CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Sultan Idris Shah II Of Perak

  [Copy link]
Post time 3-2-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-2-2019 06:46 AM
Dorang (ku dottie and all siblings mak lain2) ada jugak yg jenih dimurkai sotan derih. Tak ingat d ...

Raja Yusuff Izzuddin tu kah yg dimaksudkan?

Anyway berapa ramai anak Raja Idris benornya? Minat jugak nak tengok anak cucu beliau. Mesti kacak lawa belake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau balik bota, mesti lalu dekat makam makam raja dedulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-2-2019 03:20 PM
Kalau balik bota, mesti lalu dekat makam makam raja dedulu

Lepas ni singgah la yeop. Ambik gambo. Ltk sini..
Sy pernah duduk Perak setahun kt Lumut. Sempat la dpt ank ic -08-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-2-2019 02:46 PM
Dorang (ku dottie and all siblings mak lain2) ada jugak yg jenih dimurkai sotan derih. Tak ingat d ...

Anak sultan Azlan nampak mcm friendly kan? But they are not. Tp tidaklah kekwat.
Dulu ada gak jumpa ank sultan Azlan dlm urusan-urusan rasmi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 03:31 AM
Anyway sebelum citer lanjut pasal minat music baginda, nak kabolah. Permaisuri Johor, Duli Yang Maha ...

Both comel..patut la puteri2 cantik belaka.. muka kuinah ikut tok n nenek..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sempat la mod. Ada satu makan tu dekat dalam ladang sawit. Agak skeri juga. Ada satu dekat simpang empat nak masuk ke rumah saya.
Tapi atok saya cerita, kalau pertabalan sultan perak dedulu, agak mencabar juga. Nak tengok sultan tu "berdaulat" atau tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-2-2019 03:26 PM
Kalau sempat la mod. Ada satu makan tu dekat dalam ladang sawit. Agak skeri juga. Ada satu dekat sim ...

hehe...nk mncelah jugak..
ade satu makam raja2 ni dekat jln nak pergi ke kg gajah..
mmg lalu ladang sawit n kebun2..
scary sgt jlnnya..tp tmpat tu terjaga la sbb wktu tu baru lepas pertabalan sultan nazrin..siap ade kain kuning lagi..tepi sg sbb abg aku kata mmg wktu istiadat tu sultan nazrin dtg ikut sungai kan..
kebetulan nk pergi pasar pagi kg gajah xtau ape mimpi abg aku nk singgah katanya nak sedekah alfatihah...aku x berani turun pun..hehehe
ampun mod ot xde kaitan dgn sultan suka muzik ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
chempaka.ayu replied at 3-2-2019 03:12 PM
Raja Yusuff Izzuddin tu kah yg dimaksudkan?

Anyway berapa ramai anak Raja Idris benornya? Mina ...

Raja Yusuff ni nampak tua dari Ku Dottie. Anak mak nombor bape beliau ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak saya citer, (zaman ni saya pun tak lahir lagi). Raja permaisuri perak, isteri Sultan Idris ni, mmg down to earth. Tak kisah singgah rumah nenek sedara saya, makan2. Takde sgt protokol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 3-2-2019 04:57 PM
Mak saya citer, (zaman ni saya pun tak lahir lagi). Raja permaisuri perak, isteri Sultan Idris ni, m ...

Wah, pekerti seindah rupa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chempaka.ayu at 3-2-2019 09:11 AM

Amponkan daku. Bukan Yussuf Izzuddin. Benornya Raja Izzuddin Iskandar - anak dengan Raja Mazwin. Rasanya kekanda Ku Dottie.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mizziaz at 3-2-2019 08:29 PM
Kurex replied at 3-2-2019 03:26 PM
Kalau sempat la mod. Ada satu makan tu dekat dalam ladang sawit. Agak skeri juga. Ada satu dekat sim ...


Betul tu. I nk sambung sikit...
Perak royalty is the only one that retain unbroken ties with Kesultanan Melayu Melaka.

Semua Sultan Perak yg nk ditabal wajib pegi "Beting beras basah" to confirm deyolss keturunan berdaulat.Tempat Sultan Muzaffar's first step on Perak soil.
Tempat bahtera baginda tetiba tersekat...pastu baginda sebut yg kat bawah ni..& campak mahkota ke dlm air sungai perak...aftr that baru lepas bahtera tu.
"Sekongkong tanah Mingkabau,
Selilit Pulau Perca
Dilengkung ular sakti muni
Perpisahan beta di Selat Melaka
Kalau sah beta raja berdaulat,
Maka lepaslah segala malapetaka"

Lagi satu ritual masa pertabalan is "Tabal pusaka"...yg ni lagi misteri. Semua alat2 kebesaran yg diwarisi di serahkan pd Sultan...majlis waktu malam, limited attendance, outfit hitam & cahaya lilin je boleh pakai.

Okayyy...OT sudah...ampunkan saya sis mod. I rasa its an interesting info to share.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 3-2-2019 03:51 PM
hehe...nk mncelah jugak..
ade satu makam raja2 ni dekat jln nak pergi ke kg gajah..
mmg lalu lad ...

Aku dekat Kelly Castle ni hah.. Tulah.. Seram gila kan.. Aku tak berani nak pergi situ malam malam walaupun dekat
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mizziaz replied at 3-2-2019 05:20 PM
Betul tu. I nk sambung sikit...
Perak royalty is the only one that retain unbroken ties with Kesu ...

Terimakasih sebab bagitau. Jadi tak payah aku jelaskan lagi. Tapi sebelum pertabalan, akan ada jamuan dekat sungai. Sultan kena seberang sungai, kalau tenggelam, makanya tak berdaulat. Sungai perak pun tepi rumah aku dekat bota tu, dapatlah family aku tengok. Atuk aku kata lagi, yg terpilih jadi sultan pun bukan calang calang. Kena penuh ilmu di dada. Ilmu apa pun aku tak tau la. Tapi yg pasti, kena jaga solat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 09:05 AM
Raja Idris ni masa hayat dia sangat gemarkan music dan mempunyai band sendiri.
Nama band baginda is ...

kan ado kelab nama sultan idris club yg dlm kwsn pokok getah tertua tu..pakcik iols dulu kerja dn dia tgl elm kuarters pekerja dlm tu..wujud lagi ke idok kelab tuh.pakcik n makcik iols dh xdop nk pi tanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
chempaka.ayu replied at 3-2-2019 05:08 PM
Amponkan daku. Bukan Yussuf Izzuddin. Benornya Raja Izzuddin Iskandar - anak dengan Raja Mazwin. Ras ...

ni yg ada kes dan muflis ke apa ..ada baca kt thread mana ntah . dan kurnia ditarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk kembali ke topic meh baca sedutan tulisan dari orangperak.com mengenai Sultan Idris


Almarhum Sultan Idris Shah II merupakan anakanda sulung kepada Sultan Perak ke 30. Bonda baginda ialah Raja Perempuan Kelsom dan ayahanda baginda iaitu Sultan Iskandar Shah sudah menjadi Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan selama enam tahun dari (dari tahun 1918-1938) sewaktu Raja Idris diputerakan pada subuh 15 Ogos 1924 di Istana Negara (sekarang Istana Iskandariah) dekat Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Baginda memulakan pelajaran di Clifford School Kuala Kangsar dan kemudian menyambung pengajian peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Namun pengajian baginda dalam kelas Senior Cambridge di Kolej Melayu Kuala Kangsar tergendala apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu pada lewat 1941.

Pada tahun 1934, baginda memperoleh jawatan pertama dalam Raja-Raja Bergelar apabila baginda telah dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak setelah kemangkatan Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah II.

Empat tahun kemudian, apabila ayahanda baginda mangkat, baginda telah dilantik sebagai Raja Bendahara semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Aziz.

Pada tahun 1948 pula, Raja Idris telah dilantik sebagai Raja Muda sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, dan menyusul setahun selepas itu, atas nasihat daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang Wahab, yang merupakan Menteri Besar Perak dan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Henry Gurney, Raja Muda Idris berangkat ke England untuk melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Raja Muda Idris meneruskan pengajian selama dua tahun dalam bidang kerajaan tempatan, kebajikan sosial dan ekonomi di Universiti London, dan kemudian baginda bertugas di Majlis Daerah Oxford dan Majlis Daerah Luar Bandar Burlington sebelum pulang ke Tanah Melayu pada 1951 untuk menyertai latihan ketenteraan dalam Rejimen Askar Melyu dan baginda seterusnya ditauliahkan sebagai leftenan.

Setelah melengkapkan latihan ketenteraan baginda,  Raja Muda Idris kemudiannya dinamakan sebagai ahli rasmi dalam Majlis Eksekutif Negeri yang mana baginda berkhidmat sehingga tahun 1958.

Dalam tempoh isi, baginda menyertai pelbagai majlis-majlis dan berangkat untuk melawat kawasan pendalaman Perak sebagai pegawai kerajaan. Malah pada ketika baginda sudah menjadi Sultan Perak, baginda sering mendapat perhatian diatas semangat dan kekuatan yang baginda pamerkan dalam menjalankan tugas baginda.

Diantara jawatan rasmi yang dimiliki oleh baginda ialah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja. Baginda sewaktu bergelar Raja Muda Perak, telah bersemayam di Istana Raja Muda di Teluk Intan, Perak.

Raja Muda Idris juga bertugas sebagai ahli dalam Dewan Negara Perak, satu badan yang melantik raja-raja bergelar, pembesar-pembesar Melayu dan menasihati Sultan dalam hal ehwal berkenaan dengan takhta negeri Perak.

Sebagai mengenang jasa baginda kepada negeri Perak, Raja Muda Idris telah dipilih untuk menerima darjah kebesaran British iaitu Companion of The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George (C.M.G.) daripada Queen Elizabeth II pada tahun 1953.

Ketika taraf kesihatan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin semakin merosot, Raja Idris diatas kapasiti sebagai Raja Muda Perak mempunyai lebih banyak tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan baginda sering mewakil Sultan dalam upacara-upacara rasmi dan Persidangan Raja-Raja. Ketika hari-hari terakhir Almarhum Sultan Yussuf, Raja Muda Idris sentiasa menghadirkan diri di Istana Iskandariah di Bukit Chandan.

Pada 5 Januari 1963, Almarhum Sultan Yussuf mangkat, dan dua hari selepas itu, sebelum keranda diraja dibawa keluar dari balairong seri, Raja Muda Idris telah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang ke-33 oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Perak, Dato’ Che Mohamad Yusof bin Sheikh Abdul Rahman.

Baginda memakai gelaran Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah dan baginda berumur 39 tahun sewaktu menduduki takhta negeri Perak. Upacara pertabalan Sultan Idris dianggap bersejarah kerana ini kali rakyat kebanyakan memegang dan membawa kuasa Bendahara semenjak tahun 1780.

Sebagai kebiasaan buat baginda semenjak bergelar Raja Di-Hilir pada 1934, Sultan Idris Shah II sentiasa berada dekat dengan rakyat. Baginda mudah bercampur dengan rakyat tanpa terikat dengan protokol-protokol istana yang ketat terutama buat rakyat yang tinggal di kawasan kampung dengan pendalaman.

Sahabat baginda bukan sahaja terdiri daripada orang-orang yang berpengaruh dan kaya seperti Shah Iran, namun juga dari kalangana orang-orang kebanyakan yang hidup secara bersederhana.

Dalam kebanyakan titah baginda, Sultan Idris Shah II banyak memberi fokus kepada cita-cita dan harapan baginda untuk bekerja kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Baginda sering menjelajah ke seluruh pelusuk dalam negeri Perak, dan baginda sendiri telah melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat baik orang Melayu mahupun bukan Melayu.  Melalui kuasa yang baginda miliki, baginda sering mendesak kerajaan agar membawa pembangunan dan menaiktaraf infrastrutur ke seluruh negeri Perak agar rakyat akan sentiasa gembira dan mudah menjalankan kehidupan seharian.

Antara hobi yang paling dekat dihati baginda ialah melukis. Tuanku mempunyai minat dalam bidang lukisan semenjak dari usia muda baginda lagi. Baginda menggunakan medium warna air ketika zaman persekolahan baginda dan kemudiannya baginda menukar medium kepada warna minyak.

Ketika baginda menjelajah ke England dan benua Eropah pada 1949 dan 1950, baginda meluangkan kebanyakkan masa baginda untuk melawat galeri-galeri seni.

Perasaan cinta baginda kepada laut diterjemahkan dalam dua hasil karya yang paling baginda sukai dan baginda siapkan apabila pulang dari Eropah. Satu darinya bertajuk Boat at Sea yang menunjukkan sebuah sampan yang sedang menuju ke pantai, dan sebuah lagi karya baginda memaparkan keindahan permandangan Pulau Pangkor.

Rasa cinta baginda kepada laut tidak hanya diterjemah melalui lukisan. Seperti ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Idris Shah II amat suka untuk memandu bot dan memancing.

Kesukaan kepada laut juga juga diikuti oleh kaum keluarga baginda iaitu adinda baginda Raja Mohamed dan Raja Ahmed Sifuddin (kemudian Raja Muda 1984-1987). Sultan Idris Shah II mempunyai sebuah bot yang dinamakan Dunita, sempena nama Raja Nor Akma (Ku Duna) binti Raja Kechil Sulong Harun Al Rashid, iaitu isteri kepada kekanda baginda Raja Mohamed.

Pada tahun 1943,  baginda mengahwini sepupu baginda iaitu Raja Puan Besar Raja Noor Izah binti Raja Ali, namun bercerai 14 tahun kemudian tanpa memperoleh cahaya mata.

Kemudian ketika zaman huru hara sewaktu penjajahan Jepun, baginda berkahwin dengan Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (kemudian Raja Perempuan). Raja Muzwin diketika itu baru berusia 15 tahun, dan pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.

Baginda berdua mempunyai seorang lagi anak perempuan namun telah pergi menghadap Ilahi ketika masih muda. Anakanda baginda ialah Raja Izzuddin Iskandar, Raja Nazhatul Shima (Raja Puan Mahkota Perak), Raja Iskandar Zulkarnain (Raja Di-Hilir Perak), Raja Zarith Sofia (sekarang DYMM Permaisuri Johor), Raja Jamil Ariffin, dan Raja Radziatul Zahar (meninggal ketika masih bayi).

Sultan Idris juga mempunyai beberapa orang isteri termasuk Amy Lim Kam Fong, yang kemudiannya menggunakan nama Aminah setelah memeluk agama Islam,dan kemudiannya memakai gelaran Che Puan Negara.

Antara isteri lain baginda ialah Che Asmah, Che Hanizah binti Abdullah (Annie Chin), Dato’ Seri Sharifah Salmah binti Syed Ahmad, Che Satira binti Abdullah (nama asal Suteen, wanita dari keturunan Thai) dan Dato’ Seri Norizan binti Haji Hamzah.

Sultan Idris juga mempunyai cahaya mata dari perkahwinan baginda ini yang keseluruhannya berjumlah 13 orang putera dan puteri, ini termasuk empat orang puter dan puteri dari perkahwinan baginda dengan Raja Perempuan Muzwin.

Sultan Idris Shah II telah terpilih melalui Persidangan Majlis Raja-Raja untuk menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke lapan. Namun dengan ketentuan daripada Ilahi, pada 30 Januari 1984, kira-kira seminggu sebelum dipilih oleh raja-raja Melayu sebagai Yang Di-Pertuan Agong, baginda telah mangkat setelah diserang sakit jantung di Hospital Daerah Lumut pada pukul 11.15 malam.

Almarhum berusia 59 tahun diketika itu dan telah menjadi Sultan Perak selama 21 tahun.  Almarhum telah dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran di Bukit Chandan dan diberi gelaran Marhum Afifullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin

Credit : https://www.orangperak.com/sultan-perak-33-sultan-idris-shah-ii.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 3-2-2019 10:03 AM
ni yg ada kes dan muflis ke apa ..ada baca kt thread mana ntah . dan kurnia ditarik.

Dengar khabor byk kes salah laku libatkan beliau. Ada yg sampai jadi hearing court case. Muflis tu salah satu antaranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-2-2019 03:26 PM
Kalau sempat la mod. Ada satu makan tu dekat dalam ladang sawit. Agak skeri juga. Ada satu dekat sim ...

Kat belah mana tu? Lekir?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 3-2-2019 06:42 PM
mizziaz replied at 3-2-2019 05:20 PM
Betul tu. I nk sambung sikit...
Perak royalty is the only one that retain unbroken ties with Kesu ...


It is interesting.
N sy buat tajuk general & sgt hargai cerita2 korang.
Sbb sy bkn org Perak. X byk sy tau.
Kite citer kt sini, esok ank cucu blh baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.195528 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list