Hari ini, pelbagai cara orang gunakan untuk mencari sedikit pendapat demi mencari sesuap nasi.
Kalau kita berjalan di mana-mana terutama tempat tumpuan pengunjung, kita dapat lihat beberapa individu mengenakan kostum untuk menghiburkan pengunjung sebagai punca rezeki mereka.
Pernah kita terfikir, siapa di sebalik kostum itu?
Laman Facebook I Love Pahang mendedahkan individu di sebalik kostum Doraemon yang sering kelihatan kesunyian di kawasan pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Mungkin tidak ramai menyangka individu di sebalik kostum Doraemon itu merupakan seorang wanita tua yang gigih menghabiskan usia tuanya dengan menghiburkan pengunjung. Kental sungguh makcik ini!
Aduhai, sebak pula rasa di hati dengan pendedahan ini. Ramai juga berkongsi pertemuan mereka dengan 'Doraemon' itu selain Hello Kitty yang juga dipakai seorang wanita tua.
Semoga orang lain seperti mereka diberi kekuatan untuk terus mencari rezeki yang halal. - CARI |