CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16422|Reply: 102

[Pelbagai] KALAU DAH AJAL

  [Copy link]
Post time 30-1-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hans Staininger, Datuk Bandar Braunau (sebuah bandar di Austria, ketika itu di Bavaria), meninggal dunia pada tahun 1567 apabila dia mematahkan lehernya sendiri dengan terpijak janggutnya sendiri. Ketika itu terdapat kebakaran di dewan utama, di mana berhampiran denan tempat dia tidur dan ketika dia cuba melarikan diri, dia terpijak janggutnya sendiri. Janggutnya berukuran 1.4m (dalam unit ukuran tiga setengah "Ellen") panjang dan biasanya digulung dalam sebuah kantung kulit. Janggut dia kini disimpan di muzium tempatan.






[Akan dikemaskini dari semasa ke semasa]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sigurd the Mighty, 2nd Earl Of Orkney

Kematiannya dikatakan berpunca daripada kepala milik Máel Brigte yang dipenggal oleh Sigurd dalam satu pertempuran. Sewaktu dia menunggang kuda dengan kepala Máel Brigte yang melekat pada pelananya sebagai trofi kemenangan, salah satu gigi Máel Brigte telah melukakan kaki Sigurd. Luka itu akhirnya dijangkiti kuman, kemudian menyebabkan kematian Sigurd.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang Penyair Pra Islam bernama Shanfara telah bersumpah untuk membunuh seratus orang lelaki daripada satu suku. Dia berjaya membunuh 99 orang di antara mereka sebelum mereka sempat membunuhnya. Sehinggalah pada hari itu dia berjaya membunuh lelaki yang keseratus :

"Selepas membunuh lelaki yang terakhir itu, salah satu tengkorak kepala mangsa yang dikumpulnya telah bergolek di hadapan Shanfara lantas dia menendang tengkorak itu. Serpihan tengkorak itu memasuki kakinya, luka itu tidak diendahkan oleh Shanfara dan lama kelamaan dia mati akibat jangkitan kuman."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Chrysippus (tahun 279 - 206 SM) Ahli falsafah Greek Stoic, sedang memerhatikan seekor keledai yang makan beberapa biji buah ara dan berseru: "Sekarang berikan keledai itu minum wain tulen untuk mencuci buah ara di dalam perutnya", perintahnya. Akibat penangan wain, dia terbahak-bahak ketawa sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di Athens.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bobby Leach atau dikenali sebagai The Daredevil yang telah terselamat daripad ketinggian 180 kaki di Niagara Falls. Malangnya tidak lama selepas itu kakinya terpijak kulit jeruk lalu terjatuh pada ketinggian 4 kaki. Peristiwa itu telah memudaratkan diri Bobby sehinggakan kakinya terpaksa dipotong. Dia akhirnya mati akibat komplikasi pendarahan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Maharaja Valentinian (364 - 375 AD) meninggal dunia ketika seorang utusan dari Quadi memaklumkan kepadanya bahawa perjanjian damai yang baru-baru ini yang ditandatangani hanya disokong oleh satu puak sahaja. Dia menjadi sangat marah sehingga dia mula menjerit kepada utusan tersebut, jeritan yang tidak berhenti-henti, membingitkan lantaran itu pembuluh darah di otaknya pecah lalu dia MATI!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila saintis menjalankan ujian ke atas tubuh Diane de Poitiers, bangsawan Perancis, mereka terkejut apabila mendapat dia mempunyai 500 kali unsur emas di dalam sistem badannya berbeza daripada orang biasa (kita semua mempunyai sedikit unsur emas dalam badan kita). Ternyata dia telah meminum campuran emas dan raksa setiap hari sepanjang hidupnya. Tabiat itu lama kelamaan memakan dirinya dan perlahan-lahan membunuhnya. Dia fikir dengan kaedah tersebut dapat membantu melambatkan proses penuaannya. Pun begitu ada sedikit kebenaran yang terlihat. Warna kulit Diane bertukar pucat dan kulitnya sangat dipuji ketika itu. Mungkin terdapat campuran anemia di dalam "minumannya" itu. Untuk berlaku adil, dia juga dikatakan sangat cantik walaupun sudah berumur.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Humayun, Maharaja Mughal yang Kedua, sedang berjalan menuruni tangga perpustakaannya, tangannya dipenuh dengan buku-buku. Ketika dia mendengar panggilan untuk berdoa, sudah menjadi kebiasaan untuk dia membengkokkan lututnya apabila setiap kali panggilan itu diumumkan. Pada hari itu, hari yang malang buatnya apabila kakinya terpijak jubah, lalu kakinya itu tersandung dan kepalanya terhentak di atas lantai kayu. Dia meninggal tiga hari kemudian iaitu pada 24 Januari 1556 pada usia 47 tahun.

Kalau sudah ajal, mungkin buku dan jubah sebagai penyebab. Bayangkan Maharaja ini pernah terselamat daripada wabak serius di zaman kanak-kanaknya. Maharaja ini juga berjaya melarikan diri daripada pemerintahan yang merampas takhtanya, membawa dirinya beratus-ratus kilometer di padang pasir tandus ke Persia, menjarakkan dirinya daripada seorang Gabenor yang berasal di sebuah wilayah. Dia tidak mati .... Kemudian, Maharaja yang satu ini banyak terlibat dengan pertempuran untuk merebut kembali empayarnya. Hebat bukan?

Tetapi hari itu ....

Dia mati kerana kakinya tersandung jubah ketika membawa banyak buku di tangannya. Matinya seorang ulat buku ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 03:51 PM | Show all posts
Penyebab pada kematian yang amat pelik dan tak disangka
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Final Destination, u can't cheat death

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:56 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 30-1-2019 03:34 PM
Maharaja Valentinian (364 - 375 AD) meninggal dunia ketika seorang utusan dari Quadi memaklumkan kep ...

hahh tuuu diaaaa

jangan marah melampau, relaxx.....kan jadi camni, sampai pembuluh darah pecah


tahniah tuan tanah, buka tred yg berkualiti, rare, fakta yg ramai org tak tahu pun kewujudannya...syabass
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 30-1-2019 07:33 AM
Bobby Leach atau dikenali sebagai The Daredevil yang telah terselamat daripad ketinggian 180 kaki di ...

Bobby ni orang kedua yang tergelincir dekat Niagara Falls dan terselamat. Yang pertama, Annie Edson Taylor, tripped in a barrel, tapi meninggal from natural causes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 30-1-2019 03:56 PM
hahh tuuu diaaaa

jangan marah melampau, relaxx.....kan jadi camni, sampai pembuluh darah pecah
...

terima kasih kak kumari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 30-1-2019 03:56 PM
Bobby ni orang kedua yang tergelincir dekat Niagara Falls dan terselamat. Yang pertama, Annie Edso ...

betul kak pah.thank you2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:11 PM | Show all posts
Kopipes dari Wikipedia

Kematian Raja Namrud

"Raja Namrud  mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s.

Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebat pun tidak mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk ke otaknya.

Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan.

Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau.

Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:18 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 30-1-2019 03:34 PM
Maharaja Valentinian (364 - 375 AD) meninggal dunia ketika seorang utusan dari Quadi memaklumkan kep ...

tragiknye kematian camni ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pyrrhus of Epirus mempunyai sedikit masa untuk berkabung, kerana dia segera dibukakan peluang untuk campur tangan dalam pertikaian sivik di Argos. Oleh kerana Antigonus Gonatas turut mara ke situ, dia segera memasuki kota itu dengan bala tenteranya secara diam-diam, dan terperangkap di antara dua pihak yang bermusuhan.

Ketika dia sedang berperang seorang askar Argive di sebuah lorong yang sempit, ibu askar itu, yang menonton dari atas bumbung, melemparkan jubin yang menyebabkan beliau jatuh daripada kudanya dan mencederakan tulang belakangnya, seterusnya menyebabkan kelumpuhan.

Samada dia masih hidup atau tidak selepas pukulan itu tidak diketahui, tetapi dia disahkan mati selepas kepalanya dipenggal secara takut-takut oleh seorang askar Macedon bernama Zopyrus.



Bayangkan seorang komander tentera yang berwibawa dan dihormati, dengan kemenangan terhadap orang Rom dan puak-puak kuat yang lain pada masa itu, tunduk kepada kematian yang tidak disengajakan!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt...kalau dah ajal..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 30-1-2019 04:47 PM
Thanks tt...kalau dah ajal..

welcome akumark.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 05:01 PM | Show all posts
fakta yg menarik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.119944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list