JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
1175
View
37
Reply

5 Perkampungan Melayu Di Seluruh Dunia Selain Malaysia Dan Indonesia

[Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-1-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seperti yang kita semua tahu, kaum Melayu adalah majoriti yang menetap di Asia Tenggara terutama sekali di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Malah, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi kesemua negara ni.

Sebenarnya, ruang lingkup Melayu tu luas. Malah, kaum Melayu bukan hanya wujud kat Malaysia dan Indonesia je, tapi dorang ni siap sampai ke Benua Afrika, Australia dan beberapa lagi negara lain di seluruh dunia.

Kewujudan yang di  maksudkan tu bukanlah kewujudan satu atau dua buah keluarga kat sesebuah negara tu.Bukan! Tapi apa yang kitorang nak bagitahu ialah C wujudnya sebuah komuniti dan perkampungan Melayu kat beberapa buah negara yang mungkin korang sendiri tak pernah sangka. Antaranya :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Malay Cape di Cape Town, Afrika Selatan

Cape Town merupakan sebuah kawasan yang terletak jauh di Benua Afrika, sementara kita pula di Benua Asia. Bila sebut je Afrika, dah confirm-confirm la kita bayangkan penduduk Afrika yang berkulit gelap, berbibir tebal, tak sama dengan orang Melayu, Cina dan India di negara kita. Tapi, korang tahu tak tentang kewujudan perkampungan Melayu yang dipanggil Malay Cape di Cape Town?

Iya, orang Melayu dah sampai kat sana sejak 200 tahun yang lepas lagi, dan membentuk satu penempatan khas. Segalanya bermula daripada penangkapan orang-orang Melayu oleh penjajah Belanda. Dorang dikatakan menentang pendudukan penjajah di Kepulauan Melayu. Macam Sultan Abdullah yang dibuang ke Seychelles, berkaitan dengan cerita pasal pembunuhan JWW Birch dalam buku Sejarah sekolah menengah dulu tu.

Jadi, mereka semua ni ditangkap dan kemudiannya dibawa ke Cape Town secara berperingkat, iaitu seawal kurun ke-17 sampai la kurun ke-19. Masyarakat yang terawal sampai kat sana adalah orang Jawa, hamba yang datang daripada seluruh Asia Tenggara, penentang politik dan pemimpin agama Islam yang menentang kehadiran Belanda.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Flight dari Malaysia nak ke Cape Town pun dah 16 jam lebih. Agak-agaknya, berapa bulan masa yang diambil untuk belayar?
IMG_2697.PNG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aktiviti mengaji yang dipanggil Kaparang di Cape Town. Cuba tengok terompah zaman dulu, unik betul
IMG_2698.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajah Melayu Cape Town pada zaman sekarang (di kiri dan kanan), nampak macam ada campuran darah Melayu dan Afrika.
IMG_2699.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum masyarakat Melayu ni dibebaskan daripada menjadi hamba, diorang tinggal secara bertaburan di beberapa tempat. Ada yang tinggal di lereng Lions Rump yang sekarang ni dikenali sebagai Bo-Kaap, dan selebihnya tinggal di Devils Peak. Tapi kemudian tu kebanyakan daripada dorang berpindah ke kawasan Bo-Kaap yang juga dikenali sebagai Malay Quarter.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkahwinan Melayu Islam di Cape Town.
IMG_2700.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam lawatan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke Cape Town pada tahun lepas, diorang mendapati yang orang Melayu di sana dah mencecah 200,000 orang, dan kebanyakannya tinggal di Cape Town dan Johannesburg. Walaupun ramai, tapi nampaknya tak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Dulu masa dorang masih lagi jadi hamba, dorang kena pukul kalau cakap bahasa Melayu sebab penjajah takut orang Melayu ni buat plan jatuhkan dorang. Sebab tu la bahasa Melayu akhirnya tenggelam dek zaman.

Setakat yang mereka jumpa, hanya dua orang je yang masih boleh berbahasa Melayu. Itu pun mereka yang dah berumur 80 tahun, yang juga adalah generasi kedua Melayu yang datang ke sana.

Dua orang ini generasi kedua Melayu di negara tersebut, generasi ketiga dan seterusnya yang saya jumpa sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih hanya boleh guna perkataan mudah seperti selamat pagi dan apa khabar.

Di mana letaknya bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda Melayu di negara itu, ini amat membimbangkan saya dan DMDI kerana bahasa Melayu tiada pewarisnya di sana, Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam, dipetik dari Bernama.

Disebabkan tak nak bahasa Melayu hilang kat sana, ada sebuah tanjung kat sana dulunya dipanggil Tanjung Harapan, juga dikenali sebagai Cape of Goodwill, dan  sebuah bukit yang dipanggil Bukit Semboyan, atau Signal Hill.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 31-1-2019 09:08 PM

Lagu Melayu klasik oleh Melayu Cape

Klasik betul, mungkin bahasa yang digunakan tu terlampau klasik.

Tapi anda  perasan tak yang lenggok nyanyian tu sama macam lagu melayu zaman dulu-dulu

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
2. Malay Street di Sri Lanka

Sri Lanka adalah sebuah negara pulau yang terletak di tenggara India. Negara ni juga pernah dikenali sebagai Ceylon sehinggalah ditukarkan nama kepada Sri Lanka pada tahun 1972.

Masyarakat yang ada di Sri Lanka berbilang kaum, macam kat Malaysia juga. Tapi, majoritinya adalah Tamil dan Sinhalese, diikuti oleh Moors, Burghers, Vedda sebagai orang asli atau penduduk asal di negara tu, dan juga kaum Melayu.

Orang Melayu yang ada di Sri Lanka pula berasal daripada keturunan Jawa dan Melayu yang dibuang ke pulau itu oleh Belanda, macam Melayu Cape Town. Tapi sebenarnya, orang Melayu dah dibuang ke Sri Lanka dulu sebelum Cape Town.

300 tahun dulu, orang Melayu Sri Lanka hidup sebagai orang buangan, lepas tu barulah jadi  peneroka dan sekarang sebagai rakyat Sri Lanka.

Yang paling membanggakan, bahasa Melayu juga masih lagi diamalkan dalam percakapan seharian, walaupun lenggok bahasa dan cara percakapan bukanlah macam kita di Malaysia ni. Pertuturan diorang lebih baku sebab percampuran bahasa dan mengalami evolusi yang lain berbanding kita di Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekadar nama
IMG_2701.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling membanggakan, bahasa Melayu juga masih lagi diamalkan dalam percakapan seharian, walaupun lenggok bahasa dan cara percakapan bukanlah macam kita di Malaysia ni. Pertuturan diorang lebih baku sebab percampuran bahasa dan mengalami evolusi yang lain berbanding kita di Malaysia.

Unik tau bahasa Melayu yang diorang gunakan ni. Ada slang-slang diorang sikit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara penempatan Melayu yang korang boleh lawati kat sana ialah di kawasan Banshall Street, dan mana-mana kawasan yang terutama sekali berdekatan dengan masjid. Antara sebab Melayu di Sri Lanka masih kuat sampai sekarang ialah sebab diorang selalu bersatu, dan siap ada Persatuan Melayu Sri Lanka yang sentiasa aktif dengan pelbagai

Di bawah ialah foto :
Majlis memperingati wira Melayu di Sri Lanka, dalam pasukan tentera dan polis anjuran Kelab Melayu Sri Lanka. Imej dari Berita Harian
IMG_2702.PNG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
3. Melayu Cocos di Kepulauan Cocos, Australia

Australia pulak terkenal sebagai negara kangaroo, di mana majoriti populasinya merupakan mat saleh. Tapi, ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang didiami oleh orang Melayu, yang dinamakan Orang Melayu Cocos. Tapi, macam mana orang Melayu boleh wujud di kepulauan Australia?

Kepulauan Cocos ni terletak di Australias Indian Ocean Territory, iaitu satu wilayah kepulauan merangkumi Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Kalau nak diikutkan, geografinya lebih dekat dengan nusantara, iaitu Malaysia dan Indonesia berbanding Australia sendiri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun Pulau lebih dekat dengan Malaysia dan Indonesia, tapi ia pulau ni dah dijual kepada Australia. Imej dari prudentialjackwhitevista.com
IMG_2703.PNG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penduduk Pulau Krismas yang diiktiraf sebagai warganegara Australia. Imej dari Harian Metro
IMG_2704.PNG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu Cocos ni berasal dari keturunan peneroka Melayu, iaitu dari tanah jajahan British macam Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau (dahulunya dibawah pemerintahan Hindia Timur Belanda).

Akhbar Metro pula melaporkan yang komuniti Melayu yang ada kat Pulau Krismas ni kebanyakannya peneroka dari Malaysia, manakala komuniti Melayu kat Pulau Cocos ni pulak peneroka yang berasal dari Indonesia. Kiranya, diorang ni macam orang Felda la juga, tapi Felda dekat pulau-pulau di Australia.

Sebelum kedatangan Orang Melayu, Kepulauan Cocos ni memang takde orang duduk pun. Sampailah diorang datang naik kapal dan mula membentuk perkampungan sendiri kat sana. Antara orang pertama yang sampai ke Kepulauan Cocos ni adalah golongan hamba abdi yang dibawa masuk oleh Alexander Hare, pedagang di Melaka pada 1826. Kemudian diikuti oleh orang Melayu yang datang ke Kepulauan Cocos ni pada tahun 1827-1831.

Berbeza dengan Melayu di Cape Town dan Sri Lanka, diorang datang ke kepulauan ni bukan sebagai hamba, tapi sebagai pekerja untuk seorang peneroka Inggeris ni, iaitu John Clunies Ross. Pada tahun 1827 ni la John Clunies-Ross cuba untuk tukar kehidupan orang Melayu yang berasal dari Tanah Melayu dengan membawa mereka ke Pulau Cocos. Tujuannya nak minta mereka ni bekerja kat ladang kelapa. Sebab tu jugalah nama pulau tu Pulau Cocos, yang berasal daripada coconut, iaitu kelapa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau Cocos ni legit, jangan main main
IMG_2705.PNG
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kehidupan orang Melayu kat pulau tu adalah dibawah pemerintahan keluarga Clunies Ross selama 150 tahun. Tapi lebih sedekad lepas tu, iaitu pada September 1978, keluarga Clunies-Ross terpaksa jual Kepulauan Cocos kepada kerajaan Australia, atas desakan United Nations. Lepas Kepulauan Cocos diambil alih oleh Australia, pulau tu diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral, manakala Pengerusi Majlis Pulau tu pula adalah orang Melayu, iaitu Haji Wahin Bynie.

Tengok je la betapa kuatnya amalan melayu diorang, masih pakai kain batik dan nyanyi lagu Melayu tau


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
4. Katanning, Australia

Katanning terletak di tanah besar Australia Barat. Kalau nak tahu, kebanyakan penduduk Melayu Katanning sebenarnya berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Penduduk dari Pulau Christmas berpindah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan, terutama sekali bila hasil lombong fosfat kat Pulau Christmas semakin berkurangan.


Foto Di bawah adalah lokasi :
Tak dekat tau Pulau Cocos dan Pulau Christmas ke Katanning ni.
IMG_2706.PNG
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053826s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list