Malaysia, kepetahannya mengulas isu-isu semasa begitu berjaya menarik ribuan anak muda untuk bersamanya bangkit memperjuangkan hak rakyat Malaysia.
Jika sebelum ini Papa Gomo dilihat dengan imej bermisai lebat dan berambut kerinting, namun baru-baru ini netizen dikejutkan dengan imej baharu Papa Gomo.
Papa Gomo sebenarnya kini sedang menunaikan umrah bersama keluarganya dan perubahannya yang positif ini telah mendapat pujian dan sokongan ramai netizen. - CARI |