CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Sultan Idris Shah II Of Perak

  [Copy link]
Post time 3-2-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Uihh banyaknya consort. Bertambah konpius la aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 3-2-2019 11:40 PM
Uihh banyaknya consort. Bertambah konpius la aku

Official consort sorang je. Raja muzwin tulah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada mood nk sambung cerita.
Tepek gambar jelah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja Muzwin raja permaisuri Perak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 12-2-2019 07:45 AM

Sultan Perak & Kedah.
Sultanah Bahiyah of Kedah pun sgt cantik.

Edited tq to tok chik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 4-2-2019 12:14 AM
Raja Muzwin raja permaisuri Perak

Raja Muzwin nie cantik betoi. No wonder anak2 hidung pun cantik jea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung January baru ni hari hol (kt Pahang ade hari hol) baginda.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 4-2-2019 07:24 AM

Sultan Idris kawin 8 kali rupenye
One of his second wife dianugerahkan gelaran Che Puan Negara. CPN ni gelaran utk commoner yg kawin dgn raja yg diamalkan di Perak.& Isteri kedua.

CPN dianugerahkan kepada CPN Aminah binti Abdullah chinese convert yang nama asalnya ialah Amy Lim Kam Fong.

Cantik sgt uols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2019 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Che Puan Negara Aminah binti Abdullah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Idris juga uncle kepada Sultan Ahmad of Pahang. Yg ni sy ingat2 lupe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 10:14 PM
Yang aib2 x yah citer la kut. Heheheheh.
I nk yg manis2 je.sbb ade yg citer di hujung usia, bagin ...

Sotan derih walaupun bini banyak, anak pun bederet ha tapi semua anak idak le rahsia2. Bini2 semua pun idak rahsia seperti sotan lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 06:36 PM
Kat belah mana tu? Lekir?

Banyak tempat. Dekat ladang atuk saya ada satu. Bermula dari istana, sultan akan naik rakit dan akan singgah setiap makam & akan dimandikan dekat situ. Ada satu sultan ni, kalau berakit masa pertabalan, beliau akan pegang keris beliau ke arah langit macam patung liberty tu. Dah habis berakit (upacara mandi setiap makam selesai), baru beliau turunkan tangan beliau. Tapi lupa sultan apa. Nanti saya tanya ayah saya. Betul kata orang, biar kita hargai sejarah, nanti generasi lain lupa. Contohnya saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti saya korek pasal sultan dari atuk, mak & ayah. Nasib baik ayah dengan mak berjiran, senang balik kampung & korek cerita.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 4-2-2019 07:27 AM
Nanti saya korek pasal sultan dari atuk, mak & ayah. Nasib baik ayah dengan mak berjiran, senang bal ...

Pls do. Akk ms kecik2 dulu nganga dengar mal citer psl istana.
Mak pernah gi istana Pahang. Sbb his uncle kerja sana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 11:28 PM
Cer citer yg sedap didengar

Previously I ada mentioned abt cerita sebelum kemangkatan Baginda ada 2 versi...I have some reservations nk type based on apa yg I ingat from my parents & makpak sedara I cerita,  takut tersalah..so I did some searchings dan jumpa ni....similar dgn apa yg heard dulu.

http://shalattas.blogspot.com/2013/01/?m=1

Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum. Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.

Namun biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.

Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.

“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.

Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.


“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.

“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.

Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.

Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”


“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku  panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.
“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.

“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.


“Tuanku sihat di Makkah?”

“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.

“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.

“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.

“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.


Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.

“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.

“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.

Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.

Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.


Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.

-Dari buku Lima Raja Terakhir
(Cetakan 1990)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mizziaz replied at 4-2-2019 08:11 AM
Previously I ada mentioned abt cerita sebelum kemangkatan Baginda ada 2 versi...I have some reserv ...

I really appreciate this
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 4-2-2019 07:40 AM
Pls do. Akk ms kecik2 dulu nganga dengar mal citer psl istana.
Mak pernah gi istana Pahang. Sbb h ...

Karang saya pergi kuale, saya korek ok.. Utk mod & pembaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 4-2-2019 10:54 AM
Karang saya pergi kuale, saya korek ok.. Utk mod & pembaca

I love u guys. Yg sudi kongsi cerita & baca.
Mak terharu. Sobs sobs sobs
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 12:22 PM | Show all posts
suka i dapat baca cerita2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin seronok duduk dkt benang ni. Ada yg boleh dijadikan tauladan pun utk kita semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.736918 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list