View: 8494|Reply: 76
|
Larang Kotak TV Android, Siapa Yang Untung?
[Copy link]
|
|
Menurut laporan The Star, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mempertimbangkan tindakan melarang penggunaan kotak TV android di kalangan pengguna di Malaysia seperti dilakukan Singapura.
Pengerusi SKMM Ishsal Ishak berkata, penjualan dan pemilikan kotak TV android menggalakkan penstriman kandungan cetak rompak di negara ini.
"Terdapat dua cara melihat perkara ini. SKMM kini melihat kepada aspek teknikal kotak-kotak (TV android), di mana ia perlu mendapat kelulusan SIRIM.
"Berhubung kandungannnya, sekiranya terdapat elemen pelanggaran hak cipta yang termaktub di bawah Akta Hak Cipta," ujarnya.
Cadangan pengharaman tersebut dikatakan akan termasuk dalam pindaan kepada Akta Hak Cipta Malaysia untuk dibentang di Parlimen tahun ini.
Susulan cadangan SKMM, Bahagian Penyelidikan Maybank Investment Bank (IB) mengesahkan bahawa penggunaan kotak TV android merumitkan ppembekal siaran TV berbayar di Malaysia dan Singapura.
"Sekiranya Malaysia meluluskan peraturan serupa, kami percaya ia akan menjadi pemangkin utama kepada Astro," kata seorang penganalisa sambil menambah bahawa Astro bakal meraih untung sekiranya Malaysia mengikut langkah itu.
Di Malaysia, netizen menyuarakan kemarahan berikutan apa yang mereka lihat sebagai campur tangan kerajaan. Ada juga berpandangan, ianya langkah ke belakang yang akan membuka ruang kepada amalan monopoli dalam perniagaan.
Tidak kurang juga yang berpandangan bahawa larangan penggunaan kotak TV android merupakan satu lagi contoh dasar fahaman perlindungan kerajaan di mana saingan stesen TV berbayar di Malaysia akan dicantas.
Malah, secara sinis ada juga pengkritik yang menyamakan situasi ini mirip konflik di antara pemilik teksi dengan syarikat e-hailing.
Namun, dari sudut pandangan lain SKMM mungkin ingin mempertingkatkan usaha bagi melindungi hak-hak harta intelek (intellectual property) di mana jenayah harta intelek merupakan masalah global yang boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negara.
Kotak TV android seringali diiklankan sebagai peranti yang fully loaded atau jailbroken. Ia dipasang dengan aplikasi Kodi yang boleh didapati secara percuma bagi membolehkan pengguna memainkan dan menstrim kandungan video. Pada dasarnya, Kodi adalah perisian yang tidak menyalahi undang-undang.
Foto: uSwitch.com
Bagaimanapun, penggunaan peranti TV android menyalahi undang-undang apabila pengguna menstrim siaran TV, filem dan rancangan sukan tertentu tanpa membayar yuran langganan. Ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi ataupun add-ons tidak rasmi.
Selain itu, kandungan kotak TV android boleh mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak yang menonton siaran dicemari dengan kandungan tidak sesuai tanpa pengawasan ibu bapa.
Foto: XDA Developers
Pengguna yang mahu menonton siaran berbayar premium seharusnya melanggan terus dengan pembekal rasmi serta menjauhi mana-mana perkhidmatan yang menawarkan kaedah mengelakkan bayaran.
Bagi pengguna yang ragu-ragu samada filem yang ditonton secara online adalah percuma, mereka boleh melayari laman sesawang findanyfilm.com yang memberi maklumat tentang cara menonton, membeli, menyewa atau menempah tiket secara selamat dan sah.
Akhir kata, sekiranya sesuatu laman web atau aplikasi menawarkan filem secara percuma sedangkan ia masih ditayang di pawagam, besar kemungkinan ianya menyalahi undang-undang.
Jadi apa kata anda? Adakah penggunaan kotak TV android perlu dilarang? - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haramkan juga Tepon android.psl leh install kodi.pstu sync ke tv.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana tu? explain pulisssss...
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 1-2-2019 12:51 PM
Haramkan juga Tepon android.psl leh install kodi.pstu sync ke tv..
camner nk wat bro...."tunjuk ajar ku...sifu". |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 1-2-2019 01:34 PM
Ehhhh... suka hati jekk..
Kalau gitu knp smart phone smart tv boleh.. sama je.. chooiii
Nak soh amik astro ler tu.. dah lama aku tutup.. citer ulang2
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa dah jd gomen nak selamatkan periuk nasik tokey2 yg berjanji bersumpah setia dgn politaiksyen la..jnji dgn rakyat tak buat takpe sbb manifesto bukan kitab suci...ehhh syial laaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu berapa biliyun punya nilai tu?
Tapi yang dipekikkan marhain melayu yang kuat tongkat katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ape beze tv box android n hp android?? Sedang kan kedua2 fungsinya sama. Tv box menjadikan tv dkt rumah mcm hp dgn skrin jauh lebih besar. Apa yg hp android bole buat, tv box pun berfunction yg sama cumanya tk bole masuk sim card telepon je la.
Fb jd pusat strim juga, maka block fb.
Twitter n byk apps lain budak bawah umur bole tgk blu maka block semua. Ujung2 ko block je internet utk kegunaan marhein kan senang . Cilakak sgt |
|
|
|
|
|
|
|
astro can go to hell. Dah la tak best. Dah selamat terminate dah. Baik amik netflix. Hypptv pun dpt channel mcm astro jgk sbb ada unifi. 2+1. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut haramkan Astro yang makan duit orang tapi service ke laut dalam |
|
|
|
|
|
|
|
astro..tak hujan pun takde siaran..bongok.. tapi iols tetap setia dgn astro walau cerita berulang, sebab kadang2 tgk movie ke apa tak dpt tgk full, so tunggu ulangan je baru tgk lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah main movie kat phone pon boleh broadcast ke tv. Takkan nak rampas phone kot. Bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Hp android kan ada...
Nk tgk kt tv.. Install apps cast to tv... X perlu kabel2 bagai.. Asal tv n hp share wifi yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Cisss nk suh setia dgn astro la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haromkan aje android dlm malaysia ni... Ha\..pakai ios..... Hahaahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Netflix ajer.. tiada potongan dan harga pun murah... |
|
|
|
|
|
|
|
Lg satu bodohnya depa igt kodi ni bole install di android tv sahaja kah?? Laptop/desktop windows pun aman2 je bole install n striming di tv. Even apple tv pun bole install kodi. So nk haramkan semua ke ni ?? |
|
|
|
|
|
|
|
solamo ni ramai urang Melayu bagi duik pado rontung astro..hasilnyo rontung tu buek kuil morato topi jalan...wakakakaakakkakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 1-2-2019 07:03 AM
Lg satu bodohnya depa igt kodi ni bole install di android tv sahaja kah?? Laptop/desktop windows pun ...
aku gigih download movie kat laptop pastu cucuk hdmi kt tv |
|
|
|
|
|
|
|
Android 1
Ios 0
Asteruk 0 |
|
|
|
|
|
|
| |
|