JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1234
Return to list New
2174
View
98
Reply

[Pelbagai] KALAU DAH AJAL

[Copy link]

Author: KILL_NANCY    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 31-1-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 31-1-2019 04:02 PM
Starve to dead..

Isteri dia tk mai hntr mknn ka..

ha kan..mana wife dia
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 31-1-2019 11:00 AM
thanks kill



no problem kak ros.

ya saya setuju.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

surah Al-Munaafiquun 63:11.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 31-1-2019 10:26 AM
itsmeshikin replied at 31-1-2019 02:06 AM
cemane tu cara kematian die? membaca sampai mati? gitu?


Wasting disease, terlampau banyak menghabiskan masa dengan membaca, sampai tak makan, tak exercise, stretching badan, dan semua muscles dia debilitate, semakin lama semakin lemah. Dah tak makan, mana nak dapat tenaga kan?

Dia kurus sangat, sampai kena letak batu dalam kasut dia sebagai pemberat, sebab tak nak terbang ditiup angin

Epitaph dia macam ni, translation:

" Philetas of Cos I am, 'Twas the Liar who made me die, And the bad nights caused thereby"

boleh dibaca sebagai ni, just to poke fun
- Stranger, I am Philitas. The lying words and nights' evening cares destroyed me.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 31-1-2019 08:04 AM
Doktor tersalah diagnos..
Tu mmg rambut dia ka..lebat sungguh dan kembang


Raja2 zaman dulu, medieval ages, abad ke-5 sampai abad ke-15, berambut panjang dan tebal macam dalam gambar tu, sebab itu melambangkan kuasa, kelebihan, status diorang. So diorang lebih suka kepala diorang dipenggal masa kalah perang daripada rambut dipotong pendek. That would mean humiliation.

Golongan hamba pula, botak atau berambut pendek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 30-1-2019 10:52 AM
Qin Shi Huang, emperor pertama China, yang terkenal dengan artifak dan khazanahnya termasuk Tentera  ...

Apa yang membuatkan maharaja ni mati? Nah, pil itu terdiri daripada satu bahan, dan satu bahan sahaja iaitu....

Merkuri organik, satu bahan beracun, sangat merbahaya bila dah masuk ke dalam badan kita dengan berlebihan.

2206 tahun kemudian, kejadian yang sama berlaku.

Karen Wetterhahn, ahli kimia Amerika. Pada 14 Ogos 1996, dia menjatuhkan 2 titisan methylmercury di tangannya. Sewaktu dia membuka dan membuang sarung tangan yang tercemar itu, dia fikir dia selamat, tetapi larutan beracun tu telah meresap melalui sarung tangan, seterusnya ke dalam tangannya.

Pertuturannya jadi seperti orang mabuk, slur, tak clear dan her gait (bagaimana dia berjalan) merosot dari semasa ke semasa.

Daya pengelihatan dan pertuturan dia merosot sepenuhnya, dan dia koma.

Dia meninggal dunia pada 8 Jun 1997, akibat keracunan merkuri.

Ujian post-mortem mendedahkan dia mempunyai 80 kali jumlah merkuri berlebihan di dalam tubuhnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 31-1-2019 06:25 PM
Raja2 zaman dulu, medieval ages, abad ke-5 sampai abad ke-15, berambut panjang dan tebal macam d ...

Oo...mcmtu..tq chesfa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:09 PM | Show all posts
just nak share arwah adik i meninggal 5 thn lps... dalam odw nk balik kerumah menunggang motor, tibe2 je dia meninggal..igtkan dia terbabas..bila post moterm xde apa pn mmg dia meninggal tgh bawa motor

kalau dah ajal

alfatihah buat arwah adik muhammad ehsan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk juga kes kematian yang tak disangka ni. Contoh, semasa hayat pakar ular berbisa, menjinakkan ular etc, tapi ajalnya di sebabkan binatang berbisa tersebut.

Satu contoh, Steve Irving, yg popular dgn rancangan The Crocodile Hunter, menemui maut akibat diserang bertubi2 oleh ikan pari besar ketika penggambaran sedang berlangsung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 31-1-2019 08:43 AM
Kejadian Submarine Sokcho 1998 berlaku di luar pantai Korea Selatan, berhampiran bandar Sokcho pada  ...

one tangled boi won
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 31-1-2019 06:28 PM
Apa yang membuatkan maharaja ni mati? Nah, pil itu terdiri daripada satu bahan, dan satu bahan sah ...

wow..disebabkan 2 titik mercury je..bahay betul
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 31-1-2019 11:09 PM
just nak share arwah adik i meninggal 5 thn lps... dalam odw nk balik kerumah menunggang motor, tibe ...

alfatihah..semoga roh arwah adik kak ida ditempatkan bersama2 orang beriman, ameen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 12:00 PM | Show all posts
chesfa replied at 31-1-2019 06:23 PM
Wasting disease, terlampau banyak menghabiskan masa dengan membaca, sampai tak makan, tak exerci ...

gitu pulak ek..macam2 hal..mekasih Ches
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba-tiba rasa mcm ceteknya ilmu iols... terima kasih TT sentiasa hidangkan ilmu n informasi yg berguna dan sangat mmberi kepuasan bila membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:37 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 7-2-2019 05:39 AM


Penyajak Li Po aka Li Bai dikenali sbg sasterawan tersohor dlm sejarah China. Dia sgt menggemari arak dan suka mendeklamasi sajak2 agungnya dlm keadaan mabuk. Satu mlm, dia terjatuh dari bot dan mati lemas dlm Sg. Yangtze kerana cuba mendakap pantulan bulan di permukaan air.



Ketika mengetuai muzik utk lagu kerohanian "Te Deum" di hadapan Raja Perancis, Louis XIV; selaku konduktor, Jean Baptiste Lully akan menghentak tongkat (cara lama sebelum penggunaan baton) agar ahli muzik lain mengikuti rentak irama. Dalam keasyikan itu, dia terhentak salah satu jari kakinya dgn sgt kuat tp Lully enggan berhenti. Bbrp hari kemudian, jari kaki itu bernanah dan berubah jd gangren. Namun, dia menolak arahan doktor utk memotongnya. Akhirnya gangren tersebut semakin merebak dan 'membunuh' ahli muzik yg degil itu. Ironinya, lagu "Te Deum" yg dimainkan adalah sempena meraikan Louis XIV yg baru sembuh dari sakit.



Peguam Garry Hoy dari Firma Holden Day Wilson Toronto, Kanada suka bergurau mengenai tingkap cermin di bangunan tempat dia bekerja. Hoy akan berlari ke arah tingkap cermin, dan melanggarnya - kagum dgn betapa kuat dan kukuhnya cermin2 tersebut. Pada satu hari thn 1993, dia berhasrat utk menghiburkan bbrp org pelatih firma guamannya dgn berlari dan melompat ke arah cermin pejabatnya. Cubaan pertama, tiada apa2 yg berlaku pd Hoy dan cermin itu. Cubaan kedua, cermin tercabut dari bingkainya dan Hoy terus menjunam jatuh dari tingkat ke 24 bangunan itu dan menemui ajalnya. Kematian Hoy meninggalkan publisiti buruk ke atas Holden Day Wilson, dan firma guaman yg dikatakan terbesar Kanada itu akhirnya terpaksa tutup.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 06:21 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 7-2-2019 06:29 AM


Isadora Duncan merupakan seorg penari terkenal, dan dikatakan amat suka memakai selendang. Pada 1927, dia menaiki sebuah kereta yg dipandu kekasihnya, dan waktu itu Isadora memakai sehelai selendang sutera yg panjang dililit pd lehernya. Tiba2 dlm perjalanan, selendangnya melayang melalui tingkap dan tersangkut di salah sebuah tayar belakang. Akibatnya dia mati tercekik.


Marcus Garvey adalah ahli politik dan pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika. Dikatakan Garvey diserang strok, tetapi dia terselamat. Namun media tersilap lapor dan berita "kematian"nya mula tersebar - Garvey bukan saja marah malah bersedih apabila membaca bbrp obituari berkenaan dirinya yg ditulis dgn biadap. Keesokan harinya, dia menerima ratusan surat dan telegram dari org ramai yg bersimpati. Oleh kerana menanggung rasa sedih dan terkejut teramat sgt akibat membaca berita kematiannya sendiri, Marcus Garvey diserang strok kali kedua dan kali ini dia benar2 menghembuskan nafas terakhirnya.


Tennessee Williams adalah seorg penulis drama yg disegani pd abad ke 20 di Amerika. Dia juga dikenali sbg seorg alcoholic. Williams ditemui mati di dlm sebuah bilik hotel mewah New York akibat mati tercekik - Dia didapati dlm keadaan mabuk dan tertelan sebuah tudung plastik botol penitis mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 07:07 AM | Show all posts
dani-rox replied at 7-2-2019 04:37 AM
Penyajak Li Po aka Li Bai dikenali sbg sasterawan tersohor dlm sejarah China. Dia sgt menggemari a ...

bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 02:39 AM | Show all posts

hahaha... kan?
betapa canteknya bulan sampai si penyajak terpesona, lantas hilang pertimbangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 12:17 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 31-1-2019 11:09 PM
just nak share arwah adik i meninggal 5 thn lps... dalam odw nk balik kerumah menunggang motor, tibe ...

innalillahi wa inna ilaihi raajiun Ida

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:00 PM | Show all posts
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:51 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-2-2019 12:00 PM
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Goosebumps kalau baca setiap bait . bersediakah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:57 PM | Show all posts
betul lah ajal tu tak lambat dan tak cepat. according to our time.. semoga mendapat kesudahan yang baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:32 AM | Show all posts
Kalau Sudah Ajal! 5 Kisah Kematian Yang Paling Rare                                                    Oleh
Zaidin Albert


Kematian sememangnya tidak boleh dijangka dan diramalkan oleh sesiapapun, kerana ianya adalah urusan Tuhan. Namun terdapat beberapa senarai punca kematian yang pelik, kerana sebab dan musabab yang tidak sepatutnya terjadi. 5 kisah kematian di bawah mungkin antara yang paling pelik dan mungkin juga ironik yang pernah berlaku di seluruh dunia.

1. Mati Di Majlis Pengebumian Sendiri
Seorang wanita Rusia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia bangun ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kali ini, untuk selama-lamanya.

2. Mati Kerana Cuba Buktikan Cermin Tak Boleh Pecah
Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran mengenakan pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary bertindak menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary terhumban ke luar tingkap dan meninggal dunia.
BACA  5 Perihal Di Sebalik Pengebumian Aretha Franklin Ini Sememangnya Pelik!

3. Penggemar Makanan Organik Mati Sakit Jantung
J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.

4. Juruterbang Pelatih Mati Dalam Flight Simulator
Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, yang menempatkan simulator tersebut.

5. Mati Terkena Kejutan Elektrik Dalam Penjara
Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat daripada hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat terkena kejutan elektrik.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya taktau nak kongsi dari internet tapi dari pengalaman sendiri, classmate saya pagi2 berjalan lasak utk latihan palapes. Saya nampak dia berjalan keliling kampus. Tengahari dapat call dia masuk ward sebab pitam latihan tengah panas. Lepas sejam, dapat call dia dah tinggalkan kami. Meraunglah saya. Swbab malam sebelum meninggal, kami bertembung di kafe dan pesan, ko jaga diri elok2 sambil lambai2. Esok nya dia dah tak de.. Ko rasa??? Sedih kan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 30-1-2019 03:34 PM
Maharaja Valentinian (364 - 375 AD) meninggal dunia ketika seorang utusan dari Quadi memaklumkan kep ...

Insaf baca.. dh, jangan marah2. Kena sentiasa bertenang. Istifar byk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052701s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list