JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
375
View
16
Reply

[Falsafah] [PROSODY CENTRE]: MEMAHAMI PROSODY DI DALAM PERCAKAPAN

[Copy link]

Author: ipes2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-2-2019 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 4-2-2019 12:49 AM

[Disclaimers: demi untuk pemahaman semua, kami akan kurangkan unsur2 medical dan terminology2 yg sukar in the interest of promoting the idea behind the brian functions][Kita tidak akan sentuh pemahaman Body Language dalam hal ini, walaupun Brain Area yang terlibat ada overlap nya]

Di dalam segi bahasa (lingusitic), Prosody adalah amat penting. Ini adalah intonasi, penekanan, pitch didalam pertuturan (speech) kita. Bolehlah dikatakan, inilah penerapan emosi ke dalam pertuturan kita. Kita sering dapati, perucapan2 seseorang yang walaupun contents nya amat penting, namun penyampaian nya agak lemah dan memberi kesan ''ucapan yang hambar'' kepada pendengar. Ini mungkin bergantung kepada skills sipendebat (eg Hitler yang memang skillful), atau persediaan sipendepat (eg Hitler sangat bersungguh berlatih), namun, dalam percakapan harian, kita boleh kenal mereka yang sangat elok penggunaan prosody di dalam pertuturan mereka.


Wujudnya kawasan khas di dalam otak dalam konteks prosody ini, sudah lama dijangka oleh Scientists, Neurologists dan Neuroanatomists. Cerita yang mudah bagi diri saya sendiri adalah bila lecturer Neuroanatomy saya (semasa saya menjadi Neuroanatomy Tutor di University saya), bercerita tentang bagaimana seorang Cikgu wanita di US dalam tahun 1970s mula didapati monotonous dan hambar penyampaian nya didalam kelas sehingga mendapat complaints dari murid-murid. Bila Cikgu ini mula dapat sakit kepala, beliau di scan dan satu tumour ditemui di suatu kawasan otak beliau yang memang telah dijangka menjadi tempat Prosody Centre.

Ini adalah di Brodmann's Area 44 dan 45 (Broca's Area, sila rujuk https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1144444&extra=page%3D2 ) dan memerlukan motor area untuk muka, lidah, leher dan tekak untuk berfungsi sepenuhnya. Memahami emosi-emosi dalam percakapan ini pula ialah Presylvian Area Sebelah Kanan ( Right-Sided Brodmann's Area 22).

Jika kita efektif dalam mengketengahkan sesetengah emphasis atau sesetengah intonasi dalam pertuturan kita, maka kita akan menjadi seorang communicator dan ahli percakapan eg debator yang berkesan (agaknya ). Jika kita pula senang memahami emosi orang didalam pertuturan mereka, tentulah kita ini dikenali sebagai orang yang ada empathy dan seorang yang disukai.

Cara Bercakap.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 04:44 PM | Show all posts
Kadang orang takde empathy or sympathy dalam percakapan. Belum cukup common sense nak fikir perasaan orang lain.

sympathy lebih kepada percakapan atau kata2 nasihat saja.  
empathy lebih kepada percakapan dan dituruti dgn perbuatan. bila ada rasa empathy kita akan memahami situasi seseorang tu.

yang penting berhemah bila berkata-kata....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:44 AM | Show all posts
pertama kali dengar term ni PROSODY....  saya rasa some of us are monotoneous sbb malu n segan kot...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols sndiri terasa penyampaian iols semakin hambar sejak2 kebelakangan ni.. iols dpt rasa org akan mengantuk dgar iols bercakap...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu yang bermain di minda....
Seseorang yang mempunyai emosi -emosi positive saje dalam pertuturan, penulisan atau perlakuan adakah dianggap tidak normal?
Sebab, bila kita selalu berdepan dengan perpsektif masyarakat.... Bila positive je dianggap fake /pura -pura.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-2-2019 05:23 PM | Show all posts
D.Adek replied at 4-2-2019 04:44 PM
Kadang orang takde empathy or sympathy dalam percakapan. Belum cukup common sense nak fikir perasaan ...

betul.etiquette dan adab bercakap memang membentuk peribadi seseorang

prosody ni lain sikit.. our imam besar kat sini.. adoi mmg takde aprosodic la dia tu

sampai kan ramai sgt org tegur bila khutbah
monotonous
takde emphasis, takde penekanan
takde turun naik pitch
mendatar je
i pon kroh kroh lah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-2-2019 05:25 PM | Show all posts
wallame replied at 5-2-2019 12:44 AM
pertama kali dengar term ni PROSODY....  saya rasa some of us are monotoneous sbb malu n segan kot.. ...

tu lain wallame
tu sebab beradab dan ada factor tradisi
org yg aprosodic (takde prosody) ni, ckp dia mcm robot
atau penekanan nya tak kena pada tempatnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-2-2019 05:26 PM | Show all posts
finn replied at 5-2-2019 03:31 AM
Iols sndiri terasa penyampaian iols semakin hambar sejak2 kebelakangan ni.. iols dpt rasa org akan m ...

yawnnn
saya dah mula menguap
susah sikit konsep prosody ni
bila kita jumpa orgnya, yg prosody nye sgt teruk, ha kita sure ingat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-2-2019 05:34 PM | Show all posts
Syajati replied at 5-2-2019 12:38 PM
Sesuatu yang bermain di minda....
Seseorang yang mempunyai emosi -emosi positive saje dalam pertut ...

sy sendiri berpendapat, bersikap positif dalam apa bentuk pun adalah satu behaviour yg elok. ia melambangkan pendirian yang kuat. dikala orang semua layu sebab harga rumah naik dan rent mahal, dia melompat jual modified barns sebagai temporary housing. dia mungkin positif (atau mungkin jenis yg mengambil kesempatan). tetapi, dapat melihat positif dalam kesukaran adalah suatu defense mechanism yang kuat. juga yg menulis dgn postif.. ini adalah seorang yg optimistik. sy tak yakin ini semua tidak normal. ini adalah peribadi yang kuat.
masyarakat menganggap fake? masyarakat ini berlapis-lapis, dan manusia sebagai komponen masyarakat, agak jarang dalam pemberi pandangan yg positif kepada idea2 baru. forum kita ini adalah suatu masyarakat. jika kita berhenti dan ambil masa 10 minit setiap sehari untuk mendengar apa yang ''masyarakat'' kata tentang diri kita, tentulah kita membunuh diri di hujung minggu nanti.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 11:30 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 5-2-2019 10:31 PM

Kadangkala kepetahan berbicara adalah anugerah @ bakat bertutur- gift of the gab...mereka ini boleh spontan bercakap, mengacara majlis, berceramah tanpa teks @ skrip, kagum tengok dalam masa 5 minit tiba-tiba dapat tugas sebelum acara, bisa keletah melontar suara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.... "Forum kita ini satu masyarakat".
Suka dengan statement ni.... Kita kenal masyarakat dengan cara berlainan iaitu alam maya tapi bayangan perlakuan dapat digambarkan sama dengan alam realiti.

Apabila kata -kata nasihat hanya mengutamakan emosi....
Ia seumpama melempar hadiah tapi secara kasar....
Orang yang menerimapun tak dapat bezakan samada ianya hadiah....
Kerana ia hanya merasakan kesakitan....

Sebab itu, orang yang yang emosi positive berpegang dengan prinsip pada hikmah kebijaksanaan... Berbahaslah dengan cara yang baik, berkeras hanya akan menjarakkan kita dengan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 10:37 AM | Show all posts
Often we overlooked the function of Prosody in our speech kan.

Some people as per super mod @seribulan memang gifted dalam deliver kata-kata.

Some train hard and practice to earn "it"    

it takes confidence, intelligence, sensitivity to audience/ person we speak to.

kalau dalam masyarakat forum ni, diakui cara "berbicara" selective atau ikut benang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 11:02 AM | Show all posts

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

Pengertian Prosodi dan Suprasegmental :

Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa.    Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima.

Prosodi turut melihat perubahan  kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan. Dalam  tulisan  tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.

            Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan.Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan segmental. Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi.

            Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama.

            Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan fonologi. Ciri-ciri prosodi yang digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti berikut:

a)Tekanan

Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

            Contohnya:

Ø  Prog res
            bermaksud kemajuan (kata nama)

Ø  Pro gres
            bermaksud memajukan (katakerja) Dengan perkataan conduct insult

Semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. Lambang bagi tekanan ialah [ ]. Misalnya [budak], [kertas], [meja] dan lain-lain.Dalam bahasa Melayu tekanan tidak membezakan bunyi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.

Tujuan tekanan adalah untuk :

      i.        menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog.
      
     ii.        menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.




b) Intonasi dan nada
           
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada ketika bertutur. Dalam bahasa Melayu intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan. Contohnya, ayat penyata atau penyampai berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya pula mengunakan intonasinya meninggi pada akhir ayat. Intonasi juga disebut lagu bahasa.

Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanya pula meninggi apabila diakhir ayat.
Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:



Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut:

      

Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2 iaitu bagi menunjukan terdapat permulaan ujaran. Kemudian nada itu akan menaik bila ada tekanan dan turun hingga nada atau angka 1. Contohnya, saya hendak balik. Sehubungan dengan itu, dalam bahasa melayu juga terdapat nada yang tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat fonemik sebagaimana dalam bahasa Cina, sebagaimana contoh berikut:


        ma 1 -- bererti kuda

        ma 2 C bererti emak

        ma 3 C bererti jerami

c)Tempo

Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu. Ia berlaku kerana sesorang itu berhadapan dengan situasi yang menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa. Contohnya apabila sesorang membuat ulasan selari sesuatu pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran yang padat dalam tempoh yang singkat.

            Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.


d) Rima

Rima terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Secara formal rima terdapat dalam bidang puisi dan muzik. Namun dalam pertuturan biasa juga ada rima, cuma kuarang diberi perhatian. Malah ahli bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya apabila ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama. Contoh lain, dalam pantun, sajak mahupun syair rima akhir adalah berbeza. Contoh pantun rima akhir mestilah a,b,a,b atau berselang seli contoh

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
Manakala jika syair pula, rima akhir mestilah sama contoh

e) Mora

Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Penggunaan unsure ini lebih ketara dalam bahasa inggeris, misalnya :
Pendek
       
Panjang

[sit] C sit (duduk)
       
[si:t] C seat ( tempat duduk)

[full] C full (penuh)
       
[fu:l] C fool ( bodoh )

f) Jeda

Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna.

Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut

i.        [= saya minum susu lembu =]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)

ii.        [= saya minum susu = lembu]

iii.        (Bermakna  orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu)

Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya:

  Berikan:    ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan)

                          beri + kan (bermaksud menyerahkan)   



Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan system pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan adalah seperti berikut;

a.    Memahami penggunaan intonasi

Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi C intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran C ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

b.    Tatabahasa

Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah

                                       i.        # Emak makan nasi adik #
                                      ii.        # Emak makan nasi # adik

Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.

c.    Membezakan makna ayat

Ianya juga merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan.

d.    Kelancaran

Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu 31 berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

e.    Kefasihan

Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna.

f.     Memudahkan kefahaman murid

Dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan C perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

g.    Laras Bahasa

Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.


Posted by mohamad yusra mat kassim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Syajati replied at 5-2-2019 12:38 PM
Sesuatu yang bermain di minda....
Seseorang yang mempunyai emosi -emosi positive saje dalam pertut ...

btl.. org mcari slh shj. pdhal apa yg disampaikn tu lbh penting / baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:36 AM | Show all posts
Mengenal Karakter Berkomunikasi dan Mengatasi Masalah dalam Berkomunikasi

Mengenal Karakter Berkomunikasi dan Mengatasi Masalah dalam Berkomunikasi
Oleh Medel Indonesia


Pernahkah Anda mendengar seseorang menanyakan hal ini kepada Anda Ada masalah dalam berkomunikasi? Ya, komunikasi yang baik adalah yang berhasil melibatkan pertukaran informasi, di antara dua individu atau lebih. Adanya masalah dalam berkomunikasi, cenderung menyebabkan seseorang merasa frustrasi, walaupun seringkali masalah ini terjadi hanya karena perbedaan gaya komunikasi dan gaya mendengar.

Jika Anda adalah pengguna implan rumah siput, mengalami masalah dalam berkomunikasi dapat menurunkan motivasi Anda untuk bersosialisasi dengan orang lain. Komunikasi pada umumnya merupakan salah satu alasan terpenting mengapa Anda memutuskan menggunakan alat bantu dalam mendengar.

Beberapa hal berikut akan membantu Anda untuk mengenali, mengapa terjadi masalah dalam berkomunikasi dan terjadi kegagalan dalam membangun interaksi dengan yang lain, sekaligus memberikan solusi kepada Anda untuk mengelola masalah tersebut:

Gaya berkomunikasi seseorang adalah cerminan kepribadian mereka. Jika Anda adalah orang yang percaya diri, biasanya Anda mampu berkomunikasi dengan suara yang lebih lantang dan lebih antusias. Pada orang yang berhati-hati atau sering gugup, mereka akan menggunakan suara yang lebih tenang dan berkomunikasi dengan lebih lembut. Dengan Anda mengetahui kepribadian orang-orang yang berhubungan dengan Anda, maka Anda pun akan lebih mudah mengelola cara berinteraksi Anda dengan mereka. Misalnya, jika Anda akan berbicara dengan seseorang yang suaranya lebih tenang atau pelan, maka sebaiknya Anda memilih untuk berkomunikasi di lingkungan yang tidak terlalu bising , sehingga Anda dapat mendengar dengan lebih mudah. Selain itu, lokasi dengan sedikit gangguan visual juga akan memastikan Anda dapat memberikan perhatian dengan lebih baik ke lawan bicara Anda tersebut, sehingga lebih mudah berkomunikasi dengan mereka.
Gaya Berkomunikasi

Pertama yang harus Anda lakukan adalah , kenali dulu gaya komunikasi yang akan Anda gunakan. Anda bisa meminta bantuan dari ahli rehabilitasi pendengaran, teman, dan anggota keluarga jika Anda belum mengetahui caranya. Ada tiga gaya percakapan yang cenderung kita gunakan: pasif, agresif dan asertif.1.

    Pembicara Pasif ,mereka lebih cenderung ingin menghindari interaksi, karena merasa tidak bisa mempertahankan percakapan. Apabila mereka tetap harus terlibat dalam sebuah diskusi, mereka pun lebih cenderung diam atau pasif di sepanjang percakapan, atau hanya memberikan sedikit saja kontribusi. Pada saat seseorang baru saja menggunakan implan rumah siput, mereka biasanya masih menjadi pembicara yang pasif. Mereka masih belajar untuk bisa membaca pesan secara lisan, dan juga masih membutuhkan waktu untuk memproses sebuah pertanyaan. Jika Anda pembicara pasif, sebagai tips, pilihlah lawan bicara yang bisa mendukung upaya Anda dalam mendengar, dan mengerti tentang Anda, seperti dapat memberi Anda waktu untuk memproses pertanyaan, instruksi dan memahami sebuah cerita yang detail,sehingga bisa membangun kepercayaan diri Anda.
    Pembicara Agresif, mereka ini biasanya ingin mendominasi sebuah percakapan, dan sedapat mungkin mengontrol semua proses pertukaran informasi. Lawan bicara mungkin akan merasa bahwa mereka kerap menghindari masalah dalam berkomunikasi, dan sangat agresif dalam berdiskusi. Banyak juga orang dengan alat bantu untuk mendengar yang bisa berada di tahapan komunikasi ini. Hal ini sering terjadi dikarenakan kekhawatiran mereka karena tidak bisa mendengar atau memahami informasi seperti pertanyaan atau cerita yang diberikan. Karenanya, mereka berpikir bahwa lebih mudah bagi mereka untuk mengendalikan percakapan daripada meminta pasangan berkomunikasi lebih aktif, sehingga dikhawatirkan lawan bicara menganggap Anda mengabaikan pertanyaan mereka, atau melewatkan inti dari cerita mereka.

    Jika Anda yang bertemu dan berkomunikasi orang lain yang memiliki masalah mendenga berbicara dengan menggunakan gaya komunikasi ini, pahami mengapa mereka lebih mendominasi percakapan, dan ajaklah mereka memilih lingkungan mendengar yang lebih tenang. Melakukan diskusi satu lawan satu juga dapat membantu orang tersebut berkonsentrasi pada pesan yang disampaikan, sehingga memungkinkan adanya komunikasi dua arah.
    Pembicara yang Asertif, pembicara model ini akan terlibat sepenuhnya dalam percakapan dengan menggunakan berbagai strategi proaktif dan positif, untuk mengatasi masalah dalam komunikasi. Ahli rehabilitasi mendengar harusnya dapat memberikan strategi untuk pengguna implan rumah siput untuk bisa menjadi pembicara yang asertif sehingga dapat menuju percakapan yang asertif, baik dengan keluarga atau pun masyarakat luas.

Gaya Mendengar

Gaya mendengar ini sangatlah bergantung pada pada alasan seseorang mendengarkan di sebuah kelompok, atau pada orang tertentu. Ada tiga jenis gaya mendengar yaitu: berorientasi pada konten, berorientasi pada orang (lawan bicara), dan berorientasi pada tindakan.2,3.

    Berorientasi pada konten mereka akan fokus untuk mendengarkan isi percakapan, seperti apa atau mengapa yang ada di dalam percakapan. Sebagian besar interaksi Anda merupakan diskusi umum, dimana seringkali terjadi perubahan topik dan lawan komunikasi. Akan sulit untuk melacak perubahan topik pembicaraan ini di lingkungan yang bising, dan dengan lebih dari satu lawan bicara. Jika Anda baru saja menggunakan implan rumah siput, ada baiknya Anda memiliki pasangan atau teman yang akan membimbing Anda, saat ada pertanyaan atau pun perubahan topik diskusi dengan cepat, sehingga dapat membantu Anda mengejar ketertinggalan.
    Berorientasi pada orang/lawan bicara mereka ini fokus mendengarkan seseorang dengan tujuan mengetahui latar belakang orang tersebut dengan lebih baik. Kita akan lebih sering menggunakan gaya mendengar seperti ini ketika bertemu dengan orang-orang baru. Anda mungkin akan lebih banyak mengajukan pertanyaan yang bertujuan membuat Anda lebih dekat dengan lawan bicara Anda, seperti mencari tahu, apakah mereka memiliki anak, dimana mereka tinggal, dan apakah pekerjaan mereka. Dengan mengajukan pertanyaan ini, maka akan dapat membantu Anda untuk lebih memahami informasi yang nantinya akan mereka berikan.
    Berorientasi pada tindakan dimana fokus mendengar akan lebih dititik beratkan pada rencana tindakan yang akan dilakukan selama diskusi berlangsung. Jika Anda terlibat dalam komunikasi seperti ini, Akan lebih baik jika Anda meminta semua peserta menuliskan daftar semua keputusan yang telah dibuat dalam diskusi, atau memberikan catatan hasil diskusi. Misalnya, jika Anda merencanakan sebuah perjalanan wisata, mintalah daftar apa saja yang perlu Anda bawa.



Dengan memahami gaya berkomunikasi Anda sendiri, dan juga mengetahui gaya mendengar yang dib*t*hkan dalam setiap interaksi, maka hal ini akan membantu Anda memilih strategi yang tepat untuk digunakan dalam berkomunikasi, sekaligus untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi.

Jika Anda terlibat dalam terapi komunikasi ataupun terapi mendengar, sebaiknya Anda mendiskusikan strategi yang dapat Anda gunakan sebagai bagian dari program rehailitasi Anda.

Apakah Anda menyukai artikel tentang cara membangun dan mengatasi masalah dalam berkomunikasi? Subscribe Blog MED-EL Indonesia untuk menerima informasi lain tentang rehabilitasi pada orang dengan gangguan dengar, langsung ke inbox Anda setiap minggunya!

References:
1. Tye-Murray, N., & Witt, S. (1996). Conversational moves and conversational styles of adults cochlear implant users. Journal of the Academy of Rehabilitative
2. Audiology, 29, 11C25.Barker, L.L. (1971). Listening Behavior. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall
3. Watson, K.W. and Barker, L.L. (1995). Listening Styles Profile. Amsterdam: Pfeiffer & Company

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-2-2019 05:17 AM | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2019 11:36 AM
Mengenal Karakter Berkomunikasi dan Mengatasi Masalah dalam Berkomunikasi

Mengenal Karakter Berk ...

''...yang dib*t*hkan..'' itu apa

itu indonesian utk ''yg dicita-citakan'', kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 16-2-2019 04:17 AM
''...yang dib*t*hkan..'' itu apa

itu indonesian utk ''yg dicita-citakan'', kan?

Ya, pak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064157s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list