CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6288|Reply: 4

TOMAN LAKE HAVEN : PERMAINAN TOMAN LOMBONG – PART 01

[Copy link]
Post time 5-2-2019 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2019 03:53 PM | Show all posts
Edited by leblues at 5-2-2019 03:52 PM

Pancingan toman di lombong agak berlainan dengan pancingan spesimen ini di tasik atau empangan. Saya baru juga sebenarnya terjebak dengan casting toman lebih-lebih di lombong seperti Lake Haven ini. Ada seronok dan ada masanya pening kepala melayan mood toman yang sering kali berubah lebih-lebih lagi dengan paras air rendah dan tinggi, air jernih atau keruh. Ditambah lagi kunjungan semasa panas ataupun semasa hujan?

Dahulunya saya hanya mengilat toman di tasik dan empangan sahaja. Tak kiralah sama ada di Temenggor Selatan, Royal Belum, Bersia, Air Ganda, Chenderoh, Kenyir, Pergau, Linggu ataupun Sepayang. Namun cerita itu telah lama berlalu. Faktor seperti kos yang semakin mahal, ikan yang semakin berkurangan serta rakan-rakan sepancingan kini lebih cenderung kepada pancingan laut menyebabkan saya semakin kurang mengilat spesies bergigi tajam ini.


Crankbait sememangnya gewang yang paling mujarab. Ia bergantung kepada mood toman semasa kunjungan. Sentiasa bersedia dengan gewang crankbait perbagai jenis, kedalaman dan juga warna.

Lama juga, kira bertahun-tahun saya berhenti mengilat toman. Sehinggalah setahun lalu saya mengenali Alip atau lebih dikenali sebagai Rapala Oz untuk nama FB beliau. Bermula dari situ saya kerap ke lombong Lake Haven. Pada mulanya perhatian saya ke lombong ini kerana saya lebih berminat untuk mendaratkan Belida Bintik menggunakan kaedah trolling. Namun begitu lama kelamaan spesies berbadan pipih ini semakin sukar ditemui lantaran mengubah target kepada toman pula.

GAME YANG BERLAINAN

Pada mulanya saya ingatkan cara permainan dan memujuk toman lombong ini lebih senang berbanding saudaranya di tasik atau empangan. Saya beranggapan sedemikian memandangkan lombong jauh lebih sempit beratus kali ganda berbanding mana-mana empangan. Malahan lombong juga tidak mempunyai strukur-struktur atau reba banat seperti empangan. Anggapan saya tentulah toman lombong lebih mudah dijejaki dan ditewaskan.


Toman berwarna gelap sebegini lebih garang untuk menyambar gewang.

Pertama kali ke Lake Haven ini saya berbekalkan kekili Shimano Calcutta Conquest 201 dan joran Smith KOZ Magnum Husky. Peralatan yang saya rasakan cukup ampuh dan bila-bila masa sahaja mampu menewaskan Toman di sini. Saya juga membawa gewang-gewang crankbait selaman dalam kerana menurut rakan-rakan, toman lombong lebih gemarkan gewang yang mampu menyelam dalam seperti ini.

Ini trip pertama saya bersama Alip. Di pagi hari kami sudah berjumpa dengan kawanan anak toman. Berdasarkan gemutan dan saiz anak toman tersebut Alip dapat mengagak ianya masih baru dan tentu induknya amat garang. Walaupun  begitu cara memujuk induk ini sangat berlainan. Sebelum kunjungan  ini, saya telah berjumpa dengan Din Labatta, seorang pengilat yang amat mahir dengan permainan toman-toman lombong.


Toman lombong Lake Haven ini bersaiz lebih besar berbanding saudaranya di tasik atau empangan.

Beliau sememangnya sangat fanatik dengan pancingan toman lombong. Boleh dikatakan Din menghabiskan 90% dari masa memancing beliau untuk mengilat toman. Beliau juga sebenarnya bertanggung-jawab dalam usaha menempatkan pemancing Malaysia sebagai pemegang rekod dunia IGFA untuk Giant Snakehead All Tackle Category. Semasa saya berjumpa dengan beliau, Din menerangkan cara-cara menggunakan gewang crankbait untuk toman lombong. Ia berkenaan saiz gewang, cara balingan, cara karauan dan juga mata kail yang sesuai untuk digunakan. Katanya induk toman lombong mempunyai cara yang sangat berbeza ketika meligan gewang yang disuakan untuknya.

KARAUAN SANGAT PERLAHAN

Semasa menjejak induk toman di empangan, biasanya saya akan melontar gewang dan mengarau laju ke dalam kawanan anaknya. Ketika mengarau laju inilah biasanya  induk akan meligan gewang. Proses memujuknya juga sangat singkat. Boleh kata dalam 5-6 kali balingan kalau tiada respond, boatman akan meminta kami untuk meninggalkan kawanan tersebut dan mencari anak-anak lain pula. “Mama papa dan sakit mulut” kata boatman yang  bermaksud induk tersebut berkemungkinan sudah berjaya dipancing sebelum ini.


Adakalanya casting kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi ketika hari berangin kuat. Salah satu cara terbaik untuk memujuk toman yang sukar dikesan semasa ini adalah dengan teknik trolling berhampiran samai.

Di lombong ini lain pulak caranya. Gewang masih dilontar beberapa kaki dari kawanan anak toman tetapi cara karauan sangat berbeza. Gewang selaman dikarau sangat perlahan, ada kalanya ia dihentikan karauan semasa gewang melintas di dalam kawanan anak toman ini. Gewang yang terampai seketika tersebut akan disambung kembali dengan karauan perlahan seterusnya.

Saya menggunakan gewang crankbait Evergreen Combat Crank 400 yang berukuran 68mm dan seberat 21gm. Ianya cukup berat untuk dilontar tepat ke mana sahaja kawanan anak toman ini berada. Gewang berwarna Blue Back Charteruse ini mampu menyelam sehingga 13 kaki. Biasanya kawanan anak toman yang terancam akan cepat sahaja dibawa oleh induknya untuk berlindung di kawsan samai. Namun yang ini hanya berlegar-legar di kawasan yang jauh dari samai.

“Induk dia betul-betul ajak gaduh ni bang, stay kat tengah jer ni tak nak masuk samai. Mesti strike induk ni” kata Alip kepada saya bila melihatkan kawanan anak toman tersebut asyik menimbul di tengah lombong.


Kedua-dua toman ini saya perdayakan melalui kaedah trolling. Gewang pertama menghentam gewang besar Rapala Magnum Shad Rap bersaiz besar.

Saya melontar berkali-kali gewang ke arah kawanan anak toman tersebut dan sekali-sekala induk akan mencangkup udara menunjukkan saiznya yang besar. Sehingga kini masih belum ada sebarang respond atau “ketuk” kalau ikut bahasa pengilat Toman. Saya juga masih ingat nasihat Din Labatta. “Pujuk mama lombong ni kalau 15 minit dan 30 minit tu kira cepat. Paling-paling kena baling dan pujuk sejam baru induk dia nak ketuk gewang”. Inilah perbezaan paling nyat antara memujuk toman empangan dan lombong.

Macam saya katakan di awal artikel ini, kalau di empangan bila kita dah baling 5-6 kali lepas tu tak ada tindak balas, boatman akan ajak cari group anak lain. Kat lombong ni pula berbeza. Kalau jumpa satu group anak, pujuk selama mungkin. Samalah juga dengan induk yang sedang saya pujuk ini. Dah lama saya melontarkan gewang ke arahnya. Sudah lupa lontaran kali ke berapa, bila saya memperlahankan karauan untuk menghentikan renangan gewang tiba-tiba terasa satu ragutan perlahan.


Gewang deep crank antara pilihan utama untuk menggoda induk yang menjaga anak.

Saya membuat sembatan. Terasa bebanan pada penghujung perambut dan toman tersebut terus membenamkan dirinya. Kuat ini membenam dan saya mengetatkan lagi sistem tegangan hampir maksima. Saya tidak risaukan pasal tali kerana saya sangat kiasu menggunakan tali berkekuatan 65lb. Memang tidak risaukan tali tersebut akan putus. Perambut pula berkekutan 80lb. Kombinasi yang pastinya tidak terkalah dengan larian Toman.

Kombinasi heavy cover ini menyebabkan toman tersebut kehilangan tenaga dengan cepat untuk membenam lagi. Kali ini ia menukar arah lariannya sehingga bot berpusing.  Dapat dilihat joran yang tadinya membenam ke arah air kini mula selaras dengan paras permukaan air. Rupanya ia naik ke permukaan, mengambil udara, bertenang sambil mengadap memandang ke arah saya.


Kedua-dua toman ini saya perdayakan melalui kaedah trolling. Toman ke dua ini meligan gewang deep diving minnow.

Selepas bertenang seketika ia memusing kepalanya dan melepaskan diri dari cengkaman mata kail lalu menyelam kembali. Sepanjang saya mengilat toman di mana-mana empangan belum pernah ada toman yang berjaya melepaskan diri dari tancapan mata kail Owner ST-66TN #1/0 ini. Selain dari mata kail VMC, selama ini hanya mata kail Owner inilah yang menjadi cagaran dan kepercayaan saya untuk mengilat toman.

Selepas mengalami pengalaman toman tersebut melepaskan dirinya barulah Alip menceritakan kepada saya sudah banyak kes toman-toman di sini mampu melepaskan diri dari tikaman mata kail. Bermula dari situ saya belajar pula mengenali jenis mata kail yang lebih sesuai untuk toman lombong seperti DECOY Treble Y-S81 (Super Heavy Duty) yang tajam, kuat dan padu. DECOY Treble Y-W77 (Extra Wide Gap) yang tajam, terlebih kangkang dan susah nak strike. BKK Raptor-Z yang tajam dan kuat tetapi berteras besar dan sukar menikam untuk menembusi mulut toman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
wow besarnya toman tu, sedap ke daging dia tak liat?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apo ni TT...buka satu topik belum.habis 100 pages dah buka thread lain part 02. ....1 cerita lepas tu tinggal. .senyap....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:18 PM | Show all posts
Catpaw replied at 6-2-2019 01:12 PM
wow besarnya toman tu, sedap ke daging dia tak liat?

isi nya tak sedap. tapi ada juga yg suka specially cina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052492 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list