CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kemurungan

  [Copy link]
Post time 29-4-2019 12:00 AM | Show all posts
comel_comey replied at 14-4-2019 10:41 PM
hahahha.. haah dia dah xde. i trauma sampai skarang bila ingat balik moment dgn  dia.hahahhaa. now ...

bravo to you
enjoy life and work
im sure minda kita semua boleh sihat

eh some ppl boss mcm si*l pon depa wat dunno je
i mcm tu la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 12:00 AM | Show all posts
Syd replied at 24-4-2019 01:13 PM
Saya pernah terfikir untuk bunuh diri - Cakra Khan
MOHD. HAIKAL ISA
23 April 2019 5:10 PM

dia pon murung? adoi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:16 AM | Show all posts
Iris. replied at 12-4-2019 10:28 AM
yes or no
maybe kalau dia betul2 depression... dia maybe diagnosed with DEPRESSION STAGE 1
bukan ...

ha tudia.. self-diagnosed among depa2 yg femes
betul tu.. musim mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 01:16 PM | Show all posts
Cops: Teen who committed suicide after Instagram poll suffered from depression

NATION
Friday, 17 May 2019



KUCHING (Bernama): Recently, Malaysians were shocked over the death of a teenage girl who committed suicide after 69% of pollsters on her Instagram account supported the option to kill herself.

Local newspapers reported that the victim posted an online poll status asking her 'Instagram Story' followers: "Really Important, Help Me to Choose D/L." (D stood for death while L for Life).

In addition, the victim also reportedly posted a Facebook status update in which she said: "Wanna Quit F**king Life I'm Tired".

Padawan district police deputy chief DSP Merbin Lisa said based on the investigation, the girl who was known as Davia Emelia, 16, was suspected of experiencing depression.

"According to her mother, the victim was close to her stepfather but since the stepfather married a Vietnamese woman, he rarely returned to Kuching to meet the victim.

"It caused the victim to feel sad," he said when contacted by Bernama here Thursday (May 16).

DSP Merbin said investigation was still ongoing, and so far, the police had obtained statements from the school and the victim's close friends.

Yesterday, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) issued a statement to advise social media users to be more attentive and sensitive to suicidal postings to prevent similar incidents from recurring.

MCMC said reports should be made directly to the police, family members and friends of the individual involved.

Those in need of someone to talk to can call the Befrienders KL at 03-7956 8145, or 04-281 5161/1108 in Penang, or 05-547 7933/7955 in Ipoh or email sam@befrienders.org.my. – Bernama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 01:04 PM | Show all posts
Grup Whatsapp antara punca kemurungan?
Ramieza Wahid  |  Diterbitkan Hari ini 8:02 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 8:02 pagi


Beberapa pihak menyuarakan pendapat berbeza berhubung isu kumpulan Whatsapp yang dikatakan boleh menjadi penyumbang kemurungan.

Menurut Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fauziah Mohd Saad, kumpulan Whatsapp boleh dikategorikan sebagai faktor kemurungan jika pengunaan terhadap aplikasi tersebut tidak terbatas.

“Benda ini (grup Whatsapp) boleh dijadikan faktor orang kemurungan.


“Kadang-kadang pengguna ketika itu mungkin tengah tertekan dan jika terlampau banyak (kumpulan Whatsapp) ia menjerumus kepada kemurungan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

WhatsApp adalah sebuah aplikasi yang menyediakan perkhidmatan mesej pesanan ringkas, panggilan video dan penghantaran imej serta video secara percuma.

Aplikasi yang dimiliki oleh Facebook itu juga memaparkan beberapa kegunaan lain antaranya grup Whatsapp yang membolehkan sekumpulan orang boleh berbincang berkenaan satu topik pada satu-satu masa.

Mesej undang salah faham

Tambah Fauziah, grup Whatsapp boleh mennyumbang kepada kemurungan atas sikap segelintir pihak yang menyalahgunakan aplikasi tersebut.

“Remaja yang mengunakan (grup Whatsapp) tanpa pemantauan ini bahaya kerana mungkin ada mesej yang dihantar mengundang salah faham.

“Ramai remaja sering mengeluarkan kata-kata tanpa tapis dan ia boleh menyentuh perasaan seseorang,” katanya.

Fauziah juga berkata pernah terjadi kes dimana seorang remaja pernah berkongsi masalah dalam aplikasi tersebut mengharapkan bantuan namun rakannya dilihat mengecam remaja itu.

Tambahnya, jika seseorang mengalami masalah kemurungan, mereka mengharapkan bantuan melalui medium itu, rakan terdekat harus memberi perhatian dalam membantu mereka.

Penyakit utama lepas jantung

Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh anak muda atau sepuluh peratus daripada 5.5 juta belia di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.

Kajian yang sama turut menyatakan 29 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan dan kerisauan (anxiety) berbanding 12 peratus pada 2011.

Menjelang 2020 penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan utama rakyat Malaysia selepas penyakit jantung, manakala kemurungan pula dikenal pasti sebagai penyumbang besarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kajian yang sama turut menunjukkan satu daripada lima anak muda mengalami kemurungan, manakala satu daripada 10 remaja berhadapan masalah tekanan perasaan.

Fauziah menjelaskan terdapat beberapa cara boleh dilakukan bagi membantu pesakit kemurungan menerusi aplikasi kumpulan Whatsapp.

“Kalau grup (Whatsapp) itu bagus, mereka akan memahami keperluan dalam menghantar mesej. Lebih baik hadkan dan hantar mesej perlu saja.

“Bagus jika dalam kumpulan itu mempunyai seorang pesakit kemurungan, mereka boleh menasihati mereka dengan beri kata semangat yang merangsang perasaan positif,” katanya.

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan biasanya dikaitkan dengan bunuh diri.



Sementara itu, Ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Mahsa, Prof Dr Hussain Habil (gambar) menjelaskan grup Whatsapp boleh dijadikan satu alternatif bagi membantu pihak yang mengalami kemurungan.

“Ia semakin sukar kerana teknologi seperti kumpulan Whatsapp ini boleh digunakan untuk membantu mereka (pihak yang mengalami kemurungan)

“Saya tidak rasa kita patut salahkan teknologi namun kita harus mengajar orang ramai untuk lebih bijak dalam mengunakkan teknologi itu,” katanya.

Hussain yang juga merupakan bekas presiden Persatuan Psikiatrik Asean berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu main peranan dalam membantu pihak yang mengalami kemurungan.

“Isu begini NGO perlu main peranan seperti memberi pendedahan tentang cara efisien mengunakan aplikasi itu (kumpulan Whatsapp).

“Mungkin beritahu masyarakat bagaimana membantu mereka ini (pihak yang mengalami kemurungan),” katanya.

Statistik Befrinders menunjukkan kes bunuh diri di Malaysia meningkat dengan kadar yang tinggi pada tahun lalu apabila sebanyak 37.5 peratus kes direkodkan.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 7 peratus berbanding 29.8 peratus pada tahun 2017 serta mencatat peningkatan peratus tertinggi sepanjang dua tahun.

Pengarah Eksekutif Befrienders Kuala Lumpur Kenny Lim menjelaskan kumpulan Whatsapp tidak begitu sesuai dari segi memberi sokongan emosi kepada mereka yang mengalami kemurungan.

“Biasanya mesej di dalam kumpulan WhatsApp ini ramai tidak peka.

“Ya benar ada juga mereka (pihak mengalami kemurungan) meminta tolong menerusi aplikasi itu (kumpulan Whatsapp) tetapi jika yang membaca adalah ahli pasif, mereka tidak akan ambil kisah,” katanya.

Kata Lim lagi, keadaan ini akan jadi lebih serius jika ahli dalam kumpulan itu tidak mengendahkan mesej pesakit kemurungan malah memberikan tanda semak biru (blue tick).

“Sokongan emosi boleh diberi melalui kumpulan WhatsApp tetapi ia lebih sukar jika dibandingkan dengan bersemuka atau melalui telefon.

“Ini kerana melalui WhatsApp, tidak ada raut wajah (perbualan secara bersemuka), pergerakan badan (body language) dan intonasi suara. Maka, lebih susah untuk meluahkan perasaan sebenarnya,” katanya.

Selain itu, Lim menyarankan supaya orang ramai lebih peka terhadap segelintir pihak yang mungkin memberi mesej menunjukkan petanda kemurungan.

“Kenali apa tanda amaran yang boleh diberi, seperti kenyataan 'saya tidak boleh teruskan lagi', 'saya sangat penat', 'maafkan saya’, atau ‘selamat tinggal'.

“Jika ini dikesan dalam kumpulan WhatsApp, cuba hantar mesej kepada pihak itu secara persendirian sebagai tanda prihatin dan ini juga menghormati privasi kawan anda yang lain,” katanya.

Befrienders merupakan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan sejak 1970 untuk memberi sokongan emosi kepada individu yang mempunyai masalah emosi yang serius sehingga mahu membunuh diri.

Selain menyediakan perkhidmatan talian bantuan melalui telefon dan e-mel, Befrienders juga menyediakan bantuan melalui temu janji untuk perjumpaan secara peribadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2019 12:54 PM | Show all posts
Talian bantuan cegah bunuh diri

MyMetroMutakhir

BERNAMA

BAGI mereka yang mengalami kemurungan atau mungkin terfikir untuk membunuh diri, Sneham Malaysia Welfare Association melancarkan satu talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi kaunseling dan sokongan emosi.

Talian bantuan bebas tol itu beroperasi setiap hari bermula 4 petang hingga 8 malam.

Khidmat bantuan dilancarkan sejak 14 Januari lalu dan sasaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ialah mereka yang ingin berkomunikasi dalam bahasa Tamil di samping bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Menurut Sneham Malaysia, ia adalah NGO pertama yang menawarkan khidmat kaunseling menggunakan bahasa Tamil.

Pengasas dan presiden pertubuhan itu, Dr Florance Sinniah berkata, beliau mendapat idea menubuhkan Sneham Malaysia pada 2017 untuk memberi bantuan kepada mereka yang menderita kesihatan mental.

“Matlamat kami adalah untuk mencetuskan kesedaran umum mengenai pencegahan bunuh diri serta memberi kaunseling sokongan emosi kepada orang yang murung dan berfikir mahu membunuh diri.

“Bahasa Tamil adalah salah satu bahasa untuk kami berkomunikasi dengan mereka di samping bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, ” beliau memberitahu Bernama di Butterworth.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap 40 saat, seorang mati akibat bunuh diri di seluruh dunia.

Di Malaysia, laporan media memetik polis sebagai berkata. seramai 1,696 orang membunuh diri sementara 625 orang cuba membunuh diri antara 2014 dan Februari 2018.

Bagaimanapun , Florance berkata, angka itu adalah kecil berbanding keadaan sebenar yang berlaku.

Beliau berkata, penyakit mental mungkin menjadi punca kematian kedua terbesar dalam kalangan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.

“Sudah sampai masanya untuk kerajaan, institusi swasta dan agensi kerajaan yang lain untuk mengambil pendirian yang serius terhadap masalah penyakit mental dan kemurungan.

“Pihak yang berkenaan juga perlu melaksanakan strategi di peringkat kebangsaan untuk menangani perkara ini, ” katanya.

Sneham Malaysia, kata Dr Florance yang dibiayai oleh sumbangan masyarakat, mempunyai 30 orang sukarelawan yang bertugas setiap hari dan 12 orang sukarelawan akan mengendalikan talian bantuan.

“Sejak kami memulakan talian bantuan ini, kami menerima lebih daripada 45 panggilan.

“Kira-kira 20 peratus daripada pemanggil mendedahkan mereka mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri akibat nilai harga diri yang rendah, masalah perhubungan dan isu keluarga, ” katanya, sambil menambah, sewaktu setiap perbualan telefon, identiti sukarelawan akan dirahsiakan.

Sementara itu, seorang daripada sukarelawan Sneham Malaysia, A. Suryakumar, 44, berkata, beliau menyertai pertubuhan itu sejak enam bulan lalu untuk membantu mereka yang mempunyai isu emosi tetapi enggan berkongsi dengan orang lain.

Beliau sebelum ini amat bersedih dengan kematian anak saudara lelakinya, T Nhaveen, 18, yang dibuli dan dipukul sekumpulan remaja.

Kes Nhaveen dilaporkan secara meluas oleh media. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan itu pada 15 Jun 2017.

“Terdapat keperluan untuk bertemu dengan pelajar-pelajar sekolah dan mendidik mereka mengenai kesejahteraan emosi, tingkah laku yang bersesuaian serta bahaya buli. Sukar untuk orang yang mempunyai masalah emosi dan tidak mampu berkongsi dengan orang lain, ” kata Suryakumar.

Perbualannya dengan orang yang memanggil talian bantuan itu ada kalanya berlarutan selama dua atau tiga jam kerana mengambil masa untuk membina kepercayaan dan keyakinan, tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 11:46 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut tanda2 tu semua dah pernah rasa..
kecuali hilang selera makan..
murung ke...apa ke..makan tetap on...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2019 04:33 PM | Show all posts
yuki812 replied at 20-7-2019 11:36 AM
ikut tanda2 tu semua dah pernah rasa..
kecuali hilang selera makan..
murung ke...apa ke..makan tet ...

maybe just low mood dan bukan deperession
low mood / moody / ''tension'' / ''fed up''  adalah perasaan harian
murung (depression) is a psychiatric illness yg need a specialized doctor (a psychiatrist, bukan a psychologist atau a motivationer speaker utk merawatnya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 04:34 PM | Show all posts
Syd replied at 18-7-2019 12:54 PM
Talian bantuan cegah bunuh diri

MyMetroMutakhir

hmmm tak tahu menahu pasal this Nhaveen case..
dlm article tu syd, bunyi macam murder je ie dipukul sampai mati.. clearly for Kanun 302
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2019 01:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 01:31 PM | Show all posts
Hampir 35 peratus pemanggil Befrienders KL ada niat bunuh diri

Bernama |  Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 13:02 MYT



Befrienders KL menyediakan tempat yang selamat kepada mereka yang alami gangguan dan ada keinginan bunuh diri supaya mereka boleh berkongsi masalah tanpa takut dinilai atau dihukum oleh sukarelawan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hampir 35 peratus daripada 30,075 panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur pada 2018 menyatakan keinginan untuk membunuh diri.

Pengarah Eksekutif Befrienders Kuala Lumpur (KL), Kenny Lim yang mendedahkan perkara itu berkata hampir separuh yang menghubungi pihaknya juga adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, masalah hubungan dan masalah keluarga.

Beliau memberitahu panggilan yang diterima oleh Befrienders KL yang terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya juga meningkat setiap tahun iaitu 26,927 pada 2017 dan 24,821 panggilan (2016).

"Daripada 30,075 panggilan (2018), 66.2 peratus merupakan golongan wanita, 31.7 peratus lelaki dan 2.1 peratus lagi tidak diketahui," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Bernama.

Mengikut kumpulan umur pemanggil, Lim berkata 19.7 peratus daripadanya berusia 21 hingga 29 tahun diikuti 30 hingga 49 tahun (16.8 peratus), 15 hingga 20 tahun (14.3 peratus), 50 hingga 69 tahun (7.4 peratus), lima hingga 14 tahun (satu peratus), dan 70 tahun ke atas (0.5 peratus).
Lim berkata sebanyak 40.3 peratus pemanggil pula tidak berhasrat untuk menyatakan usia mereka.

Befrienders KL merupakan sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam setiap hari kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.


“ SKMM bekerjasama dengan lapan syarikat telekomunikasi mengecualikan caj bagi panggilan ke talian Befrienders. ”
- Kenny Lim
Twitter Facebook Email Google Whatsapp


Pertubuhan itu menyediakan perkhidmatan sokongan emosi dalam talian, emel dan temujanji untuk menemui sukarelawan Befrienders secara peribadi selain menganjurkan program 'outreach' dan seminar secara percuma.

"Kami mempunyai 120 sukarelawan. Kami menyediakan tempat yang selamat kepada mereka yang alami gangguan emosi, masalah dalam hidup dan ada keinginan untuk bunuh diri supaya mereka boleh berkongsi masalah mereka tanpa takut untuk dinilai atau dihukum oleh sukarelawan kami," kata Lim yang bersama Befrienders selama 21 tahun.

Beliau juga berterima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah bekerjasama dengan lapan buah syarikat telekomunikasi untuk mengecualikan caj bagi panggilan ke talian Befrienders bermula 1 Ogos lepas.

"Ini memang satu langkah positif kerana mereka yang ingin mendapatkan sokongan emosi, mereka tidak perlu bimbang tentang kos panggilan. Sebab sebelum ini, ada yang bercakap dalam telefon dan kata tiada kredit dalam telefon mereka.

"Langkah ini juga boleh menggalakkan lebih ramai yang mempunyai masalah untuk menghubungi Befrienders," katanya.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kerjasama itu ialah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotcom Berhad, U Mobile Sdn. Bhd., Webe Digital Sdn. Bhd. dan YTL Communications Sdn. Bhd.

Befrienders berharap dapat menambah lagi talian dan cawangan di seluruh negara di mana kini hanya terdapat sembilan cawangan di Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Muar, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching selain meningkatkan bilangan sukarelawan.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2019 – Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia: Bersama Mencegah Bunuh Diri

DG of Health
13 hours ago

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bunuh diri berada di antara sepuluh (10) penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 – 29 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun  menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea ingin bunuh diri adalah 10.0% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012, prevalen membuat perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3% (2017) berbanding 6.4% (2012), manakala cubaan bunuh diri adalah 6.9% (2017) berbanding 6.8% (2012).

Selari dengan tema Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tahun ini  iaitu “Working Together to Prevent Suicide” atau “Bersama Mencegah Bunuh Diri” yang menekankan ‘smart partnership’ atau usahasama pintar, semua pihak sama ada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama sebagai usaha bersepadu untuk mencari jalan penyelesaian menangani isu tingkah laku bunuh diri. Ini  memandangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah di luar jangkauan kesihatan seperti komorbiditi gangguan mental, penyalahgunaan substans, masalah psikososial dalam keluarga, tragedi kehidupan, masalah hubungan dan masalah kewangan.

Bunuh diri boleh dicegah. Sebagai ahli masyarakat, kita boleh mengambil tindakan untuk membantu sekiranya kita mengetahui terdapat di antara ahli keluarga, sahabat handai atau mereka yang kita kenali mengalami krisis emosi, tanda-tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh diri dengan:

Mengambil serius tentang masalah mereka;
Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.
Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital-hospital kerajaan,1001 buah klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 buah Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI). Individu yang mempunyai masalah berkaitan isu-isu kesihatan mental boleh juga mendapatkan bantuan melalui  talian Hotline (bebas tol) 24 jam 03-79568145 yang dikendalikan oleh pihak The Befrienders.

KKM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan, antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat, NIOSH,  serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti The Befrienders, Malaysian Mental Health Association, Mental Health Foundation, Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), MyPerintis, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dan lain-lain kerana telah berkolaborasi dengan KKM di dalam melaksanakan program-program promosi dan pencegahan bagi menangani permasalahan mental. Di antara program-program termasuklah Program Minda Sihat Sekolah, Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) dan SODA (Sweat-Off Depression Away).

KKM akan terus meningkatkan  kerjasama di samping mengalu-alukan pelbagai agensi  lain untuk lebih aktif melaksanakan aktiviti mempromosikan kesihatan mental. KKM juga ingin menyeru pihak media agar lebih prihatin dalam menyampaikan fakta yang tepat tentang kesihatan mental dan mengaplikasikan pelaporan tingkah laku bunuh diri di media cetak dan elektronik berpandukan Garispanduan Pelaporan Media Mengenai Bunuh Diri terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala orang ramai juga diminta untuk cakna terhadap isu kesihatan mental dan lebih bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat di media sosial. Semoga usaha-usaha ini dapat lebih meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan tingkah laku bunuh diri dan mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dan gangguan mental.



BERSAMA MENCEGAH BUNUH DIRI

#SAYANGI NYAWA, HIDUPKAN HARAPAN



Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10 September 2019
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 08:06 AM | Show all posts
Kenali tanda awal mampu elak kes bunuh diri - Lee
Bernama | Diterbitkan pada September 13, 2019 06:40 MYT

LEE: Apabila kita mengenali tanda-tanda amaran ini, kita mungkin dapat campur tangan dan menawarkan bantuan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gejala bunuh diri boleh dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan termasuk mengenali tanda-tanda awal yang mendorong mereka yang mahu melakukan perbuatan itu, kata Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Merujuk kepada laporan Kementerian Kesihatan mengenai kes bunuh diri yang semakin meningkat di negara ini, Lee berkata 80 peratus daripada mereka yang berfikir untuk membunuh diri menunjukkan tanda-tanda amaran di mana ia tidak dilakukan untuk menarik perhatian, sebaliknya bagi mendapatkan bantuan.

"Apabila kita mengenali tanda-tanda amaran ini, kita mungkin dapat campur tangan dan menawarkan bantuan.

"Orang yang mempunyai fikiran untuk membunuh diri biasanya sukar mempercayai orang lain dan tidak berdaya. Kemerosotan dan ketidakberdayaan emosi ini menyebabkan mereka rasa terpencil, seolah-olah kelihatan tiada siapa peduli.

"Masyarakat boleh mengubahnya dengan menawarkan penjagaan dan empati termasuk melengkapkan diri kita kemahiran mendengar dan sokongan seperti berada di sisi mereka yang berdepan dengan masalah," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.



Lee berkata golongan tersebut juga boleh mendapatkan bantuan di mana-mana klinik kesihatan, Pusat Mental dan Psikiatri (MENTARI) atau talian bantuan seperti Befrienders yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan seseorang berkongsi dan meluahkan masalah yang dihadapi.

-- BERNAMA

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.



Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019. 

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 08:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2019 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 12:56 PM | Show all posts
Kajian peringkat nasional keluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan - JPM
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 15, 2019 11:06 MYT

Kajian peringkat nasional keluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan - JPM
Ada pendapat yang mengatakan, orang yang mengalami kemurungan atau sakit mental tidak seharusnya dianggap sebagai penjenayah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini masih menjalankan kajian serta rundingan peringkat nasional bersama beberapa pihak berkepentingan dalam usaha untuk mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata proses tersebut mengambil masa yang panjang terutama dalam memastikan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan bukan dihukum.

“Pada keseluruhannya, Kerajaan telah pun menyediakan kertas kajian untuk diedarkan kepada pihak berkepentingan bagi mendapatkan ulasan dan pandangan bagi menggubal satu strategi komprehensif nasional.

“Jadi strategi komprehensif nasional ini amat diperlukan kerana kita akan dapatkan pandangan daripada sektor kesihatan, pendidikan, media, kebajikan sosial, keagamaan, pengangkutan dan pertanian seperti yang dilaksanakan Badan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanyakan berkenaan tempoh masa untuk kerajaan memuktamadkan usaha mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan.



Sebelum ini, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata antara peruntukan yang perlu dikaji ialah Seksyen 309 kanun berkenaan.

Seksyen itu menyatakan barang siapa mencuba melakukan kesalahan membunuh diri dan melakukan apa-apa perbuatan pada melakukan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Lee yang juga ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata, mereka yang cuba membunuh diri mesti diberikan rawatan psikiatri dan pemulihan.

Ini kerana, menganggap orang yang mengalami kemurungan atau sakit mental sebagai penjenayah adalah tidak berperikemanusiaan, tidak terfikir oleh akal dan tidak boleh diterima, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu i buat ujian dass tu, stress n anxiety normal. Depression la level sipi2 teruk. Bukan sangat teruk pun. And tak rasa I ada skt tu.

I rasa lebih pada feeling I lately. So nak tanya sini ada tak komuniti mcm group ke apa ke untuk i join and release kan perasaan ni

Kadang pikir gak nak call befriender tu..tapi tal suka nak cakap telefon..ke cemana eh uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 08:29 AM | Show all posts
vanillarexy replied at 16-10-2019 12:16 AM
Haritu i buat ujian dass tu, stress n anxiety normal. Depression la level sipi2 teruk. Bukan sangat  ...

mungkin ada di fb.

tapi itulah terhad. maybe ahli or friend only.

yelah, terbuka pada public, yang mengecam tak tahu hujung pangkal tu ramai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.107370 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list