CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

5 Perkampungan Melayu Di Seluruh Dunia Selain Malaysia Dan Indonesia

  [Copy link]
 Author| Post time 31-1-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bermula tahun 1970-an, segelintir penduduk di kedua-dua pulau ni beransur-ansur pindah ke Katanning. Disebabkan dorang beragama Islam, peluang pekerjaan yang dorang dapat adalah untuk bekerja di pusat penyembelihan kambing biri-biri.

Apa yang menariknya, orang Melayu kat Pulau Cocos, Pulau Christmas dan Katanning ni bukan saja masih kekalkan kemelayuan diorang, tapi dalam masa yang sama tak tinggalkan urusan agama, walaupun terasing di pulau, dengan agama rasmi Australia iaitu Kristian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Malah tak lama dulu, ada sebuah masjid dirasmikan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981.

Foto masjid katanning

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dirasmikan tunku abdul rahman

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
5. Jabal Ajyad, perkampungan Melayu di Mekah

Tak lama dulu, kerajaan Arab Saudi pernah mengamalkan dasar terbuka dengan membuka peluang untuk sesiapa saja, tak kisahlah dari negara apa pun untuk datang dan tinggal di negara tu.

Jadinya, tak kurang ramai juga orang Melayu daripada Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain datang dan ambil peluang untuk tinggal di negara bumi anbiya tu. Masa tu, kemasukan orang Melayu ke kota Mekah mulanya sebab nak mengerjakan ibadah haji dan tuntut ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal kat Mekah.

Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.

Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.”-pensyarah Malaysia yang berpindah ke Mekah, dipetik daripada Kosmo.
Orang-orang Melayu kat Mekah pula kebanyakannya adalah dari Pattani, iaitu Selatan Thailand, Kelantan, Kedah dan Terengganu manakala selebihnya dari Indonesia. Kalau korang tengok nama-nama belakang diorang contohnya macam al-Fathani, Al-Falembani, dan lain-lain, korang kena tahu yang nama-nama tu bukanlah nama asal diorang, tapi untuk menunjukkan dari mana asal-usul diorang iaitu daripada Pattani atau Palembang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bila dorang dah jadi penduduk Mekah dan fasih dalam bahasa Melayu dan Arab, diorang ni la yang menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing. Dalam masa yang sama, orang-orang Melayu kat sana banyak terlibat dengan aktiviti pengendalian pakej-pakej haji sampai dapat gelaran ‘Syeikh Haji’.

Malah, masa zaman dulu penempatan masyarakat Melayu kebanyakannya di sekitar Masjidilharam, iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad. Penempatan masyarakat Melayu kat Mekah juga dikenali dengan beberapa nama yang berkaitan dengan asal usul dorang contohnya macam Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani.

Tapi sekarang masyarakat Melayu dah berpindah ke sebuah perkampungan lain yang dinamakan Jabal Ajyad yang menempatkan perkampungan Melayu di Mekah. Semuanya dipindahkan ke sana bila kerajaan Arab Saudi nak memperbesarkan kawasan asal yang diorang duduk tu, kepada Jabal Ajyad yang terletak 900 meter je daripada Masjidilharam. Setakat ni, perkampungan Melayu di Mekah menempatkan seramai 40,000 hingga 50,000 orang Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamal Ajyad, penempatan orang Melayu di Mekah. Imej dari Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada 1885, New York dah kenal Melayu

Sebenarnya, banyak je lagi komuniti orang Melayu kat seluruh dunia, bukan hanya di negara-negara yang kitorang sebut kat atas ni. Malah kalau korang nak tahu, pejuang kemerdekaan Filipina, Jose Rizal juga seorang Melayu. Insya Allah akan ada thread khas pasai dia

Kewujudan orang Melayu di seluruh dunia juga bukanlah satu benda yang perlu dihairankan pun sebab orang Melayu dulu terkenal dengan sifat diorang yang suka belayar. Perkara ni diakui oleh sejarawan negara,

“Orang Melayu pada asalnya adalah pelayar, mereka dah mengembara ke pelbagai tempat untuk berdagang. Malah, mereka dah dikenali sejak 1885 di New York sebagai ‘sea nomads’.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Panglima Awang (Enrique de Malacca). Imej dari historiafactory.wordpress.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg menarik.. Thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Amat menarik.. Good job
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Cape Malay Quarters selalu dorang bergaduh penuh gangsters. Nak cari ganja, pergi jer sana.  Silap haribulan kena gunpoint.  Dah sampai dah. Melayu dia cam keling pun ada. Langsung tak cakap melayu.
Yang kat Colombo lagi lah melayu dia cam keling. Boleh jumpa bersepah. Kat pasar2, tarik beca lah, duduk2 berlonggok tepi jalan. Boleh cakap melayu tapi kadang mcm ayam itik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg sgt menarik....tq tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 3-2-2019 09:03 PM
Kat Cape Malay Quarters selalu dorang bergaduh penuh gangsters. Nak cari ganja, pergi jer sana.  Sil ...

Cape malay quarters tu depa memang payah nak martabatkan bahasa Melayu sebab dasar Inggeris dulu  yang hanya membenarkan depa bertutur dalam bahasa tempatan afrika. Tapi ada aku baca baru baru ni depa kat sana ada buat pengajian bahasa melayu. Tapi dah banyak generasi, mungkin la tak ramai cuba nak belajar bahasa Melayu tambah tambah depa dah berkurun nenek moyang depa duk sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat ni info lagi tentang Melayu cape

Melayu Cape kekal tradisi

Adat resam dan budaya Melayu boleh diibaratkan tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan dalam kehidupan Melayu Cape meskipun berhijrah ke Afrika Selatan sejak 200 tahun lalu.

Sebahagian besar masyarakat Melayu, kini menetap di kawasan Bo Kaap, iaitu penempatan asal mereka ketika zaman penjajahan Inggeris.

Kunjungan BH ke Bo Kaap mendapati, masyarakat di penempatan itu masih mengekalkan tradisi Melayu, termasuk dalam sajian hidangan, hiasan dalaman rumah dan cara berpakaian.

Sebagai contoh, adat bersalam-salaman masih diteruskan dengan menggunakan beberapa perkataan Melayu, antaranya selamat datang, apa khabar dan jumpa lagi.

Penduduk Bo Kaap, Yaseen George, 54, berkata masyarakat Melayu di sini masih mengamalkan aktiviti harian secara bergotong-royong seperti menjayakan kenduri kesyukuran dan majlis perkahwinan.

Beliau berkata, penduduk juga sering menganjurkan majlis tahlil, doa selamat dan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

"Selain itu, kami juga berzanji, berqasidah dan mengadakan perarakan sambil berselawat ketika sambutan Maulidur Rasul," katanya.

Ketika zaman penjajahan, Yaseen berkata, Inggeris melarang masyarakat Melayu berkumpul, namun pertemuan untuk program keagamaan masih dibenarkan.

"Maka, dengan adanya sesi bacaan surah Yasin pada setiap minggu, kami berpeluang berjumpa, sekali gus dapat bertanya khabar, selain mengeratkan hubungan silaturahim," katanya.

Pada pertemuan itu, beliau turut menghidangkan nasi beriani kambing, talam manis dan apam goreng yang dimasak oleh isterinya, Moseda George, ketika penulis berkunjung ke rumahnya di Bo Kaap, Cape Town, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang warga emas di Bo Kaap, Abdul Wahid Ibrahim, 75, berkata masyarakat setempat masih mengadakan perjumpaan di masjid pertama yang dibina di kawasan berkenaan, iaitu Masjid Auwal, yang dibangunkan pada tahun 1794.

"Di masjid inilah, kami berjumpa dan bertanya khabar, menguruskan jenazah serta menganjurkan majlis keagamaan bagi mengeratkan persaudaraan," katanya.

Sejak masyarakat Melayu di kawasan itu mula aktif menghidupkan semula amalan berkenaan, Yaseen berkata, banyak pihak yang memberi maklum balas positif kepada usaha mereka.

"Penempatan kami mula dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh dunia kerana lokasi ini mencatatkan sejarah awal penempatan Melayu Nusantara.

"Selain melihat sendiri kehidupan kami, pengunjung juga berpeluang menikmati keindahan semula jadi tempat ini yang begitu mengujakan," katanya.

Menurut Yaseen, antara destinasi tumpuan utama ialah Muzium Bo Kaap yang menyimpan pelbagai koleksi bersejarah masyarakat Melayu di penempatan itu.

Beliau berkata, di Cape Town sendiri banyak tempat menarik, antaranya Table Mountain, yang menjadi antara tujuh keajaiban semula jadi dunia. Pengunjung dapat menyaksikan keindahan bandar Cape Towe dari puncak gunung berkenaan.

Selain itu, kata Yaseen, pengunjung pasti asyik menikmati keindahan pemandangan yang menyaksikan pertembungan antara lautan panas dengan sejuk, iaitu Lautan Hindi dan Lautan Atlantik di Cape Point.

Pertembungan kedua-dua itu mewujudkan satu ketenangan dengan tiupan angin lembut yang pastinya meninggalkan memori indah kepada pengunjung ke sini.

Begitu juga dengan Asyraf Bazier, 51, yang menegaskan kehidupan moden pada masa kini tidak melupakan mereka terhadap sejarah keturunan.

Beliau berkata, keluarganya datang dari kepulauan Melayu, sekali gus masih meneruskan adat masyarakat Melayu campuran Arab yang diwarisi.

Dua anak perempuannya, Widad Bazier dan Bilqees Bazier juga masih meneruskan amalan tradisi yang diwarisi generasi terdahulu yang selesa mengenakan pakaian tradisional pada musim perayaan atau ketika menerima undangan majlis perkahwinan serta keraian.

Widad, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Perkhidmatan Kewangan Universiti Cape Town, manakala Bilqees, 20, pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi University of Western Cape, masing-masing berbangga menggayakan pakaian tradisional baju kurung moden yang disempurnakan dengan hijab.

"Walaupun tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kami masih menggunakan beberapa perkataan Melayu dalam kehidupan harian.

"Dengan hanya menggayakan baju kurung moden ini sudah cukup melambangkan kami sebahagian rumpun Melayu," katanya yang rapat dengan ibunya, Nazli Bazier, yang tegas mendidik berlandaskan pegangan agama Islam dan adat Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:31 PM | Show all posts
Upppp thread best ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah menarik sungguh thread ni..ada sambungan? Seronok membacanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 14-2-2019 03:32 PM
Wah menarik sungguh thread ni..ada sambungan? Seronok membacanya.

Insya Allah. Kena tunggu mood sampai sat. Semenjak dua menjak ni mood ke laut.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 01:50 PM | Show all posts
thanks for the info TT
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tt banyak info menarik. Habis baca sambil tengok Gegar Vaganza..heheheh








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.118617 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list