View: 1938|Reply: 12
|
Kanak-kanak Dibuli Hanya Kerana Nama Seperti Donald Trump
[Copy link]
|
|
Di Amerika Syarikat (AS), masalah buli di peringkat sekolah semakin menjadi-jadi. Ia bagaikan budaya yang sudah sebati dengan masyarakat di sana. Sesiapa yang dibuli, akan dipulau bukan sahaja oleh segelintir tetapi hampir kesemua pelajar.
Joshua Trump, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dibuli teruk selama berbulan-bulan di sekolahnya hanya kerana dia mempunyai nama keluarga yang sama dengan Presiden AS, Donald Trump.
Kredit foto: AFP Photo
Akibatnya, Joshua terpaksa menangguhkan persekolahannya dan hanya belajar di rumah. Joshua memberitahu ibunya, dia sudah hilang harapan untuk hidup.
Namun, selepas setahun belajar di rumah, ibu bapanya kembali menghantar Joshua ke sekolah dengan harapan masalah buli itu tidak akan berulang kembali, tetapi jangkaan mereka meleset.
Joshua sering diejek rakan-rakannya yang sering bertanya jika Joshua mempunyai pertalian darah dengan Donald Trump.
Kredit foto: Google
Mereka sudah cuba mencari bas sekolah yang baru untuk Joshua ke sekolah bagi mengelakkan bertembung dengan pembuli, tetapi pemandu bas pula menanyakan nama Joshua pada trip pertama.
Menurut ibunya, Joshua mengakui dia sangat bencikan diri serta namanya. Sepanjang masa, dia bersedih memikirkan nasib yang menimpanya. Ini amat merunsingkan mereka sebagai ibu bapa.
Sementara itu, pihak sekolah Joshua mengarahkan guru kelasnya supaya tidak lagi menggunakan nama Trump sebagai nama keluarganya, sebaliknya menggunakan nama tengah ayahnya iaitu Berto. Lima pelajar yang membuli Joshua turut dikenakan tindakan disiplin.
Kisah Joshua ini mendapat perhatian dari Melania Trump, Wanita Pertama AS. Justeru, Joshua dijemput olehnya untuk menyertai perhimpunan Kongres Tahunan Donald Trump.
Kredit foto: Google
Joshua pernah dikurniakan pingat keberanian anti-buli kebangsaan akhir tahun lepas menyebabkan pihak White House dapat menghubungi Joshua dan menjemputnya ke majlis tersebut.
Apakah nasib Joshua selepas ini? Adakah kes buli ini masih akan berterusan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah? |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai siannya budak ni kena buli kaw2 menurut berita ni. Kena ambik tindakan undang2 baru gigil kepala lutut pembuli2 ni bullying is not cool |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut pun ambik tindakan tegas pada kaki buli ni. |
|
|
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
U mmg x kisah tp ada org kisah.x boleh nk samakan org lain mcm u.
Lg satu dia masih kanak2...terganggu emosi dia, bullying x kisah lelaki atau perempuan..tua atau muda patut dihapuskan. Start them young. |
|
|
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
Da pernah kena buli kan?so mesti da taw perasaan budak tu cmne..lgpun dia dibuli bkn kes biasa2..melibatkan Trump..org tua tu kan ramai x suka dia kt US sana..so boleh rasa kesengsaraan budak tu cmne..jgn marah,sy just buat teguran lembut je..
Peace |
|
|
|
|
|
|
|
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
Orang melayu kita buli light2 je...kat sana mmg kena buli tahap extreme...jiwa orang xsama, ketahanan diri xsama... |
|
|
|
|
|
|
|
ksian ko nak,
jgn stress ,
takut bole membunuh diri nnti,
omputeh kalo membuli tahap giler bole kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 3 tahun dah tak dengar nama trump dah. Dah ok lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jadi mangsa keadaan. Mohon dia bersabar hingga pemilihan president seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai bertabah la dik oii..akak kekecik zaman skola rendah dulu slalu main nama bapak la nama sendiri la..cm member tu nama dia bukhari jalil kat skola panggil kari ayam la, bukit jalil la..kalu abah meollss dulu botak tengah, deyyoll panggil padang golf la tapi xde la sampai hilang rasa nak hidup tu..be brave hokeyy kalu deyyoll kutuk ko, ko kutuk la balik pe susah..akak sedari tadika da lempang classmate sebab dia curi pallet watercolour akak time subjek seni smpai kne panggil ngan guru besar tadika sebab lempang budak smpai demam..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
the effect of the name that most people angry. |
|
|
|
|
|
|
| |
|